di hari jumaat yang mulia ni,
nak buat review JDrama plak.
(JDrama is Japan Drama)
ok?
ada 2 set drama aku tgk dalam masa seminggu ni.
2-2 series ada 10 episod.
memang best la kalau korang tgk citer2 ni!
aku rasa korang leh download atau just tgk kat youtube je.
ok?
pada mereka yang berduit lebih tu,
pi la cari dvd/cd original.
mesti lagi 'kick' tgk citer2 macam ni.

1. berkisahkan kehidupan seorang anak kepada ketua yakuza yang hebat.
2. hero (kanan skali pada gambar di atas) nama makao. tapi kawan2 kelas panggil makky.
3. berpewatakan clumsy, bodoh2 sket, ganas, dan perokok tegar. tapi dalam masa yang sama, baik hati dan sensitif, serta amat sukakan puding!
4. disebabkan kebodohan dia, ayahnya terpaksa merasuah pengetua skolah untuk membenarkan anaknya bersekolah.
5. makao tidak pernah bersekolah menengah. skolah rendah pon tak abis.
6. banyak berkisahkan suka duka makao semasa bersekolah. makao berumur 27 tahun tetapi terpaksa berlagak seperti berumur 17 tahun.
7. girl dalam gambar kat atas tu jatuh hati pada makao.
8. ada banyak unsur2 komik dalam drama ni. memang enjoy habis!!!

1. anego bermaksu kakak (ini pon dapat tau dari subtitle. tak tau betul ke tidak)
2. heroin bernama Nakao Noda. berumur 32 tahun. belum berkahwin.
3. Nakao berpewatakan ceria, suka menolong junior2 nya, dan kerja di satu kampeni yang agak besar di jepun.
4. ada gambar hero kan kat dalam gambar atas tu? hero tu adalah salah seorang junior di tempat kerja.
5. hero bernama Kurosawa Akihiko. Kurosawa amat mengagumi nakao dan secara tak langsung jatuh hati pada nakao.
6. kurosawa berumur 22 tahun. beza umur dengan heroin adalah 10~11 tahun. (sebab tetengah citer ni, nakao sambut birthday yang ke-33)
7. masing2 suka sesama sendiri, tetapi susah nak berterus terang. (kirenya, kes malu2 mahu la ni!)
8. nakao alami konflik apabila punyai affair dengan suami kepada bekas kawan sekerjanya.
9. cerita yang agak romantik, cute dan kadang2 boleh buatkan kite gelak2.
10. terdapat sedikit unsur komik apabila terdapat dialog2 perbualan dalam hati antara nakao dan kurosawa. comel!
ok. dah abis review drama jepun nih.
korang try la tgk ok. sementara isi masa lapang korang di hujung minggu ni.
aiiittt!

alhamdulillah, zaza dah dapat result semester akhir diploma dia.
dan dia lulus!!!
wah...sronok tak terkata ok.
biarpon aku ni kakak je, tapi debar tu boleh tahan jugak la. memang macam nak gugur jantung ni. (tu belum lagi anak sendiri yang nak dapat result..huhuhu)
so, on 28th dec, aku akan turun kl lagi. nak hantar zaza ke uitm shah alam sambung degree pulak.
insyaAllah, ada rezeki, leh la aku blanja dia next week.
oh, zaza amek course mechanical engineering.
selamat berhujung minggu...
hujung minggu ni kena jaga umah ibu lagi.
sebab diorang semua nak pi bercuti2 malaysia.
(entah2, pi oversea kot?)
uwaaaaaaaaaaaa!!!!!!!! nak ikottttttttttt!!!!!!!!!