Followers

Saturday, May 15, 2010

katil khalish ada penunggu.

nampak tak penunggu tu? ala..yang belah kanan tu.


hehehe. stacy tu la penunggunya. kucing iqa. yang bagusnya, dia tak masuk dalam katil, cuma menumpang tepi tingkap tu je. so, aku biarkan je la dia kat situ.

korang wat pe hari ni?
aku maybe petang karang jalan2 dgn ibu kot. shopping barang khalish sket.
:)

Friday, May 14, 2010

Khalish bersama mr. Tt.

mr. Tt adalah kependekkan dari mr. tortoise. :)

sungguh khalish ni dah melekat je ngan mr. Tt.
kalau tido, mesti kena ada mr.Tt.
digomol2, dicium2, dikutil2 mr. Tt baru dia tidor.

biarpon ada banyak lagi soft toy dia yang lain,
mr.Tt jugak pujaan hati.

selalu yang aku perasan, khalish dengan mr.Tt 
dia akann bermain puas2 dengan mr. Tt. 
lepas tu campak mr.Tt sebab nak main dgn patung lain.
tapi slalunya dgn patung lain tu skejap2 je.
tak lama2 macam mr.Tt.
dan slalunya patung yang lain2 hanya jadi mainan sementara khalish.
mr.Tt-patung A-mr.Tt-patung B-mr.Tt-patung C. 
lihat. giliran mr.Tt harus diselang2 antara patung2 lain.
dan ini secara officialnya mr.Tt adalah kawan baik khalish.

di entri lain aku buat entri khas untuk mr.Tt ya!
:)

budak tepung gomak

rambut tak bersikat lagi. baru lepas keringkan rambut dgn tuala. 

khalish tak suka pakai bedak. so, muka dia memang akan masam atau dia akan marah2 dipakaikan bedak. huhuhu~

rambut bila disikat ke depan.


rambut disikat tepi. rambut tepi dah panjang. aku nak potong tapi en alang tak beri. haihh~

Thursday, May 13, 2010

testing 1 2 3

kegilaan aku skarang.

kredit kepada pemilik gambar.
 mee siput goreng rangup.

sedap oooo....
aku rasa benda ni dapat kat kampung aku je kot (johor)
tapi tak tau la kalau tempat lain ada jual jugak.
please bagitau kalau kat tempat lain ada jual...teringin nak lagi!!!!

haritu, ibu goreng satu tupperware setinggi pembaris panjang, lebar pembaris pendek tu, habis ok aku kerjakan sorang2.
satu malam boleh mamah sampai 3-4 keping.
baru 5 hari dah bo-liau. hahhaha~

dan itu kerja aku seorang.
tak ke gila namanya tu.
dah la benda bergoreng, aku leh melantak puas2.

ayah aku makan mee siput goreng ni ngan sambal jawa tu.
tapi aku makan camtu je.
ada rasa lemak2 sket. sedap!

ada nampak apa2 yang tak kena pada gambar ni?


yup.
percubaan pertama nak bubuh watermark. guna photoscape.
lulus ke ek?
atau perlu beli je watermark? skang ni banyak dah orang jual watermark online.
:)

sebab dalam minggu ni je ramai antara korang bloggers yang advice suruh letak watermark kat gambar2.
untuk safety dan nak elakkan penyalahgunaan.

oh. dan ada pensil aku selitkan antara pipi dan tudung.
ini adalah habit aku yang buruk ok.
ramai tegur, tak elok la. nanti tercucuk pipi la, tak bahaya ke?
i mean, selit je pon.
dan slalunya aku pakai baju yang takde poket.
dan slalu tercicir pen/pensil kat mana2.
nak senang, aku selitkan je kat tudung.
takkan nak selit pen/pensil kat tali bra kot? hahahaha~

ok, ok. tak kelakar.
;)

oh. ni baru tadi aku download photoscape. senang je ek. cam jakun pon ada aku ni. 
bila guna photoscape cam, eh eh...lagi senang la. bestnyeeee~
hahaha!

baru khamis ek harini.
lambatnya minggu ni berjalan....
huhuhu~


semalam yang berlengas.

biarpon semalam hujan, 
tapi dalam rumah ala2 sauna gitu.
panas melahang ok.

so..sampai je umah, tgk mamat kecik ni sudah berak.
so, after tukarkan pampers, terus macam malas pakaikan seluar.
jadik model huggies comfort skejap.
;)


hai semua! seksi tak saya?

saya happy sangat kalau mama tak pakaikan saya seluar. kalau saya tak pakai pampers laaagi saya suka.

layan tv kejap ah. mama ni sebok je.



pandang mama kejap. mama dok panggil2.

itu saja semua! esok mama saya upload gambar saya lagi ye!

