Followers

Thursday, June 12, 2008

tak tahu

aku tahu ramai yang tak setuju aku tukar kereta second hand,
itu aku pertimbangkan dulu ya!
mungkin aku tak jual kereta tu,
just suruh adik aku pakai je dan aku guna basikal/motor je kot.
lagi senang.
:)



naik basikal camni, confirm tak jatuh. plaknya, takyah kayuh. dah sah2 pakai motor kan...
jap..jap..ini beskal ke..motor?
mak confuse....




kalau naik motor ni plak, mau kejang ketiak...




skang ni, en alang ada kat umah.
dok melahu je.
tak kerja.
dia masuk kerja tempat baru 16hb.
so, skang ni dia jadik suri rumah tangga sepenuh masa.
aku plak yang risau.
pagi2 lagik dia dah merengek2 kat aku,
boring dok umah.
nak pi memancing.
aku susah sket nak beri dia pegi mancing ni.
takut jadik hobi atau habit.
boring je, mancing.
kang aku ni ditinggalkan slalu.
dahla baru dapat keje baru yang sememangnya sangat bertepatan dengan selera...(8am-5pm),
kalau dah ada hobi mancing,
susahla aku...
huhuhuhuhu...


aku jahat ke?
tak beri dia pi mancing?
aku boleh je beri dia pi,
tapi kena bawak la aku skali kan...
:)



selang sejam aku call umah.
check dia wat apa...

jam pertama,
tgh breakfast.

jam kedua,
tgh sapu umah.

jam ketiga,
mop lantai. baru je lepas sidai kain.

jam keempat dan kelima,
aku tak call. sebab aku sebok sket dan janji lunch ngan dia.

jam keenam,
aku call dia tak jawab. call kali ke-3 baru berangkat. dia tgh tidor.

jam ketujuh dan kelapan,
malas aku nak call. tau mesti dia tengah tidor.


kesian kat dia kan? dia dah biasa buat kerja. tetiba je tak dapat buat satu habuk kerja pon, mati kutu laki aku tu.

sabar bang ye..lagi 4 hari je lagik....

:D

Tuesday, June 10, 2008

wiken yang best dan tak brape best...

jumaat,
member kl aku masa keje pfizer dulu, si aswa datang.
dengan kawan2 keje astro dia dulu.
so, petang tu tetiba je dia ambush umah aku.
dahla masa tu aku ngan en alang tgh berdua-duaan kat umah,
beromantika bagai kan.
harus kelam kabut bila dapat call minah ni nak datang,
dah sampai area umah aku plak.
huhuhu...

borak2, gelak2...
dan plan nak ke teluk batik plak keesokan harinya...



sabtu,
aku goreng mihun dan sosej untuk bekalan piknik.
aku ngan en alang sampai t. batik dulu, anak2 dara tu lambat bangun, huhuhu....
so, dah duduk2 tu..tak sampai 15 minit, diorang sampai.
nak dekat kul 3 lebih baru la diorang sedar diri nak balek.
kalau tak, selagi tak kecut2 semua anggota, selagi tu tak nak kuar dari air laut tu..
;)

anyway aswa, intan dan syakila...
aku really2 have great time ngan korang!
leh la datang lagi lain kali ok!
akan ku buat nasi ayam plak...
:)




aku dan aswa..bersuka ria di pantai yang indah...
(sila abaikan muka ku yang comot)
eh, korang nampak kitorang ni ada iras2 tak?
;)





sabtu malam,
aku kena cirit-birit dan muntah2.
aku saspek gastrik.
ulang-alik toilet aku rasa lebih 10 kali.
tidor tak cukup.
buatkan aku rasa nak marah je..
en alang la yang buat semua keje umah.
dari sapu umah, basuh baju, kain buruk, buat air, semua la!
terima kasih abang! ayang sayang abang!!!! mmuuuaaaaaaaaaahhhhhhhhh!!!!!!!!!





ahad,
aku lembik.
tak larat gile.
en alang dah puas pujuk2 ajak pi klinik.
aku pi jugak.
dapat ubat dan air garam.
oh ya!
digalakkan kepada sesiapa yang kena cirit-birit,
dinasihasihatkan mengambil air 100plus ye.
memang bagus!





isnin,
aku tak boleh angkat kepala.
sakit teramat sangat.
pi klinik balek, ingat nak amek mc.
doktor check blood pressure (bp)
naik sampai 130/90.
doktor cuak.
aku pon cuak.
padahal, hari sebelum tu ke klinik, amek bp normal je.
doc suruh aku datang lagi keesokan (hari ni)
aku datang. masih tahap yang sama.
doktor suruh aku datang jumpa dia lagi next week.
check lagi.

aku tak tau nape bp aku leh naik sampai camtu skali.
adakah kerana aku cirit-birit membuatkan aku stress?
atau aku tak cukup tidor disebabkan cirit-birit itu?
aku pening.....





hari ni..
ingat nak survey kereta.
nak tukar kereta murah2 saje.
kancil mungkin.
takpon, savvy.
:)
apa kata korang?
patot tak aku tukar kereta?
disebabkan kenaikan harga minyak ni?


oh..en alang dapat kerja baru.
dah tak kerja shift dah..yeayyy!!!!
kerja ofis hour biapon kerja kilang.
mak sukaaa!!!!!!!!!!!!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...