Followers

Friday, May 27, 2011

Awak nak pegi kawen eh?

Pagi ni aku pakai baju kurung warna merah makngah. Ada la manik2 sket kat baju ni. Masa nak antar Jaz kat taska tadi, ada sorang budak perempuan umur 3 tahun (panggil dia EE) datang kat aku sambil tanya,

"Awak nak pegi kawen eh?"

Memula blur la jugak bila budak 3 tahun tanya camtu. Pastu aku jawab je, "Haah EE. Kita nak pegi kawen"


Haha. Meriah sangat ke baju aku harini? Korang rasa?

Ada rupa baju orang nak pegi kawen ke? hehehe...~

(jap. EE ni ingat aku pengantin atau anggap aku nak pegi kenduri kawen? apa2 je la EE...)

Thursday, May 26, 2011

Randomly update. Entri bergambar.


Curly2 di rambut Khalish. Sangat2la dicemburui oleh auntie2 dan kakak2 yang inginkan rambut sebegini. Yang peliknya, rambut Khalish walau dipotong hujung2 tu, tetap kerinting tu naik ye. 

Adik Jaz yang dah pandai rebut mainan ngan Abang Khalish. Ni supposely soft toy pertama Jaz. Tapi selalu diorang rebut2 patung ni. Tak kurang juga berebut mr. Tt. sib baik mr. Tt ada 2. huhu.

patung ni masih tiada nama. ada cadangan? Jazly yang amat suka bermain dengan soft toy. Akan leka lama kalau dibiarkan mereka berdua. :)

Oh! Jaz dah kenal orang ye. Semalam ada tetamu datang rumah. Lama ditenung tetamu 2 orang tu. Tak lama lepas tu, nanges bukan main lagi. haha.



mama intan hari ini.simple2 saje! :)



Butik Adik Comel Abang Lawa menawarkan tawaran istimewa! Terdapat harga penghabisan stok untuk barangan terpilih. 
+
TIADA kos penghantaran dikenakan untuk pembelian RM50 ke atas. :)




Wednesday, May 25, 2011

Cuai atau tidak sengaja. Apa kata anda?

Korang baca tak Harian Metro semalam? pasal budak yang meninggal sebab terperangkap dalam kereta. risau dan takut tau sebab aku dulu pon hampir2 nak jadi camtu. 





Anak Mati Lemas Dalam Kereta




Machang: Tidak sampai sejam selepas mengusung jenazah sepupu, seorang pengawal keselamatan terpaksa pula memikul jenazah anak perempuan yang berusia tiga tahun apabila kanak-kanak itu lemas akibat ‘tertinggal’ sejam dalam Perodua Kancil miliknya di Kampung Morak, Palekbang, Tumpat, kelmarin.


Kejadian kira-kira jam 11 pagi itu disedari penduduk kampung selepas anak bongsu daripada enam beradik itu, Nor Izzyan Natasya Ishak, dilihat dalam keadaan tidak bermaya dan kepanasan di tempat duduk belakang kereta bapanya yang berkunci.


Pada masa sama, Ishak Salleh, 50, yang tergerak hati melihat kemungkinan anaknya tertinggal dalam kereta, memberi kunci kenderaan kepada seorang sepupunya supaya meninjau sebelum kakaknya, Che Mas Salleh, 55, memberitahu anaknya tidak bermaya.


Penduduk kampung cuba memberi bantuan pernafasan melalui mulut ke mulut berikutan keadaannya terlalu lemah dan mangsa menunjukkan reaksi apabila muntah, namun apabila tiba di Klinik Kesihatan Wakaf Bharu, Tumpat, doktor mengesahkan kanak-kanak itu meninggal dunia pada jam 12.05 tengah hari kelmarin.


Ishak berkata, dia turun dari kereta mengusung jenazah sepupunya yang dibawa ke tanah perkuburan sehingga terlupa membawa anaknya keluar bersama.


“Memang saya tidak menyangka kejadian itu. Saya sangka anak saya mengikut ibu dan bapa saudaranya naik ke rumah sepupu kami, tetapi tidak menyangka berlaku sebaliknya apabila dia (arwah) ‘tertinggal’ dalam kereta yang terkunci.



