Followers

Saturday, December 6, 2008

aku baru tahu makna curhat adalah 'curahan hati'. boleh?

biarpon selama ni slalu terbaca dan terdengar2 kat tivi, tapi aku wat bodo je ngan word curhat tu.

dan tadi gara2 sinetron 'mutiara', aku terdorong untuk meng'google' maksud curhat.
hahahaha!
sangat ketinggalan.


aku ber'online' live dari umah ibu. kat umah ibu je ada brodben.
kat umah aku komputer pon takde. apatah lagi lappy.
korang pecaya tak, sepanjang umur aku, aku tak punya satu komputer pon?

masa kat usm, aku slalunya pinjam pc orang takpon pi cc.
sebab masa tu family masih kurang mampu untuk belikan aku satu pc.

dan skarang, setelah berumur 27 tahun,
masih tiada walau satu pc kepunyaan sendiri.
huhuhu~
sebab tu la skang ni aku hanya akan beronline bila kat ofis.
dan bila ada kesempatan macam sekarang.
bukan tak nak beli sendiri,
tapi bila dah berumahtangga ni,
banyak bil2 lain kena fikir. (alasan, alasan)


en alang pon ada kata,
perlu ke ada laptop ni?
abang rasa dari kite beli laptop,
baik kite settlekan dulu hutang kereta tu.
abis hutang, baru la leh lega beli benda lain.
boleh?

huhuhu~

laki aku kedekut. hahahaha!
takdela, dia tak kedekut.
tapi en alang ni banyak sangat fikir masa depan.

boleh tak,
baru2 ni. dia leh terfikir,
nak beli lampin baby every month dari bulan pertama sampai aku lahirkan baby.
buat stok katanya.
then, ada hati nak beli susu jugak.
aku pon bantah la.
cakap susu ada expired date. baru dia batalkan hasrat nak beli susu every month.

comel betul laki aku.

ni skang dia kat kilang lagi.
kerja. tu yang aku melepak kat umah ibu.
dok sorang2 kat umah sendiri ngadap timbunan baju2 yang belum dilipat, amatla membosankan.
ye, aku MALAS.
en alang je yang rajin.
nasib la kan. sape suruh beria2 kawen ngan aku. hahaha.

oh, lupa nak ucapkan.

SELAMAT HARI RAYA HAJI/KORBAN.


aku balek umah mertua.
pepagi esok nak balek kampung dah.
en alang nak kacau dodol.
semangat betul dia.

mana la laki aku ni.
dah kul 7pm dah pon.
dah la tak tau nak masak apa ni. (macam la aku rajin masak sejak dua menjak ni)
tak tau la nape asik malas je.
en alang pulak melayan aku je. apa aku nak, dia beli.
layankan je.
tetengah malam aku nak makan burger pon, dia layankan.


okla korang. aku dah melalut sampai ke india selatan dah ni.
take care ok!
have a nice raya ok.
daaa!

Friday, December 5, 2008

walaupun dalam banyak2 tag, tag ini jugak yang aku buat dulu. sebab senang.

eiza tag aku.
oh! aku ada beli satu kasut dan topi kait baby dari dia.
nak beri pada anak azim.

cantek sesangat.
aku tunjuk kat en alang,
dia dah excited lelebih plak.
bila aku cakap benda tu untuk anak azim, terus muka dia berubah.
hahaha~
apa ntah.
tak ke gilo nak beli barang baby, sedangkan babynye pon tak de.


cantek tak? putih suci je gituuu~ (gambar dicilok dari entri eiza)


pada sesape yang berkenan, nak belikan untuk anak sedare ke, anak jiran ke, anak kawan2 ke, atau anak sendiri,
boleh la tempah kat eiza. ni specific entri tentang penempahan.
wah! eiza, akak promote ni.
komisyen 15% ok! hahahaha! (gurau je ok!)



ok. dah melalut.
dari nak jawab tag, tetiba mintak komisyen.
hahaha!


