Followers

Thursday, December 30, 2010

Dapat kiriman khas dari kawan yang jauh tapi dekat di hati

 last 4 weeks tak silap. dok ym ngan member lama aswa. tetiba dia tanya kat aku alamat umah. aku tanya untuk apa, dia kata nak kek tak? eh...orang nak beri, mestilah nak kan! si aswa ni memang rajin wat baking2 semua ni. kalau cuti je, ada je kuih atau kek dia bake. memang slalunya menjadi dan nampak sedap2.

rasanya seminggu lepas tu, adik aku call kata ada package sampai kat umah untuk aku. aku pesan kat diorang, bukak je. tapi diorang memula malas nak bukak sebab kat description item pada receipt tulis buku. bila aku cakap dalam tu ada kek, wah...laju je diorang bukak eh.


gambar kabur. adik2 aku yang amek gambar ni. salahkan diorang. haha.

bubuh dalam polisterine. tgk rupa macam nak beri nasi ayam je.

bila bukak, tu dia...ada 2 jenis kek ok. best2...air liur meleleh2 dah ni.

tu dia....kek lapis ko...rajin abis budak ni bakar kek lapis cenggini. ingat senang? aku sempat rasa yang belah kanan tu je, yang belang2 coklat hijau tu. tu chocolate mint layer cake rasanya. sedap gile ok!!! tak puas sebab kena kongsi ngan adik2 yang macam piranha tu. huhu.

rasa coklat dia memang meriah. kek ni rasa moist2 je. mint dia plak memang rasa macam makan coklat after eight tu. nyamannn je! 

korang leh gi lawat kat blog member aku ni---> http://asamlimau.blogspot.com/
aku rasa dia ada wat jual jugak. korang leh tanya dia nak letak harga berapa. besides from layer cake, dia ada jugak buat kek2 lain. kuih2 pon terer gak. aswa ni keje kat KL. aku tau korang readers aku pon ramai dari KL kan? so boleh la tanya2 kat aswa ni ha. ok?

tak tipu. kek lapis dia memang sedap gila. adik2 dan ibu aku semua puji. adik aku si iqa tu siap tanya berapa hengget si aswa ni nak jual. ada hati tu nak beli dok jauh2 pon. hehe.

Sambutan birthday En Alang ini tahun...

birthday en alang jatuh pada 13/12 haritu. pulaknya hari isnin plak. masa birthday dia tu, dia dah kat miri dan dah tentu2 takde sape nak celebrate kan. so, kami sekeluarga sepakat sambut birthday dia 2 hari awal.sabtu tu semua org ada kat umah. yeayyy!!!

bincang punya bincang, last2 amek kata sepakat pi mcd je. punyala tak tau nak makan apa. haha. tapi sangat2 murah oo...makan 8 orang tak sampai rm100 pon. perghh~

khalish main ngan tok ibu dan tok ayah dia. kemain seronok lagi. masa ni sengaja aku pilih tempat duduk kat luar, senang ayah nak berasap lepas makan. :)

percaya tak, lepas en alang potong kek ni baru kitorang nyanyi lagu birthday. haha. malu2 kucing dia. kek dari secret recipe. chocolate indulgence.

yup. korang tak salah tgk. umur en alang baru 24 tahun. 

zaza sebok nak potong dan distribute kek. kalau kat umah pon part2 kek ni bagi je kat dia. laju je dia buat. haha. masa ni kawan ajik ada join skali. tumpang tido umah dan saja nak jalan2 lumut. 

birthday boy dgn termenung boy. amek gambar pon leh termenung. huhu.

jangan tanya kenapa tudung aku lebar camtu. aku tak perasan ok. erghhh...bengang je rasa bila tengok gambar ni. dahla susah nak amek gambar bertiga. 

hehe. aksi suap menyuap kek. alololo~

nah abang. makan la kek ni eh. ayang beli special untuk abang!

itu je la kot sambutan birthday en alang. hadiah pulak, aku just beri dia perfume dan sikit cash money sebab dia sendiri tak tau nak mintak apa. haha. tapi lepas tu boleh plak dia pi beli jeans. okla tu. asalkan nampak bendanya. :)

Wednesday, December 29, 2010

Pergi makan-makan.

sorilah. bilik semak sesangat. nampak tak perut tu? hehe. (khalish sebok je nak enterframe)

paksa2 en alang amek gambar. tapi gelap. huhu. entah korang nampak ke idak ni.

actually, masa ni nak pi makan kat pizza hut. sebab aku teringin nak makan pasta. boleh? padahal masak sendiri lagi sedap kot. huhu.

