Followers

Friday, July 8, 2011

(Entri melekat. Entri baru kat bawah ni ye!) Butik ACAL buat contest. Jom join!

Butik Adik Cantik Abang Lawa mengadakan contest untuk semua! Hadiah menarik ditawarkan kepada pemenang contest. Hanya perlu meletakkan dialog yang dirasakan sesuai, kreatif dan kelakar untuk gambar-gambar di bawah. Setiap penyertaan akan dinilai dengan seadilnya.


Gambar 1.

Gambar 2.

Gambar 3.


Hadiah Tempat Pertama:
1 Voucher membeli belah di Butik ACAL sebanyak RM30

Hadiah Tempat Kedua: 
1 Voucher membeli belah di Butik ACAL sebanyak RM20

Hadiah Saguhati (3 penyertaan terpilih):
1 Voucher membeli belah di Butik ACAL sebanyak RM10


Apa tunggu lagi. Dengan hanya menggunakan kekreatifan anda, voucher-voucher ini boleh dimiliki! Penyertaan akan tutup pada jam 6petang, 8 Julai 2011, hari Jumaat . Dialog boleh digubah dalam bahasa Melayu atau English.

Cara-cara penyertaan:
Kepada bloggers:
1. "Copy & paste"/ "save as" gambar-gambar di atas.
2. Edit gambar untuk dialog atau letak caption di bawah gambar untuk dialog.
3. Buat satu entri untuk contest ni. 
4. Jangan lupa mention Butik Adik Comel Abang Lawa ok! (beserta url butik)
5. Ajak kawan-kawan, sedara-mara join contest ni. Lagi ramai lagi meriah! :)
6. Inform kami di kotak komen ya.

Kepada non-bloggers:
1. "Copy & paste"/ "save as" gambar-gambar di atas.
2. Edit gambar untuk dialog atau letak caption di bawah gambar untuk dialog.
3. Hantar  penyertaan di puterikurekure@gmail.com
4. Ajak kawan-kawan, sedara-mara join contest ni. Lagi ramai lagi meriah! :)
5. Inform kami di kotak komen ya.



Ok. Apa lagi. Buktikan kekreatifan anda! :)







Melepak kat Oldtown.

semalam petang elok je on the way aku nak amek khalish balek, zaza call tanya nak join tak diorang tengah lepak2 kat oldtown. so terus aku kata nak dan orderkan aku air yang paling murah kat situ. haha. konon2 nak berjimat la tu. :P
masa ni iqa takde sebab pi berjoli ngan kawan2 dia. jadinya hanya kami je yang ada...


Khalish kena didudukkan jugak kat babychair ni. kalau tak, abis satu cafe dia round karang. tengok la tu. beria makan sandwich kaya. suka betul dia. tangan sebelah lagi pegang mainan mcdonalds happymeal batman. tu dah jadi mainan faveret dia skarang ni.

adik jaz tak makan, tak minum just tengok orang dan geram2 sendiri tengok orang lain makan, minum. haha.

amboi...happynya tok ibu dan adik jaz!

mak uda a.k.a zaza apsal wat mulut camtu? dah rupa donald duck dahhh~

tuan khemah. hehe. amek gambar sendiri tapi tengah bercakap. hah amek gambar ntahape2 ni. 

oh. kami makan dan minum apa? just sandwich dan kopi dan coklat ais je. kata nak lepak2 je kan. plus, malam tu iqa belanja dinner. orang tu dapat gaji last hasil keje kat each-a-cup sebelum register masuk kat Unisel Bestari Jaya ahad ni. hehe.




cepat2 hantarkan penyertaan contest Butik Acal ye! tadi dah terima 2 lagi penyertaan dari seorang peserta. cuma letak dialog je....hehe. contest tamat jam 6om hari ini.








