Followers

Friday, July 25, 2008

tazkirah jumaat

pagi2 lagik aku kena dengar tazkirah jumaat dari bos apek aku.
korang jangan main2..dia pandai berfalsafah tau.
biarpon dia ni ada kureng sket,
tapi bab falsafah memang aku respek sket.



tema tazkirah hari ini adalah: generasiku.


nasihat tentang kesungguhan membuat kerja.
perlu ikhlas.
perlu berwawasan.
perlu matlamat.

ingat kepada Tuhan.
hormat kepada orang tua.
turunkan ilmu kepada orang muda.
turunkan imu buat anak-anak, cucu-cucu...dan generasi seterusnya.


dan banyak lagi.
lebih dari setengah jam dia tazkirah.
aku angguk2 je.
tapi tangan dok lukis orang lidi kat buku nota.
konon2 macam take note la apa yang dia cakap.
ngehngeh...~





siapa yang tak pernah makan lagi durian dari kampung gajah, perak?
sila angkat tangan tinggi2 ye.
korang adalah antara mereka yang rugi sebab durian dari kampung ni memang sangat marvellous!
tip-top!
walla!
yummy!


maybe next week nak ke sana untuk ambil durian.
tadi kawan lama parents aku datang dari kampung gajah (perjalanan hampir sejam dari sana) semata-mata menghantar durian ke rumah parents aku ok!
memang bagai pucuk dicita, ulam mendatang.
hehehe...~


weekend ni aku hanya stay kat umah.
sebab tak gaji lagi.
huhu...sedih.
apa la nak buat weekend yang bosan ni.
:(


have a nice weekend u ols!
see ya next week!!!
:)

Thursday, July 24, 2008

ateh ku sayang/en alang sayang bos dari aku

tak tau nak wat camne.
ateh still cirit-birit.
tapi dia dah nampak sehat.
cuma najisnya masih cair2.


setiap pagi dah beri makan ubat.
ateh tak suka ubat.
bila suapkan, mesti dia kuarkan balek.
so, kena suapkan 2 kali setiap kali beri makan ubat.




but this morning,
biarpon masih cair lagi najisnya,
ateh sangat hyper!
bukak2 je pintu sangkar,
terus dia melompat kuar,
ikut aku ke dapur, ke bilik, ke ruang tamu...
mengikut je kerjenya.
letak kat pangku,
dia baring2, golek2....
patu dok gigit2 gelang tangan aku.



sekarang ni dok rindu kat ateh.
apasal ntah.
maybe rindu ngan keletah dia kot.






citer pasal en alang pulak:
semalam dia janji nak balek kul 7pm,
alih2 je sampai kul 8 pon tak sampai umah lagik.
bila dia jejak kaki kat umah kul 8.30pm,
aku wat dunno je.
malas nak layan.
dia boleh kata tayar pancit. pastu, pi hantar motor ke workshop.
nak tanya korang...ada ke workshop bukak malam2?
geram je aku.
dia nak bohong sunat, tapi tak reti.
aku tau bos dia suka sangat kat dia.
suka suruh2 en alang wat keje, sebab dia tau en alang rajin.
tapi janganla sampai suruh dia pandai mungkir janji ngan bini kan?

then,
en alang ngadu2 kat aku pasal pagi semlam.
kat sini ujan lebat pagi tu
so dia kekuyupan.
dia tunjuk kat aku baju dia yang kuyup tu.
aku wat bodo je.
last2 aku cakap...

"len kali tak payah nak bohong2 ayang. ayang tau motor abang tak rosak. ayang tau abang kat kilang lagi tadi. lepas ni, abang nak balek ke, tak mo balek ke..ikut suka abang."

"ala yang, jangan la camtu. bos abang tu suruh macam2 tadi. takleh la abang nak balek awal"

"kalau camtu, abang buat je khemah kat kilang tu. lagi senang kan?"

"ala sayang abang ni...jangan la majuk. meh sini abang pujuk"



pastu aku blah hidang lauk2.
aku duduk kat meja makan tunggu en alang abis mandi.
aku ni, marah2 pon hidang jugak makan kat dia.
geram sangat tau!
dah 2 minggu ni aku buat semua kerja2 umah sendiri.
tak larat la...
tadi en alang kol,
kata hari ni boleh balek awal.
tu pon macam teragak2 nak cakap balek kul brape.
geram jeeee....!!!!!!!


lepas ni, kalau dia tipu aku lagi,
aku suruh je dia kawen ngan bos dia tu.
senang, abis citer!

Wednesday, July 23, 2008

en alang membesar

semalam aku masak sotong goreng kunyit dan telur dadar saje.
sebab menu makan malam takleh nak mewah2 sangat.
nanti, harusla tak leh tidor malam kan...
sebab kekenyangan yang melampau.

itu pon,
en alang bantai makan 3 pinggan nasi ok!
dessert pilihan adalah bubur kacang durian buatan ibu kesayanganku.
en alang makan bubur tu dengan roti.
mula2, dia cicah2 je.
pastu, dia koyak2 roti tu, then dia campurkan skali ngan bubur kacang.
gile banyak en alang makan semalam.
memang pecah rekod la!
huhuhu...~



to dina: en alang dah nampak 'gemuk' ek? hehehe~



kamera takde la nak amek gambar terbaru en alang.
ada sesape nak derma?
kamera buruk pon jadila...

