Followers

Tuesday, December 17, 2013

Pinjaman terindah. (Monolog seorang isteri)

KASIH
Pabila dia memandangku dengan penuh rasa. Pabila dia menyentuhku dengan penuh belaian. 

SAYANG
Setiap kali sebelum keluar dari rumah akan berpesan;
Sayang, tolong jaga mata.
Sayang, nampak cantik hari ini.
Sayang, bawa kereta hati-hati.
Aku salam tangannya yang kasar; hasil kerja keras saban hari. Ciumannya akan singgah di dahi dan kedua pipiku selepas itu.
Semua ini adalah wajib dilakukan. Sehinggakan aku seringkali mengusiknya dengan mengulangi kata-kata pesanan si dia padaku. Dan sering kali juga terledak hilai tawanya.

RINDU
Setiap hari juga apabila sedang sibuk bekerja, dia akan tiba-tiba menghantar sms. Atau whatsApp. Atau KakaoTalk. Sekadar bertanyakan sibuk ke? Dah makan belum? Banyak kerja ke?

CINTA
Ketika ku sakit, dia akan sentiasa pastikan ubat dimakan mengikut masa.
Ketika ku sedang tidur berdengkur, tidak pernah mengeluh walau sedikit tentang kelemahanku.
Ketika ku memasak untuknya, sering kali pujian yang ku terima. (walau pernah rasa tawar)
Ketika ku keletihan, dialah tukang urut terbaik untukku.

kasih. sayang. rindu. cinta.
semua ini ku kenal setelah bernikah dengannya.
ketika zaman bercinta, tak pernah ku lihat dia sebegini. cuma yang aku tahu dari dulu hingga kini yang pasti ada adalah kesabarannya.
sabarnya dia mendengar bebelanku.
sabarnya dia menangani sifat baranku.
sabarnya dia melayani kerenah anak-anak kami.

sungguh. orang kalau tengok dia secara lahiriah akan menganggap dia adalah seorang yang garang. bengis. tegas.
tapi percayalah. garang, bengis, tegas tu semua hampir tiada padanya pabila berada disampingku.
semua sifat yang tiga itu ada padaku. dia umpama unsur natural yang berada di sekelilingku. 

setelah 5 tahun. dan seorang suami (harapnya sehingga ke syurga). barulah ku kenal erti kasih, sayang, rindu dan cinta. 
sesungguhnya aku hanyalah seorang isteri yang banyak kekurangan. dan dia adalah suami yang terlalu sempurna bagiku.

terima kasih sayang. 

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...