Followers

Saturday, February 12, 2011

Mari goda korang dengan Angel Hair Chicken&Mushroom Carbonara

nampak menyelerakan kan? 

memang sedap ok!!! ibu yang masak. aku just request je kat dia. tapi disebabkan aku masih dalam pantang, perut aku tak tahan dengan susu dan keju dalam kuah carbonara ni.

Friday, February 11, 2011

Biarkan aku dengan caraku...~

aku tak suka bila orang tegur anak aku nanges2. nape? bingit sangat ke suara anak kecil nanges? bagi aku merdu je. haha.

sebabnya. aku tau anak aku tu camne. ngada je lebih. kalau takat ek, ek tu takyah la kelam kabut nak angkat bagai. lama2 nanti dia diam sendiri la tu. tapi kalau tetiba dia jerit kuat, tu kena angkat dan tenangkan dia. sebab maybe dia terkejut atau ada 'benda' usik dia.

yup. aku percaya ada 'benda' usik anak aku. nape? ko ada masalah? :)

ye. saya seorang yang kuno juga kadang2. tapi kuno2 aku pon, aku tak percaya buai tu selamat untuk bayi. ni pendapat aku je. sori ye kalau ada yang terasa.

Ini adalah udang bakar saya.

tengok je la badan dia. mengerekot2 macam udang kena bakar. ni la bahana tak bedung anak kan. 

Thursday, February 10, 2011

Jaz on his 33rd day

tido je budak ni harini. 

mama, kepala jaz senget ni...~

ok. mama tukar position jaz la ye. tak senget dah kan?

Risau juga ni. kuning jaz masih ada~

tadi masa kat klinik nurse bagitau jaz ada kuning lagi. aku agak dah. sebenarnya tau dah jaz masih ada kuning. tadi check kuning dia bacaan 10.9 mg/dL. nurse kata tu kira tinggi gak sebab jaz dah sebulan kan. sepatutnya bacaan dah 8 atau 7 je. risau jaz ada prolong jaundice je. tapi takde pulak dia suruh datang check kuning lagi ke apa. ni tadi aku google prolong jaundice, kuar pulak breastfeed jaundice. aku saspek jaz macam khalish la. jaundice sebab susu aku. sebab dulu masa khalish, aku beri formula je terus kuning turun dengan jayanya. tapi aku tekad nak breastfeed jaz.

ni aku bru lepas baca,kalau bacaan melebihi 20 mg/dL, kalau nk paras bilirubin tu drop, bleh bg formula milk for 24-48hours dulu. tapi jaz baru 10.9. perlu ke nk beri formula jugak eh? hmmm...~

Wednesday, February 9, 2011

Sekarang tentang Jazly pula...~

Jaz dah pandai tengok orang. especially kalau kita bercakap dengan dia, automatik dia akan concentrate dengan suara kita. dan skarang ni dah cerdik sebab petang2 tak bagi mama dia rehat2. dia akan mintak nyusu setiap setengah jam. bayangkan, aku dah beri susu 40 minit, setengah jam lepas tu nyusu lagi 40 minit. apakah? memang anak lelaki kuat minum kan. huhu.

Jaz pada umur 24 hari. mata celik bukan main. kalau tengok orang tu...macam dah kenal je. 

jaz pada umur 27 hari. kat umah memang pakai lengan pendek dan suar pendek je. panas toksah nak kata. bedung memang dah ke laut dah. kesian tengok jaz peluh2 everytime dibedung. cukup 20 hari, aku dah tak pakaikan bedung. tapi barut still pakai.

tengok tu, kalau tido memang tangan automatik akan terlentang camtu. kemain bebas lagi. ni masa jaz pada hari ke 30. cukup umur sebulan tengok dunia.


masa jaz umur 20 hari, berat dah 3.5kg. alhamdulillah~ tu ang pipi takmo kalah tu. hehe.

p/s: takziah pada ashra sekeluarga. alhamdulillah semua berjalan lancar. nak tau cerita lanjut, korang pi la kat blog dia. ashra baru lepas melahirkan bayi dia yang mati dalam kandungan. sama2 kita doakan agar ashra sekeluarga tabah hadapi ujian ini.

Tentang Khalish sepanjang minggu lepas...~

khalish dah seminggu ni jadi seorang abang yang baik dan lebih alert. kalau adik jaz nanges, dia pon sebok2 datang tepuk2 kaki adik jaz. tapi bukan tepuk manja2 eh, tepuk selepuk tu. haha. tapi rasanya khalish dah tau adik jaz tu adik dia. kemain lagi kalau tengok adik jaz. siap buat suara manja2 dia kalau tengok adik jaz. nada suara yang sama kalau dia cakap dengan mr.Tt dia tu.

khalish kena buli dengan maksu. konon2 tengah kendong mr. Tt. abaikan aksi seksi hanya berpampers tu ye. masa ni baru tukar pampers dia.

rambut yang semakin panjang. aku kesian kat dia. memang rasa nak potong je tapi en alang tak bagi permission lagi. adoilaa...~ 

last week jugak dia demam. itu jugak pengaruh mood aku nak update fb dan blog. sebab anak demam, dengan mood aku ke laut. 2-3 hari jugak nak tunggu kebah tu. skang ni tinggal selsema dan batuk sket2 je. senang sangat demam si khalish ni skang ni.

Tuesday, February 8, 2011

Jikalau arwah masih ada...


arwah angah beza ngan aku cuma 2 tahun. rapat tu tak payah nak kata. tu la kawan gaduh, tu la kawan bergurau. arwah meninggal dunia tahun 2000. kejap je dah masuk 11 tahun arwah meninggalkan kami. arwah angah meninggal dunia kerana pneumonia.

al-fatihah.

Bila suami anda bermimpi anda punya hubungan sulit....

apakah petandanya?

terkojuit mokcik ni ok tetiba pepagi buto suami den datang peluk badan den kuek2 macam tak nak lepas. tetiba kata jangan tinggalkan dia. adoila...pelik2 laki mokcik ni.

:)
tetiba rasa bahagia bila kena peluk kuat2 macam tu. bangun pagi penuh dengan bunga2 dan senyuman manis.

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...