Followers

Friday, January 16, 2009

korang ada apa2 nak kata tak? nak kutuk pon boleh.


aku rasa jiwa aku ni lebih pada kaler putih.
rasa tenang sket kepala otak.
rasa tenteram sket jiwa.

so, aku kembali semula template kaler putih.
dulu2 amek kaler shock pink tu kononnya nak tukar selera jiwa ngan mata.
tapi takleh gi la.

so, kalau korang ada apa2 nak kata pasal template ni,
dialu2kan.
nak kutuk pon takpe.

oh. akan ku ubah sket2 template ni.
tapi dah serik nak tukar secara drastik.


ada sesiapa tak yang contact2 hajarss? gile lama tak tau kisah dia. bila aku try bukak balek blog dia, dah private la plak.

rasa cam pelik je

rasa dah makin sket orang lalu-lalang kat blog aku nih.
(biarpon hakikatnya, memang tak ramai pon slama ni. hehehe)

tapi, skang ni makin menjadi2.
adakah korang2 semua dah tak sudi singgah di sini?
atau korang dah malas nak blog hop?
uwaaaa...sedihnya...


memang drama queen.


takdela.
cuma rasa lesu je blog ni bila korang tak tinggal jejak.
rindu korang sebenarnya. takde apa pon.
:) ngeeee~

Thursday, January 15, 2009

hadiah dari mizzAmy

thanks cayang!
cantek sangat.
Amy kata sempena ulang bulan ke-10 kami.
:)

kalau korang klik kat gambar tu, leh sampai kat blog Amy.
Amy ni junior aku masa kat terendak.

tak sarap lagi ni. laporrr.....

selamat ulang bulan ke-10. ada 2 bulan lagi nak menginjak ke setahun umur perkahwinan kami.

perasaan?
okla.
sronok ada. tak seronok pon ada gak.

apa yang soronok? apa yang tak sronok?
nanti la aku citer. cam takde mood.
hahahaha. aku gile.


okla. okla. aku citer.

sronok - punya suami yang sangat memahami, penyayang, sangat2 bertolak ansur (sebenarnya dia banyak tolak je), rajin dan slalu menjaga hati. alhamdulillah, rumahtangga kami stakat ni bahagia dan sentosa je. ala, takat gaduh2 manja tu biasala. tak sampai sehari gaduh mesti dah baik balek.

tak sronok - sunyi sket kat umah. nak baby! (kan dah start royan!)


ok ok.
ramai sangat tanya apa rupa rojak manjung tu.
aku semalam beria2 ngan kamera nak amek gambar rojak tu.
last2, sebab kalut meeting,
tak sempat nak amek gambar. huhuhu.

aku suggest korang pi kat entri ni---> http://rompin77.blogspot.com/2008/08/mari-ke-setiawan-makan-rojak-manjung.html
memang bagus la explanation mamat ni.
korang kalau turun sini, nak makan rojak manjung,
buzz je aku.
ok?
aku stay dekat je ngan tempat ni. kalau dari umah ibu, lagi dekat. jalan kaki pon boleh.


ni la rupa rojak manjung tu. kalau korang klik gambar ni pon, leh sampai kat blog bro tu. ok?


:)

have a nice day korang!

Wednesday, January 14, 2009

kepenatan

closing meeting dah abis.
aku jamu diorang ngan rojak manjung.
sekelip mata je boleh abishhh.
huhuhu.

penat la.
takpela. esok baru nak start buat report.
rasa macam tak cukup tanah aku jalan tadi.
macam lipas.

kalau hari2 camni,
boleh kurus aku tau.
hehehe.

kenapa aku tak boleh nak boikot yang satu ni?

american idol.
new season. season 8. today. 6pm. star world channel.
via satellite. (aku tak tau sama ada kite dapat tgk serentak ngan US)

don't forget!



oh. american idol dah terang2 disponsor oleh coca-cola.
tapi...nak tgk jugak...camne nih....


ada judge baru. kara dioguardi. tambah judge agaknya. sebab tak kata apa2 pasal replace pon.
tak sabar nak tunggu petang ni.
hmmm....
----------------------------------------------------------------------------------------


kes abby-memey
udah2 la tu.
toksah la nak panjang2 citer.
rimas la asik citer korang je.

cukup la ngan kisah2 israel laknatullah tu skang ni.
toksah nak tambah2 citer dah.
meluat aku. edit jam 4.45pm: meluat ni untuk kes abby-memy ok. bukan kisah israel tu. harap maklum.

tertinggal hp lagi. buat kali kedua dalam minggu ini.

ni la hp aku. sejak tahun 2006 pakai. (rasanye kot)


agak serabut.

audit checklist tak semua yang aku kumpul. tak lengkap lagi ni.
susah tau urusan ngan orang.
ingat senang ke?


kenyang makan nasi lemak kari daging.
sedap melampau2.
daging rasa macam daging dalam tin.
aku suka.
ngeee.


tak tau nak jamu apa pada auditor petang ni.
sebagai tanda terima kasih.
ingat nak beli rojak manjung.
ok ke ek?

