Followers

Friday, June 3, 2011

Khalish pi tesco pakai baju tidoq ja...

Ni gara2 mama yang malas nak tukar baju untuk dia. plus, jaz demam kena tinggal kat umah papa yang jaga. dah malam2 tu baru teringat dalam freezer dah abis bahan mentah. jadinya kita ke econsave dan tesco nak cari ayam dan ikan. :)

dah puas beli barang kat tesco, khalish dok tengok je budak2 dok sronok2 naik ride ni. so aku pon carik ride yang kosong dan dudukkan dia at first. tengok tu. leka tgk skrin kat ride tu.

dasat oo ride ni siap ada skrin macamkan nak main game. hehe. tapi malangnya ride ni rosak. takleh nak bubuh duit. so kita pindah ke ride lain.

naik ride comel2 pooh ni ha...sronok dia dapat 2 stereng. tapi ride ni tak best. takde lagu. ada hon2 je. takpela nak. len kali kita mai tesco lagi kita cari ride yang happening punya!

Thursday, June 2, 2011

Kesian dak Jazly. Saket yang berlarut2 sampai hari ni.

isnin petang tu masa aku nak amek dia dari taska, dah rasa dia dedar2. so malam tu tuam kepala dia sebab kepala je yang panas. badan sejuk je. saje pakaikan dia baju malam tu sebab jaz ni kuat berpeluh2. kalau dah berpeluh, dia rimas dan akan merengek mintak mandi.

selasa tu budak taska sms aku kata jaz asik nanges tak henti2. tengok jam baru pukul 3pm. sib baik bos baik hati beri izin aku balek awal. so bergegas aku amek jaz terus ke klinik. tengok je la muka jaz tu. masam je. aku gurau2 ngan dia pon dia buat tak tau.

jaz muka boring. 

ok. masa jumpa doc, doc dengar dada jaz sarat sangat dengan kahak katanya. kalau ikutkan, batuk jaz takla teruk sangat. maybe kahak sarat tu buatkan jaz tak selesa dan asik nanges je. cian jaz. so lepas doc check, doc suruh jaz pakai mesin nebulizer tu buat cair kahak. then ajar camne nak tepuk belakang jaz setiap kali lepas nebulize, lepas menyusu dan makan ubat.  doc pon pesan kalau masih dengar dada jaz sarat lagi esoknya, dia suruh bawak jaz ke klinik semula untuk buat nebulizer 3 kali sehari. 

pagi2 tu aku dan en alang bincang2 kitorang amek EL je sebab keadaan jaz macam tak kurang. so ke klinik la kita pada pagi yang penuh hujan rahmat tu...(tarik selimut cuaca macam ni memang syiok woooo) tapi anak perlu diutamakan.

jaz melekat ngan papa. budak2 ni kalau saket pening memang carik papa je la. mama jadik patung cendana je. tengok anak2 dari jauh bila anak2 semua tolak mama jauh2. (mama kecik hati ni. huhu)

kat klinik tu ingatkan kena buat nebulizer tu 3 kali la kan. tetiba doc cakap ada extra mesin portable nebulizer tu. so dia ajar camne nak guna dan suruh guna je kat umah 2-3 kali sehari. hohoho.

ni masa kat umah. petang dalam pukul 5 lebih camtu. memula masih ok lagi. steady anak mama...

pastu dah start merengek2. en alang dah jeling2 aku suruh aku stop. e eh...nak anak cepat baik tak bang?

pastu...dia tengok mama buat tak heran je dia rengek2, terus melalak sekuat hati sampai suara serak2. en alagn dah cakap kat aku, dah la tu yang. kesian jaz. abang tak sampai hati dengar dia nanges ni. aku buat dek je. kena keraskan hati nak bagi dia sehat. betul tak? at last ubat tinggal sikit secoet je baru aku stop. tu pon en alang dah tarik2 muka ngan aku macamkan aku dera anak dia. haihhh....~


so skarang rutin aku kena buat camni kat jaz sehari 2 kali at least. sampai ubat habis. lepas tu kita tengok lak camne keadaannya. :)

Tuesday, May 31, 2011

Murtabak Singapore

Weekend aritu kan kitorang balek muar. So alang2 dah sampai sana, kita pekena murtabak singapore unne*! yang kitorang pegi ni kedainya kat area parit bunga tu. memang dari dalam kereta lagi dok terbayang2 keenakan murtabak singapore ni.

Jazly ngan Tok Ayah. Tok Ayah sporting sangat suruh2 Jaz tengok kamera phone. 

