Followers

Friday, May 21, 2010

Tokoh Mak Tiri

1. Mintak apa lagi ni? Makan je apa yang ada!

2. Aku nampak ko kat sini lagi...siap ko!

3. Berani ko eh. Nanti aku siang2 buat lauk!

ok. memang macam kurang ajar kan words kat atas tu?
tapi percayalah. aku akan berkata begini pada 2 ekor kucing yang tak makan saman tu.
geram ok.

siap jerit2 macam bergaduh laki bini.
padahal ngan kucing je pon.

bayangkan, bagi makan tak sampai 15 saat, dah mintak lagi.
makanan dia dalam mangkuk punya la banyak, mengada2 mintak lain.
grrrrr...

yang sekor tu, kencing merata, berak merata...
lalu je depan aku, siap.
memang dah ready nak kelepuk kelepap kat badan dia.
(oh. ada org kata tak elok jentik telinga. pukul badan takpe. dia tak saket)

yang lagi sekor pulak, jadikan kereta aku port dia.
nak merendek, nak lepak2 semua kat kereta aku.
geram gile ok!

korang bagitau la sape tak bertukar jadik mak tiri bila budak2 ni buat perangai?
walau apa pon, aku tetap sayang diorang.
dah bela lama kot. bertahun2. hehehe~
:)

respek toing2 la!

bagi aku bogger tegar bukan setakat blogger yang femes dan punya followers beribu2.
blogger tegar juga membawa maksud blogger yang tak kesah ada orang datang blog dia atau tak.
means..dia menulis sebab minat.
update setiap hari tanpa gagal.
bercerita tentang benda spesifik atau apa sahaja.
dan tidak mengira berapa follower, berapa duit nuffnang yang ada dan tak berkira walau dia femes atau tak.

blogger begini aku memang kagum.
sebab susah nak jumpa oooo....~

tak payah susah2 cari jauh2, contoh NEGATIF, amek aku ni ha.
bukannya tegar mana.
update blog cuma pada weekdays je.
weekend tu kadang2 bila aku rajin.
mata aku ni jahat. suka tinjau2 duit nuffnang.
biarpon tahu collection takat 3-4 sen je seminggu. hahaha.
kadang-kadang hati ni terdetik...aku ni ikhlas ke berblogging?
mula2 dulu memang ikhlas wal jujur la aku update.
skang ni nak trafik naik je.
bila trafik turun, aku susah hati.

dan skang ni bila aku dah berdialog2 macam tu perang antara hati dan akal,
terus aku amek keputusan nak wat donno je ngan trafik.
buat tak tau ngan income nuffnang.
buat2 tak nampak pasal followers.
cuba untuk berblogging seikhlas mungkin. dari hati aku sendiri.
:)

apapon bloggers tegar sekalian..bloggers tegar bermaksud yang ikhlas berblogging je ye!
aku respek korang toing2 la!
hehehe~

si dia dan aksinya

budak yang banyak akalnya.
ada je gelagat yang mencuit hati.
:)

pipi layut2. senyum lebar2. cubaan untuk duduk. duduk sambil lambai2. duduk dan sengih pada kamera. HAI!

Thursday, May 20, 2010

camno nak kurus lagi kalau kuat sangat melantak!

hmmm...boring ni.
tgh kunyah apple hijau yang keras kedengkang ni ha.
penat ok kunyah benda keras sambil kontrol ayu.
hehehe~

tengahari tadi balek lunch kat umah.
cadangnya nak makan nasi ngan telur goreng
(kempunan hasil blog hop kat blog vp. haihhh...asik teringin je)
tapi bila balek ibu kata ada lauk ayam masak lemak cili api.
terus laju2 goreng telur jugak buat makan ngan nasi dan lauk faveret ku itu.

