Friday, October 24, 2008
amoi cantek dan cord blood
kakiku saket lagi.
semalam langsung tak boleh nak tekan pedal kereta. nak naik katil pon rasa nak nangis. apatah lagi kalau naik tangga.
so, end up aku just sms en alang, minta call kan ibu aku minta amek aku bawakkan ke klinik semula.
(sememangnya, ni kes tak cukup kredit. terlupa nak top up)
nak tau ibu amek aku pukul brape?
jam 11.00am ok!
aku dari pukul 9am dah siap2 tunggu dia.
dahla kaki saket, nak buat apa pon tak kena. tgk tv pon rasa tak best.
doc cakap kaki aku ni kalau tak baik lagi 5 hari, jumpa pakar je.
aku pon dah give-up dah ngan kaki ni.
asik saket2 je.
bila aku usulkan pada doc, adakah kerana aku overweight?
dia cakap takdela. ada orang lagi berat berkati2 lebih dari aku ok je kaki diorang.
kan ke aku ada history ligamen cedera?
ingat tak?
so, doc bagitau maybe ni ada kaitan ngan ligamen aku ni.
skang ni pon untuk tahan saket,
doc beri ubat tahan saket manyak power punya dan ubat surut bengkak.
dan medicated patch untuk aku lekatkan kat kepala lutut nih.
skang ni aku dah jadik cacat.
jalan terhencot2. memang kalau orang tak kenal, mesti dalam hati diorang,
"ciannye budak ni. cacat rupanya"
serius! aku tak main2.
huhuhu~
kaki aku ni takleh nak bengkok2 sangat.
masa solat pon, dah rasa saket2 balek.
hari ni aku berkurung hijau. tudung putih.
dah macam ustazah je rupa aku hari ni.
skali aku tgk rupa aku kat cermin, cam cikgu-cikgi je.
tapi, kredibiliti sebagai seorang cikgu memang la takde kan.
jauh sesangat.
huhuhu~
sepatutnya esok aku bertolak ke kl. ada member skolah kawen.
tapi, disebabkan gaji tak masuk lagi, harusla keinginan nak turun kl dihapuskan serta-merta.
en alang pon gaji on 29th. memang la susah kalau 2-2 gaji ujung bulan ni.
semalam, sedang aku tgh tunggu doktor,
ada la sorang amoi cantek ni datang kat aku.
aku ingatkan dia nak suruh aku bukak akaun insurans ke apa ke.
rupa2nya,
nak citer pasal cord blood bank.
cord blood=tali pusat.
aku baru tau, rupa2nya ada jugak cord blood bank ni kat malaysia ek.
pernah dengar2 ada kat US, tak terjangka plak ada dah kat malaysia ni.
cord blood ni fungsinya lebih kurang sama macam sum2 tulang.
ada beberapa disease yang boleh dirawat guna cord blood ni.
- blood cancers (leukimia, lymphoma)
- inherited blood disorders (Aplastic Anemia, Thalassemia)
- metabolic disorders
- autoimmune diseases
- heart diseases
- congnital immunodeficiency syndromes
- spinal cord injuries
- certain cancers (neuroblastoma, retinablastoma)
sumber dari: pamplet amoi cantek bagi aku.
tali pusat ni diambil once baby dah lahir.
korang tipon la pegawai diorang lagi 2-3 hari jangka nak lahir tu kan.
so diorang akan ambil, transfer dan proses tali pusat tu.
then, diorang akan simpan cord blood tu dalam tempat yang maha sejuk (-196 darjah celcius).
so, kalau la dikatakan baby empunya cord blood tu saket (dari list2 kat atas tu),
kesesuaian baby dengan cord blood tu memang 100% la kan.
untuk parents plak, 50% kesesuaian
dan baby siblings, 25% kesesuaian.
so, kalau parents atau siblings ada saket2 dari list atas tu, diorang leh check sama ada sesuai atau tak. kalau sesuai, boleh la guna. gituuu...
tentang charge plak, aku terlupa nak tanya.
tapi, kalau ada maklumat lanjut, korang klik je kat sini---> cryocord.com.my
memang ternganga2 la aku masa amoi cantek tu explain kat aku.
hehehe~
aku rasa, kalau ikutkan dari segi agama kita, takde masalah kot?
sebab untuk kebaikan kan.
tapi, kalau ada sape2 ada pandangan lain, tolong bagitau aku.
sebab aku sedang berkira2 nak simpan tali pusat ni gak.
Wednesday, October 22, 2008
terharu, xoxo, dan tag
aku baca komen2 korang sambil air mata bergenang2 terharu.
betul aku terharu sangat2.
meh sini aku nak hug dan kiss semua yang beri komen kat aku pada entri sebelum ni.
