Followers

Friday, August 21, 2009

marhaban yaa ramadhan

ingat lagi tak niat puasa?
ingat lagi tak doa berbuka puasa?

ngehngeh~

kalau tak ingat, cepat2 google ok.
hafal laju2. nanti senang.

sempena masuk ramadhan esok ni, kami (aku dan en alang) ingin memohon maaf dan minta halalkan penulisan, makan minum, perbuatan, percakapan dan tingkah laku kami selama kami berada di dunia blog dan juga realiti.

rasa tak sabar nak bersahur pagi esok. camne la rupa en alang kena paksa bangun masak nasi pukul 4 pagi ni. hehehe~

kami akan berbuka di rumah ibu esok dan rumah mak (mertua) hari ahad.

aku tau ramaaaaiiii yang cuti hari ni sebab nak balek kampung menyambut ramadhan bersama yang tersayang kan? hati2 di jalan raya dan semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju.

kenapa ye ramadhan kali ni aku rasa terlebih excited? padahal, tahun lepas kitorang dah start berpuasa bersama. adakah kerana ketibaan orang ketiga ni juga? hehe~

Thursday, August 20, 2009

sampai skarang, biarpon dah 5 hari berlalu, aku masih teringat line ini...

dari filem SETEM.

dialog lebih kurang begini.

af: kau la suruh aku pakai macam justin timberlake.

ras: mana ada. aku tak cakap la.

af: ada. ko cakap, JUSTIN TIMBERLAKE...

ras: aku cuma cakap, JUST DON'T BE LATE!

hahaha.
funny aittt?

serius aku terbahak2 bagai orang gile.
sampai cerita abis pon, aku tersengih sorang2 pasal line ni.

comel!

*af-afdlin shauki
ras-rashidi ishak

godaan di kala sarat mengandung...


...datang dari boyfren tak jadi aku.
kesah detail, boleh view di sini---> click here

semalam, tengah kerja,
dia sms aku.
"ni lin ke?"

aku macam...OH.MY.GOD!

dia ingat aku lagi. dan masih simpan nombor aku.
aku ingatkan bila dia frust aku kawen en alang,
terus dia lupakan aku.

bila aku tak balas sms,
dia call.

kami bertukar cerita.
dan dia nampaknya happy bila tau aku pregnant.
dan berjanji nak datang setelah aku melahirkan en alang junior ni.

di tengah2 talian,
dia cakap dia sedang sambung master.
untuk kejar cita2 menjadi pensyarah.
dan sudah punya teman wanita baru. dan mungkin akan berkahwin tak lama lagi.

good for him.

di hujung talian.
dia kata rindu.
rindu pada hubungan dulu.
rindu dengan bayangan aku.
dan menyatakan kesal kelewatannya untuk melamarku.

boleh?
setelah aku jadi isteri orang.
dan bakal menjadi bonda.

haih...
betul2 godaan.

Wednesday, August 19, 2009

kadang2 en alang kepoyoan jugak.

setiap kali kalau aku masak,
cepat2 dia tadah tangan,
berdoa...

"Ya Allah, tempatkanlah isteriku ini dikalangan mereka yang beriman...Kau ampunkanlah dosa2nya."

boleh?

kalau aku kemas2 umah pon sama. akan didoakan jugak.
kalau aku basuh bilik air pon sama jugak camtu.

kesimpulannya, memang sejak mengandungkan baby ______ (sila isi tempat kosong.ikut suka korang la nak bubuh nama apa. hehehe) ni, aku kan jadi malas. sebab tu en alang jadi suka sangat kalau aku tolong2 dia buat kerja rumah.

entah kenapa, sejak dua menjak ni rasa kalau tengok muka en alang, rasa macam kesian sangat kat dia.
kerja teruk2, balek umah kena buat keje lagi...

cian kan?

pagi ini breakfast cucur dan roti telur.

kan ke semalam dapat surprise dari hana kan?
en alang memula tu tak caya hana tu pompuan.

bila dia sampai umah,
aku suruh dia baca note kat bunga tu.
terus dia tersengih2.
malu sendiri la tu.

semalam petang, pi klinik.
lagi.
tension betul.
agaknya doc dah tau aku tension tengok muka dia je,
next appoinment adalah 3 minggu dari skarang. (slalunya, tiap2 2 minggu ngadap dia)
hahaha.
terima kasih ye doc!
:D

nak cerita apa lagi ek?
macam dah takde modal.

hmmm...
nanti2la kte sambung celoteh ye.
kalau aku ada topik nak bincangkan.

oh ya,
korang rasa nyampah tak ngan waheeda dan akhil tu?
sumpah aku rasa macam geli2 je tgk diorang.
wekkkkk!!!