1. Do you think you're hot?
oh! hot bila en alang tgk aku dengan penuh 'kegeraman'. hehehe~


2. Upload your favourite picture of you.



3. Why do you like that picture?

gambar ni paling aku suka sekali! sebab orang2 yang aku sayang di dalam satu gambar, pada hari bersejarah aku. sweet!
meh aku kenalkan orang2 yang aku paling sayang ni kat korang ok!

dari kiri: ajik (18tahun), ayah, en alang, aku, ibu, zaza(21 tahun) dan iqa(15 tahun).

adik2 aku ni semua takde sesiapa yang punya. kalau ada sesiapa yang berkenan, meh berkenalan dulu ngan akaknya ini ok!


4. When was the last time you ate pizza?
ya Allah. lama gile tak makan. last dulu masa dapat voucher dari cik kema. bulan 5? 6? tak ingat la...


5. The last song you listened to?
dalam kete tadik. lagu Sheila on 7 yang terbaru. ntah apa tajuknya.


6. What are you doing right now beside this?
main game. baru download game baru Pageant Princess. ala, trial game je.


7. What name would you prefer beside yours?
dulu masa kecik2, aku tak suka nama Intan. macam ngada2 dan tak valid bila dah besar. tapi skang ni, rasa macam best plak nama tuh. hahaha. no, tiada nama boleh mengatasi namaku. hehehe~

People i tag:
  • ayu-amiha
  • shasha
  • a'an
  • lindosh-kembor
  • diya

8. Who is number 1?
ayu ni aku betul2 kenal dia baru2 ni je. bila aku check2 balek, rupa-rupanya dia dah pernah drop satu dua komen since entri aku kawen dulu. skang ni, dah macam kenal bebetul plak. tak sabar nak jumpa dia nanti.


9. number 3 is having relationship with?
incek akbar. tak banyak tau sangat pasal a'an sebab baru je pon kenal2 dia. but they seem nice person jugak.


10. Say something about number 5.
diya ni orangnya kreatif. pandai tulis novel, buat sajak la, puisi la. macam2 boleh. agak kagum gak ngan budak ni. sebab umur jauh lebih muda dari aku tapi berkebolehan macam2.


11. How about number 4?
lindosh. jadi rapat bila dapat tau kitorang kongsi hari, bulan dan tahun kelahiran yang sama. 16 ogos 1981. tak berpeluang lagi berjumpa dengan dia. harap2 satu hari nanti kite ada peluang jumpa la ye kembor!


12. Who is number 2?
shasha ni memula aku terpaut sebab kisah hidup dia. dari beri komen, sampai la ke yahoomail dan terus ke sms. kadang2 kami berborak tru phone (dia yang call). kadang2 kami bersms. nice orangnya. senang nak berkongsi apa saja ngan budak ni.



ok. tag abis.
orang2 yang aku tag tu, reti2 sendiri la ek jawab tag.
hehehe~

Thursday, December 4, 2008

omg!


mentang2 la takde orang kat ofis ni.
ko bantai tgk porno la kan.

dah tu, kalau ye pon pakai headphone,
bukak volume tu slow2 boleh tak?
aku yang selang cubicle ngan ko pon leh dengar orang dok merengek2 kesedapan.
biar pon sayup2. tapi still boleh dengar.
sebab takde orang kat ofis. lengang. sebab tu aku boleh dengar!
BODOH!


yes.
merengek2 kesedapan.
suara lelaki dan perempuan.


aku malas nak cakap banyak.
nak kata muda lagi, tak la pulak. tua je aku tgk.
sudah2 la tu.
kubur dah panggil mari, dunia dah kata pergi.

ok! happy semula!!!


happy, happy, happy
happy, happy, happy
happy, happy, happy


hahahaha!
sewel punya olang!


en alang pandai betul amek hati aku.
masa dia sampai umah, aku tengok dia bawakan aku:

1. cekedis kacang hijau jenama apa ntah tapi faveret aku. tak terkenal pon jenama cekedis ni. tapi sedapnye, masyaAllah!

2. burger daging special takmo sos, mayonis ngan black pepper kasi lebih satu!

3. air aiskrim soda sejup2.