1. hana
2. amy
3. nanonano
4. rafflesia
5. maksu
6. nur'ain
7. konspirasi
8. miszue
9. diya
10. ratna
11. ad3ck
12. orangelily
13. shafa
14. ayu
15. princess_n
16. kema
17. qasiehfirdaus
18. norash
19. ceera
20. yatie
dan...
21. shasha
korang amek ek...tempek kat blog korang.
kaki aku masih saket2 dan sengal2.
semalam ketemu doc pon, dia tak tau apa puncanya.
so, dia just beri vitamin, pil untuk saraf (?) (pain killer je), dan ubat sapu.
semalam betapa heavennya,
en alang urut kaki aku, sambil aku main sudoku.
tak ke itu satu benda yang teramat indah?
hehehe...~
korang nak tahu satu perkara tak?
aku asik terbayang2 ateh je kat umah.
semalam plak, aku terdengar2 loceng ateh tu.
bila terpandang je kandang ateh, terbayang2 ateh dalam kandang mengiau mintak kuar.
bila kuarkan ateh, dia cakar2 rak kasut
dan jalan lenggang lenngok ke hall depan dan terjelepok kat karpet.
dan mengiau lagi suruh aku pon baring skali ngan dia.
rindu atehhhhhhh!!!!!!~~
demam aku ni ada kaitan ngan kehilangan ateh ke ek?
eh? ada tag dari shasha.
harus la kena buat kan.
kang bertangguh2 je. mesti akan lupa gak nanti.
RULE #1 People who have been tagged must write their answers on their blogs and replace any 1 questions that they dislike with a new question formulated by themselves
RULE #2 Tag 5 people to do this quiz and those who are tagged cannot refuse. These people must state who they were tagged by and cannot tag the person whom they were tagged by and continue this game by sending it to other people.
1. If your lover betrayed you, what will your reaction be?
hah! jawapannye adalah.... AKU BUNUH KO DAN GIRLFREN KO TUH!
2. If you can have a dream to come true, what would it be?
heh? mak dapat jadik datin ke? wallaweiiii...hehehe..takdela. impian aku cuma nak hidup aman sentosa dan bahagia bersama insan tercinta. (aku tau korang muak, tapi dah ni impian aku). hehehe~
3. Whose butt would you like to kick?
skang ni...buat masa ni..masih belum ada rasa nak tendang bontot orang. tunggu la lagik sehari dua lagik.
4. What would you do with a billion dollars?nak beli rumah, rumah dan rumah! dan satu private jet (atau paling koman plane je la) dan satu lamborghini. cukup la tu. baki duit akan disimpan untuk masa hadapan.
5. Will you fall in love with your bestfriend?
woho! ini paling tak bleh blah. aku ni kalau dfah kawan tu, kawan je. kalau special tu, memang special abis lah!
6. Which is more blessed, loving someone or being loved by someone?
both la! kalau pilih salah satu, dah macam bertepuk sebelah tangan la plak kan.
7. How long do you intend to wait for someone you really love?
kalau sudah berkenan, masuk je meminang. tak yah tunggu lama2. paling lama aku bercinta, 2 tahun. tak sampai jodoh pon. ngan en alang, setahun setengah. rezeki dia la, dapat aku kan. (kehkehkeh!)
8. If the person you secretly like is already attached, what would you do?
slalunya aku buat tak tau je. ye la kan, masa2 macam ni, setan selalu je nak hasut2 supaya goda2 orang tu. kalau orang tu dah berpunya, biarpon dia sebaik dan setampan fahrin ahmad sekali pon, takkan ku goda dia nyah! laki aku lagi ensem tau! =P
9. What do you pray each day for your loved one?
diampunkan dosa2, diberkati rezeki, dan panjangkanlah jodoh kami. amiinnnn~
10. What takes you down the fastest?
orang yang tak tepati janji.
11. How would you see yourself in ten years time?
-masa tu aku dah 37 tahun. masih berblogging, dan menaip dalam rumah yang dibeli dengan hasil bersama (atau sendiri) sambil melihat anak2 berlari2 an di laman rumah dan en alang mengerjakan kebun sayur mini kami. (oh! bahagianya!!!!)
-harap2 masa tu dah naik pangkat jadik pengurus ke... =P
12. What do you really want at the moment of responding to this tag?
apa ek? aku nak rehat secukupnya!!!!! kaki masih saket. :(
13. What kind of person do you think the person who tagged you is?
kind, caring, comel!
