Followers

Friday, August 12, 2011

Aktiviti di siang hari bila berada kat kampung mertua...

Apa yang mak mertua, en alang dan khalish buat tu? hmmm...~


Hehe...diorang tengah kutip buah rambutan la. Khalish beria2 kutip rambutan2 tu. Rajin pulak. Maaf kalau suami saya tu cekci sket...


Adik Jaz dijaga paksu. Paksu rajin melayan dia. So mama boleh rileks2...

Mama rileks2 sambil layan novel la...syok betul! Pagi2 camni kampung masih sejuk2 dingin...seronok berbungkus dalam selimut sambil layan novel. Anak2 lak buat hal masing2. Indah!




Dah jumaat wei...seronok betul! Hehehe~
Kejap je dah 12 Ramadhan kan? Tak sabar nak cuti panjang raya nanti. :)





Thursday, August 11, 2011

Budak2 buat hal masing-masing. Macam2 hal.

Sedapnya basikal ni mama...hmmm...yum yum!

Abang buat apa tu mama? kira apa tu dia?

Ah! biarla abang tu. kira apa ntah. makan beskal ni lagi best.


Note: Jazly jatuh katil untuk pertama kalinya pagi tadi lepas sahur. Sib baik takde apa2. Fuhhh!






Juadah berbuka semalam. Sedapnya mee kari itu.

Semalam aku gatal sangat nak makan mee kari. So sms zaza, tanya ibu masak apa untuk berbuka. Sekali dia kata ibu buat tomyam. Hmm..dah dia kata camtu takkan ngada2 mau order itu ini ye tak? Tapi ada jugakla bagitau aku teringin mee kari. Elok petang ibu nak masak, saja la jengah ibu dan zaza kat dapur tanya masak apa. Ibu cakap tomyam ngan asam pedas. Aku pon ok je la terus ke depan balek jaga budak berdua tu kalau biarkan abis terbalek satu umah. 

Elok je lepas masak, aku ke dapur balek, nampak ada satu periuk extra. Terus mata bersinar2 bila tengok kuah mee kari dalam periuk tu. Hehe...ibu betul2 masak mee kari tu. Sayang ibu!



Tomyam. Banyak sayur dari isi. Hehe.


Kari limpa. en alang beli kat pasar ramadhan. Ok jugak la rasa dia.


Asam pedas ikan tenggiri. Faveret ibu dan en alang.


Kuah mee kari yang bersepah2 isi macam2 ada. Syok betul! Ada telur puyuh, ada fish ball, ada ayam, ada udang, ada kacang panjang, ada sawi, ada kerang...banyak wooo!


Mee kuning nak lawan ngan kuah kari. 


Umah ni takleh ada kuih banyak2. Beli agar2 seringgit buat syarat Khalish senyap masa kitorang makan. Dia tak berapa gemar makan nasi skang ni. Budak tu ikut angin jugak.


air cendol. en alang sorang je yang minum.


air kegemaran ramai. PATI TEBU. Fuhh...sampai harini teringat2 kot. mau ada yang mengulang tebu lagi arini. hehehe.





Wednesday, August 10, 2011

Wordless Wednesday (Bakery & tart telur kegemaran)




Wordless Wednesday (Pasar ramadhan bersama keluarga)







Tuesday, August 9, 2011

Bila mama mengomel....(Ni luahan perasaan ke?)

Anak-anak dah makin membesar. Si Jazly dah pandai macam2 dalam masa singkat. Dalam 2 minggu dia cuba untuk duduk, merangkak, memapah dan sekarang sebok berpaut untuk berdiri. Kalau pakaikan baju dan pampers adalah satu pergelutan besar dengan dia. Tak reti duduk diam. Letih dibuatnya. Bayangkan umurnya baru sahja mencecah 7 bulan hari ini tapi keletahnya dah macam budak 9-10 bulan. Tak padan dengan badan bulat semakin laju dia merangkak kesana sini mengah kita yang mengejarnya.

Khalish dulu baya2 Jazly baru pandai nak berpusing. Aneh kan? Khalish juga pada waktu bayinya tidak selincah adiknya tapi lihat sahaja sekarang...betul2 menduga kesabaran. Jikalau Khalish ada di rumah, jangan harap la nak dapat rumah seindah mahligai bila semua peralatan dan perabot rumah habis berubah dari tempat asal dan kusyen2 berselerakan dari anjung rumah hingga ke dapur. Mainan tak usah kata lah. Lagi banyak mainan yang dikeluarkan, lagi besar sepahnya. Ligatnya Khalish seiring dengan lincahnya adik sekarang ini. Nak2 pula sekarang Khalish pandai merajuk dan cemburu jika tumpuan semua orang hanya pada adiknya seorang. Seringkali aku dihempap/diserang secara tiba2 oleh Khalish kerana dia cemburukan aku yang sedang mengagah Jazly. “Serang” dalam konteks tiba-tiba sahaja dia dating menrjah aku atau tiba-tiba sahaja dia duduk dan mengenjutkan badannya atas ribaan aku. Hehe.

Walau camne dia merajuk atau cemburu pada Jazly, Khalish tetap sayangkan adiknya. Kadang-kadang dia akan mencari kepala adik dan menciumnya. Tapi tu lah, geram seorang abang pada adik yang comel tu membuatkan dia kadang2 pukul kepala adik, tamper pipi adik geram punya pasal. Hehe. Tapi yang peliknya, kalau adik yang buli dia, seperti adik tarik rambut atau panjat badan dia ketika dia minum susu, Khalish akan senyap sahaja membiarkan adiknya walau sesakit mana pon dia. Tapi adakalanya jika tak tertahan saket dibuat adik, menjerit juga Khalish memanggil kami untuk tolong dia tapi dia takkan sekali2 tolak adik atau pukul adik balek.

“Perangai” baru Khalish sekarang ni adalah apabila berjalan di pasar raya, pasar ramadhan, pasar malam atau mana2 pasar lah…seringkali akan berlari2 macam anak yang tak pernah keluar dari rumah. Berlari satu hal, menjerit2 satu hal lagi. Dah rupa macam duduk dalam hutan tau. Kalau kita pegang tangan dia, ikut angin dia jugak la. Angin baik dia ada, dia akan turut je. Kalau angin nakal dia dating, dia akan lembik2kan badan dia, beratkan badan seperti tidak mahu berganjak dari tempat tu selagi kita pegang tangan dia. Oh letih melayan kerenah Khalish yang satu ni. Solusi paling senang adalah stroller. Kalau duduk dalam stroller, pandai pula duduk diam2. Haihh...~

Apapon, kerenah anak2 yang macam2 ni la akan dibuat kenangan. Sengaja aku rakamkan di blog ini supaya anak2 ni baca dan faham kerenah mereka yang bukan2 tu. Haha.



Monday, August 8, 2011

Oh! Saya sangat sebok.

Maaf ye kalau dah berhari2 takde entri kat blog ni. Sebok bebenor. Banyak sangat keje yang menimbun setiap hari. Ini la harga yang perlu dibayar setelah dapat 'habuan' tempoh hari. Hehe....

Ni sat2 lagi meeting jam 930am sampai tengahari pastinya. Petang nak kena sambung bungkus kurma2 nak diagih pada customer2. Penat wooo....~

Time2 tengah bungkus kurma, memang ringan je tangan ni nak sumbat satu-dua biji kurma tu dalam mulut. GERAM dengan bau wangi kurma2 tu. Haha.

Ok korang. Kerja elok2 na. Semangat!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...