Bangun ye nak. Mama nyanyikan lagu kesukaanmu.



maaf kalau suara mama khalish tak menepati piawai standard. haha.

lagu ni memang faveret khalish. kalau aku nyanyi sekerat2 mesti dia marah...suruh abiskan lagu. :)





harini hari last untuk contest Butik Acal. kalau sampai ke waktu tamat jam 6pm nanti hanya 3 penyertaan je, memang bertuah la kesemua 3 peserta tu. hadiah voucher akan ditingkatkan lagi la nampaknya. hehe.

Thursday, July 7, 2011

Tempat Khalish tidor sekarang.

dah taknak tido dalam cot. nanti dia amuk sebab cot dah kecik untuk dia. budak khalish ni panjang. pulaknya suka pusing2 katil kalau tido.

ni tido petang. takde alas tilam sebab malam sebelum tu dia terbocor kencingnya so paham2 je la. gaya faveret dia kalau tido camnila, dengan kaki tergantung. kalau kita naikkan kaki tu, confirm dia turunkan balek. 

apapon, mr.Tt tetap tak tinggal ok. haha.

ada baby cot dan playpen dalam bilik. rasa nak lipat 2-2 sebab khalish dah tido atas tilam single tu dan jaz tido ngan aku dan en alang. hmmm...maybe projek this weekend la kot ye sesi lipat melipat dan simpan menyimpan ni. hehehe.







Officially Jaz dah makan! Hooray!!!

Dah 2-3 hari ni babysitter taska dok la suruh aku buatkan bubur bagi jaz makan. sebabnya, diorang kata kesian kat jaz, asikla mengamuk2 kalau tengok orang lain makan tapi dia tak makan2 pon. sampai diorang terpaksa beri jaz makan bubur budak lain sebab kesiankan budak bertuah tu. siap hempas2 kaki dan buat tangan gigil2 kegeraman. budak tu memang tau. kalau pasal makan memang buruk perangai.

so, semalam petang balek je umah aku potong karot kecik2, basuh beras...masukkan air, beras dan karot dalam periuk nasi dan biarkan bubur tu mereneh. sambil2 tunggu bubur tu, aku sangai ikan bilis dan blend bagi hancur jadik macam serunding. after bubur tadi dah kembang & empuk, angkat dan biarkan dia sejuk kejap sebelum masuk dalam blender. semalam disebabkan first attempt masak bubur nasik anak setelah sekian lama tak buat (hahaha!) jadinya bubur tu kurang air. so lepas masukkan bubur dan serunding ikan bilis tu dalam blender, masukkan sikit air masak nak cairkan. ye la kan. jaz tu baru 6 bulan. gigi pon takde lagi. blend sampai hancur. aku suka letak carrot banyak2 sebab nanti bubur kaler oren. cantek!

ha...part nak bagi jaz makan adalah sangat2 mengejutkan. budak tu makan BANYAK GILE sampai aku mak dia pon naik takut dia makan banyak2 macam tak reti nak stop. dahla first time beri makan takkan nak bagi 2 mangkuk bubur kot. abis semangkuk dia dah ngamuk nak lagi. adeh. terus buatkan susu 3oz (sikit je sebab before makan dia dah minum ye!) dan lepas je minum, dia rengek2 sket dan tetiba je lepas sendawa terus senyum manis macamkan takde apa2 terjadi sebelum ni. haih anak...macam2 hal ko buat ye.

ni tengahari karang nak pi beli bayam, kentang, sweet potato dan barang2 untuk buat macaroon. (haha. tetiba teringin ok nak makan macaroon!). nak wat camne kan. kenala buat sendiri sebab kat sini takde jual yang dah siap. doakan macaroon aku menjadik ye! ;)

lain kali aku snap gambar jaz makan. hehe. kejap je budak tu dah besau. siap dah buat posisi merangkak cuma merangkak je belum lagi. tapi dia dah nyusur ke depan...tu baru discover semalam sebab dia dok kejorkan mangkuk bubur. haihhh...jaz ni macam mama la pasal makan apa pon boleh! hahahaha~

Wednesday, July 6, 2011

Wordless Wednesday (Isnin hari yang membosankan di ofis)








Tunjuk skil. Tapi masih amatur.

