Followers

Saturday, March 13, 2010

korang teka la. kami mahu ke mana.

kami pergi 2 hari satu malam.
esok baru pi.
hari ni nak wat persiapan apa yang patut dulu.
bawak budak kecik kan. harusla kelam kelibut itu ini tak settle.

:)

harap2 percutian kali ini bawa seribu erti.
dan dapat enjoy puas2!

sape nak ikot?

Friday, March 12, 2010

birthday iqa yang ke-17. sweet 17!!!

gambar ala2 kacau bilau.
sejak guna advanced punya format ni,
dah tak reti nak susun.
drag sket punya susah.
last2 aku dah fed-up.
publish je la gambar2 ni.

khalish disuapkan coklat sundae. muka masham2. hehehe~


makan tangan sedap ok!


iqa yang segan bila aku paksa2 taruk lilin. last2 tak bubuh jugakla. cuma aku nyanyi lagu happy birthday tu kuat2 bagi semua org dalam mcd dengor. hahahaha!


papa yang setia menanti anaknya. mama melantak puas2.


birthday girl. suka hati dapat makan mcd. dah layak jadik bini orang dah ni.


makanan2. nyam2!


kek yang sama macam kek birthday ibu. sebab iqa suka gile kek ni. ibu yang beli kek ni. bleh tak ibu tersalah eja nama anak sendiri. it is suppose to be IQA not IKA. sebab nama penuh iqa Intan Shafiqah. see? Q bukan K kan? 

:)
maybe esok nak celebrate birthday ayah pulak.


*entri ini di auto publish.

wahahahaha! pagi ini telah breakfast sebanyak 2 kali!!!

makan kat umah.
dan makan kat mekdi plak.

hoih...camne nak jalani hidup sehat ni? semua benda yang nampak, telannnn jek!
orang kata, nak turunkan berat senang, tapi nak maintaikan tu yang susah.

memang susah gile ok!
skang ni pon dah naik sekilo lagi berat ni.
muka pon dah tembam balek.
haihhh...penat oh.
makan kawal2 la jugak. tapi bila anak dah besar ni, tidor pon makin syok.
sebab khalish jenis terjaga malam cuma sekejap.
sumbat botol susu, terus dia lena balek. so, dah senang kalau nak tidor lama2.
bila tidor lama2, muka harusla naik balek kan.
ni kena praktikkan semula macam masa pregnant dulu2.
kejap2 terjaga dan main sudoku sampai 4 game, baru tido balek.

jumaat ek arini. sronok!!!
:)

Thursday, March 11, 2010

awat rasa cam nih?

rasa cam malas nak update.
tapi nak citer...
tapi malas.

huhuhu~

citer pasal birthday iqa pon tak publish lagi.
baru upload gambar sekerat jalan, aku leh terlupa sambil pi jalan2 kat billion.
bila balek, tengok kerja separuh siap tu, terus tutup netbook dan tido.

takde hati langsung nak taip ke, sambung upload gambar ke.
teruk sangat2 dah ni.

tengokla tengahari atau petang ni.
kalau tak sebok sangat, aku sambung upload gambar.
kalau malas sangat, aku wat post lain.
hahahaha.

oh. semalam birthday ayah.
terlupa nak wat post.
sebab busy yang amat kat ofis. asik ke hulu hilir.
orang2 tegur aku kat fb ngan ym pon aku tengok sekali imbas je.
sori ye korang2 yang tegur aku tru fb atau ym tapi aku kurang layan.
sebok sesangat ni ha. after 10 april baru leh aku berblogging secara tegar semula.
:)

have a nice thursday!

Wednesday, March 10, 2010

Sony Ericsson C902

ni la handphone yang pernah diwar2kan satu masa dulu.
tak jadi amek bb atau nokia E series.
last2 amek yang ni je.

sebab eh....kan dah ada laptop.
toksah la gatai nak hp canggih2.
hehehe~

bagi aku, aku dah cukup puas hati ngan hp ni.
kamera 5mp.
gambar clear.
tak pernah lagi nak hang2.
oh. bleh 3G.
tapi satu je la.
takde wi-fi. huhuhu~

maybe ada orang kata, hp ni kecik je.
puas ke tengok gambar besaq tu je dalam hp?

bagi aku, kalau nak tgk besar2, transfer je la gambar2 tu dalam pc.
ha...leh tengok gambar sebesar alam.

korang leh tengok spec hp ni kat sini dan sini.

bagi aku, memang suka gak la hp ni.
walau ramai kata function dia lembab la, flash tak xenon la..
tapi sebab body dia mantap.
aku suka.

kalau korang tengok gambar2 aku, en alang dan khalish sejak akhir2 ni kat entri2,
pakai hp ni la.
amacam, agak best kan kualiti gambar?

apapon,
tepuk dada tanya selera.
oh. harga ni berharga rm600 berserta memory card 2gig.
AP set. beli kat Greentown Mall, Ipoh.

aku punya C902. en alang punya C903.
dia punya slide2.
malas nk wat review leh?
sebab dia yang pakai phone tu. hehehe.

dengan tersiarnya post ni,
kire aku dah settle utang pasal phone ye.
:)

buat naja, thanks ingatkan kite.

