Followers

Friday, September 26, 2008

0-0 ye!



sempena menyambut bulan syawal ni,
aku tukar gambar kat atas tu.
bagi feeling raya sket.


kepada regular reader, silent reader, yang sedang berkunjung, atau yang tetiba tersesat ke blog aku ni,
dengan ini aku memohon seribu kemaafan kepada korang sekiranya ada tersalah kata, tersalah laku, tersalah taip dan ada yang terasa hati.
diharapkan korang happy2 je raya ni, takmo sedih2 ok!
:)




aku turun kl ahad ni.
:)
balek kampung muar maybe isnin atau selasa.
dan balek 'kampung' singapore pada raya pertama selepas solat sunat raya.


oh..oh!
en alang tak bayar lagi fitrah.
nak kena ingatkan dia ni.

err...korang dah bayar?

bye bye (ibu) ku sayang


kak ani,
dah macam kakak, ibu sendiri.
apa segala kata2 dia,
semua berunsur nasihat.

hari ni dia last day kat ofis ni.
sedih, sayu sangat2.

orang pertama yang menegur, memberi tunjuk ajar pada aku kat kampeni ni.
semua orang happy nak raya,
perasaan aku plak bercampur-baur.

Wednesday, September 24, 2008

tampal koyok~

semalam iftar di rumah anak-anak yatim ummu sopiah, trong, perak.
korang leh tgk sedikit gambar2 kat blog ni dak ni, azim2u.
dah lama tak pi umah anak2 yatim ni. rasa insaf kejap.



hehehe~
seronok je perjalanan nak ke sana.
pergi beramai2. naik van.
chop2!
sebenarnya, memula tu dari umah aku, aku amek kak ani pi ofis.
then, dari ofis ke ayer tawar, aku, kak ani dan en alang naik kereta hasril.
then, dari ayer tawar ke trong, naik van sharul.

korang pening?
aku lagi pening ok!
ngalahkan nak jalan jauh melahang mana ntah.
hehehehe~



naik kereta berganti2 dan jalan tak rata buatkan aku pening2 sampai skang.
aku ni ada mabuk darat sket.
so, peneman aku adalah koyok dari semalam sampai hari ni.
:)



sampai2 je kat sana, elok orang nak berbuka puasa.
so, (aku yang tak puasa ni)
terus sambar gelas air. minum 2 gelas ok!
sebab aku cam mabuk kan.
air tu penting maa!~


hehehe~
buat malu je kan?
dah la orang yang patut diraikan tu anak2 yatim tu sendiri.
aku plak over2 serbu air tu.
nak wat camne, kepala sudah pusing.
ampun!


orang pi solat maghrib, aku ngan kak ani melantak.
lauk daging masak lomak tu sangat sedap!
ohhh!!!!!!! sedap sangat!
and buah oren yang manis...sampai skang aku teringat2.
hehehe.
buruk perangai.


then, lepas diorang solat maghrib tu,
aku abis makan, lepak kat tepi asrama plak.
dok melantak buah oren.
hehehe~
serius sedap oren tu!
;)


then,
ada majlis penyampaian sumbangan.
pastu, abis.

aikk?
cam ada benda tertinggal je. kata ada terawih?
tapi tgk semua orang nak balek, kitorang pon apa lagi, cabut la jugak.
hehehe~



tak sempat nak beramah mesra ngan bebudak ni.
just senyum2 je.
takpela.
kalau ada masa lain kali, nak luang masa lama2 sket.
:)


pernah pegi umah anak2 yatim kat kati, kuala kangsar.
lagi daif.
ramai pulak tu.
memang betul2 insaf kat sana.


apa khabar agaknya merka yang kat sana tu?
itula pertama dan terakhir aku ke sana.
:(





ok ok.
nak share ngan korang.
VC 6ixth sense.
lagu TANPA.
menusuk kalbu.
sangat tragis.
aku suka.
layan ok!





6ixth Sense - Tanpa Lirik :-
resah yang ku
ubah dalam kata
melukiskan kesunyian
tanpa engkau aku tak mengerti


meski
pagi itu menatapi
akan sunyi tanpamu
menemani aku sepi

tanpa..
cintamu aku resah
tanpa..
kasihmu aku hampa
tanpa..
dirimu aku nanti
hooo…

(ulang chorus x2)

Kini benar-benarku rasakan
dalam benuk hatiku tanpamu
aku tak mengerti
takut
takut jauh cari dirimu
kan kau tinggalkan aku sendiri
tanpamu ku mati
hooo…

resah yang ku
ubah dalam kata
melukiskan kesunyian
tanpa engkau aku tak mengerti

Tuesday, September 23, 2008

kad raya lagi?

hohohoho!
kan semalam aku cerita dapat kad raya dari cik kema?
itu yang aku dapat kat ofis.
bila aku balek umah je,
tengok2, post box penuh ngan surat2...

ada bil, cukai dan....kad raya lagi!

kali ni dari ch3mpaka.
thanks awak!!!! mmuahhhhhhh!!!!
(ch3mpaka, bagi alamat awak kat kite..ok?)


so, overall aku dapat 2 kad raya la...hehehe.
ada sesiapa lagi nak beri?

aku ada post jugak la beberapa kad raya kepada beberapa orang yang alamatnya ada kat aku.
itupon, kalau aku terlepas pandang alamat2 korang, harap diampun ya!






nak citer pasal award plak.
aku ada terima beberapa award dari korang2.
tapi, aku ni kadang2 lupa siapa yang beri. yang aku ingat,
orangelily, 13may ngan maksu.
award2 tu korang leh tengok kat column sebelah ni ok?
kat area 'hall of fame'.
pada sesiapa yang pernah beri aku award, tapi aku lupa nak tulis nama korang,
tolongla ingatkan aku ok.



ada sesiapa nak kad raya lagi?
ada la 2 keping lagi last kopek ni.
boleh la aku pos petang ni atau esok pagi.
sempat la sampai kat tangan korang on friday kot.
boleh la beri alamat kat sini atau kalau segan, bagi email ok?


p/s: cik erlyda, kite tertinggal nama awak. kite pos kad raya tu esok ok? sorry!!!




edit jam 12.00pm: baru dapat e-card dari ayu. thanks noks! =)

Monday, September 22, 2008

(sedang menyengih)

pagi2 ni aku dapat kad raya pertama tahun ni.
dari cik kema.
(thanks kema cayang! mmuaahhh!!!)


sepanjang weekend aku melepek kat umah ibu.
tolong buat kuih.
alhamdulillah...dah 80% dah siap.
ada tinggal lagi sket2.
sib baik tinggal kuih senang2 je.
:)


oh!
confirm aku dan en alang beraya kat johor dan singapore.
:D
rasa tak sabar pulak.


on 28th (ahad) tu, kami akan bertolak dari sitiawan lepas subuh.
so, sampai kl, ngam2 la dalam kul 9 ++ camtu,
lepak2 jap kat umah ayah, dan pastu, shoppping!
yeayyy!
:)
maybe akan berjumpa ngan bff aku; ida dan ct.


skang ni tgh pening dengan cuti2 bebudak technical ni.
record aku lain, record HR lain, record diorang sendiri pulak lain jumlah cuti diorang ni.
tak ke gilo?



kalau korang baik hati, tolong la vote aku k?
jasa baik korang, akan ku kenang sampai bila2.
hehehe....
klik je kat bawah ni.
ok?

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...