pandai sesangat la tu minum susu sambil tiarap. sejak dah boleh tiarap ke kanan kiri angkat bontot tinggi2 dah susah nak terlentang. tidur pon tiarap je semedang.

hah. dah makin menjauh pulak botol tu.

atas bantuan mama, dapat isap balek botol.

eleh. muka berlagak la tu tunjuk dah pandai pegang botol sendiri. Jaz cukup marah kalau kita dok pegangkan botol untuk dia. so...pegangla kau botol tu sorang2. 



contest butik ACAL ada lagi 2 hari. meh la join! :)






Tuesday, July 5, 2011

Saya pergi kenduri kahwin artis!

mana satu yang artis ni? korang teka la eh. hehehe.

Jaz muka nak tidoq. Boring tunggu mama, papa dia makan.

Khalish yang menakal kat majlis orang. abis satu dewan dia jelajah. last2 en alang pangku dia dan paksa makan.

hah. kenal tak pengantin ni? kalau korang terer, mana satu yang artisnya? ;)
ni sesi bergambar ye. bukannya sesi bersanding whatsoever. pelamin dia cantek. tapi aku tak amek gambar. huhu.

amek gambau ngan adik artis. merangkap kawan baik a.k.a. bekas rakan sekerja yang dah jarang2 kontek-mengontek.  gambar gegar. scary gile muka aku.

tengok je la. amek gambau bersama minta orang amekkan pon still tak menjadi jugak. adik artis menyorok belakang aku dan jaz. jaz pulak sebok nak garu kepala. haihh...hari kelam kabut. macamkan aku pulak family artis tu. hahahaha.

apapon, thanks dahlia and family sudi jemput kami sekeluarga ke majlis perkahwinan redza. 

kepada redza dan aidira, selamat pengantin baru dan semoga happy2 selalu ok! :)


masih ada yang blur siapa yang artisnya ni? meh sini nak kasitau...haih la korang ni...


nampak tak jejaka yang malu2 pegang dahi tersenyum manis tu? tu la artisnya. Redza Minhat. first movie berlakon as Faqir dalam filem pisau cukur ni ha. ada jugak berlakon dalam Kasih Najihah di samping RCW. Ok. Dah kenal dah? BAGUS....~

:)






Monday, July 4, 2011

Nama timangan

Kebiasaanya, orang2 kita ni mesti ada nama timangan. Tak kesah la nama asal tu panjang ke, pendek ke,  mesti ada nama timangan.

Macam aku, nama penuh Intan Hezliyana. Ayah dan sedara mara belah ayah panggil aku dengan nama timangan Lynn. Ibu dan adik2 aku pulak panggil aku Along. En Alang pulak panggil aku Sayang. So, mana2 pon boleh. Yang penting, hanya orang2 tertentu je yang menimang2 aku dengan nama timangan ni. hehe.

En Alang pulak, nama timangannya memang Alang. cuma aku je la special sket menimangnya dengan nama B (kependekan baby..duh!) dan Abang.

Khalish pulak macam biasa kalau nama manja2 aku dan adik2 aku manjakan dia dengan panggilan Ayish. Percaya tak, en alang tak pernah panggil Khalish tu Ayish. Dan sejak ada Jazly, kadang2 panggil dia abang. Tapi kadang2 panggil jugak dia Adik. Haha. Pening...pening.

Tapi, untuk Jazly biasala anak bongsu (buat masa ni) nama timangan tu macam banyak je. Aku la suka menimang2 dia dengan panggila Adik la, Jaz la. Sekarang ni pulak En ALang panggil Jaz dengan panggilan Korea. Aku lagila dah kronik panggil Jazly dengan nama Janjeli. En Alang kata apa tau, dari dok panggil Janjeli tu baik la panggil dia Jelly-Jelly je. 

'_____' "



Dah ada 2 penyertaan diterima untuk Contest Butik ACAL. Moh le ramaikan majlis kome. ;) Tarikh tutup pada 8 Julai 2011 jam 6petang ye! :)



nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...