Followers

Friday, April 2, 2010

siapa kata nak tgk sangat aku ngan spek haritu?

nah. tengok puas2. hehehe.
muka selenga. penat. terkejar sana sini. dah macam rupa makcik umur 40. 


sempena hari jumaat penghulu segala hari ni, aku sajikan gelagat khalish pagi semalam.

muka baru bangun tido. 


suka sangat mandi. :)

dah siap! jiey, ingat tak baju ni? ngeee~

nak gaduh, meh fight kat luar!

terasa benci dan meluat.

pagi2 ada orang tu carik gaduh ngan aku.
(read: bos dept lain)
pasal suruh aku amendkan jugak minutes meeting haritu.
setahu aku la...minutes meeting kalau dah bersign, tak boleh la suka2 hati nak amend2 bagai.
tapi ni tak, beria2 suruh aku amend.
bila aku cakap, aku takde hak nak amend, tapi bos aku yang kena amend, sebab dia yang tulis minutes tu,
terus dia letak telefon.
malu la tu.

aku tak faham betul bila kerja ngan orang yang ikut kepala otak sendiri je.
bila aku kata A, ko kata B. bila aku kata kanan, ko kata kiri.
kang aku kata ko macam anak p***a, ko marah la pulak.

tadi masa dia membebel sorang2, aku diamkan je.
aku cakap tone yang paling lembut sekali. dia main nak tengking2 aku plak.
haihhh...aku pikir dia tu bos je sebab tu aku sebolehnya tak nak cetus gaduh.
agaknya kalau ngan suara aku naik sama, mau gegak gempita satu ofis.
suara aku ni memang nyaring gile ok.
tak caya tanya adik badik aku.
esp. en alang. dia tahu la bini dia camne.

aku ni dahla tgh serabut dengan dokumen2 yang nak kena amend last minutes.
whole documents lak tu.
beratus2 muka surat. otak serabut.
tapi still leh blogging dan fb-ing kan?
sila kagum.
:)

okla. perut tetiba lapor.
apala ibu masak tgh hari ni.
oh. kari kambing amatla sedap ok!
memang memikat perut untuk menambah nasi je.
hahahaha!

Al-Fatihah buat allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri a.k.a. Din Beramboi.

tak sangka kan.
orang yang slalu buat kita bergelak ketawa,
menceriakan hati kita,
menaikkan mood untuk bekerja,
dah tiada lagi.

tapi tu la.
memang arwah meninggal sebab denggi berdarah ek?
bukan sebab kencing tikus tu?
atau 2-2 skali?

aku konfius.

masa mula2 arwah Din ni kuar kat tv, aku tak berapa kenan sangat dengan lawak2nya.
tapi, sejak arwah berada di sisi Pak Nil,
lawaknya semakin baik. tidak sinis seperti selalu.
(kadang2 tu ada juga. tapi masih boleh diterima)

akan merindui arwah.
semoga keluarga arwah Din tabah dan kuat menghadapi kehilangan ahli keluarga yang tersayang.
Al-Fatihah.

Thursday, April 1, 2010

Hadiah untuk Hidayah


comel kan? penat ok cari kan hadiah. ye la...dah orang susah payah buatkan header kan...kenala carik hadiah yang berbaloi sket.

en alang kata apa tau. asik2 kure-kure. asik2 kure-kure. bagi orang pon patung kure-kure ke?
hahaha. saje je la bagi orang ikon kure-kure ni. senang orang tu nak ingat siapa yang beri. hehehe~

buat hidayah, sorry lambat hantar. akak ni ntahape2. mintak tolong orang lajuuu je. bila nak balas baik orang, punyala lembab. huhuhu~

(beli dah 2 minggu lepas. baru pos tadi. huhuhu. apa la lembab sangat ko ni intan oi!)

!

"Thank you so much auntie Hidayah!"

aku segan. segan malu tau. bukan segan pemalas. tapi kadang2 malas tu ada jugak. hahaha.

ok.
kalau nak bertandang kat blog orang yang popular dan famous.
dan nak tinggalkan komen kat blog mereka yang luar dari lingkungan blog biasa2 aku bertandang.
mesti aku jadi malu, segan dan rasa serba tak kena.

see?
macam malu tak kena ngan tempat kan?
sebab tu kot nuff aku takat tu je.
tak berani nak explore blog2 orang lain.
sebab rasa macam...
"budak ni cam best. tapi, mesti tak nak kawan ngan aku. hmmm..takpela. baca diam2 je la"

aku punya self confident yang sangat2 rendah.
kalau libatkan orang yang aku tak kenal.

tapi, kalau orang tu dah tegur aku, silap2 aku yang over peramah dari dia.
hahahaha.

korang plak, camne?
cam aku gak ke?
atau redah je?

kambing?

tak habis2 citer pasal kambing kan.
ok. en alang belikan kambing kan kat kedai frozen semalam.
aku dah terbayang2 jenis yang leper2 lebar wat lamb chop tu.
skali dia beli yang dah siap potong cube.

haihhhh...
potong stim betul laki aku ni.
kalau potong cube buat kari bolehla.
tapi takpe. oleh kerana dia dah bersungguh2 mencari daging kambing,
dimaafkan walau kurang menepati spesifikasi aku.