Tuesday, August 18, 2009

tengok...baik kan hati dia...

dapat dari seseorang.
yang pasti bukan en alang.
seseorang yang jauhhhhh di utara nun.

:)





hana-chan,
kamu sungguh baik hati.
terima kasih banyak2.
kite sukeeee sangat2!

terharu gile.
first time dapat benda camni.
i mean, ada orang jauh yang susah payah hantar.

sukeee...

sampai skarang dok menyengih2 aku depan pc ni.
en alang pon jeles dengan hana.
hahahaha!!!

SURPRISE!!!!

hehehe.
surprise yang en alang cakap2kan tu bukannye surprise yang havoc atau apa2 pon.
biasa2 je.

dah kata tak reti nak wat surprise kan.
semua gerak geri dia aku dah tau dulu.
huhuhu~

midnite tu,
aku sebenarnya dah nak lelap dah.
tetiba ada suara orang bisik2 kat telinga.

rupanya, en alang tengah wish birthday kat aku.
dengan muka yang sangat comel!
haihhh..geramnyeee....

dia kata, kek tunggu esok ye yang.
aku cakap taknak apa2.
nak spend time ngan dia berdua je.
dia senyum.

tpai, sebenarnya aku lupa. dan mamai.
yang kitorang terpaksa babysit iqa kat umah ibu.
huhuhuhu~

dan plan pada ahad tu, en alang dah plan baeeek punya.
skali ada budak kecik yang besor tu,
kitorang terpaksa tunda plan satu lagi ke hari isnin.

plan ahad tu, tengok wayang.
at first, en alang ajak tgk g.i. joe.
tapi aku takde mood nak tgk citer2 ganas ni.
terus aku ajak diorang tgk setem.
so, setem la kite...

SETEM BEST!

lepas tgk setem, pi makan kat kedai mamak.
(sebab aku malas masak. hahaha!)
lepas tu pi pekena cendol plak.
(memang sah kitorang ni buruk lantak)

malam, just lepak kat umah ibu.
sambil tunggu ibu balek.
rupa2nya, en alang senyap2 ke kedai kek, pi beli kek.

(adoiii...terlupa gile amek gambar. huhuhu~)

konon2 nak wat surprise la tu.
memang surprise pon. sebab tetiba dia ilang. aku call, dia tak jawab.

then, sampai masa, dia suruh aku makan kek, aku tak makan.
sebab merajuk dia tak angkat call.
siap nanges2 wat drama swasta okeh.
haihh..bini siapa la ni..

last2, end up kitorang makan kek tu pukul 12lebih.
dah abis hari jadi pon.
tak kesah la...asalkan dapat kek.
hehehe~

sebelum tidor tu, en alang kata, ada lagi satu agenda.
tapi esok je la. sebab takkan agenda ni nak angkut adik skali kot.

so, aku angguk2 je.
padahal dalam hati dah tau apa agenda dia tu.
ngee~

so, malam tadi...ehem!
en alang nak bawak aku dinner.
konon2 nak bawak candle light dinner la kan.

kami dinner di sini. bistro ni ada kat jalan masuk ke teluk batik.

very loving couple. ahaks!

chicken chop for him.

fish & chip for her. sebenarnya aku mintak roasted chicken, tapi takde plak. hampa!!!


makan2, borak2....en alang sangat la romantik malam tu. haihhh...penuh ayat2 bunga okeh.

muka kepuasan dan kenyang! seronok dapat berdua2an akhirnya. dan malam tadi...ehem! sesuatu terjadi. cukupla hanya kami berdua je yang tahu.
;)


perut memboyot tidak ditunjukkan. sengaja ambil gambar dari paras dada ke atas sahaja. hehehe~

ok. itu je la surprise yang en alang nak bagi kat aku.
hadiah?
hmmm..ada...
tapi segan nak bagitau.
cukup la aku katakan, ianya cukup privasi buat kami berdua.

oh. en alang pon kata, baby ni bukan hadiah ke?
boleh tak?????

grrr......

Monday, August 17, 2009

jawab tag dari nenekrock. dan hana-chan.

ni link nenekrock.
ni pulak link hana-chan.

1. bekas kekasih saya adalah...

mat rempit.
baik hati. soft spoken.
hensem.
kurus dan tinggi.
berambut panjang sampai ke pinggang. (rambut dia laaagi lembut dari rambut aku okeh!)
mempunyai motorsikal yamaha rx-z. bernombor plat BGG ****. hahaha. dok kat s.alam. kalau korang rajin, pi la cari dia.
hint seterusnya, dia keje kat kilang F&N.
:D

2. Saya sedang mendengar...
bunyi ketak ketuk kekunci keyboard ditekan. itu saja.

3. Mungkin saya patut...
buat kerja sekarang ni. dari tadi dok melahu depan pc dok ber fb dan blog hoping. bila nak berubah sikap ni?

