Followers

Friday, March 19, 2010

Fort Cornwallis


kami2 sebelum masuk ke dalam fort. panas membahang waktu tu. 





tempat pameran. galeri dia ada banyak, dalam 5-6 camtu. tapi tak dapat masuk lama2. sebab khalish start rengek2 tiap kali menapak masuk setiap galeri. panas dalam tu. takde kipas atau air-cond.



antara tarikan yang menarik dalam fort.







adakah abang sayangku itu nampak gagah dengan senapang? hehehe. bagi je la dia berangan pegang senapang. 


penat tu jalan2 kat sini. sebab panas sangat2 kan. pulaknya fort ni letaknya kat padang kota. padang kota kan tepi laut. 

oh, gambar2 lain akan diupload kat fb. ada banyak lagi sebenarnya. cuma tak sanggup nak tunggu blogger upload. lama sangat.
cuma satu je la. fort cornwallis ni diorang tak maintain sangat la.
tangga cam nak roboh, papan2 yang ada macam dah reput je.
galeri2 tu tolong la kalau taknak pasang air-cond, at least pasangkan la kipas. selesa sket nak baca sejarah2 yang ada dalam galeri tu.

tu je la kot.
sebab kalau aku komen best, korang pi kata tak best plak.
sebab banyak fasiliti cam tak sempurna mana.
agak mengecewakan la jugak.
huhuhu~

Thursday, March 18, 2010

Gurney Drive

ok.
lepas je kuar dari queensbay mall,
mata aku actually dah ngantok.
tapi mulut gatal ajak en alang lepak kat gurney drive.

hahaha.
lagipon, khalish tengah tido masa tu.
so, leh la bercengkarama, di bawah bulan purnama...

sekali elok je sampai, enjin dimatikan,
terus terbukak mata dia.
haihhh...anak...anak.
cubala bagi can kat mama ngan papa nak berlovey-dovey sket.
;)











sekali, bila tengah sembang2 ngan en alang, ada pulak amoi comel datang bawak bunga sebakul pujuk en alang beli bunga. terus en alang beli. amoi tu takyah bagi ayat2 manis. 

sempena wedding anniversary kitorang kata en alang.
hehehe~



kami dan bunga. skang ni bunga tu elok terletak kat dashboard kereta. :)


lepak tak sampai setengah jam pon.
sebab khalish dah rengek2 nak tido.
tapi....bila sampai bilik hotel,
elok je terbuntang mata tu.
kata en alang, kul 1 lebih baru dia tido.
aku awal2 dah surrender, tak larat ok drive sana sini.
biarpon en alang boleh bawak kereta,
tapi aku tetap nak bawak sendiri2 jugak.
huhuhu~

singgah restoran ni sebab nak beli air panas untuk termos khalish. dah kata kat hotel takde cerek kan...merasa la mintak air panas kosong kat restoran. huhuhu~

breakfast di Khaleel Gurney Drive


sebelum tu, nak citer ni.
petang sebelum kami pegi makan mee udang,
kitorang singgah kat padang kota sebab en alang nak pegi fort cornwallis.
skali tutup daaa~

so, disebabkan isnin bukak,
kami decide lepas breakfast esoknya baru nak terjah fort cornwallis ni.

pagi tu kami breakfast kat khaleel gurney drive.





konon lepas breakfast nak pi terjah dulu gurney plaza.
skali aku la macam malas nak tawaf mall.
terus tuju ke fort cornwallis.

[entri ni terkeluar awal. sepatutnya ada entri lagi satu sebelum entri ni kuar. so, next entri pukul 3pm nanti ye]

Queensbay Mall

lepas je mamam mee udang,
hari dah nak gelap. tapi takde hati nak balek hotel.
so, aku cepat2 ajak en alang pi queensbay mall.
lagipon dia tak pernah pi sana. so, menuju la kami ke sana.

masa ni kat queensbay tgh wat sale.
berpinar jugak la mata.
toleh kanan, sale.
toleh kiri, sale.
poket je yang kurang sale.

masa ni en alang dok cakap, nak apa2 ambikla.
abang belanja sempena anniversary.
wahhh!!! teru ka-ching2 kat mata aku ni ha.
kepala otak ligat nak carik itu, nak carik ini.

