Followers

Thursday, June 10, 2010

cerita ceriti di petang hari.

dulu2 kan aku pernah keje kat kilang proses ayam yang terkenal pasal hal isu halal.
bila harini aku ada terbaca kat hmetro tajuk "isteri lari ikut kekasih", terus aku teringat kisah2 masa aku keje kat sana.
tapi ni kilang kat perak la ye. kat hmetro tu kat melaka.

ala2 kejutan budaya la jugak masa mula2 aku keje kat kilang ayam ni.
sebabnya, foreigner ramai. banglasdehi, myanmar dan nepal bersepah2 dalam kilang tu.
siap dah terer cakap melayu, leh gurau2 lagi.
masa memula tu agak konfius la sket nak kenal mana satu nepal, myanmar, bangla.
lepas dah lama keje situ, memang aku dah masak sangat la ngan pangai diorang ni.

tapi, ni yang aku belajar dari foreigner kat kilang aku la ye. tempat lain aku tak tau.
bangladeshi - rajin bekerja. hari2 bawak bekal sendiri.hari2 tunjuk gambar anak dan isteri. pandai bergurau dan ambil hati orang tempatan. (ambil hati means mereka ni sangat rajin dan tekun)
myanmar - agak kasar. kebanyakannya tak fasih sangat bahasa melayu. basic tu boleh la. kerja agak lambat.
nepal - pandai mengayat. kalau tak cukup iman, memang cair la dibuatnya. nak2 masing2 muka, body macam model. dan kuat mabuk. tapi rajin kerja.

ko bayangkan je la. aku ni supervisor cold room. aku the only one supervisor cold room perempuan kat situ. ada 3 lagi supervisor, semua lelaki.
operator2 pon semua lelaki. macam2 bangsa. macam2 perangai. kalau ada pompuan pon, yang keje clerk tu je. aku ni bersejuk2 beku dalam bilik bersuhu -20 darjah celcius. memang dalam freezer pon.

takat kena raba tu memang biasa je. kena sakat pon dah jadi kebal kat aku.

kalau aku kena ngorat atau ditabur janji manis ngan foreigner2 ni, aku just senyum.
kalau diorang ajak jalan2, aku tolak baik2.
kalau diorang belanja minum, aku bagi kat orang lain.

camtu je la cara aku nak elak dari terpikat dari diorang. dan ramai perempuan2 melayu kita kat kilang tu dah termakan janji pujuk rayu foreigner ni.
masa tu memang pelik la...takkan ngan foreigner pon ko boleh main sauk kan?
tapi bila aku tengok balek, masing2 yang terpikat ni jenis tak pernah keluar dari kampung sendiri.
bila nampak foreigner, rasa macam kejutan budaya la.
nak2 muka jambu dan badan sasa. harusla iman pon tergegar skali.

bukan takat anak dara pon terpikat ye...mak janda dan bini orang pon terpikat sama.

macam aku, keje kat coldroom. coldroom ni macam store la. tapi coldroom ni simpan ayam2 beku. hehehe~
so, aku bekerja ikut waktu lori2 sampai. kitorang ada 2 shift. pagi dan petang.
kalau shift malam, masuk kul 5 petang ,kul 2 am pon belum tentu lori abis loading.
so, bila dah balek rumah pagi2 buta camtu,
selalu aku perhati sorang bini orang (umur lingkungan 40-an) ni kereta dia slalu menghala ke arah bertentangan dari jalan rumah dia.
macam rumah dia arah kiri, tapi dia belok kanan.
nak kata ke kedai, kedai apa yang bukak kul 4-5am tu kan?
memula aku tak amek pot sangat.
tapi ramai kata dia ni ada bela 'anak ikan' dari kalangan foreigner ni.
dan slalu jugak terkantoi gigitan cinta kat leher akak sorang ni. biarpon dia pandai cover, tapi mata aku ni ada scanner ok. hahaha~

haihhh...macam2 kan?
tapi tu la rencah kehidupan. ada masam, manisnya.
seronok keje kat kilang ayam ni sebab biarpon letih, tapi hati rasa senang.
bila OT banyak2, dapat la gaji lebih sket.
seronok betul!