“Ketika pulang daripada urusan pengebumian jenazah, barulah saya teringat anak dan mungkin berlaku kejadian tidak diingini kerana keadaan di luar begitu panas menyebabkan saya mendapatkan bantuan sepupu untuk melihatnya di kereta,” katanya ditemui di rumahnya di Kampung Ulu Sat, Machang, semalam.


Ishak yang juga ketua pengawal keselamatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Kota di Kota Bharu berkata, tidak sampai beberapa minit, dia dihubungi kakaknya yang memaklumkan mengenai keadaan anak yang tidak bermaya.



“Hati saya begitu sebak dengan kejadian yang tidak sepatutnya berlaku. Kakak memberitahu keadaan anak saya begitu lemah selepas ditemui di tempat duduk belakang kereta dalam keadaan muka disandarkan di belakang tempat duduk hadapan kereta saya sebelum diberikan bantuan pernafasan penduduk kampung.



“Dia memberikan reaksi dengan muntah sebelum kakak mengusung dan membawanya ke klinik berdekatan untuk rawatan, tetapi Allah lebih menyayanginya dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan,” katanya.



Ibu mangsa, Radziah Ismail, 42, berkata, dia dapat lihat perubahan sikap anaknya yang begitu teruja mengikut ayahnya, selain sempat menggayakan sepasang daripada 10 pasang baju kurung yang disiapkan sempena Aidilfitri tahun ini.



“Tahun ini kami mahu sedondon memakai baju berwarna hijau sempena Aidilfitri. Kebetulan, saya menyiapkan baju itu cuma dia (anak) sempat bertanya mengenai mengapa dipakaikan baju raya pagi kelmarin dan saya memberitahu, adik pakai baju ke tempat orang mati,” katanya.



“Paling saya terkilan, kami tidak sempat menyambut hari jadinya di restoran makanan segera pada 4 Jun ini bersama seorang abangnya, tetapi semuanya sudah suratan takdir,” katanya.



Jenazah kanak-kanak itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ulu Sat, kira-kira jam 11 malam semalam. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Khalid Munap, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kematian itu tidak mempunyai unsur jenayah. 

- petikan dari harian metro.

_______________________________________________________
ni versi aku. dari entri lama2. February 2010. khalish nak masuk 5 bulan masa ni.

Mamai yang serius (leh klik kat tajuk kalau nak baca dari entri asal)

apa ntah yang aku terfikir2 pagi neh.
masa nak antor khalish ke rumah babysitternya,
aku bleh plak straight ke ofis.
hanya tinggal 200meter dari ofis baru aku perasan yang khalish masih berada di sebelah.
sedang nyenyak tidor.

slalunya dia tak tidor pon.
ni dia tidor plak. sebab tu aku tak perasan dia kat sebelah.

terpaksa berpatah balek dan hantar khalish ke rumah babysitter.
mengucap panjang aku bila terpandang si kecik sdg lena tidor.
sebab aku bawak kereta macam tak hirau sekeliling.
risau juga kalau dijadikan satu habit buruk suatu hari nanti.

sebabnya...

dulu aku pernah tgk oprah.
ada satu topik yang mana seorang ibu tertinggal anak perempuannya yang berusia 3 tahun di dalma kereta.
dan hanya disedari 8 jam kemudiannya.
itupon sebab kawan kerjanya terperasan ada budak dalam kereta.

dan anak itu meninggal.
kerana kepanasan yang melampau.

teresak2 aku bila mengenangkan anak yang tak berdosa tu meninggal atas kecuaian ibunya sendiri.
dan jikalau aku yang menjadi ibunya, tentu aku rasa bersalah sepanjang hidup.

cerita sebenarnya, hari itu adalah hari pertama persekolahan.
slalunya, yang hantar anak2 (anak ada 2 orang) ke sekolah adalah suaminya.
tetapi masa tu suaminya ada appointment dengan dentist (atau doktor?)
jadi, si isteri terpaksa ambil tugas suami.
dan secara automatiknya, rutin harian terganggu.

dan oleh kerana rutin yang terganggu ini, membuatkan si ibu kelam kabut sikit.
dan dengan fikiran yang penuh; hantar anak2 dan masuk kerja (ibu mengajar di sekolah),
secara tidak langsung, si ibu tidak perasankan anak berumur 3 tahun yang tidor di seat belakang.

dan hanya menjumpai anak perempuan itu setelah 8 jam.
dalam keadaan badan panas terbakar.
(korang bayangkan je dalam cuaca yang panas, kite dalam kereta beraircond pon masih nak mengeluh.)
dan si ibu hanya mampu meraung. mengenangkan kesilapan sendiri. yang boleh terjadi pada kite semua.

bila aku teringat kisah ni tadi,
aku takut.
menggigil2 aku pagi tadi bila terlupa dengan rutin aku.
risaukan kalau2 aku jadi macam dia.
ibu mana tak sayangkan anak.