:)
pastu siap minum air jambu dan makan cekodok udang pagi tadi punya bersama apam balek ibu beli kat pekan khamis.
haihhh~ tgk. camne nak kurus niiii????

gile ko.
aritu masa baru lepas beranak, gegar2 kata nak kurus bagai.
skang ni semua makanan2 tu aku bleh makan camtu je.
sekali hadap ok!

haihhh~

hasil tangan mereka yang kreatif

kadang2 bila aku dok blog hop,
macam2 blog aku jengah.
kadang2 tersesat kat blog orang2 kreatif.

dan aku tersangkut kat satu blog ni.
dan menempah t-shirt kreatif darinya untuk keluarga kecil kami.

baju khalish. cantek tak? crown khalish siap ada huruf K lagi.

t-shirt aku dan en alang. apsal mama punya tshirt lagi meriah dari papa eh? hehehe~

pada yang berminat, boleh jengah fotopages dan blogspot beliau.
empunya diri nama cuda.

maybe plan nak pakai baju ni masa birthday khalish yang pertama kelak.
tapi tgk dulu camne.
mana la tau hati terbukak nak beli baju berjenama pula.
;)

Happy 8 months old Khalish sayang!



dah 8 bulan! kejap je.
dah besar panjang pon.
tak puas mama ni nak gomol2 kamu.
besok2, kejap je kamu dah 8 tahun, 18 tahun.

ok. perkembangan khalish menginjak usia 8 bulan adalah;
1. suka menyanyi
2. suka tgk tv & laptop & handphone
3. dah boleh duduk sket2.
4. cubaan merangkak masih dalam proses. angkat bontot dah slalu dah.
5. ok. yang ni adalah salah mama. baru semalam perasan budak bujang ni ada lesung pipit. boleh?
6. ada lesung pipit belah kiri.
7. laju je kalau berjalan dalam walker.
8. pandai mintak makanan dari org yang tengah makan.
9. dah boleh makan. tapi kadang2 kena paksa jugak.
10. dah kenal orang. (ini susah juga. sebab tetiba dia boleh nanges kat orang dia tak pernah jumpa)
11. suka sangat dibawa jalan2. kalau boleh, tak nak balek umah langsung.
12.dah tumbuh gigi sebatang kat gusi bawah.

so, sempena khalish berumur 8 bulan ni,
pepagi tadi aku cepat2 tarik en alang supaya dapat bergambar sekeluarga.
hahaha. tapi hampeh ok.
sebabkan aku buat keje semua laju2,
bedak pon bertamapuk2. paling obvious kat dahi.
gambar pon senget2.
jadila...dari takde gambar langsung.
hehehe~
mama bedak bercapuk. papa maintain hensem lovey-dovey. khalish yang moody dipaksa bergambar bertiga. tak tengok kamera langsung!

Wednesday, May 19, 2010

memori ketika pregnant. :)

oh. rindu sungguh pada zaman itu.
:)

friendly blogger award

dapat award dari erin.
wahhh! suka ok!!!
(amboi ko...dapat award kemain suka lagi eh. hahaha)

inilah awardnya. friendly blogger award. chewah...friendly eh aku ni?
(ok...tak yah jawab pon takpe)
:P

award ni disertakan tag tau.
adoila dik erin...akak ni punyala malas nauzubillah.
tapi kita try jawab je la eh.

1. SUKA MELUKIS X?
wakakaka. ni memang kantoi abis la. aku ni memang la paling tak kreatif punya manusia. tgk je la blog ni. kosong. warna pon hanya pakai warna putih je. dah macam pakai lampu pendaflour plak. terang benderang.

2. BOSAN-BOSAN SUKA BUAT APA?
a. main ngan khalish
b. main ngan en alang (ok. dah melencong ke mana ntah ni)
c. main internet
d. tgk tv

3. KENAPA SIPUT BABI JALAN LEMBAP?
siput mana berjalan dik oi. dia takde kaki ok. cuma ada lendir2 tu. yuckkksss! hehehe~

4. CUTE X ORANG YANG BAGI AWARD NI?
memang cute! putih melepak ok kulit dia. hehehe.

oleh kerana award ni adalah untuk blogger2 yang peramah,
aku nak award kepada blogger yang memberi komen tertinggi kat blog ni.