Tuesday, January 13, 2009

adik aku ajik sangat gatal nak kawen. ada sesiapa nak kawen ngan budak umur 19 tahun?

terima kasih kepada korang2 yang bertanyakan kabarku.
alhamdulillah, aku skang dah ok.
tapi cirit-birit tu memang sampai malam tadi pon tak stop.
grrr.....
telan pil chikitekaun ngan eno sebelum tido,
baru perut lega sket pagi ni.

itupon masih ke toilet jugak pepagi tadik. penat oh.


harini bawak bekal nasi ngan ayam black pepper.
dan skang ni tgh teringin nak makan ayam kenny rogers.
boleh? mana la nak dapat kenny rogers kat stewan, manjung nih.
huhuhu.

ajik masuk politeknik ungku omar harini.
wah! semangat gile budak tu.
bukan sebab semangat nak blajar, tapi semangat nak jumpa awek2 poli.
boleh?

memang dasar buaya itu budak.
ciss...memang takleh pakai.

gambar ni time raya 2007. masa ni dia baru nak amek SPM. skang ni tengah gatai nak kawen. betul2 budak buaya.

dan rambut semakain panjang. suka sangat buat gaya mohawk.
konon2 tgh trend la skang ni. tapi memang pon.
mana2 aku pi, ada je gaya mohawk tu.
memang trend ek?

oh. aku buta trend.


semester lepas, dia baru je masuk UNITAR kat kelana jaya tu.
tapi, bila dapat tau dia diterima masuk poli last month,
menggila plak nak masuk poli.
ayah pulak, layankan je.
anak jantan sorang. memang itule rupanya.
huhuhuhu.


ok. citer lain plak.
malam kelmarin, ada BBQ kat umah kawan ibu aku.
dan kami terserempak ngan kawan lama aku.
dah ada anak satu pon. baru 5 bulan.
and guess what?
member aku tu tgh pregnant satu lagi ok!
gile ah. produktif sungguh.

balek je, aku citer kat en alang.
bleh tak, en alang plak yang emo2 lebih.
"kalau la abang tau awal2, lama dah abang kidnap anak dia tu."
haihhh. bukan aku je royan nak baby skang ni. en alang pon sama.
pulaknya, lebih dia dari aku skang ni.
:P

semalam en alang royan lagi.
tgh baring2 nak tido, dia tetiba cakap.
"abang tak sabar nak ada baby. jeles sangat2 tgk anak orang."
tetiba je dia terkam aku, peluk aku kuat2,
dan bisik kat aku. "abang nak baby comel2 ok".
aku diamkan je. padahal airmata dah bergenang2.
en alang tak nampak. sebab bilik dah totally gelap.


dan semalam aku tidor berendam air mata. dalam gelap dan tahan esak.


ok. ok. takmo sedih2.
nak makan apa ek karang?
hahaha. baru lepas makan bekal, dah nak makan lagik?
gile2.
:)

korang bagi cadangan kat aku nak makan apa ek lunch ni.

semalam saket perut

dah mandi,
dah gosok baju.

tetiba, tengah2 siap,
adoila....saketnye perut nih.

ok. pi jamban. kena diarrhea.
pastu, sambung bersiap.
tetiba rasa badan seram sejuk. rasa cam nak demam pon ada.

demmm!
aku kalau dah jenis saket perut camni, sudah PASTI tak boleh gerak mana2.
kena guling2 je la. dan berulang ke jamban.

antar sms ke mr. deputy,
kata aku lambat masuk ofis.

aku guling2 lagi. dan berulang ke jamban.
sejam, 2 jam, 3 jam....
hampir ke jam 11.
perut masih tak ok.

antar sms lagi e mr. deputy. aku tak pi keje.
perut meragam.
noted. itu je dia balas.

itula kesahnya kenapa aku tak datang keje semalam. time kasih.
:)

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...