Thursday, October 28, 2010
Snapshot ketika Khalish di hospital
Wednesday, October 27, 2010
Tetiba rasa nak makan2 kat penang la.
sabar2. bulan 11 nanti leh ke sana, makan2 secara berjemaah la. ajak kawan2 ofis semua pekena mee udang.
hehe.
tak sabarnya....actually teringin nak makan nasi lemak kari daging dan telur rebus kat cafe bakti, usm. rinduuuu~
(ntah ada ke tak makcik jual nasi lemak tu lagi)
Tuesday, October 26, 2010
Ok. Dah boleh start carik nama.
minta tolong eh. sesiapa yang terpilih takde la hadiah...cuma korang leh berbangga nama yang korang pilih tu anak aku pakai. hehe.
boleh ek? carikan nama. kat simpanan aku ada 2-3 pilihan. tapi saja nak luaskan pilihan yang ada.
salam, how do u convince your parents to get married with mr alang? i got the same prob here..they always tell me that money n education still important and you cant survive with just love?
salam. saya jawab dalam bahasa campur2 la ye. my english is too teruk la. hehe.
at first, memang susah nak convince parents dengan pilihan kita. biarlah orang tu sekaya atau secerdik mana pon, tapi kalau takde budi pekerti, memang out jugakla kan. same with en alang punya kes la. en alang education just SPM dan datang dari keluarga yang sederhana dan dari kampung.
cinta tu buta kan? orang yang bercinta laaagi lah buta. tapi kita yang bercinta ni kena celik sikit la. takkan nak ikutkan hati dan perasaan setiap masa je. memang dengan hanya kasih sayang sahaja kebahagiaan sukar dicari. wang juga perlu untuk memastikan segala keperluan dipenuhi. ok, berbalik pada kes kami. masa bercinta pon saya kurang yakin dengan hala tuju cinta kami. ye lah, kami bekerja kilang sahaja, en alang lebih muda pula tu. bagaimana nak yakinkan orang tua sekiranya diri sendiri kurang yakin?
tapi lama kelamaan setelah mengenal hati budi en alang, saya yakin dialah yang boleh membimbing saya yang panas baran dan terlalu mudah untuk hanyut. dia seorang lelaki yang berfikiran jauh, matang dan penyabar. walaupun hakikatnya kami tidak berduit tapi kami yakin dengan usaha yang konsisten insyaAllah Allah akan membantu.
masa saya beritahu parents saya yang saya nak kawen dengan en alang, ayah saya tak kisah sangat. cuma ibu yang berkali2 tanya kepastian saya adakah saya berfikir masak2 untuk bernikah dengan lelaki sederhana memandangkan saya telah terbiasa hidup senang bersama keluarga. jawapan saya satu je. saya yakin dia boleh bimbing saya dan rezeki kami mungkin akan bertambah sekiranya kami mendapat restu dari ibu dan ayah.
oleh kerana ibu kurang yakin, en alang sendiri membuat inisiatif untuk mengambil hati bakal ibu mertuanya. en alang rajin membantu buat kerja2 rumah. sekiranya ibu perlukan pertolongan, en alang pantas tolong ibu sekiranya diperlukan. rumah jadi tip top sekiranya en alang ada. malahan budi pekerti en alang lah yang membuatkan ibu semakin menyenangi bakal menantunya. en alang tidak lupa berterima kasih pada ibu dan sering memuji2 masakan ibu. ibu yang pada mulanya kurang yakin, lama kelamaan semakin menyenangi bakal menantunya dan tidak lagi segan2 untuk memperkenalkan menantunya kepada kawan-kawannya. mungkin juga ibu pasrah dengan pilihan saya dan semakin meyakini pilihan saya adalah tepat.
rezeki jodoh kerja Allah kan? setahun sebelum kami bernikah saya mendapat tawaran kerja baru dan 3 bulan selepas kami berkahwin, en alang dapat tawaran kerja lain yang lebih meyakinkan kewangan kami sekeluarga. alhamdulillah. walaupon terpaksa berpanas berhujan, namun en alang tidak kisah kerana baginya dia perlu membuktikan kepada keluarga saya yang dia boleh menyara kehidupan kami sekeluarga.
