
suamiku bakal pulang ke rumah hari ni.
in fact, malam ni dah ada kat umah.
yeayyy!
bantal peluk ku nak balek dah!
:D
update kisah ke penang aritu,
bertolak dari umah jam 2.30pm.
sepanjang perjalanan pergi dan balek hujan.
masa kat highway la rasa cam sengal sangat.
hujan mencurah2...macam ada orang mandikan kereta ibu aku tu berbaldi2 air.
jalan tak nampak, kereta kat depan pon lagi la tak nampak.
aku bawak kereta berpandukan line putih sepanjang jalan.
dahla tak bawak spek, so aku ngan pandangan blur2 ayam terpaksa membuntangkan mata sepanjang highway.
hohoho~
dah sampai border penang,
zaza dok promote jusco kat bandar perda baru bukak khamis lepas.
ibu pon macam excited je nak ke sana.
so, aku pon layankan je la...
sebab masa tu aku lom gaji lagi.
bayangkan, top up aku, ibu tolong belikan. malu gile weh!
dah umur 27, ada suami, ibu belanja top up plak?
oh no, no, no!
tidak sepatutnya terjadi.
apa ntah ibu tu.
alang takde, semua benda dia belikan aku.
rasa macam tak kawen plak.
hohoho.
dah nak dekat seminggu dok umah iu.
aku tak payah masak, kemas umah, basuh baju...
semua ibu dah settlekan awal2.
memang rindu sangat kehidupan bujang.
semua orang buatkan.
tapi nak wat camne kan...ini jalan aku pilih.
dan aku seronok dengan kehidupan sekarang.
biasala kan, hidup rumah tangga.
memang ada pasang surut.
tapi aku ni asik pasang je....
surut tu sebulan sekali kot.
hehehehe.
oh ya,
berbalik semula pasal aku pi penang tu,
lepas je jalan2 kat jusco, pi lepak kedai nasi kandar nasmeer plak.
mantap gile!
shedap sekalik! hingga menjilat jari ok!
pulaknya, sambil makan, sambil usha2 budak2 bawah umur lepak kat situ.
sape suruh pandang2 aku kan, harusla aku melemparkan sekuntum dua senyuman.
(cute2 babe! sib baik en alang takde...hehehe)
then,
pas makan, cepat2 antar zaza.
tu pon dah kul 7.40pm.
zaza plak ada jemputan bbq malam tu.
harusla macam kilat budak tu bersiap.
kitorang bertolak dari penang jam 8pm, dan sampai sitiawan jam 10.40pm
ujan lebat kan, harusla terkedek2 bawak kereta.
itupon aku bawak 90km/j, ibu dah bising2 suruh bawak slow lagik.
huhuhu...
meh layan matta-jatuh cinta lagi.
siap ada lirik lagi.
lagu ni catchy abis. dari lirik sampai ke melodi.
best plak layan.
dengar pagi2 leh ceria je sepanjang hari.
:)