;)

oh. kambing tu makan harini kot.
semalam tak sempat nak masak.
sebab ibu dah awal2 suruh beli lauk je semalam petang.

ok. kari kambing satu!
;P

Wednesday, March 31, 2010

good night korang!


zzzzzzzzzZZZZZZzzzzzzzzz.....

merajuk....pasal mbekkk mbekkk.

banyak kali wei dah hint2 kat en alang.
tapi dia buat bodo je.

ni tadi masa lunch, aku hint2 la cakap teringin makan kambing.
yang dia plak ajak pi kedai nasi campur.
okla. aku malas nak amek pot sangat. takkan pasal kambing pon nak sentap kan?

sekali bila sampai kedai nasi campur tu, dia boleh cakap tak nak makan???!!!

geram tau. amarah betul!
kalau tau dia tak nak makan, lama dah ajak dia pi makan lamb chop.
biar aku makan sorang2. dia tgk je.

ok, berbalek masa kat kedai tu.
aku pon pi la amek lauk2, duduk diam2, makan.
masa tu dah la lapar...pasangan hidup cinta hati aku ni pulak buat tak tau je padahal masa tu aku tgh marah.

sampai la satu tahap tu, dia bukak topik pasal bunga,
aku meleleh air mata ok!
haaa....masa tu tau pulak dia kelam kabut. pujuk2 bagai.
eh eh. pandai pulak tu tahu aku nangis pasal nak makan kambing sangat2.
pujuk2 ajak aku makan kat bistro la, kat fullpann la...
last2 aku cakap.
"tak yah la nak beli apa2.
orang dah kenyang melantak nasi ni."

terus dia diam. dan diam. dan diam.
last2 dia bayarkan nasi aku dan terus kuar dari kedai.
aku cepat2 masuk kereta dan diam lagi. diam. dan diam.

masa hantar dia, dia kuar kete dan berpesan.
"ayang, nanti abang balek keje, abang try tengok kat kedai frozen eh. abang akan carikkan jugak kambing untuk isteri abang ni."

korang tengok. korang tengok. camne nak marah kalau dah dia bagi ayat pujuk macam ni skali?
terus muka aku ni ada senyum ok.
lorat tak?
hahahahaha~

kesimpulannya....YEAY! malam ni leh la makan kambing!!! mbekkkkk...mbekkkkkkk.....

Unagi Udon

makanan jepun. nasi+telur cair2+belut.

yummy!

korang lunch apa hari ni? teringin gile wei nak makan kambing. mana nak carik ni?
(macam kena masak sendiri je...huhuhu)

Anak Nyet

suka sangat dok melekap macam ni. tok ibu yang suka kata khalish ni anak nyet. hehehe~


muka nakal lagi. dah besar kan anak bujang ni? cepat sangat la...tak puas gomol. :(

Tuesday, March 30, 2010

jawapan untuk 'hiburan selingan' setengah bulan yang lalu...

dari entri yang ini...

*aku yang dalam bulatan purple tu*

hari ni baru aku bagi jawapan.
haa...korang percaya ke yang berbulat purple tu aku?
apa? tak percaya lagi???


*gambar masa umur 6 tahun. amek gambar mesti nak ketap2kan bibir tu. tak tau nape.*

see?
aku memang dari kecik jenis itam (bukan skang ni itam jugak ke?) dan kurus.
itupon lepas dah pandai main ngan kawan2 la kot.
masa baby, debab je. huhuhu.

skang dah percaya ke? 
hehehe.
aku punya banyak rupa tau. kalau korang2 tengok, mesti kata aku tipu.



baru pukul 12.55pm.

tapi dah siapkan;
3 SOP - amendment,
1 Work Instruction,
1 Quality Objective.

fuhhh!!!
caiyok2!

tinggal lagi nak wat;
PAR, filing dan touch-up sket2.

p/s: nasib korang la ye terpaksa baca pasal kerja plak hari ni. berazam nak siapkan keje ni! :)

pagi2 lagi dah masuk ofis.

dan dah siapkan satu report!
ho yeahhhh!!!!!!!!!!!!!

happy tak ingat weiii...lepas satu kerja 'berat' aku. wakakakaka.

ni nak sambung wat kerja2 paperwork lagi.
asik2 ngadap file2 yang tak sudah2.
cepatla bulan 4. dah tak larat dah ni.
rasa kaki ai dah kurus. (hah? kurus ke?)
ala...kaki je. part babat, ngan lengan tak leh nak sorok mana dah.
gebu2 camtu jugak. haiihhhh...~

okla. sambung wat keje.
nanti kalau ada masa free, ai update lagi k.
daaaa~

Monday, March 29, 2010

Ole-ole Bali Contest

Syarat2 penyertaan :

1) Jadi
 follower blog ini.

