:)
baru balek dari giant.
dengan hanya niat nak beli air,
keluar giant dengan sehelai rompers, sebotol jus jambu, krim tanggal bulu, lampu tidor dan panadol sepapan.
inilah akibat dah lama tak beli belah.
asik sangat tengok telek satu2 barang.
bila balek, dok pikir apsal aku beria2 sangat beli panadol sepapan nih.
sebab stok panadol en alang masih ada lagi.
haihh...
rindu nak menulis.
rindu nak membaca.
ada sesetengah blog aku baca.
dan tiada turunkan komen.
sangat teruja apabila baca ada blogger yang punya rezeki yang dikurniakan.
rezeki dapat anak, rezeki naik gaji, rezeki dapat personal loan, rezeki beli rumah, beli kereta.
oh. dan rezeki tunaikan haji.
selamat aku ucapkan kat korang ye.
tumpang bahagia bila tahu korang bahagia.
:)
skang ni kami bertiga buat keputusan untuk tinggal di rumah ibu buat sementara.
kerana sepupu ku (tuan rumah) dah banyak kali bagi hint nak jual rumah tu.
so, kitorang pon sebulat suara nak kosongkan rumah tu.
so, rumah ibu ni tak lama lagi akan penuh la dengan barang2 dan perabot dari rumah sana.
hoih. tak dapat bayangkan. macam muzium dah agaknya.
apapon, kami harapkan akan punya rezeki untuk rumah sendiri.
:)