pada saudara/saudari yang bertanya, dengan hanya kasih sayang saja memang kita tak boleh nak hidup. perlu usaha dan tawakkal pada Allah serta restu kedua ibu bapa adalah penting. bagi saya, sekiranya pada awal perkenalana kami ibu bapa saya tak restukan, saya mungkin dah lama tinggalkan en alang. tapi cara en alang berusaha untuk memikat hati saya, kedua orang tua saya dalam caranya sendiri dan alhamdulillah kami bahagia dengan bakal hadirnya anak kedua kami tak lama lagi serta insyaAllah en alang bakal dinaikkan pangkat tak lama lagi.
saya berharap saudara/saudari yang bertanya dapat gambaran yang jelas dari saya. saya hanya manusia biasa punya banyak kelemahan. saya juga doakan saudara/ saudari yang bertanya mendapat restu kedua orang tua dan yakinkan pasangan untuk berusaha ke arah lebih baik untuk memajukan diri sendiri. insyaAllah.
Monday, October 25, 2010
salam intan, niza nak bertanyakan pengalaman intan la. Intan bersalin kan khalish c-sect kan..pastu yang second ni gap tak sampai setahun kan.. Macamana rasanya bekas c-sect tu & pendapat doctor. bkn apa niza teringin nak mengandung lg..tp doc soh rest 2
salam niza. haah masa kita bersalinkan khalish kita c-sect. masa khalish 6 bulan, kita tahu kita pregnant 5 weeks masa tu. so, beza khalish ngan adik dia nanti dalam 5 bulan je la. skang ni kita dah nak masuk 7 bulan pregnant. alhamdulillah, takde la rasa saket ke apa kat bekas luka tu. cuma doc tak galakkan beranak rapat2 bila c-sect ni. kalau boleh biar gap 2-3 tahun. untuk kesihatan kita sbg mak dan tumpuan pada anak pon ada juga kan? kita rasa better niza rest dulu. tapi kalau niza nak juga pregnant, consult la dulu ngan doc ok! :)
Dah berjumpa dgn ustaz
ok. aku lega dengar dia cakap camtu.
dan terus ke keadaan aku. ustaz tu buatkan aku air penawar dan minta aku minum. dia kata aku pon takde apa2, takde buatan orang atau apa2 pon.just diri tu nak saket, dia saket la.
dan skarang aku batuk mengokol yang teruk sampai kerongkong luka2. tak tau camne dah. air bergelen2 minum. tapi tau2 je la kalau dah bergelen2 air yang masuk, automatik rajin la aku ke toilet. kadang2 tu aku batuk2 sampai terkucil2. masa2 camni aku betul2 berterima kasih pada...
Sunday, October 24, 2010
Aku atau Khalish?
ibu dan en alang dah macam sepakat nak bawa aku ke seorang ustaz jika masih tiada perubahan sehingga minggu hadapan. tapi tau2 je la aku ni...payah sket nak berubat alternatif. takpela, mungkin ada hikmahnya kan? siapa tahu?
baru2 ni pula khalish semakin lemah semangat pula aku tengok. tak boleh lihat orang ketawa, tertinggi suara pasti dia yang akan terasa sendiri biarpon orang tu tak mengajukan gelak ketawa dan nada suara tinggi itu kepadanya. menangis yang bukan kepalang ye kawan2. menangis yang stok sedu2 bagaikan dimarahi atau terkejut. dan malam tadi aku rasa adalah kemuncak kesabaran aku. khalish terjaga setiap beberapa minit sekali sambil terjerit2. keperluan pampers dan susu adalah seperti kebiasaan. segala ayat dan surah telah dibaca namun begitu juga halnya.
mungkin khalish pula perlu dibawa berubat. risau pula lihat keadaaan dia begitu.
korang ada pendapat lain tak dengan keadaan kami ni? minta second opinion please....