Dah! hahaha. dah lama dok bertandang kat blog si queen ni, baru skang nak jadi official follower. mahap ek!


2)Letakkan banner contest di side bar blog dan link kan terus ke http://desirequeen.blogspot.com
Ok. Dah jugak! :)


3)Buat satu entry khas bertajuk "Ole-ole Bali Contest" yang mengandungi jawapan soalan di atas, dan gambar honeymoon percutian (jalan-jalan biasa selepas baru2 kahwin pun dikira honeymoon ok!) kamu yang paling kreatif kamu rasa best. Tak kisahlah percutian keluarga ke, percutian solo ke, berdua ke, bertiga empat lima pun tak apa...


Soalan2 nya :

1) Saya ke Bali atas tujuan apa?

For your honeymoon la! best wooo pi jalan2 honeymoon kat bali. jeles ai!
;P

2) Di Malaysia,
 'Ikan Gurami' dikenali sebagai apa?

Ikan kaloi!

3) Merujuk kepada gambar di bawah, yang mana satu kopi jantan dan yang mana satu kopi betina?



kiri jantan, kanan betina. ntah betul ke tak aku jawab neh. huhuhuhu~


ni gambar aku bersama mee udang dan ketam goreng. sedap melampau2. akhirnya dapat jugak makan mee udang ni setelah teringin nak makan mee udang ni sejak mengandungkan khalish lagi. oh, ni kat gertak sanggul, penang. memang rasa berbaloi2 travel drive jauh2 bila dapat makan benda yang kita nak kan?
:)



5)Nyatakan kenapa kamu patut menang ole-ole khas dari Bali yang saya belikan.... tak payahla..memang nak bagi kat semua...





4)Letakkan banner contest di entry kamu serta linkkan ke blog http://desirequeen.blogspot.com





5)Sila tinggalkan comment di comment box ini beserta dengan link direct ke entry "ole-ole bali contest" kamu.
ok. nak buat la ni.
:)


buat tuan punya blog queen kite masuk contest ni saja suka2 tau. untuk support kawan2 blog ni haaa....
:)

oh, kalau ada sesiapa nak aku masuk contest korang, hantarla komen suruh aku masuk contest tu. insyaAllah aku masuk. ni azam baru ni. nak masuk contest banyak2. hehehe~

sambutan Hari Bumi kami...

kami bergelap kat kampung gelung pepuyu. khalish dah biasa tido dalam gelap, so dia tak kesah keliling dia gelap ke, terang ke....kalau mood nak bermain tu, main je...


en alang relax je. berlenggeng. padahal malam tu tido sejukkkk!!!!


abaikan muka berkilat2. baru lepas masak untuk dinner masa tu. 

disebabkan kami sambut Earth Hour ni kat kampung,
jenuh la jugak nak suruh diorang tutup2 lampu ni.
banyak soklan ditanya...

last2 mak mertua aku beralah jugakla.
tapi dapat 'tembakan balas'
mak kata, "ye la..korang belajar tinggi, mana la mak tau kena tutup2 lampu macam ni"
aku diam je masa ni.
tapi en alang kata, "la mak. kat tv, radio diorang dah bagitau awal2."

huhuhu.
beria jugakla mak ngan abah bergelap.
nak2 orang tua kan, penglihatan tu terbatas jugak.
itupun gelap kat area ruang tamu je.
lampu dapur kena bukak. sebab risau orang turun naik tangga.
takpe mak. tutup satu lampu takpe.
asalkan kite ada usaha.
:)

so, camne sambutan Earth Hour korang?
;)

jikalau si dia bernama KHALISHA...

mungkin dia berupa begini...


*muka konfius*
kenapa mama buat saya begini? tell me WHY???!!!



bila disuruh senyum, buat muka blur lagi. haih...terpinga2 dia bila dipakaikan kain balut kepala.



ya, ya. i know i look cute (read: pretty) when mama put a 'tudung' on me. i malu ok!


sungguh aku berangan kalau dapat anak perempuan.
nak2 bila kebanyakkan orang yang menegur khalish, pertama soalan pasti
"anak perempuan ye?"

hati mak mana yang tak meronta nak mengiyakan anak ini adalah perempuan sedangkan hakikatnya dia adalah lelaki.
note: aku memang NAKKKK sangat2 anak perempuan sejak mengandungkan khalish.
tapi aku terima dengan hati terbuka.
dah Allah nak beri anak pon dah kira seribu kali syukur dah.
lagi mahu banyak songeh nak pilih2 jantina?

takpe2. sentiasa ada rezeki yang lain.
tapi, kalau Allah nak beri lelaki lagi pon takpe.
it's ok.
Dia sentiasa plan yang terbaik untuk kita kan?

berangan2 takpe.
tapi jangan plak nak pakaikan si anak gaun bagai pulak.
kang tetiba dah besar jadi lembut auw, auw kang..
mintak jauhhhhkanla simpang malaikat 44.
fuhh! fuuuuhhh! shohhhh! shooohhhhhh!!! (tiup2 tolak bala')

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...