Wednesday, May 12, 2010

Thank you bagi award. :)

dari Ira. Sempena Mother's Day. Tenkiu Ira!


dari naja. interesting ke blog ni? apapon, tenkiu naja!

ko tengok. skali datang 2 ok!

2 kad ok.
bukan 2 boyfriend ke apa ke.
hehehe.

oh. semalam tengahari en alang bagitau, ada 2 kad kawen sampai umah.
atas nama aku pulak tu.
so...aku masa tu dapat agak siapa punya kad kan.
dan bila bukak je sampul kad tu, aku dah sengih2.
tapi bila tengok tarikh, start berkerut dahi aku.
camne nak pi 2-2 majlis ni?


kad belah kiri ada karikatur tu dari cikgu shalin. kad kanan kaler pink lembut tu dari princess_N.



nampak ke ek? shalin majlis 5hb Jun.


N pulak majlis 6hb Jun. haihh~ pening2....

so pagi tadi ngadu la kat ibu camne ni. takkan nak berkejar sana sini kan.
plus end of May ada kenduri kat kl.
tu wajib pi sebab sepupu yang kawen.

iso skang ni masing2 tgh perah otak camne nak penuhi jemputan.
dah ramai wooo blogger2 kawen aku tak dapat pi.
rasa segan pon ada gak.
sebab diorang beria antor kad, aku tak pi.
seingat aku, aku pi kenduri ceera je.
haihh...teruk kan aku?

korang ada idea tak camne nak selesaikan masalah ni?

Pictures of the month - May



Tuesday, May 11, 2010

mesti korang tertanya2 kan?

mana muka budak kecik tu?
dah tak sudi nak pamerkan lagi ke?

hehehe.
sebenarnya, skang ni laptop dan broadband telah dikonker oleh zaza.
jadinya, nak upload gambar terbaru sangat2 la makan hati.
plus, broadband adalah lembab nak mati.
adakah bb aku atau korang pon sama gak camtu?

oh. aku pakai selkom brodben ye.
huhuhu.

tadi lunch mihun tomyam.
semalam kuey teow kungfu.
nak tanya,
ada beza ke kuey teow kungfu dan hong kong?

tapi versi ibu aku buat memang sedap meletup gedebabom!
hehehe~

pagi tadi saje2 la baca balek entri masa aku nak beranak tu.
sekali aku ternanges ok.
hahaha.
camne ntah. layan jiwang plak pepagi tadi.
:)

jom layan gambar lama2.

masa ni aku darjah 5 tak silap. ni kat sitiawan. kitorang amek gambar dengan kereta ni sebab ayah dah nak let go kereta volvo ni. sayang ooo...kereta ni yang paling best.

bersama arwah angah. kat melaka. masa ni umur 6 tahun.

bersama arwah angah lagi.

kat kuching. muka protes sebab dah penat dan lapar. tapi dipaksa bergambar. hahaha~

ni rasanya masa ni aku dalam baya2 khalish skarang atau mungkin lebih tua dari tu. ada rupa khalish tak? ;)

aku yang belah kiri tu. mandi kat teluk batik pakai swimming suit ok! hehehe. oh. teluk batik masa ni best! takde bersimen2 bagai macam skang.


masa tadika. ya Allah...buruknya la rupa. tapi yang peliknya, ada jugak mamat yang suka2 aku masa tadika ni. pelik kan? hahaha~

Monday, May 10, 2010

boleh ke macam ni?

"kalau abang nak pi mancing, boleh. tapi dengan satu syarat.
satu bulan ada 4 minggu kan.
3 minggu abang pi mancing,
1 minggu bagi ayang pi KL jumpa kawan2.
boleh tak?"

"abang tak jadila pi mancing kalau camtu."

korang tengok la sendiri.
sanggup ni lepaskan mancing semata2 tak nak beri aku turun kl.
haihhhh~

(sebenarnya dia cukup takut kalau aku carik balek ex aku. boleh?)

Sunday, May 9, 2010

Raikan Ibu Tersayang!

*puas cari gambar ibu sorang2...tak jumpa.*


Along sayang Ibu!
:)

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...