Followers

Tuesday, March 19, 2013

Ulangtahun perkahwinan.


Usia perkahwinan telah jejak ke angka 5. Tanggal 15 Mac 2008. Detik sejarah ijabkabul kami.

The Big Five. Pelbagai cabaran dihadapi. Gaduh, rajuk, manja, pujuk, gurau, tangis, tawa semua dah jadi asam garam kami.

Betapa aku bertuah punya suami sepertinya.
Jika aku rajuk tidak jelas sebabnya, masih ada yg memujuk.
Jika aku menangis pada hal2 kecil, masih ditanya puncanya.
Jika aku marah baran tidak bertempat, masih disejukkan dengan kata manisnya dan gurauannya.

Allahuakbar. Alangkah indahnya insan yang Kau kirimkan padaku. Pada kami anak beranak.

5 tahun. Terhasil 2 putera yang keletah dan insyaAllah seorang puteri akan menyusul tiba tak lama lagi. Tak dapat dibayangkan jika tiada mereka semua dalam hidupku. Pasti akan jadi suram. Pasti jadi kelam. Tanpa jeritan gelak ketawa. Tanpa tangisan hiba. Tanpa gurau senda.

Terima kasih Allah memberikan aku insan-insan yang indah padaku. Insan-insan yang memberikanku kekuatan hanya dengan memandang wajah mereka. Kau kirimkan mereka padaku untuk aku sentiasa bersyukur dan menghargai pemberianMu. Aku sangat2 berterima kasih Ya Allah.

Semoga kami sentiasa diberkati olehMu.






7 comments:

  1. Selamat ulang tahun intan n suami..... -MARQASEH-

    ReplyDelete
  2. happy anniversary..dulu silent reader je baca blog intan. seronok baca kisah2 korang berdua hehehe

    ReplyDelete
  3. happy anniversary kakak comel..alahai cutenya pipi tu :D

    ReplyDelete
  4. Happy anniversary k.intan..
    moga kekal jodoh ke akhir hayat dan bahagia selalu..

    bestnye..lengkap sudah putera puteri...

    ReplyDelete
  5. happy anniversary:)

    semoga berkekalan dan saling melengkapi hingga ke akhir hayat :)

    ReplyDelete
  6. happy belated anniversari intan....semoga kekal ke akhir hayat...bahagia bersama... :D

    ReplyDelete
  7. intan pregnant ye..third baby...tahniah..semoga semuanya berjalan dengan lancar...rezeki dapat baby gurl kot...heheheh

    ReplyDelete

Jemput2! Makan jemput2 meh!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...