Followers

Thursday, April 30, 2009

termetrai janji, kasih disatukan

ha ko...tajuk tak hingat2.
hahaha.

ni semata2 nak jawab tag si ceera ni.
pasal kawen2.

Memula upload gambar kahwin yang paling korang gemari


1. Nyatakan 4 sebab mengapa korang suka gambar di atas

a. sebab kitorang nampak happy.
b. masa ni, en alang sebenarnya tengah buat lawak. tu yang aku beria2 sengih tu.
c. en alang tak habis2 dok puji aku cantek time tu. skang susah ooo dia nak puji aku cantek. slalu dapat pujian cute je.
d. gambar ni diambil kat depan umah parents aku je. tapi hasilnya? wallaa!!!

2. Bila tarikh pernikahan korang dan di mana?


tarikh nikah adalah sama dengan tarikh sanding. 15 mac 2008. nikah kat masjid kampung sitiawan. ironinya, en alang pernah dok menyewa kat belakang masjid tu dulu. kirenya, dia pernah tengok orang menikah jugak kat masjid ni. skali, dia pon kena nikah kat masjid ni jugak.


3. Tema


sanding - plan asal adalah hijau. tapi, kalau hijau sesaje macam tak hidup plak. kitorang get creative dengan mix kan hijau dan gold.set pelamin hijau, gold. set katil hijau baju pengantin kaler gold. ada yang suka, ada yang tak. sebab diorang kata, macam lari dari tema. tak kesahla noks, asalkan akak dah selamat diijabkabulkan. hehehe.

nikah - putih/kuning. baju kitorang kaler putih, selendang dan sampin kaler kuning. takde makna apa2 pon, saje nak buat lain dari yang lain. gambar berdua, elek ok. sebab masa tu semua orang kalut nak balek umah nak bersiap2 bersanding plak.


4. Mengapa kamu memilh si dia untuk menjadi teman hidup?



sebab en alang ni,
a. penyabar
b. gigih berusaha
c. manja
d. boleh tahan ensem. (chewah!!!)
e. suka wat lawak
f. rajin
g. yang paling penting, dia sayang aku.



5. Nyatakan harapan korang dengan ikatan perkahwinan ini

mestila nak yang elok2 je. nak sehidup semati. susah tau. en alang takmo aku mati dulu. aku plak takmo dia mati dulu. so, kenala semati kan. hehehehe.

takdela, itu semua takdir Allah. bila2 Dia nak amek nyawa ni, kitorang redha je. semoga kami berbahagia sampai bila2.

6. Tag orang lain tuk buat tugasan ini

a. Jiey Min
b. Dedalie
c. @LiYa
d. Shasha
e. Maksu
f. Rafflesia Merah

artis2 yang ada.

ni hari kedua , ahad aku pi lagi ke jom heboh.
kali ni, ibu plak yang ajak.
so, pi je la kan. kang tak pi, ibu majuk plak.

hanya gambar2 artis je yang diambil.


nurul syuhada nurul ain. kat booth majalah 3.



en alang bersama dafi spa Q. apa ke nama mamat ni ek? boleh tahan cute gak la.



dafi. sesaknya ngan umat2, masyaAllah. ni kat booth kru.


kuza. kat booth krim halia tu. ibu yang beria2 nak beli. bila suruh bergambar ngan kuza, mati2 takmo. last2, aku suruh kuza posing sorang je. salam2, terus blah pi booth lain.



masa ni, kitorang round jugak kat area kapal2. tapi malas nak naik. just round2 kat booth2 yang ada je.
sempat rembat sehelai t-shirt, seutas gelang tangan kristal, bedak sejuk.

itu je la kot entri pasal jom heboh.
dah2, pi sambung wat keje sana. hehehe.

Wednesday, April 29, 2009

sabtu, karnival jom heboh dan konsert tv9

mari kita buat entri bergambar sahaja.
ok?



ini iqa. budak yang beria2 nak tengok konsert malam tu. oleh kerana dia nak tgk konsert, kitorang decide nak pi around 5pm je. senang. takyah tunggu lama2, round2 gerai, terus stay kat padang tengok konsert.


pak dan mak buyung. oh. mesti korang tertanya2 apasala kitorang tercongok kat tepi jalan ni. masa ni, ramai yang kata ada bas tldm amek penumpang kat area taman monyet. so, kitorang decide nak naik bas je la.