4. Saya suka...
minum air kelapa. baru tadi beli air kelapa pandan sampai rm2. pastu, skang ni dah rasa nak terkeluar balek. padan muka!

5. Sahabat-sahabat saya...
ada ramaaiiiii...
a. kawan2 skolah rendah, menengah, matriks, uni.
b. kawan2 kerja
c. kawan2 blog
d. kawan2 en alang
e. kawan2 adik2 saya adalah sahabat saya juga!

6. Saya tak paham...
kenapa saya terlalu cengeng skarang ni. penat tau skejap2 nanges. skejap2 nanges.

7. Saya kehilangan...
mood untuk bekerja. dalam pandangan mata saya ni hanya terbayangkan kenikmatan rehat ketika berpantang nanti. bersama baby. indahnyaaa!!!!

8. Ramai yang berkata...
saya dah kembang tang muka. hidung. bibir. saya tak suka!

10. Cinta itu adalah...
Indah. Sepi. Hingar. Mulus. Ketawa. Tangis. Bersama.

11. Di suatu tempat, seseorang sedang...
berpanas demi mencari sesuap nasi. (suami saya la tu)

12. Saya akan cuba...
menjadi seorang yang tidak terlalu banyak alasan dan aduan.

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud...
FOREVAHHH!!!!!!!!!! (tak paham soklan sebenarnya)

14. Telefon bimbit saya
Sony Ericsson K310i. sangat huduh. dah terkopak sana sini. Skarang malam2 dok angaukan iPhone je.

15. Bila saya terjaga...
wajah pertama saya cari, suami. tak tau la lepas ni, wajah baby pulak jadik sasaran.

16. Saya paling meluat...
orang yang moody tak tentu pasal. membuatkan saya moody jugak.

17. Pesta/parti adalah...
kita enjoy!

18. Haiwan yang paling comel pernah saya temui...
3 anak kucing yang saya dan en alang terjumpa malam semalam. en alang sanggup meredah belukar di tengah malam untuk mengutip ketiga2 ekor kucing itu dan bawa pulang ke rumah ibu. dan rumah ibu dah macam spca. segala saiz, rupa dan bentuk kucing boleh didapati di sana.

19. Peringkat umur paling menyeronokkkan saya ialah...
ketika saya berumur 19-23 tahun. zaman uni. zaman tidak terfikirkan masalah langsung. sebab tu pointer sangat huduh.

20. Hari ini...
hari isnin. buat BSP. tensen. sebab 3 kali amek darah dalam satu hari. kalau kumpul2 darah tu semua, boleh buat bagi pada bank darah agaknya.

21. Malam ini saya akan...
dilayan sepeti puteri raja. tak sabar!!!

22. Esok pula saya akan...
menceritakan kepada pembaca blog ini tentang surprise yang suami saya buatkan untuk saya. (tak surprise pon..)

23. Saya betul2 inginkan...
percutian bersama keluarga. di siam atau genting.

24. Ketika anda lihat wajah anda di cermin pagi ini...
Setiap pagi pon elak tgk muka sendiri. sebab dah kembang sangat.

25. Pusat membeli belah atau arked permainan...
lama weiii tak pi shopping mall! kat sini ada supermarket je. hypermarket pon giant je yang ada. huhuhu~

26. Makanan barat atau jepun...
jepun kot. sebab lebih sehat. tapi sejak mengandung ni, dah lama tak pekena sushi. tunggula lepas pantang...mau saya borong sushi tu sampai harga ratus2 kot. hahahaha~

27. Bilik yang terang atau gelap...
lights off pplease!

28. Makanan segera adalah...
heaven!

29. Ayat terakhir yang anda telah katakan pada seseorang...
thanks temankan akak makan tadi ek!

30. Siapa yang anda ingin tag...
a. nurul menulis itu ini
b. maswani
c. hana-chan
d. ayu
e. koklie

harap sesiapa yang kena tag tu, buatla ek.
aku ada baaanyak lagi utang tag. so, rasanya sempat kot tag semua reader. hehehe~

hikhik.

baru balek dari klinik.
semua pon ok.
baby ok. mamanya pon ok.

cerita pasal surprise en alang tu?
semalam sempat buat satu agenda je.
lagi satu, bring forward ke hari ni.

so, cerita esok je la ek?
hehehe.

terima kasih kat korang2 yang wish macam2 kat aku.
thru email, sms, komen2. terima kasih banyak2.
:)

tak de apa2 yang menarik pon birthday ni.
biasa2 je.
cuma rasa diri ni semakin tua dan tak menarik.
huhuhu~

(perasaan mandom seorang yang bakal bergelar ibu)

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...