1. fabulous.farah
2. princess_N
3. Queen
4. NURUL
5. Super Nia HANA
6. ~mizzAmy~
7. Mama Hanim
8. mrs e
9. Dong, Dia & Azra
10. Mak Su

ok. malas nak bubuh link. nanti aku inform kat diorang personally je. hehehe~

thanks ye erin!
:)

mr. Tt kesayangannya!

seperti yang dijanjikan, cerita tentang mr.Tt menyusul kemudian.
menyusul selepas 4 hari!
hehehe~ ampunnn!

mr.Tt ni pemberian zaza. sebagai tanda mata kepada khalish atas kelahirannya.
actually, khalish terima 3 soft toy. zaza beri mr.Tt, iqa beri mr.froggy dan ajik beri mr. dino. 
diorang beli sof toys ni kat kedai mini hopital manjung, di mana aku berkampung di sana selama seminggu.
mr. froggy dan mr. dino peneman khalish dalam stroller.
dan mr.Tt kawan khalish dalam baby cot.

wajah sebenar mr.Tt. 

siapa sangka mr.Tt adalah pengubat di kala khalish kesunyian. dan pemujuk no.1 ketika khalish merajuk. semua orang kata khalish akan sentiasa attach dengan mr.Tt sehingga dia besar kelak. bagi aku, tiada masalah asalkan bukan dengan bantal. segan wei nak usung bantal busuk ke sana ke mari. hehehe~

material mr.Tt adalah dari sejenis kain tuala. tidak berbulu.
jadi, tiada kerisauan bulu termasuk hidung atau anak kena asma.
dan aku sentiasa check mr.Tt jika terdapat sebarang bocor. risau juga kapas di dalamnya terkeluar akibat digonyoh2 dek khalish.
jambul sejemput mr.Tt adalah satu2 nya bulu yang ada. tapi, sepanjang pemerhatian aku,
khalish tak pernah isap jambul tu (ok, maybe ada sekali dua. hahaha). hanya dikutil2 macam dia slalu kutil2 janggut sejemput papanya.
:)


betapa manjanya khalish dan mr.Tt nya.

dan skarang bau mr.Tt dah sebati dengan bau khalish. 
kalau nak bau khalish tapi khalish tiada,
bau saja pada mr.Tt. bau yang serupa dapat dihidu!
:)


asam pedas ibu.

ibu orang melaka.
dan sangat gemarkan asam pedas. kalau ada peluang je, ibu akan masa asam pedas banyak2 supaya boleh tahan 1-2 hari. hehehe~

oh ibu memang camtu. kalau makanan faveret dia, dia suka buat banyak2.
:)

note: aku tak makan asam pedas ok. entri ni khas untuk korang semua yang teringin nak cuba asam pedas orang melaka.
(aarin, this entry specially made for you!)


bahan-bahannya:-
ikan tenggiri
bendi
asam jawa
bawang*
bawang putih*
cili kering*
kunyit*
halia*
belacan*

bahan yang bertanda * dikisar bersama.


memula tumiskan bahan2 yang dikisar tadi dan tunggu hingga naik minyak. kemudian masukkan ikan, air dan asam jawa. gaul rata dan masukkan bendi hingga masak.
oh. jangan lupa masukkan garam dan gula ikut sesedap rasa ye!

oh. kami sekeluarga kalau masak tak reti nak bagitau kena bubuh banyak mana, sukatan berapa bagai. sebab masak ikut sesedap rasa. kalau rasa nak pedas lebih, bubuhla cili banyak2. kalau rasa nak masam2 lebih, bubuh asam jawa banyak sket. camtu la..


