Followers

Friday, November 19, 2010

Apabila mimpi menjadi mainan tidur semata-mata.

Minggu lepas aku mimpi ibu terlibat dalam kemalangan. Keadaan parah.
Malam tadi pula aku bermimpi aku dan en alang pergi melancong (ye! melancong!) ke Makkah. pelik kan?

Jangan2 malam ni bermimpi jumpa Shaz Jazle pula? hehe. (ada hati tuuu~)

Thursday, November 18, 2010

Khalish selepas mandi

bestnya botol minyak yu yee ni. saya suka kaler merah2 kat botol ni.

rambut khalish memang camni kalau lepas mandi. nampak straight je. nanti 2 minit lagi sure curly2 tu kuar.

mama, nanti beli botol ni banyak2 eh. khalish sukaaa~

semalam khalish seronok sangat sambut raya. kawan2 mama yang lain tu camne ngan raya korban tahun ni? best tak?

Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidil Adha untuk semua!

khalish akan beraya bersama keluarga tok ibu dan tok ayah. so, kami tak ke mana2 la raya haji tahun ni. just stay kat umah je. 

khalish ucapkan selamat raya haji pada semua pembaca blog mama khalish ni. auntie2 dan uncle2 bawak kereta jangan lebih dari laju yang ditetapkan ye! hati2 di jalan raya. yang naik bas tu, pastikan pemandu bas tak bawak bas laju2 sangat ok. khalish sayang semua!

Good Morning Sunshine! (Versi menyakat Khalish)

ish! apa mama ni...bukak lampu pulak dia. silau laaa!

mama, tutup la balek lampu tu. khalish nak sambung tido lagi ni...~


sayang mama kena bangun, mandi, wangi2 pastu kita pi umah mama mis ye sayang?
ala mama! khalish tak puas la tido...bagi la khalish tido lagi.

mama ni...please tutupkan lampu tu. please mama!
tak boleh sayang. mama dan papa kena bersiap2. khalish pon kena bangun. bangun ye?

aaa! tak nak la mama!!! bagi la khalish tido lagi...khalish NAK TIDO LAGIIIII!!!!!!!!!

Monday, November 15, 2010

Aku Boleh!

thanks pada semua yang beri kata2 simpati dan kata2 semangat untuk aku. hakikatnya, aku masih lagi bergelut dengan kesihatan diri yang masih terumbang ambing. hari ini sahaja pabila aku turun naik tangga, lutut bagai mahu tercabut, pinggang bagai mahu patah. aku cuba untuk berjalan seperlahan yang mungkin untuk mengurangkan rasa sakit, namun ternyata dengan hanya berbaring sahaja aku dapat benar2 memberi kelegaan kepada tubuh yang terasa bagaikan berumur 80-an ini. seboleh mungkin aku cuba berdiri dengan menyandarkan badan pada tiang atau dinding kerana terasa bagai diolak alik oleh ombak jika aku hanya berdiri tanpa sokongan.

mungkin aku memerlukan zaza untuk menjadi pemanduku esok. pagi dan petang ini sahaja ketika aku memandu, lutut ku terasa lemah nak tekan clutch dan tangan terasa goyah nak memutar stereng. harap zaza tak marah kerana aku banyak menggunakan tenaganya pada cuti semesternya kali ini. jangan risau zaza, bila tiba masa kau mengandung nanti, along tolong kau pula ya! ;)

aku perlu kuat. aku perlu tabah. aku tidak boleh manja. aku tidak perlu MC sentiasa. aku BOLEH!

doakan aku kawan2. semoga doa kita semua beroleh keberkatan dan diperkenankan olehNya.

