Maaf kalau entri hari ni macam hape je.
khalish masih on off demamnya. hati risau bukan kepalang. tadi hantar dia ke babysitter pon pesan punya pesan tentang jadual ubat dan pantang larang pemakanannya. doc dah warning hanya boleh diberi biskut, roti, sup dan teh o.
yup. teh o nipis. untuk anak bujang tu. buat ganti susu. sebab perut dia skarang ni takleh banyak2 minum susu. diarrhea masih belum pulih. badan dah kurus. dukung pon dah ringan sangat rasanya.
:(
Friday, October 15, 2010
Wednesday, October 13, 2010
Berbezanya kasih papa dan mama. Lain cara, sama banyak sayangnya.
Sepanjang 3 malam di hospital...hanya 1 malam sahaja aku menemani khalish. kerana keadaan kesihatan diri ini juga tidak begitu mengizinkan. tambahan pula, en alang menawarkan diri untuk menjaga anak bujangnya itu. biarpon nurse2 di wad tersebut ada menegur tidak manis sekiranya si bapa yang menjaga anak di waktu malam, namun en alang tetap berkeras mahu menjaga juga anaknya. lagi pula ada juga 3-4 orang kaum bapa yang menemani anak2 mereka. sepatutnya tiada salahnya kan?
aku tak risau kalau khalish di bawah jagaan papanya. sebab en alang lebih pandai handle khalish di saat dia cranky2 dan merengek2. kalau aku, slalunya aku biarkan dia saja melayan perasaan rengek2 tu sendiri sampailah dia sendiri cari aku. slalunya begitulah. dan slalu juga orang katakan aku ni mama yang tegas, tak manjakan anak seperti papanya. papanya kalau boleh, ke sana sini nak dikeleknya anak tu.
dan ramai juga yang menegur en alang lebih gentle dengan anaknya. lebih sabar dan lebih melayan kerenah anak. betul2 berbeza dengan aku. bayangkan, khalish sekiranya nampak aku pon takkan excited terlebih seperti melihat papanya. kalau dari jauh tu, dia akan pandang papanya dengan senyum simpul penuh makna sambil tangan terdepa2 minta diangkat. kalau dengan aku, dia hanya pandang, senyum dan sambung bermain. patutkah aku terasa hati? rasanya tidak kerana aku sering fikirkan sekiranya adiknya keluar nanti, bagaimana mungkin aku akan manjakan kedua2nya. dengan anak2 aku perlu adil. jadi bersikap seperti biasa adalah penyelesaian bagiku. en alang sendiri setuju aku tidak terlalu melekat sangat dengan khalish kerana risaukan jika adiknya keluar nanti, cemburu khalish akan menjadi2 pula.
Yang penting, aku tetap sayang khalish sama seperti sejak aku kandungkan dia sehingga sekarang. tidak pernah berubah. malahan mungkin bertambah. seringkali juga rindukan khalish yang genit, hanya pandai berguling2. khalish sekarang lebih demanding, lebih kuat memberontak. walau apa pon, mama tetap sayang kamu nak.

Labels:
khalish,
khalish's milestone
Khalish dah kuar wad
Alhamdulillah...~
tapi tu la. dah kurus sangat anak bujang tu. nanti bila senang, aku tepek gambar dia eh. kesian ko tgk badan dia. straight je. dah takde kembung sana sini dah. sedih. muka pon dah cengkung.
malam tadi pulak, dia susah nak tidor. merengek2 sepanjang malam. yang peliknya, tido kat spital ok la pulak. lena je. tang tidor kat umah dia nak rengek2 bagai. huhu.
apapon, bersyukur dia dah ok. dan selera makan pon dah kembali. cuma kena perhatikan je la apa yang dia makan. dan antibiotik dia je ada 3 jenis. semua kena abiskan. harap2 kami dapat beri dia antibiotik tu sampai abis. ye la, diri sendiri makan ubat pon payah, apa lagi nak bagi anak makan.

Tuesday, October 12, 2010
Perkhabaran khalish terkini.
Khalish masih di wad. demam dah tiada tapi bila penyahtinjaan tu, masih cair2. tapi dah tiada lendir berserta bersama. harap2 harini doc beri berita gembira. kesian kat dia sebab dah macam orang kena denggi pula berhari2 di hospital. masuk hari ni dah hari ke-4. malam tadi dia tidor sambil mulut mengomel2 mengeluh. mungkin bosan benar la tu tak dapat main walker dia dan tak dapat merangkak merata. kesian sungguh khalish.
aku ada di ofis harini. en alang jaga khalish di wad buat hari ini. tapi, sekiranya hari2 berikut khalish terpaksa berada di wad lagi, aku pula la yang akan berkampung di sana. bila anak ada di wad, hati memang nak balek umah. tapi bila dah balek, hati meronta2 nak tido sebelah anak. camno tu?
plan for cuti2 weekend aritu semua hancur musnah. first, aku demam panas since rabu. dapat mc for khamis dan jumaat. elok sabtu tu dah nak baik semula, khalish sambung saket. dia pula cirit birit dan demam. pulaknya, masa pi ngadu kat spital suhu dia tinggi, 38.6darjah, terus dimasukkan wad. tapi betul la orang kata, kita ni mak2 saket camne teruk pon, tapi kalau anak pulak saket, terus lupa saket sendiri. nak tumpukan pada penyakit anak je. ajaib kan?
harap sangat khalish dapat keluar hari ni. doakan sama2 ye kawan2!

Sunday, October 10, 2010
Minta doakan bersama2 ye!
Khalish kesayangan masuk wad.
Diarrhea dan demam. Harap2 esok lusa dapatlah dia keluar wad.
Aku sendiri belum pulih 100% lagi. Harini en alang tunggu khalish kat wad. Esok mungkin giliran aku pula.
Minta kawan2 doakan anak bujang itu cepat sembuh ye. Kesian dia asik merengek2 je.

Subscribe to:
Posts (Atom)