skali tengok, punyala ramai yang menunggu. ni baru yang ada kat depan kitorang. yang kat belakang kitorang, berjujuk2 lagi. dalam ramai2 ni, skali yang datang hanya seketul je bas. sedikit hangin la. sebab tunggu 45 minit, seketul bas je yang ada. last2, kitorang decide naik kereta je. jem pon jem la. dari berpanas tunggu bas yang entah bila dapat naik tu.


setelah hampir 20 minit bersesak2 dari pekan lumut nak masuk ke pengkalan, dapat la kitorang tengok karnival jom heboh ni. masa ni baru je lalu kat situ. nak cari parking yang hazab pulak pas ni. aku park kat area blok b je. senang dan dekat sket.


jalan kaki dari blok b. muka selenga masing2.


tengok. orang berduyun2. ni baru jalan nak ke tapak karnival je ni. kira baru half way la ni.


first booth kitorang terjah, hotlink. masa ni, sofaz buat performance. boleh tahan la diorang ni.


keadaan karnival. agak sesak la jugak.


ni kat booth mana ntah. lepas2 ni, aku tak ingat kitorang kat booth mana2 pon. sebab semua booth kitorang terjah. cuma tak ingat nama je.


penimbang bola terlama. kira budak ni pegang record la. tak tau plak ada ke peganag record guiness ke tak.


jalan2, harus la haus. beli ribena. sebelum tu dah telan sorang seketul aiskrim. huhuhu.


sebelum ni, en alang sesat. sebab dia pi solat maghrib, aku ngan iqa ke toilet. pulaknya, kat area situ takde line phone. berpusing2 en alang carik kitorang. cian dia. masa ni, dah nak tunggu konsert start. sebelum konsert start, kitorang balun sorang seketul burger. air toksah cakap la. bercawan2 kitorang beli. sebelum konsert start lagi, aku dah beli 4 cawan air. boleh abis semua tu ok. huhuhuhu~


pandangan dari skrin.


konsert baru nak start. maskot upin ipin pon ada tau. oh. masa ni bukan konsert jom heboh. ianya konsert sempena ulangtahun tv9 yang ke-3.

artis: aizat, hujan, jac, ramai lagi la. (tak ingat dah. huhuhu)

start kul 9pm, abis dalam kul 11 pm camtu.
cool abis bila sutan selangor mencemar duli. rilex je. hehehe.



semua muka dah penat. dah2. jom balek.

(sticky mode) blog baru

entri terbaru, ada kat bawah ye..



aku ada bukak blog baru untuk bayi yang akan tgk dunia ni dalam 5 bulan lagi.
sebab aku rasa untuk baby macam tak sesuai nak campur ngan blog yang ada ni.

sesiapa nak aku invite, sila tinggalkan email ok.


maybe buat masa skang ni, aku private kan dulu.
nanti, bila baby dah kuar, maybe dan hanya maybe aku akan bukak pada semua.

jumaat, kembara mytv3.

ibu ada tengok iklan kat tv3 hari sebelum tu (khamis).
kata kat padang astaka ada buat kembara tv3.
nak tau padang astaka tu dari umah ibu brape jauh?
dokek yo. jalan kaki tak sampai 7 minit pon.
hehehehe.

so, petang tu, start kul 4pm dah dengar riuh2 kat padang astaka tu dari umah ibu.
oh. kan ke aku cuti jumaat tu. so, stay umah ibu je. rilex2.
lepas je aku ngan ibu antar iqa ke latihan kawad kat skolah,
terus pecut kitorang ke padang astaka.
oh, masa ni pi ngan kereta.
ngengada naik kereta, padahal boleh je jalan kaki.
hahahaha.

masa ni diorang wat game.
pompuan, main bola jaring,
lelaki main bola sepak sambil pakai kain pelikat.
enjoy the pics ok!


ibuku yang bersemangat biarpon panas terik masa ni.

muka tuan tanah tak semenggah. selenga je.


ni wartawan melodi tu. apa ke nama dia? cute la dia ni! geram kat rambut dia. grrr...auummmm!!!


barisan artis dan selebriti tv3. yang aku kenal, intan ladyana, raja farah, shireen (pelakon), maria tunku sabri. lain2, sorry la ye. aku tak kenal sangat. kalau korang terer, teka la diorang yang mana satu.


masa ni, diorang baru nak try test gol bola. maria tunku sabri pakai key macam makcik2.


game nak start dah. masa ni, aku ngan ibu dah nak gerak ke tempat bola sepak.