Dugaan menimpa lagi

entri ini agak panjang dan bosan (mungkin!).


khamis petang: kat ofis, aku dah rasa badan dedar2 dah. mata dah panas2 dan kaki ketar2. ahhh sudah! takkan nak demam lagi kot? dahlah masa tu budak2 department aku bertungkus lumus angkat almari dari tingkat bawah ke tingkat atas. aku ni sebab pregnant je diorang suruh duduk diam2 dan vacuum sket2 carpet mana yang ada habuk2 tu je. aku tengok kat luar dah mendung. macam nak hujan. bila aku menapak nak keluar dari ofis pada penghujung waktu ofis, ah sudah! renyai campur panas pulak. camni sah boleh demam.

khamis tengah malam: jam 1.30am aku terpaksa kejut en alang untuk carikan panadol untuk aku. setahu aku, pcm yang slalu aku ambil dah habis. last2 en alang dah habis usaha cari setiap ceruk bilik dan tempat slalu aku campak ubat2, terpaksa juga kejut ibu dan adik bertanyakan jika diorang ada simpanan panadol. mujur ibu ada. tak perlu ke & 7 eleven tetengah malam buta. aku cuba bertahan malam tu dengan gigilan yang kuat dan suara mengerang kecil kerana tak tahan sejuk yang melampau. cuaca di luar hujan lebat dan agak ribut. mungkin faktor cuaca buatkan aku bertambah parah. en alang setia memelukku dengan harapan gigilku akan berkurang. setengah jam kemudian, gigilku berhenti tapi suhu pula bertambah. en alang menuam dahiku pula dengan kain lembap. check suhu ahhh sudah! naik ke 39.5 darjah pulak. en alang dah paksa2 aku ke spital. aku taknak. usaha untuk bertahan. cuba untuk tidor dan memaksa en alang untuk tido kerana dia perlu ke kerja keesokan harinya.

jumaat: en alang bangun pagi2 check suhu aku. dah turun ke 37.5. tapi en alang suruh aku amek MC dan terus ke klinik saja bila2 larat. dan sudah tentu dia suruh zaza hantarkan aku ke klinik. bila aku terkenangkan minutes meeting yang belum bertaip di pejabat, hati runsing. aku bersiap seperti biasa untuk ke pejabat dan setelah bersiap, aku rehatkan diri di atas sofa. ternyata bersiap sahaja buatkan aku lelah. lutut aku terlalu lemah untuk melangkah. tak sampai 10minit atas sofa, terus aku ambil keputusan untuk buka kembali tudung dan berehat sahaja atas katil kerana badan terasa terlalu lemah. entah macammana, aku letak sahaja kepala atas bantal terus poof aku hilang entah ke mana. sedar2 sahaja aku lihat jam dah pukul 10.30am. aku cuba bangun perlahan2 dari katil dan kemaskan diri serta sarungkan semula tudung. aku cari zaza dan eh? mana dia? tadi elok ada tengok tv ni ha? aku check handphone rupanya ada 2 missed call dari ibu. mungkin ibu nak bagitau dia ambil zaza tadi untuk ke pasar. takpelah. aku rasa aku telah beroleh sedikit tenaga setelah berehat 2 jam tadi dan mungkin boleh memandu.

ternyata aku silap. ada suatu ketika aku hampir sahaja nak masuk dalam parit sebab tiba-tiba sahaja pandangan aku kelam. aku berhenti di pinggir jalan seketika dan tarik nafas panjang2. aku dail nombor ibu. ah! terlupa pula handphone ni dah 4 hari tak bertop-up. aku memang slalu macam ni. slalunya aku akan top-up untuk seminggu dan kebiasaanya pada penghujung due date baki pasti tertinggal RM4-5 kerana aku tak slalu gunakan handphone, hanya kadang2 bila perlu sahaja. en alang yang slalunya untung kerana dapat call mak di kampung lama2 gunakan kredit aku.aku check baki, hah! ada RM4.71 lagi. tapi sudah tamat tempoh 4 hari yang lepas. dan sesungguhnya malas sungguh nak ke kedai top up. takpe. aku rehatkan kepala pada penyandar kerusi seketika, tarik nafas panjang2, pakai cermin mata yang hanya 5-6 kali aku pakai dalam setahun tu dan drive slow2 ke klinik. sepanjang perjalanan ke klinik aku cuba untuk bawa hanya 60-70km/j. jika kebiasaanya, aku bawa 80-90km/j.