tapi yang tak bestnya, nak cuti sket punya susah.
biarpon dah mintak cuti awal, tapi bila last minute ko kena ganti orang, tak leh nak buat apa dah.
terpaksa jugak pi keje.

biasala kan. mana2 pon mesti ada pro & con.

okla korang. selamat berhujung minggu ye.
sekian cerita-ceriti aku pada petang ni.
adios!

tataplah puas2. akan tiada entri lagi sehingga selasa nanti.

ini semalam. semasa sedang melayan kerenah anak bujang ni. ada2 je telatah yang mencuit hati.

macam yang korang tau, kitorang akan turun spore wiken ni.
esok bertolak dari perak naik bas ke kl, dari kl naik kereta ngan ayah dan adik2 kat sana pergi muar.
dan hanya sabtu pagi tu baru bertolak ke spore.
tak menyabar nak balek sana. dah nak 2 tahun rasanya tak tengok spore.

doakan kami selamat pergi dan selamat pulang.
:)

Wednesday, June 9, 2010

tetiba rasa nak balek amek ini budak!

masa ni nak amek dia dari umah kak mis.
(kak mis adalah babysitter ye kawan2)
kemain happy lagi dia dalam walker pink tu.
marilah kita ceriakan hari rabu ni dengan gambar anak ye.

kak mis yang sayangkan khalish lebih dari anak sendiri. siap nak bawak balek kampung soromban lagi. haihhh...~

ceria2. kemain seronok dia dalam walker. siap berjalan sampai ke pagar.


budak ni rajin termenung. papa dia pon kata dia ni ikan temenung. hahaha~


hai semua! 
=)

awat la takde mood hari ni.

oh. pakcik bos besar sudah balek dari umrah.
cian dia, tak sehat.
dengar citer kat sana tengah panas ye.
46 darjah celcius.
perggghhh! dasat tul.

semalam dapat offer pegi ke vietnam.
makan, tempat tinggal, tours, flight semua serba ditanggung.
3 hari 2 malam.
hanya rm1200 seorang.

aku macam...nak pegiii!!!
hahaha. in my dreams la kan.
sebab, rm1200 tu macam2 leh buat. groceries, toilettries, susu anak, pampers, bayar babysitter, bayar bil2, bayar kereta pon memang cukup2 rm1200 tu haa...
hahaha~

kesian tak kat aku? sila cakap kesian ye. hehehe~

jumaat sampai isnin aku akan berada di spore.
balek kampung beb! balek kampung!!!
jangan nak pesan apa2 kat aku eh.
sebabnya...kalau kitorang balek sana, for sure tak ke mana2.
just dok umah je. nenek aku dok kat umah makcik aku kat sembawang.
tak sabar nak tunjuk cicit nenek tu nanti.
:)

en alang tak dapat ikut. sebab tuntutan keje yang menghalang.
jadinya, aku akan penat la sket.
kalau ada en alang, aku slalunya bersenang lenang.
pegang khalish pon jarang2. sebab tu khalish lebih attach dgn papanya.

tapi yang penting, khalish kenal aku ni mamanya.
:)

Tuesday, June 8, 2010

kesian la kat kulit yang halus licin bak sutera ni....


hai. saya la mangsa yang disebut2 tu.


inila bijik2 merah yang dinyatakan mama semalam. banyak kan? ni kat belakang badan saya ni. mama saya cemas terlebih. ada ke kata saya kena kayap? aishh...mama ni apa la...takmola saket teruk2. lagipon saya tak rasa gatal2 pon.


semalam kat klinik. saya happy sangat nak jumpa dokter. saya tau dokter akan bagitau apsal saya dijangkiti bijik2 merah tu.

dan dokter kata, saya alah dengan hama.
hama tu datang dari tilam lama, dari hotel2 atau dari orang yang tak bersih.
saya rasa saya kena ni dari rumah tok ayah saya.
sebab rumah tu banyak habuk. biasala, rumah orang bujang.

dokter cakap, bijik2 merah ni makan masa paling kurang 3 minggu baru nak baik.
sebab rawatannya hanya menipiskan bijik2 merah tu.
lama2 baru boleh hilang.

dokter beri ubat sapu dan antibiotik.
dokter suruh mama dan papa hari2 jemur tilam saya, rendam pakaian saya dengan air panas.
harap2 bijik2 takde la lagi lepas saya dan mama dan papa ambil langkah2 yang dinasihati ni.

