Followers

Showing posts with label dahlia. Show all posts
Showing posts with label dahlia. Show all posts

Tuesday, July 5, 2011

Saya pergi kenduri kahwin artis!

mana satu yang artis ni? korang teka la eh. hehehe.

Jaz muka nak tidoq. Boring tunggu mama, papa dia makan.

Khalish yang menakal kat majlis orang. abis satu dewan dia jelajah. last2 en alang pangku dia dan paksa makan.

hah. kenal tak pengantin ni? kalau korang terer, mana satu yang artisnya? ;)
ni sesi bergambar ye. bukannya sesi bersanding whatsoever. pelamin dia cantek. tapi aku tak amek gambar. huhu.

amek gambau ngan adik artis. merangkap kawan baik a.k.a. bekas rakan sekerja yang dah jarang2 kontek-mengontek.  gambar gegar. scary gile muka aku.

tengok je la. amek gambau bersama minta orang amekkan pon still tak menjadi jugak. adik artis menyorok belakang aku dan jaz. jaz pulak sebok nak garu kepala. haihh...hari kelam kabut. macamkan aku pulak family artis tu. hahahaha.

apapon, thanks dahlia and family sudi jemput kami sekeluarga ke majlis perkahwinan redza. 

kepada redza dan aidira, selamat pengantin baru dan semoga happy2 selalu ok! :)


masih ada yang blur siapa yang artisnya ni? meh sini nak kasitau...haih la korang ni...


nampak tak jejaka yang malu2 pegang dahi tersenyum manis tu? tu la artisnya. Redza Minhat. first movie berlakon as Faqir dalam filem pisau cukur ni ha. ada jugak berlakon dalam Kasih Najihah di samping RCW. Ok. Dah kenal dah? BAGUS....~

:)






Wednesday, February 23, 2011

Tak semua benda kita nak, kita boleh dapat

beberapa hari lepas, aku baca entri dari dalie tentang anak. aku faham sangat la kalau berkaitan tentang rezeki berbentuk anak ni memang kita tak boleh nak kawal benda ni kan. ye la, kalau pasal jodoh, boleh lagi digigihkan cari sekeliling calon jodoh yang berpotensi. kalau pasal duit pulak, digagahkan juga bekerja membanting tulang 4 kerat demi mencari rezeki untuk keluarga. kalau pasal anak, kita dah usaha secara normal, sebulan dua tak de hasil. ok lagi. cuba2 lagi sampai bulan 8-9, mesti dah rasa tensi dah. lepas tu jumpa pakar atau jumpa makcik urut. cuba dalam 2-3 bulan, takde hasil jugak. cuba dan terus cuba, tak sedar dah 2-3 tahun berlalu. orang sekeliling dah tanya2 bila nak ada anak? korang merancang ke? orang2 ni semua tak tau, habis dah segala usaha dah dicuba, tapi tak lekat jugak. orang dah mula mencebik. dalam fikiran masing2 dok kata mesti salah seorang ada masalah. tak semestinya ada masalah, tapi kalau Allah kata Kun Fayakun, jadilah dia.

[Al Baqarah:117]

Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak sesuatu, maka Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah!" Lalu jadilah ia."




semalam aku berborak dengan ibu pasal benda camni. ibu kata, dunia camtulah. tak semua benda yang kita nak kita boleh dapat. macam awak dan alang, bila Allah dah beri anak2, awak berdua pulak selalu sempit duit. belum cukup bulan, awak kena ikat perut nak sampaikan ke gaji. Macam Lia tu (ibu panggil dalie as Lia), ibu nak kamu suruh dia banyak sabar2. Allah beri dia rezeki dalam bentuk material skarang ni. Anak2 tu insyaAllah ada. ntah2 nanti anak2 dia lagi ramai dari kamu tau along. tapi memang betul pon. skang ni aku plan nak 2 je. lelaki pon lelakilah...:)

so Lia, jangan tensi2 lagi ok. insyaAllah ada la rezeki ko tu. bila nak mai umah? boleh aku mintak ibu masakkan asam pedas untuk ko. :)

Tuesday, June 22, 2010

Serba Salah.

aku dah janji dengan bekas rakan sekerja untuk pergi ke kenduri anaknya di kl nanti.
dan aku juga sudah berjanji untuk berjumpa dedalie untuk urusan rasmi di sana.

tapi.....
apakan daya.
buah cempedak dah jadi nangka.

tetiba je dapat berita mak sedara en alang nak kawenkan anak.
pada hari yang sama aku berjanji dengan mereka2 sebelum ini.
en alang dah muka kelat2 je bila sampaikan berita ni.
dia sendiri tau betapa pentingnya aku untuk hadirkan diri ke majlis bekas rakan sekerja tu.
masa aku nikah dulu, dia yang beria beri puding bagai.
masa aku baru kawen, dia lah yang beri pinjam periuk kukus.
:(

camne ni???
ibu dah suruh pegi kenduri mak sedara en alang tu.
tapi aku dah berjanji dengan mereka2 awal lagi dari tu.
dan sekarang aku takde mood.
:(

sungguh takde mood.
kalau korang, korang pi mana?

Wednesday, January 28, 2009

sekitar majlis pernikahan dan persandingan puan dahlia

upacara akad nikah diadakan di masjid kg. sitiawan. 24.01.2009
(tempat aku dan en alang menikah jugak)
majlis dimulakan dalam jam 9.40pm.
3 pasangan dinikahkan serentak.

tahniah diucapkan kepada pasangan pengantin, dahlia dan ridzuan.
semoga korang sentiasa bahagia hingga ke anak cucu.
perolehi anak2 yang comel2.
dimurahkan rezeki.

kite layan gambor je ok?







majlis persandingan.
25.01.2009






pengantin lama...