4. senyuman yang penuh ikhlas. mata sayu je.


oh! oh! part yang last skali tu paling buat aku jatuh hati la kan.
dari marah2, hati panas membara, terus cair balek.
betul la pija. kaum pompuan ni hati cepat nau lembik.
grrrr!!!!


en alang minta maaf sambil pujuk2.
dia janji macam2.
takpe2. disebabkan dia ayat baekkkk punya,
aku pon kasi la can.


janji tak buat lagik?

abg janji yang. takmo buat lagi.

abg lain kali, kalau marah, takmo la tumbuk2 dinding. takut la!

ok2. abg janji ok sayang?

ok! (sambil mulut dok kunyah2 cekedis. hahaha!)



ternyata, aku ni senang nak marah, senang nak sejuk.
hehehe. aku ni senang nak sentap2 ok!
tapi hanya dengan orang yang aku rapat je. kalau orang aku tak rapat, apa ke hei aku nak sentap2 kan?
mau makan hati sorang2 di situ.


thanks pada korang yang banyak ambil berat dan bertanya khabar aku semalam.
pada yang ym aku tu, sori sesangat sebab semalam betul2 takde mood nyah.
mak kan sentap, harusla takes time nak beramah mesra macam slalu.
ok, sheshape nak ym ngan aku harini,
for SURE aku layan ok!
take care noks!

Wednesday, December 3, 2008

minta maaf

dia dah minta maaf.
tapi susahnya aku nak maafkan.
hati ni rasa sakit sangat2.


tak tau petang nanti macam mana.
rasa berat sangat mulut ni nak cakap apa2.
hati aku panas lagi. masih susah nak berkompromi.


tadi aku kuar ofis dari jam 11am, sampai 2.30pm.
(nasib baik bos takde)
lepak umah ibu.
ibu tanya, tak keje ke?
aku just senyum je. malas nak cakap banyak2.
kalau cakap, SURE nangis!

ibu pon taknak tanya banyak2.
zaza dah ceritakan semua kat ibu.
aku ym zaza tadi, citer semua kat dia.



entahla.
takde mood nak wat apa2 pon.
malas.
dada sesak.

not in a mood

gambar raya tahun lepas. setelah bertungkus lumus siapkan umah ibu ayah untuk open house.


before pi kerja, gaduh ngan en alang.

agak teruk jugak. sebab 2-2 keras kepala.
pencetus kelahi, kecik je.
tentang sorang nak, sorang lagi tak nak.

aku nanges teresak2.
en alang bengang tumbuk dinding.

bukan nak bukak aib.
tapi buat korang tau je.
perkahwinan ni kena ada persefahaman.
tak bleh 2-2 kepala bengong cam kitorang ni.

takpe.
skarang ni 2-2 hati tgh panas.
doakan kami cepat sejuk dan berbaik seperti sediakala ok!

Tuesday, December 2, 2008

aku tak pergi bercuti ke?

sebelum taip, gosok2 mata dulu.
penat blog hop ni sebenarnya.
bila mata dah agak2 kero sket,
baru ada hati nak update blog sendiri.

bulan dec.
ramai orang bercuti. sebab nak abiskan baki cuti tahunan dan in-lieu.
stakat ni, kat dept aku, dah ada 3 orang hantar form cuti.
termasuk bos aku.
(ho yeah!)

korang pi la cuti lama2 ye. biarkan aku sorang2 kat ofis ni. ngeee~


aku ada banyakkkkk sangat2 keje.
tapi memang malas do'oh nak buat.
padahal, bukan susah pon.
kerja2 quality ni sebenarnya tak susah, tapi libatkan banyak org ketiga, keempat.
buatkan aku malas nak layan. orang2 ni banyak kerenah.
aku dah malas nak amek pot.
boleh?

kat sebelah ni ada poll baru.
tentang personality aku dan en alang.
kalau korang boring2, isikan je la.
ok?


oh, on 13 dec ni birthday en alang.
nak bawa en alang ke suatu tempat yang agak 'klakar'.
sebab dia tak bagi aku belikan dia apa2 hadiah pon.
so, korang tunggu je la ek.


oh, kalau masa kenduri ceera tu nanti,
korang nampak aku tak pi tegur korang ke apa ke,
diingatkan, korang datang la tegur aku ok!
aku ni susah nak ingat orang.
nak2 tak penah jumpa kan.
lagi laaa!


aku dapat award dari erlyda.
thanks ye awak!