Tuesday, March 9, 2010

DEDEK, HAPPY BIRTHDAY!!!

iqa @ adik @ dedek (ni panggilan aku kalau nak mintak pinjam barang @ minta tolong kat dia. hehehe)

hari ni adik dah 17 tahun.
dah jadik anak dara dah.
tahun jugak adik nak amek SPM.
hari2 along tgk adik kurung diri dalam bilik.
harap2 adik betulla baca buku.
jangan buku baca adik sudeyyy....

kamu nak along sponsor kamu ke genting je kan dik?
jangan mintak benda lain ok.
along tak kaya...biasa2 je.
hehehe~

have a nice birthday ya!
malam karang kite melantak mcd ok.
:)

lagi 5 hari...berdebarnya....~

ya Allah...dak mok mana ni? hehehe~
masa ni baru lepas pakai inai. dengan baju tidor, selamba je jalan2 satu rumah. semua orang tegur ok. hahaha. memang tak semenggah! rasanya masa ni diorang ramai2 tengah isi goodies dalam bag kot.


sebelum pi masjid nak akad nikah, amek gambar dulu. 
awat aku tak tengok kamera ek? hmmm...
bila tengok2 balek. baru aku tau...betapa mok2nya aku dulu eh.
(selama ni tak sedar diri..huhuhu)


en alang yang keding. skang ni kire ok la badan dia takla kurus cam dulu.
sedang2 je.
:)

apsal aku tunjuk gambar kawen kat korang ek?
sebabnye....

lagi 5 hari nak anniversary kitorang.
yang ke-2.

sarap yok!

*dalam percubaan memberi khalish bubur nasi. tapi GAGAL!!!!*

tolong beri petua macam mana nak bagi anak suka makan.
khalish dah boleh control kepala dia.
dan dalam cubaan nak duduk skarang ni.
sebab tu aku berani beri dia bubur.
tapi tu la.
dia tolak2 bubur tu pakai lidah.
huhuhu~

masa ni aku blend bubur ngan carrot.
tapi aku ada baca, masa mula2 nak tarik perhatian anak untuk makan, patot beri dia makan manis2 dulu.
campurkan bubur ngan prune ke...apple ke.
betul ke?

tolong la mama yang terkapai2 ni.
risau bila khalish dah 6-7 bulan, takmo makan lagi.
huhuhu.
ni dia nak masuk 6 bulan dah haa....
kejap je rasanya.


Monday, March 8, 2010

maluuuuuuuuuuuu~

tadi gatai sangat tulis status camni.
bila dah post, rasa nak delete plak.

tapi wei...
apsal rasa camni eh?
sejak akhir2 ni je.

dulu kan, aku rasa macam ni la.
tetiba tup2 aku pregnant.
adakah itu satu petanda?
huhuhu~

awai la kalau nak preggy lagi.
tunggu september la...baru boleh.
(psst...period tak mai lagi neh. mungkin sebab dah gain weight kot)
mari sedapkan hati.

rindu pada kamu, kamu dan kamu.

serius weyyy....
baru 2 hari balek kampung bruas, tak dapat online.
terus terasa rindu nak membebel2 kat sini.
hehehe~

tapi yang penting!
sampai2 je umah, terus terkam lappy nak bagi ikan2 makan dan sediakan makanan.
ikan makan- fishville
sediakan makanan- cafe world

hahahaha~

teruk eh? anak pon aku jeling2 je.
bila dia rengek2, baru aku dukung2.
huhuhu.

oh. ada baca paper metro ahad semalam?
kes pasangan suami isteri dok leka bela anak virtual,
anak sendiri mati kat umah.
takut weiii....sampai camtu skali penangan game online ni.
jangan la korang2 wat camtu ek.
(peringatan untuk diri sendiri jugak)

k la korang. mari bekerja sepenuh hati hari ini!
caiyok!!!
*bagi semangat kat korang. hari isnin biasanya semua orang layu2 gitu. hehehe*

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...