Wednesday, September 10, 2008

saya suka...

* ini adalah sample.*

aku suka sangat baca postsecret setiap minggu.
baca rahsia orang ni, memang best!
dulu, masa lia ada, every week kitorang baca dan bergosip sama2. *miss u so much nyah!*
skang ni, aku baca sorang2.

pernah ada keinginan nak pos rahsia aku ke situ.
tapi, tak pernah nak buat.
sebab malas mungkin.
dan juga takut ada orang kenal tulisan aku.
takpon, ada orang yang dah tahu rahsia aku, pi sebarkan kat orang lain.


lia pernah berkeinginan nak buat satu web postsecret kat malaysia ni.
*kan lia kan?*
tapi, biasala.
banyak halangan.
campur aduk ngan skit malas.
*hehehehe*


so, ada sesiapa yang ada keinginan nak wat postsecret malaysia?
kite ubah la nama...
jadik "RAHSIAPOS"
ngehngeh.


aku tau korang memang terer wat website bagai ni.
*tak macam aku, buta it*
kalau korang leh wat, sila la.
mana tau korang dapat baca my dark secret satu hari nanti.
ok? ok?

takpon, korang tolong watkan,
aku jadik administrator.
hehehe. *gila kuasa*
boleh?

Wednesday, August 27, 2008

dah happy semula!


semalam en alang call.

dia dapat pulang awal sehari. jadinya, hari jumaat la dia sampai sini!

oh! oh! bahagianyaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!


;)





semalam aku, ibu dan zaza ke pasar malam kampung sitiawan.
zaza la..sebok nak kuih talam la, tongkeng goreng la...
pi pasar malam dengan dia, memang geram je.
tengok tu nak, tengok ni pon nak.
ibu pulak, melayankan je anak dara dia tu.
hari ni, kitorang kena ngantor zaza ke UiTM penang.
so, aku amek cuti half-day.
jangan risau, esok aku kembali semula. tapi esok mungkin sebok kot.

:D


semalam member aku, dalie kemalangan.
kereta terbabas sebab dia dirasuk (dalie yang cakap).
tapi aku rasa, abd rahman dia yang something wrong. ntah la.
untuk gambar2 kemalangan dan keadaan abd rahman ketika itu,
boleh la korang klik kat nama dalie tu.


aku dah ok skang ni.
emosi dah stabil.
terima kasih korang!
banyak beri moral support.
:D

Monday, August 18, 2008

selamat sudah...

bbakal pengantin cik dalie telah selamat disarungkan cincin ke jari manisnya.
dah jadi tunangan en ridzuan sudahhh~
alhamdulillah.

dalie sangat berseri2, ayu dan comel!
persalinan dan hantaran2 berwarna biru. (aku tau biru warna faveret ko lia!)
sangat ceria.
aku suka.

dalie cakap, jodoh dia cepat sebab berkat dari majlis kawen aku haritu.
ye la kan. penat je dak dalie ni jadik inang aku. pulaknya, tak banyak songeh. cepat berdesup dia wat keje.
terima kasih banyak2 ye noks! aku sayang ko dunia akhirat.





ok..
aku dapat award dari N.


1. Put the logo on your blog. 2. Add a link to the person who awarded you. 3. Nominate at least 7 other blogs. 4. Add links to those blogs on yours. 5. Leave a message for your nominees on their blogs.

first time dapat award cam gini.
:)


aku tau aku kena nominate 7 orang lagi.
siapa ye?

1. dalie (sebab dia baru je bertunang)
2. diya (sebab dak comel ni slalu je ada idea2 bernas dalam blog dia)
3. pija (suka baca blog dak pija nih)
4. tina (sebab dia baru je berkahwin)
5. kema (sebab aku tau dia tengah kesunyian skarang ni)
6. amy (sebab dia baru lepas accident-perlukan sesuatu untuk menceriakan hari)
7. ayu (sebab yang sama seperti amy)


oh..oh..untuk tambahan, aku nak nominate kembor aku jugak.. lindosh.
kerana kami berkongsi birthday yang sama! :)


aku ni sesaje je nak nominate orang sebab musabab yang tak masuk langsung dengan award.
pedulik la kan. yang penting, aku dah nominate orang lain.
hehehehe....




birthday aku sabtu tu,
en alang kan kerja separuh hari.
so, aku dok menyangap je kat umah.
masak lunch,
tunggu en alang balek,
kitorang lunch sama2,
dan terus tido petang.


petang2 sket lepas asar camtu,
kitorang ke teluk batik,
amek angin petang.
then,
en alang kata nak ajak aku makan western,
tapi aku takmo.
nak makan char kuey teow sajork.
so, kami ke restoran char kuey teow tu..
then gerak ke the store, beli dvd,
dan terus pulang.
layan jangan lupa lirik.


hahaha!
aku tau, memang tak de apa2 yang special pon birthday aku tahun ni.
sebab ibu, ayah ngan adik2 aku takde. diorang ke penang dan kl.
so, rasa macam tak meriah.
aku pon takde mood.


so, birthday celebration ditangguhkan kepada tarikh lain.
bila semua orang ada.
birthday aku serentak ngan anniversary ibu dan ayah.
so, lagi happening kalau celebrate ngan diorang.
:D


terima kasih kepada mereka yang ingat lagi pada birthday aku tahun ni. yang berikan ucapan tru text sms, phone call dan birthday card.

thanks again! (terharu ni..)


oh..oh..en alang beri apa pada aku tahun ni?
rahsiaaaaaaaaa~~~~~~~~~
hikhikhik...(gelak gatai)

apa kata korang je yang teka?
:P

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...