baru sampai, dak kecik ni tido. actually tido dari dalam kereta lagi.



sebagai bukti dah sampai queensbay mall dan ada sale kat sini. hehehe~

gambar semasa bershopping takde ye kawan2.
bukannya shopping apa sangat pon,
aku sempat rembat kasut vincci sepasang.
pastu rembatkan t-shirt dan seluar jeans takat lutut untuk anak bujang aku tu.
terus aku pakaikan keesokan harinya.
tak nyempat2 ok.
:)

bila dah penat menapak seluruh mall,
kami singgah berehat sebentar kat oldtown white coffee.




anak bujang ku. oh. ada blogger kata khalish dah kurus. tak ok. badan dan muka dia je yang nampak cam dah tak bam2, tapi berat tu masih berat. semangat. nak angkat pon termengah2.

dan lagi, khalish ni tinggi. ramai agak dia umur 7-8 bulan. padahal, cecah 6 bulan pon belum lagi. :)

kami keluar dari queensbay mall dah pukul 10 lebih.
ingatkan lepas tu nak balek la kan.
skali aku la gatal usulkan satu tempat kat en alang.
terus en alang ON.

hmmm..sila teka kami ke mana pulak lepas ni.
(sementara aku bertungkus lumus nak siapkan next entry plak. hehehe)

Wednesday, March 17, 2010

pekena mee udang. untuk melepaskan kempunan. bukan di sungai dua.

tapi di gertak sanggul. berhampiran dengan teluk kumbar. kalau korang dari bayan lepas, ikut je signboard teluk kumbar. bila dah sampai telur kumbar, straight je sampai jumpa simpang ke kiri untuk ke gertak sanggul. restoran salwa ni lepas sikit je dari balai polis kat situ. ni kawasan nelayan ni. pekena seafood memang mantap! fresh2 belaka....

nama restoran ni salwa mee udang. bisnes orang melayu. jangan pulak korang ingat ada tulisan cina kat signboard tu korang speku kata ni restoran cina plak ek.


pemandangan restoran. kawasan restoran ni memang agak tak seberapa sangat la. sebab dulu masa tsunami kawasan ni terkena jugak. tu yang kalau korang leh tengok ada tembok2 yang retak, yang macam rupa tak siap la...tapi feeling laut tu memang mari abis. dengan sampan2 nelayannya....best....!


kami2 yang kebulur. tengahari sebelum check-in hotel dah pekena nasi kandar kat subaidah. tapi ni baru kul 5pm dah lapar balek. apa kes? (nampak sangat selera cam jin je. hahaha)

budak kecik tu layan mata. ngantuk. sape suruh tak tidor dalam bilik tadi?


restoran dari depan. yang ada signboard tu area belakang la tu. :)


mee udang. udang yang segar2. kuah mee udang ni diorang guna sos heinz. sedap gile. masa ni diorang buatkan tak pedas. so, aku curi2 bagi khalish rasa sikit. kemain suka dia dapat rasa kuah mee udang ni.




siap ada ketam goreng ngan bawang. pergghhh..memang mantap abis la. ketam tu nampak macam bodoh2 je kan? tapi isi dalam dia, kemain padat lagi. memang tak sia2 aku ngidam mee udang ni sejak mengandungkan khalish. sebab rasa mee udang tu memang sama macam yang aku idam2kan. skang ni bila tengok gambar foods2 ni, terasa nak pekena lagi ok! pergghhh!!!

oh, untuk 2 pinggan mee udang (udang sedang), 2 ekor ketam dan 2 gelas air kosong sejuk kami dicaj rm63. tapi sebab makcik tu nampak kami ni beria2 makan, dia bagi diskaun rm11. dia caj kami rm52 je.

awal2 lagi aku dah sound kat en alang. jangan nak terkejut kalau tengok harga makanan kat sini.
bila time nak bayar tu, memang nampak dia agak terkejut la jugak.
hahahaha.
tapi sebab segar2 belaka dan sedap...rasa berbaloi2 bayar harga macam tu.

:)
korang cuba lah ye!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...