14. Would you rather be single and rich or married but poor?
married but poor - sebab harta boleh dicari. teman sejati, bukannye leh carik kat pasar malam!
15. What’s the first thing you do when you wake up?
tenung cinta hatiku. dan cium2 dia. dan peluk2 dia. dan gomol2 dia. sampai la cinta hatiku itu terjaga.
16. Would you give all in a relationship?
untuk hubungan yang ada skang ni, of course!
17. If you fall in love with two people simultaneously, who would you pick?
punya kelebihan dari segi agama, harta, dan baik hati! serta pemurah.
18. Would you forgive and forget no matter how horrible a thing the someone has done?
mm....entah. tgk kes la. tapi kalau kes curang, aku takkan maafkan! tak sanggup aku...~
19. Do you prefer being single or having a relationship?
in a relationship! :)
20. Would you leave your family behind just to chase your dreams?
no,no,no!
i'm tagging,
kesemua 21 senarai blogger di atas!
tapi kalau korang dah wat tag ni, aku tak nak la korang buat kali kedua plak. cukup bagitau yang korang dah buat. ok?
Monday, October 20, 2008
sengal betul.
wah!
pagi2 ni aku check inbox gmail,
ramai betul yang bagi ucapan supaya aku cepat sembuh.
terima kasih kat korang sebab ambil berat kat aku ye.
ada yang call, ada yang sms...thanks korang!
berkenaan dengan penyakit aku tu,
aku kena demam urat.
ada sape2 doktor kat sini?
boleh terangkan lebih lanjut tak pasal demam urat ni?
yang pastinye,
satu badan aku saket2, sengal2.
kalau nak tidor tu, memang azab la kan.
rasa nak tercabut satu persatu part2 badan aku ni.
terseksa rasanya.
dahla en alang takde.
harusla tidor malam berendam air mata plak lepas tu.
huhuhu~
skang ni pon aku masih lagi ada rasa sengal2 badan.
doc beri ubat demam, antibiotik dan pcm (paracetamol).
kenapa ek kalau dalam usaha nak preggy, takleh nak amek pcm?
boleh keguguran ke?
ada sesape boleh tolong jelaskan tak?
jumaat tu,
aku terpaksa amek EL.
sebab nak ke klinik balek, rasa tak terdaya badan ni.
nak minta tolong ibu, ibu plak sebok dengan sepupu aku.
ye la kan, masih dalam pantang.
ibu sebok masak2 la, ntah apa2 lagi dia wat.
aku just dok umah,
makan ubat, lalok2, terus tidor.
yup. ubat tidor tu sangat kuat ok.
sekali kalau dah amek ubat tu,
memang akan lalok abis.
dan skang sedang bekerja, tak berani nak amek ubat tu.
biarpon skang ni badan dah ala2 macam sayur sawi kena celur. lembik.
hehehe~
(tapi jari-jemariku ini masih gigih menaip..)
en alang pulang sabtu tu.
wah!~
hati amat berbunga2 tau.
saket2 pon rasa ilang kejap sebab terlalu happy tunggu kekasih hati pulang ke pangkuan.
wah!!! gituuuuuuuuuu~
en alang bertolak dari jb kul 9.30am, sampai manjung 6.30pm.
en alang masuk2 je kereta, terus je terkam bini dia ni.
cium bertubi2 macam dah setahun tak jumpa.
wakakaka. aku plak yang segan2 orang lalu-lalang tepi kereta dok tgk kami buat drama swasta.
;)
malam tu pulak, sedara2 aku dari muar datang umah ibu.
memang penat sangat2 la kan. siap2 kan segala macam juadah.
ibu over sangat. masak macam2 jenis lauk.
ada ikan tenggiri goreng belah belakang (pastu sumbat ngan sambal), kari ayam, ayam goreng berempah, sambal sotong dan sambal jawa.
pulak tu, kitorang ada wat sket puding (ala2 macam dadih tu) dan kuih seri muka (beli setalam).
hohoho!
sedara2 je dah penuh umah.
macam buat open house.
=P
semalam, ahad.
lepak2 je.
sampai tak tau nak buat apa kat umah.
last, en alang lipat2 baju,
aku baring2 atas katil, teman dia lipat baju.
sambil borak2 tentang zaman kecik2 en alang.
malam tadi,
kaki aku ni saket teramat sangat.
en alang la yang urut2 kaki ni.
cian kat dia.
gigih je urut2 kaki aku ni.
lepas je dia urut,
aku makan ubat dan terus tertido.
terus tak sedar ok!
sedar2 je, dah pagi.
skang ni masih dalam mood malas, dan saket2 badan lagi.
tak larat rasanya.