aku tak tau sape ni. main amek je gambor. huhu. tapi klakar la tgk diorang main bola pakai kain pelikat. macam2 gaya ada.


aidit dan elly. nampak dari side tepi je. jadila kan.


masa diorang wat kembara ni, macam biasa2 je. cuma yang teruja sebab tengok artis. itu je.
gerai2 pon takde la sangat. cuma orang2 local je yang ada.
aku saspek tak ramai orang tau.
oh, dan maybe diorang ramai2 ke lumut sebab ada pengisytiharaan lumut sebagai bandar maritim. dan aku dengar ada perbarisan bagai kat sana.
aku ngan ibu lambat tau. dah tau,lambat2, lagi la malas nak ke sana.
sure jem punya, huhuhuhu.

entri jom heboh, lepas ni ok.

banyaknya nak kena filing.

sebok sket.
smalam cuti kan.
so, harini kena berhempas pulas siapkan keje yang berlambak2.

sabar ye korang.
aku try update before lunch time ye.

Monday, April 27, 2009

en alang nak amek lesen kereta

esok aku cuti.
menemankan buah hati pengarang jantungku itu nak ambil test kereta.
cian dia. patotla dia banyak kali pesan kat aku dia ada test kereta esok,
rupa2nya kalau boleh nak aku temankan dia. buat bagi semangat katanya. hehehe.
apa2 je la bang.

en alang ni susah nak cakap terang2.
mesti nak berkias2.
pulaknya, dapat bini lampi cam aku ni,
nasib la kan.

tadi lpas makan,
aku terpikir2, nape en alang senyap je harini.
baru aku teringat, maybe dia kecik ati la kot aku takde suarakan nak amek cuti ke hape ke dia nak amek test besar esok ni.
hehehe.
so, tadi aku call dia, bagitau aku nak amek cuti,
wah! dia happy beria2.

so guys, esok aku cuti.
jangan nak sebok tanya aku ke mana bagai ok.
wish us luck ok.

en alang baru terhegeh2 amek lesen kereta hanya setelah aku dah memboyot. huhuhuhu~

bongok

aku rasa sedikit bongok arini.
bawak kamera, tapi tak bawak cable.

hasilnya?
sori ye korang.
update weekend ditangguhkan ke esok la jawabnya.
huhuhuhu~

baru semangat2 nak citer pasal jom heboh.
ye la kan, seumur idup ni baru skali ada jom heboh kat lumut ni.
dulu aku teringat, masa aku kecik2 dulu, (darjah 4 kot)
ada konsert pujaan 10 nescafe kat lumut.
dapat jumpa exists, punyala happy tak hingat.
siap tidor ngan poster lagik. hehehe.
tapi lepas2 tu, adala jugak artis datang. kat pesta laut lumut.
ella la, kumpulan may la, tapi aku tak dapat nak tengok.
sebab ayah ngan ibu tak berapa gemor.

ni ibu dah tanya banyak2 kali, nak turun kl tak weekend nih.
kalau ikut hati, macam agak kemalasan la jugak.
tapi, kesian lak kat ibu. sebab dah tanya banyak2 kali kan.

tengok la camne, nanti nak kena bincang balek ngan en alang.
en alang tu cian, cuti tak brape nak banyak dah.
sabtu dia keje, maybe kena cuti lagi kot?
huhuhuhu~

aku ada

aku ada ni.
bizi sket.
almaklumla...keje ditinggalkan sejak jumaat.
bertimbun2 plak.

ni dah rasa nak rilex sket dah.
nanti aku cerita ceriti ok.

peace!!!

oh btw, aku tak keje dalam pengkalan tldm. ofis aku kat manjung. harap maklum.

Sunday, April 26, 2009

(sticky mode) mencari rumah sewa.sekitar manjung dan sitiawan.

entri terbaru, ada kat bawah ye..

kami, kurekure dan en alang mencari sebuah rumah (tak kesah jenis apa pon, jangan pondok udah le),
memerlukan sebuah rumah yang terletak di area sitiawan atau manjung.

harga rumah max: rm400~450.

sebabnya, rumah skang yang kami duduk ni, ownernya nak jual dah.
so, kami terpaksa la berangkut.
huhuhu.

so, kalau ada sesiapa yang ada kawan2, sedare mara yang dok area2 sini, tolong ye.
adala ganjaran untuk korang nanti. okey?

aku akan letak iklan ni sampai ujung bulan.
tolong ye korang...

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...