doakan saya sehat2 ye auntie2 dan uncle2!
:)

maaf kalau ada sesiapa terasa.

tak semua yang dapat password tu.
sebab aku terpaksa tapis sesiapa yang datang terjah minta password.
ramai yang aku tak kenal.

bayangkan, dalam 20 orang, 4 orang je yang aku betul2 kenal.
lagi 16 tu siapa ye?
hehehehe....ramai kak nam ni.
tetiba rasa glamer lak.

pada yang 16 orang tu, bukan aku kedekut ye.
cuma cerita ni cerita peribadi.
aku eksklusifkan hanya pada yang aku betul2 kenal je.
kalau dah pada semua orang aku beri password, dah tak rahsia la cerita tu kan?

:)

harap korang faham. pada sedara mara yang mintak pon aku tak beri.
biasala...hal peribadi. bila sedara mara dah tau, segan ooo nak balek kampung.
dan terpaksa buat muka kelat2 kang.
haihhh...tak best la kan.

korang jangan la sebab aku tak beri passswrod ni, korang nak merajuk2 tak nak datang baca lagi ke apa eh.
cuma harap korang faham la situasi aku skang ni.
ditelan mati mak, diluah mati bapak.
itu je la luahan rasa hati pagi ni.
nanti tengahari, kite cerita lagi k?

sayang korang!

Monday, June 7, 2010

nak baca? nah!

ok. korang leh baca. tapi hanya orang tertentu je. dan girls/women only please!
sila email aku puterikurekure@gmail.com untuk password.
tq.



test2 entri terlindung...berjaya!


Show encrypted text

senyum kemain lebor lagi aku. malam ni baru nak wat entri terlindung tu eh. hehehe~

rasa nak wat entri terlindung (protected entry), camne eh?

try buat cam ceera ajar tu, fail gile ko!
haiihhh....~

ada satu benda nak kongsi ngan korang...tapi nak citer public segan gile weiii...
adakah aku perlu email sorang2?
hahaha. ok aku dah ngarut dah haa...

please...ajar aku ni. camne nak wat protected entry.
pleaseeeeee~

isnin. errr...nak ahad lagi boleh tak?

malas gile wei!!!
dahla weekend aritu memang dah malas gile2 punya.
ibu tegur apsal tak lipat baju, boleh pulak aku jawab sebab aku malas.
huhuhuhu. tu memang dah tahap karma punya malas tu.
apa pon tak gerak ok!

sabtu dapat jumpa dedalie.
omg. makin vogue itu budak. manyak lindu sama itu olang.
tapi tu la. dia ada kenduri kena attend, so terpaksa jumpa rush2.
takpe nok, nanti2 kita jumpa lagi k.
aku tido umah ko ke...apa ke...eh?

tak amek gambar sekeping pon. sebab terlalu excited jumpa ini olang.
*dushhh!!!*
memang aku ting tong gile wei...tak teringat langsung nak bergambar ngan kawan kesayangan sorang ni.
aiyo!!!!!!!!
=(

harini akan jadi hari yang agak sebok. sebok dengan personal things.
tak tau nak amek half day ke tak lagi neh.
haihhh....

korang nak tau, belakang badan khalish ada kuar bijik2 halus. obvious sangat2.
haritu setompok kecik je. aritu aku ada la google,
tengok2 mana la tau benda tu kurap ke, kayap ke, jerawat ke, kudis ke...
haihh...mintak jauhkanla.

tapi korang...rupa bintik2 ni ada macam rupa kayap ok!
terus laju aku bawak khalish pi klinik kesihatan. doc kata kalau kayap ada nanah2 tu.
so doc hanya bagi ubat ruam. dan kalau dalam masa seminggu tak baik jugak, dia suruh ulang ke klinik semula.
tapi pagi ni, aku tengok bijik2 tu dah merebak pulak.
haih...terus susah hati teramat sangat ni.
ni petang2 sket nak ke klinik swasta pulak.

fyi, khalish tak rasa gatal pon kat tempat bijik2 tu. pelik.
esok aku tempek gambar bijik2 tu eh.
bagi korag tengok sendiri camne bijik2 tu.

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...