ini budak suka termenung. pantang ada masa senggang, mesti termenung. macam ada masalah besar dalam kepala tu.

en alang tgh bercakap masa ni. tu mulut ternganga tu. haha.

aku with iqa dan ibu kat ujung tu. zaza tak masuk gambar plak.

gambar makanan memang tak amek. ala, pizza hut apa je yang ada...pizza la kan! kecuali aku la sebok nak makan pasta. haha. last2 terpaksa bungkus bawak balek sebab lambat sangat diorang serve. 

last but not least, gambar budak tak reti duduk diam. banyak lagi gambar dia sebenarnya, tapi dah semua gegar2, ini je yang ok sket. huhu.

Jalan2 lepaskan rindu...~

 masa en alang balek dari miri pagi tu, aku ada appoinment kat KK. abis je semua urusan kat klinik, terus zas balek umah amek khalish dan en alang nak jalan2. masa ni aku cuti. saja nak spent masa bertiga. rindu wooo~

pusing punya pusing, last2 kami ke giant je. tengok je la gelagat anak beranak ni.

bapak dan anak. khalish cukup suka kat bahagian frozen ni sebab ada cermin dan dia boleh tengok refleks bayang2 dia dari situ.

tengok tu. tak pandang mama dah dia...

ha..masa ni parah sket. sebab dia sebok nak main kat depan cermin freezer ni. takmo jalan2 dah. terpacak kat situ main bayang2 dia.

en alang selaku papa mithali memujuk anak kesayangan supaya marilah kita bergerak ke depan sayang kat sini boring takkan nak main bayang2 je.

tengok tu. memberontak ok! beria2 takmo berganjak dari depan freezer. haihhh~

terus kami laju2 jalan pi kat playground dalam giant tu. nampak tak en alang ngan khalish main kat gelongsor tu? aku selaku mama yang tak larat nak berjalan hanya duduk sambil makan keropok kacang peas kat tepi playground. haha.

termenung jauh nampak.


anak tak reti duduk diam. ada je benda nak buat.

disebabkan dia tak reti dok diam, kita diamkan dia dengan mende alah gerak2 ni. memang terkaku la dia. haha.

pandang papa. raut muka macam kenapa kena naik mende ni? takde lagu pon?

benda ni just gerak ke depan belakang je. khalish terkaku sebab tak berani nak bergerak. aku suruh dia pusing2 stereng pon dia takut2. haha.

mama dan khalish. jadi gambar penutup.

Tuesday, December 28, 2010

Kenapa citer ni comel sangat2????

Marry Me, Mary! kegilaan sekarang. hanya di KBS world channel 391 astro.

favourite hero. oh! (sambil letak tangan kat dahi) COMEL GILEEEEEE!!!!!!!!!!!


sinopsis drama ni, sila layari: http://asianmediawiki.com/Marry_Me,_Mary!

Monday, December 27, 2010

Bila dah tak larat...

"ada lagi 4 minggu. tapi skang ni dah rasa berat sangat dah kat bawah ni. kalau dah duduk tu, nauzubillah...malasnya nak bangun. rasa macam ada tembikai kat celah kangkang."

status kat fb. betul2 rasa tak larat dah ni. camne eh??? rasa macam nak amek cuti awal pon ada. haha. kalaula cuti bersalin ada 90 hari kan best...~

Kalau korang boring, buatla ni.

korang jawabla poll kat sebelah kanan tu. ok? saje suka2.

Khalish dah pandai buat perangai sangat2 dah.

pandai mintak2 benda eh. pastu kalau tak dapat, hentak2 kaki.
amboi...ntah mana belajar tak tau la. en alang kata, ni baru hentak2 kaki. belum lagi berguling2 kat tengah2 orang ramai. hehe.

semalam dia mintak belon upin ipin kat giant. aku malas nak layan sebab bukannya dia main belon tu, nanti dia main tali belon je. serius! dia hanya akan main tali je. baik bagi je dia main bra aku yang bertali2 tu. haha.
ibu aku plak hampir2 tewas dengan pangai cucu dia yang sorang tu. aku cakap kat ibu, jangan dilayan. nanti dia tau kalau dia hentak2 kaki, senang nak dapat benda yang dia nak.
aku rela dia nanges dari membazir rm2.50 pada belon yang dia takkan main tu. tau sangat dah pangai anak sendiri kan. better kita belikan dia aiskrim lagi bagus. leh la dia makan sekurang2nya.

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...