selamat mencuba!
:)

Tuesday, May 18, 2010

oh em ji! i just love this gadget!!!




kindle.
yup. nama dia kindle.

apa ke benda kindle ni?
kindle ni buku electronic.

kenapa aku minat sangat ngan kindle ni?
sebab ada satu hari tu aku tgk oprah. dan dia sangat2 suggestkan untuk orang2 macam aku yang hantu membaca ni dapatkan kindle. sebab dia kata even dia adalah electronic gadget, tapi bila baca guna gadget ni, rasa macam baca buku je. sebab huruf2 yang digunakan sebijik dari buku tu itself. katakanla macam bharian kan guna arial, so dia paparkan arial jugak. kalau cam utusan guna times, diorang guna times jugak untuk paper utusan. camtula...

apa lagi feature hebat kindle ni?
diorang leh bagitau maksud perkataan yang kita tak faham sepantas kilat. dan boleh beli buku virtual tu dari gajet ni je.

adakah ianya boleh digunakan di malaysia?
itu aku tak tau. hahaha.

oleh itu, marilah berangan menggunakan kindle ini. berangan je ok!
oh. pada sesiapa tau camne nak guna kindle ni, leh la kongsi eh.

pi tgk kat website dia. harga USD259.
adakah berbaloi?
entahla...

ok. nak sambung berangan.
tgk. aku tak berangan pasal blackberry atau iphone. cuma kindle ni je.
hahahaha~

*maklumat tambahan ada di wikipedia.

Khalish with his GIANT book!

Last month tak silap, aku blog hop kat blog kawan2,
ternampak buku ni kat blog Dong mama Azra.
Dong jual buku Oversized Fabel Story Book ni.
terus chop satu set dan kata kat Dong supaya simpankan untuk aku sementara tunggu gaji.

bila dapat packaging ni, terus rasa happy2.
:)

gambar2 kat bawah ni adalah hasil tangkapan pagi tadi.
sebab tu muka khalish masih berbedak bercapuk sana sini.

khalish with his enormous book. suka betul dia. abis air liur menjejeh2. oh. tapi tiada kerisauan. sebab buku ni kualiti kertas adalah dijamin baik. air liur tu boleh lap2 je. :)

inilah hasil rembatan dari auntie Dong (atau aku lebih gemarkan panggil Dong ni sebagai Ijan.). ada 5 buah buku cerita dan 1 buku aktiviti kesemuanya. dan ada beberapa features yang korang boleh check it out kat entri Dong ni.

bagi aku. buku ni elok sangat untuk budak2 sebab cerita yang ditampilkan lebih kepada cerita teladan.lihat saja tajuk2 yang tertera pada depan buku, sangat berteladan kan?

so, kalau ada kaum ibu atau yang bujang pon boleh yang berkenankan set buku ini, bolehla terus menempah ke Dong di email dong679@yahoo.com. kalau korang beli banyak2 leh dapat diskaun istimewa.
:)

khalish dalam usia 7 bulan dan 4 minggu...

sudah tumbuh sebatang gigi!
ho yeahhhh!!!

alamatnya, khalish ni berjalan lambat la kot ye. ni org dulu2 la yang kata. kalau gigi cepat tumbuh, berjalan lambat. 

tapi tak boleh percaya bulat2 jugak. perkembangan budak2 ni di luar jangkaan.

bila diberi peluang

bukan main happy lagi dia bila diberi duduk atas ride ni. apa nama dia eh?
masa ni khalish pandang aku dengan pandangan,
"terima kasih mama belikan khalish ride ni. khalish suka sangat!"
boleh?



tgk tu. kemain ralit lagi. siap tepuk2 kuda tu macam la kuda tu boleh lari laju2. hahahaha~

oh2. lokasi adalah di kedai bundle.
cayalah kedai bundle pon ada tempat main kanak2. :)

Monday, May 17, 2010

miss me that much?

sori kalau korang tak nampak aku lalu lalang kat blog korang ari nih.
kabel internet TM ada masalah kat area ofis aku ni.
dengar kata hari rabu nanti baru ok balek.
so, tu yang sangap dok ofis separuh hari.

skang aku tgh guna brodben yang aku angkut dari umah masa lunch tadi.
haishh...sanggup ni balek umah amek bb semata2 nak berinternet.
tapi baru la ni sempat nak taip apa2 pon.
sebab dari tadi dok ke hulu hilir atas bawah bz memanjang.

