Followers

Thursday, December 17, 2009

hmm..nape ek?

adakah semua orang sebok ber'fb'ing dah takmo berblogging?
sebab aku perasan bukan kat blog aku je,
tapi blog2 orang lain pon cam senyap sunyi tak meriah sangat.

aku perasan benda ni sejak aku habis pantang.
mentang2 semua orang ada hp canggih manggih, leh fb dan twit2 di mana2 saja,
dunia blog dah makin hambar gitu.

:(

rindu oo zaman blog dulu2.
2 tahun lepas, masa aku baru kenal blog.
masa tu, punyalah meriah.
dan ramai blogger2 yang lama2 pon dah senyap macam tu je.
:(

ok. pepagi dah ungkit2 pasal dulu2.
huhuhuhu~

Wednesday, December 16, 2009

sambutan birthday en alang

birthday en alang disambut sehari lebih awal. sabtu lepas. birthday en alang jatuh hari ahad.
sebabnya nak sambut ngan semua orang.
dan ajik kat ipoh. masih dalam minggu exam.
tak dapat nak balek stewan.
so, kami lah yang ke sana.
lagipon, birthday boy request kenny rogers.
apa lagi, kami ke jusco ipoh la...



kami bertiga. tak pernah la dapat gambar bertiga secara eksklusif. ni pulak, khalish tertutup dengan carrier dia.

oh. dak khalish ni suka sangat dalam carrier gantung camni. kalau dok dalam stroller, tak sampai 2 minit dah nanges2 rengek2 mengada nak orang dukung jugak. grrr...geram jek! sib baik stroller tu orang beri. huhuhu~


adik beradik yang sengal. huuuuu~


ibu dan ayah yang malu2 nak bergambar. klakor jek.


me with dearest son. tidor jek...


gambar foods ni je sempat ambil. bila ayam sampai, kamera letak tepi. makan, makan, makan!

takde kek pon birthday en alang kali ni.
ala...kek kalau kat umah ibu macam tak berapa laku sangat.
sebab macam dah boring.

sebenarnya tak bagitau en alang lagi pasal nak bawak dia jalan2 cuti2 malaysia.
tengokla camne nanti.
tak tau nak buat mukadimah camne.
sesiapa ada idea camne nak bukak mukadimah?
hehehe~

sedang mengosongkan camera




...dah sesak ngan gambar2 khalish dan cuti2 balek kampung raya haji aritu.

sepanjang bulan ni aku akan sebok dengan kerja.
sebab nak kejor dateline. internal audit nak wat before february.
so, dari skang dah kena siap2kan semua kerja2 remeh2.
pi setiap department, tengok2kan apa yang diorang dah buat.
apa yang tak kena...apa yang kena.
camtula.

seperti yang korang tau,
kami sekeluarga, i mean aku, en alang, khalish, ibu, ayah, zaza, iqa ngan ajik akan ke CH ujung minggu ni.
tapi tak tau lagi dapat tdor sana lagi atau tak.
sebabnya, dah janji ngan family ucu.
ucu nak tanya2kan ada lagi tak apartment kat atas nun.
kalau takde, jawabnya balek hari je la.
sib baik stewan ngan simpang pulai ni dekat je.
:)

ada banyak tag yang aku utang ni.
matikla tak buat2 lagi.
eh, skang ni ada lagi ke musim tag2?
rasanya macam dah expired je.
hehehe~

(ayat ngelat malas buat tag.heh!)

tengah kosongkan kamera, ternampak gambar ni. ada ciri2 bapa mithali tak?


ayah balek dari australia 2 minggu lepas dan belikan kami ini. baju itam dan purse en alang punya, aku dapat purse dan tshirt pink karer, and khalish got this striking pink shirt....yang tertulis,



comel tak? siap glow in the dark okeh!!! hahahahaha! tok ayah sangat comel belikan kat cucu baju camni.

Tuesday, December 15, 2009

u guys...~

aku ada kat office harini.
oh, korang suka tau wat spekulasi...aku pi honeymoon la...apa la...

plan ke cameron maybe jumaat ni.
plan bercuti bertiga tu bawak ke tahun depan.
tahun ni byk benda nk wat.
ni brg2 dari umah sewa pon tak angkat2 pon lg.

internet office mcm hape jek.
geram gile ok!

ni kat umah. balek lunch.
sambil menaip, sambil kendong carl.
:)

boleh ke pendekkan nama khalish jadikkan carl je?
ngehngeh~

Monday, December 14, 2009

i'm not in the office right now

sebab aku cuti.
weeehoooooooooooooooo!!!!!!!!!!

hekhekhek.
:)

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...