Khalish yang baru bangun tido. sebab tu rambut macam rupa hantu kak limah. Tok Ibu jugak yang melayan kerenah dia tu.

mintak sirap suam. slalunya kedai2 makan kalau mintak yang suam2 ni automatically dia bagi gelas kecik tu kan. ni tak eh. gelas kemain tinggi lagi. i like!!!

termenung ke bang?

sup kambing yang wow sedap gile! memula memang nak makan murtabak je. skali bila sampai kedai nampak orang2 dok makan sup dengan roti. so apa lagi. marilah kita belasah sup kambing ye. ayam2 ni tak main la. hahaha.

setelah 15minit tunggu barula murtabak sampai. kitorang order murtabak untuk 2-3 orang makan (RM10), Tapi hampa. Rasa murtabak yang aku ingat adalah dagingnya berketul2 kat dalam murtabak tu. Tapi kali ni banyak telur dan bawang je. en alang pon kata macam makan roti canai je yang. oh. dia first time makan murtabak singapore ni. so memang hampa la. dah...lain kali kita singgah kedai ni kita balun sup kambing je la. murtabak amek yang kecik je lain kali. huhu.


*unne - satu dalam bahasa tamil. terima kasih. (ngeee~)



Monday, May 30, 2011

Pernah terjadi kat korang tak?

Semalam aku, en alang dan budak2 balek dari kl ke sitiawan berempat je. padahal dari muar kitorang berenam skali ngan ibu dan ayah. tapi esok ayah ada meeting kat jb 3 hari, so ibu ikut. On the way balek tu, en alang dok ngadu lapar. yang aku plak sebok nak cari restoran yang tak jual makanan seafood atau tomyam. pada sesiapa yang familiar ngan jalan ijok-k.selangor-tjg karang-sabak bernam tu tau la kat area2 situ banyak restoran jual makanan jawa. tapi kalau dah namanya weekend, pulak tu dah nak maghrib, mana ada restoran camtu yang bukak kan. restoran tomyam, restoran thai banyakla bersepah2!

dari ijok tu aku dok usha je restoran2 tepi jalan. tapi tak jumpa2 gak sampai la kat tjg. karang aku tgk en alang dah tarik muka. lapar sangat la tu. so, aku pon terpaksa la berhenti gak kat restoran tomyam. nadia tomyam tak silap. so, aku park kereta betul2 depan meja makan sebab khalish tidur dalam kereta. bukak tingkap luas2 supaya kalau dia nanges leh dengar.

elok je makanan baru sampai, khalish melalak2 takut sebab tengok dalam kereta takde orang. so aku angkat dia letak atas pangku aku. jaz pulak en alang kendong. then, budak restoran beri highchair untuk khalish duduk. memula dia diam je la sebab dia biasa je duduk dalam highchair tu. tapi lepas je dia tengok en alang hand over jaz kat aku, dia sambung melalak. tak bagi aku pegang adik dia. amboi ko...ingat mama nak entertain awak sorang je ke? adik nak campak mana?

jadinya, aku biarkan je nanges sambil en alang pujuk2 khalish beri biskut la, beri susu la..semua tak jalan. last2 ada sorang makcik duduk sebelah meja kitorang yang offer nak pegangkan jaz. terkejut aku ok! sebabnya, dahla kitorang kat tempat orang. tak biasa kan. tiba2 ada org offer camtu, rasa terharu pulak. makcik tu beria2 nak pegangkan jaz. so aku tak sampai hati beri la jaz kat dia dan aku pangku pulak khalish sambil makan.

lepas je makan, aku pon borak2 la ngan makcik tu sekeluarga. dia memang kampung kat area tu tapi tinggal kat jengka 11, pahang. borak pon borak biasa je la. nama pon tak tau ye. elok je makcik tu mintak diri nak beredar, dia beri jaz dan khalish duit. aku dah macam pelik. ye la kan. dah la tak kenal makcik tu. tetiba ke offer diri pegangkan budak dan beri duit pulak. puas aku tolak, tapi makcik tu beria2 nak beri. nak tak nak terima jugakla. karang kata berlagak sangat taknak terima pemberian orang. haha.

alhamdulillah...ada lagi orang baik camni kan. tapi tu la. ralat jugak sebab tak amek apa2 no phone atau at least facebook id anak makcik tu. leh la contact2 kan. ni tak. main bye2 je. huhu.

so. kalau ada sape2 yang baca entri ni kenal ada sorang makcik pakcik ni tinggal di jengka 11 tapi orang tanjung karang, sila bgtau aku eh. teringin nak contact2 makcik tu balek. sebab semalam masa borak2 ngan anak makcik tu pon anak dia kata mak dia ada ramai cucu angkat. suka budak2.

okla. penat menceceh. padahal kepala pening2 ni. tak cukup tidor. malam tadi khalish dan jazly buat double shift. lepas sorang tido, sorang lagi wat pangai. main gilir2 pulak dah. mata ni dah macam mata panda. (eh. panda comel kan?)


kitorang makan kat restoran tu murah ya amat! cam tak caya je camtu harganya. order nasi putih 3, tomyam campur, udang goreng tepung dan telur dadar cuma RM14! kalau kat manjung mau RM20. huhu.

Cepat, cepat! :) Sampai esok je ni.

promosi pembukaan Butik Adik Comel Abang Lawa sehingga esok sahaja, 31 May 2011.

Kalau tak dapat beli sekarang, just booked je dulu untuk lock harga promosi. I will reserve the items for you!

just click here, Butik Adik Comel Abang Lawa

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...