:)

maybe malam2 kang baru aku singgah umah@blog korang eh.
rindu ohhh~

aarin! sangat seronok berjumpa kamu.

khalish yang gelisah sebab hari panas.

kitorang terserempak kat salon rambut susie.
salon ni dalam rumah je. simple.
tapi sebab dah biasa potong rambut ngan auntie ni dan sangat murah!
kami 3 beradik potong rambut.
aku potong terus pendek, boycut.
zaza dan iqa just trim dan layer rambut je.

aku ternampak aarin ni masa aku tengah potong rambut.
ternampak dia dari cermin.
tapi dia tak pandang aku, so aku pon senyap je la.

sekali tu, agak lama la aku tunggu dia toleh.
tapi dia tak toleh2 jugak. so, aku suruh iqa panggilkan aarin.
hah. amek  masa jugakla dia nak cam aku.
ye la, biasa tgk aku pakai tudung kan.
sekali tetiba aku dah berambut pendek. harusla amek masa nak cam kan.

lepas je abis aku potong rambut, terus terkam aarin dan maknya.
oh lupa nak cakap, aarin datang salon sebab mak dia nak potong rambut.
so, borak2 ngan aarin. catch up here and there.
seronok!

so aarin, bila mau jumpa lagi?
kite ngeteh ke...ok?

sepetang di taman permainan

jumaat haritu, lepas keje aku ajak iqa ngan zaza bawak khalish kat padang astaka.
tapi zaza je dapat ikut, iqa ada tuisyen malam tu.
so, kami berjalan kaki ke sana.
alah, belakang rumah je!
hehehe~

note: kat padang astaka ni adalah padang untuk lapangan terbang kapal terbang ringan. selalu jugak navy2 wat latihan kat sini, siap dengan latihan parachute bagai. dan kat depan padang ni ada sikit ruang diorang buat taman permainan kanak2.

kami sebelum dan semasa dalam perjalanan ke padang astaka.
berpeluh gak la keti sebab panas terik biarpon dah pukul 6 lebih masa ni.

apasal ntah si khalish ni masa je muka dia. takde keriangan langsung eh! maybe dia penat kot.


pindah slide plak. kaler oren/merah. kali ni takla muram macam tadi. kira ok la jugak.
gambar bawah tu macam model stroller plak. hehehe~


khalish yang excited bila tengok kereta2 ni. lihat saja dia yang asyik lihat kereta2 tu. 
en alang kata nanti dia nak belikan. aku kata toksah nak membazir. bukannya keperluan pon.

p/s: perasan tak aku dah makin terer godek2 photoscape? kali ni belajar letak susun gambar banyak2 jadik satu picture je. senang gile! dan takla penat tunggu load bagai kan kalau ada banyak2 gambar. best ah benda ni. hehehe~ (oh. aku ni memang buta skill sket kalau part IT ni. dapat guna photoscape ni dah kira macam expert plak.)

Sunday, May 16, 2010

mereka adalah family!

ntah apa 2 beranak tu buat.
tadi elok 2-2 diam, sorang tidor sorang lagi main sorang2.

ni dok berpeluk sakan,
pastu dok main sembur2 air liur.
haihh~

don't try this at home ye kawan2.
tak sehat.
hahaha.

p/s: mamanya tgh sebok blog hoping. hahaha!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...