sesampai saja aku di klinik, alhamdulillah, orang tak ramai. mungkin hujan sepanjang pagi buatkan orang malas nak ambil MC. mungkin. aku dapat nombor 13. baru sahaja nak duduk, aku terdengar pembantu klinik memanggil nombor 10. oh! ada lagi 3 orang sahaja lagi. semoga cepatlah proses menunggu ni. tak tahan badan ni rasa nak berbaring semula.

setengah jam kemudian, sampai giliranku. doc nampak sahaja mukaku, dia dah tersenyum lebar sambil memberi salam padaku. doktor ni memang ramah dan mesra. jika berbual dengannya, bagaikan rakan lama. siap bertepuk tampar bagai. kadang2 terlupa sakit sendiri jika berbual dengannya.doktor menasihati aku supaya hanya ambil ubat jika terasa saket. jika tak saket jangan ambil ubat. itulah yang slalu aku praktikkan. kadang2 aku saket pon aku cuba untuk hindarkan mengambil ubat kerana tak mahu badan terlalu manja dengan ubat2. doktor memberiku paracetamol, ubat alahan/selsema, ubat batuk dan antibiotik.

sepanjang petang dirumah, 2 kali gigilku datang. aku cuba bertahan sehingga en alang pulang. zaza dipertanggungjawabkan untuk menghantar dan mengambil khalish dari babysitter. ibu pula petang tu bertolak ke KL kerana ada undangan majlis kahwin di sana. jam 6.30petang, aku baru sahaja mahu berehat kerana baru lega dari gigil tiba2 sahaja sepupu ku dan keluarganya datang ke rumah. aku sungguh2 tidak larat nak melayan mereka sekeluarga. mujur zaza ada dan aku segera call en alang untuk segera pulang melayan tetamu yang datang. zaza masak roti telur untuk anak2 sepupuku itu. dengar kata berselera juga mereka makan masakan zaza. alhamdulillah.

sepanjang malam itu, aku mengalami 3 kali gigilan. en alang peneman setia ku. menjaga, memberi perhatian dan memantau keadaanku setiap jam. kadang2 aku rasa en alang ni sesuai dengan profesion jururawat. oh comelnya suamiku itu jika dia berpakaian uniform putih persis jururawat. :)

sabtu: sebelum en alang ke tempat kerja, dia pastikan aku mengambil ubat2. dalam keterpaksaan, aku telan juga ubat2 itu biarpon aku rasa dah terlalu muak nak menelan. hari itu agak mencabar. kerana en alang tiada, zaza pula ke ipoh berdating2. hanya tinggal aku, khalish dan iqa di rumah. biarpon aku demam, terpaksa juga melayan kerenah anak bujang itu. aku tak boleh harapkan iqa sahaja kerana dia nak menghadapi SPM tak lama je lagi. tatkala aku betul2 tak larat, baru aku minta dia tolong tengok2kan khalish. alhamdulillah, sepanjang siang dan petang dia tak meragam sangat.

sebelum en alang pulang ke rumah, aku memesan padanya untuk membelikan aku Coke. oh jangan risau, aku cuma ingin meminumnya sedikit sahaja. untuk hilangkan rasa ngidam. surprisingly, sebaik sahaja aku minum Coke, wah....badan aku terus rasa macam nak baik demam. i mean, aku terus sahaja berpeluh2 macam baru lepas berlari 1500m. sepanjang malam itu, aku sudah tidak bergantung pada ubat lagi, alhamdulillah. bayangkan, jumaat tu sebotol 100plus aku minum tapi demam tidak juga mahu kebah. rupa2nya badan aku ni mahukan Coke. Haha.

ahad: bangun pagi badan terasa lemah pula. demam dah tiada, tapi belakang badan terasa saket2 dan tak boleh berdiri lama2. sepanjang hari hanya berbaring dan menghadap tv sahaja. khalish seperti biasa, jika en alang ada di rumah, papanya sahaja yang dia nampak. oh. khalish sudah pandai panggil papanya dengan panggilan ABAH. . aku dapat berehat semahunya hari itu. :)

hari ini: alhamdulillah. biarpon aku berjalan masih lagi terasa lutut terketar2 dan belakang badan masih terasa lenguh, namun aku masih dapat datang ke pejabat seperti biasa. doakan aku cepat2 sembuh ya!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...