Syarat-syarat nye ialah :

1. Sesiapa yang dapat award ni leh letak kat blog masing-masing
2. Link semula kepada orang yang bagi award ni kat korang
3. Bagi award ni kat 7 orang bertuah
4. Tinggalkan ia mesej pemberitahuan yang korang dah bagi award kt orang tu


sebenarnya,
aku takmo bagi award ni takat 7 orang je.
aku nak beri pada sesiapa yang belum dapat award ni, korang amek la.
aku ikhlas beri.
(sebenarnya, aku tak tau ni award apa)

Monday, December 1, 2008

ye, aku online hari ini.

memula, macam malas nak hapdet.
tapi, bila dah ada orang tanya2 ke mana aku ilang,
aku gigihkan jugak la.

jumaat.
aku tak masuk ofis.
automatically, memang tak online.
sebab, aku 'dipaksa' pergi ke ipoh.
bersama ibu dan adik2 yang lain.

jangkamasa perjalanan sitiawan ke ipoh: 1 jam 15 minit.
destinasi: politeknik ungku omar, ipoh.
urusan: soal jawab pendaftaran kemasukan pelajar sijil IT, januari 2009.
jangkamasa urusan: 5 minit. tak2, in fact 3 minit je.
tahap kepuasan servis Hal Ehwal Pelajar: boleh dipertingkatkan lagi.

destinasi seterusnya: jusco ipoh.
urusan:
1. menjenguk setiap lot kedai yang ada.
2. try baju ada potongan harga 70%. ketat kat lengan. gelak2 ngan iqa. nasib baik aku ngan iqa satu bilik changing room. baju aku try masuk boleh, nak bukak tak boleh. iqa tolong bukakkan "dengan penuh kasih sayang".
3. kami adik beradik mencuba makanan dari gerai makanan jepun yang baru di food court. aku makan nasi+telur separuh masak dilimpahi atas nasi bersama kepingan ayam+kicap cair. macam budak darjah satu makan. tapi sedap nak mati.
4. shopping mee segera jenama mamee slrrppp setelah 'dipromosi' oleh seorang nyonya tua yang agak comel. beria2 dia terangkan kat kitorang tentang keenakan mamee sllrrpp ni. bukti kami senang dipengaruh? telah 'ter'borong 1 bungkus mamee mee rebus dan 4 bungkus mamee kari pedas berapi.
5. sangat2 puas hati setelah sebulan 'mengidam' duren2 donut big apple. telah 'ter'borong donut pelbagai perisa sebanyak 12 ketul. tak banyak sangat. buktinya? tak puas makan maaa~


ok. itu aktiviti jumaat lepas. bukti aku tak online.
dan juga bukti aku yang sedang saket, tapi masih gigih nak ke ipoh.
(pegi keje takmo, kalau jalan, laju jek)
bukti bergambar? sori sayang2 sekalian. handphone cap ayam ku ini tak mampu nak ambil gambar2. ambil video 18SX boleh la. oopps!


sabtu dan ahad,
aku dan en alang tidor kat umah ibu.
ibu dan adik2 turun kl.
kitorang berdua ni pemegang amanah untuk:
1. menjaga kucing2.
2. membersihkan kandang kucing.
3. membersihkan najis2 kucing.
4. mengemas rumah.
5. membasuh dan menyidai pakaian.


oh ya!
bulan peribahasa dah tamat.
terima kasih kat korang sebab sudi belajar bersama2 dengan aku.
:)


pada pemenang2 quiz tempoh hari,
hadiah2 belum lagi dicari.
kesulitan amat dikesali.
(sebenarnya, tgh perah otak nak beri apa kat korang)

aku dapat jemputan ke kenduri kawen ceeramoon.
kalau sesiapa nak jumpa aku yang gemok lagi comel ni,
bolehla sms ok!
:)
dah ada sorang dua janji nak jumpa masa kenduri tu nanti. tak sabar!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...