Tuesday, July 22, 2008

entri ke-36



tahniah buat ida!
ala, bestfriend aku yang kawen bulan lepas tu...
dah pregnant 4 minggu ok!
happy sangat!
:D


err....
tuan punya blog bila lagi ek?
hmmm...
korang panjatkan la doa tinggi2 untuk aku okeh!
:D




hari ni agak bizi sket.
get ready untuk meeting penutup internal audit.
kelam kabut sket, tapi alhamdulillah...
semua berjalan ngan lancar.
:)



ntah kenapa,
dulu kalau aku dapat tau kawan2 aku dapat baby atau get pregnant,
aku jadik jeles tak hingat.
tapi, skang ni, aku dah ala2 pasrah je.
bila dapat tau ida dah pregnant,
sikit pon rasa jeles tu takde.
malah rasa happy tak terhingga.
mungkin aku dah lali kot.
ala, baru 4 bulan kawen kan...
kalau dah 4 tahun tu lain la citer.


parents aku nikah 3 bulan, terus ibu aku ngandungkan aku.
ibu cakap, aku ni sangat kuat dalam kandungan.
ibu pernah jatuh dalam bath tab,
jatuh tangga,
jatuh kat dapur...
tapi alhamdulillah, aku ni masih kuat nak tinggal dalam rahim ibu.
sebab tu aku degil kot.
hehehe..
yela, sifat degil tu sejak dalam kandungan kan.
:)


selepas lahir plak,
aku dan ibu dua-dua pernah terjatuh dalam telaga.
rasanya, masa tu aku masih dalam hari lagi kot.
hehehe...
macam ni kisahnyaa.....(dari penceritaan ibu)

alkisah,
kat umah arwah nenek aku belah ayah,
ada kenduri. kenduri apa aku tak pasti la plak.
masa ibu dalam pantang, arwah nenek yang jaga.
ntah camne, aku kan baby lagi,
so, suka je la buang air kan.
nak tak nak, ibu terpaksa la bersihkan aku sendiri.
sebab dah semua orang sebok ngan kenduri, takde masa nak layan ibu aku.
ntah camne, ibu boleh nak terlepas pegangan dia masa mandikan aku,
aku nak terjatuh dalam telaga, ibu tahan aku,
ngan dia2 masuk telaga ok!
pastu, ntah sapa nak guna telaga gak,
terperasan kan kitorang dalam telaga sebab aku dah jerit kuat2...
hehehe...
sib baik la telaga tu tak dalam sangat.

amacam, kuat tak aku?
nyawa ntah ada berapa la aku ni. ngalahkan kucing. (yang ada 7 nyawa)
ngeh.


masa aku berumur 6 tahun, arwah angah 4 tahun,
ada seekor lipan bara hampir nak gigit (gigit ke?) kami semasa kami sedang tidor.
nasib baik ibu terperasan.
cepat2 ibu bunuh lipan tu.


percaya atau tidak, tiada satu pon kesan jahitan kat badan aku ni.
biarpon aku ni lasak, tapi tak pernah luka teruk.



cuma skang ni, lepas kawen, banyak plak penyakit aku. risau gak. doktor pon risau.
ada orang kata, ntah2 aku ngan en alang tak serasi. sebab tu aku slalu saket2.
ishh..aku tak nak la pecaye benda2 camtu kan.
aku percaya jodoh kita dah ditentukan Allah.
dan aku percaya, en alang la jodoh yang paling sesuai ngan aku.




cakap pasal en alang,
teringat pasal semalam...

(kami tengah golek2, sambil tunggu isya')

en alang: yang, raya nanti kan, patot tak abang beli kasut baru?

aku: hah? kasut baru? abang nak wat apa kasut banyak2? kan ada kasut hantaran tu. pakai je la kasut tu. lagipon, baru pakai dua kali. abang ni, macam pompuan la. nak banyak2 kasut. ayang pon tak fikir lagi nak beli kasut ke tak. (tengok, aku kalau bercakap, susah la nak berhenti ok!)

en alang: ala, takkan la abang nak pi solat pakai kasut glamer. nanti kasut abang kena curi la yang.

aku: kalau camtu, abang pakai je slipar jepun. lagi senang. kalau ilang pon, tak pe.

en alang: ala, abang ingat nak beli sandal ke...

aku: abang ingat tak dulu abang pernah beli sandal harga rm40? apa jadik ngan sandal tu? baru pakai 2 minggu, dah tercabut2 kan?

en alang: ala, kite beli capal je la..ok sayang?

aku: takde! beli slipar jepun je!



hahahaha! aku ni kategori queen control ke? cian kat en alang...
dia sengih je bila aku cakap camtu.
sangat cool okeh!
bini dia ni je yang kalut2..hahahhaha!

Monday, July 21, 2008

korang takut ek...

hehehe...

aku tak tutup blog ni la. saje je nak tengok korang sayang aku ke tak..(ngada lebih...)
hehehehe...

kan baru dapat award daily blogger..mana leh tetiba stop. haruslah semngat tu lebih sket kan.
jumaat aritu aku agak ada perasaan emo lebih. maaf ek!


rindu korang la. nak blog hopping la...

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...