:(
______________________________________________________

takut kan?
takut ooo...skang ni aku dah berjaga2 lebih extra la. setiap kali nak kuar kereta aku akan check seat belakang dan tepi. malan tak berbau kan? kita hanya boleh amek lebih precaution dan berdoa semua ok2 saja.


Tuesday, May 24, 2011

Jazly dah pandai tiarap sendiri! Hooray!!!

*gambar recycle. jaz with his new soft toy!*

semalam petang, aku kena attend meeting dari start pukul 2.30pm santak ke 6.30pm. dahla tak bagitau apa2 kat pengasuh taska kata nak amek jazly lambat. kelam kabut aku berkejar amek jaz bila meeting abis. so, masa aku nak amek jaz tu, budak pengasuh tu cakap,

"kak, jazly dah tiarap dah. tadi dia buat 3-4 kali jugakla."

reaksi aku? macam tak percaya ye. kalau kat umah kemain terlentang takde ciri2 nak ngiring pon. tetiba je dia dah tiarap. terkejut la beb.

balek tu, terus letak jaz atas toto dan bagi semangat kat jaz minta dia tunjuk skill depan aku. wah! terus buat eh. biasala, baru2 lagi dia nak amek momentum nak pusing tu makan masa. sekali bila dah tiarap, terus kaki menginjak nak ke depan. wah! dah angkat2 bontot pulak dah...lajunya ko nak...~

so. begitulah ceritanya. jazly telah tiarap sendiri pada umurnya 4 bulan 14 hari. awal sket la dari abang long dia tu. :)





jemput singgah ke Butik Adik Comel Abang Lawa ye. Sekarang terdapat harga penghabisan stok untuk barangan terpilih. Sangat2 murah! Grab it now folks!
+
Untuk sebarang pembelian melebihi dari RM50, TIADA kos penghantaran akan dikenakan!







Cinta Hati di Pejabat Mama...~


:)
lihat kamu berdua tenang hati.

Monday, May 23, 2011

Khalish yang aktif dan sukar dikawal kalau kat umah. Kalau kat umah orang pandai pulak nak behave.

ye kawan2. dia ni kalau kat umah kemain cergas. ke depan, ke belakang, ke kiri, ke kanan semua dia. pulaknya, apa yang kita makan semua nak. skang ni faveret dia adalah kari. kalau makan nasi lauk kari kemain laju lagi. dan suka jugak dengan ayam. ini adalah pencapaian terbaik stakat ni. sebelum ni dia tak reti kunyah ayam ye. dia hanya pandai kunyah keropok, kerepek dan makanan yang betul2 keras. kalau lembut2,   tak reti. 

oh. berbalik pasal aktif dia. malam tadi, as usual dia suka sangat main daun pintu kabinet buku dan kabinet dapur. ketung ketang slalunya aku wat dek je. skali tu, tetengah aku dok layan mentor, terdengar dia jerit2 nanges "amma, amma, atittttt!". rupanya daun pintu kabinet buku dah tercabut dan terus terkena muka dia. memula tu tak le teman nak nampak luka apa kat muka dia tu. aku ingatkan maybe dia rasa kebas2 je. skali tu, pagi ni terus ternampak ada luka atas alis mata dia dan segaris halus dari alis mata sampai bawah pipi. haha. tu la. taknak dengar cakap mama papa lagi. 

pagi ni. tak tau la nampak ke idak kat sini. luka kat alis mata belah kiri (dia) tu. garis halus yang panjang tu memang tak nampak la. sebab pakai flash. muka fresh baru lepas mandi. :)

adik jaz rileks tido je bila dengar suara abang long dia nanges2. haha. malas nak amek pot.





mama tak cukup tido. tengok mata tu sembab je. adeh!



jemput singgah Butik Adik Comel Abang Lawa. cer singgah, cer singgah. :)







nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...