Followers

Thursday, October 16, 2008

aku saket.

pergi klinik.
aku dapat nombor 30.


tunggu hampir sejam setengah.
baru 5 orang dipanggil masuk.

aku bengang.
dah la saket.
kena tunggu lama plak.
skang ni kat ofis.
sambil menanti jam 12.
untuk aku kembali ke klinik tu.



aku kena sengal2 dan saket2 badan.
risau juga, kalau2 itu petanda saket chikunya.
takpe2. aku nak pi jumpa doc la ni.
doakan kesihatan aku ye!

Wednesday, October 15, 2008

bengong!!!!!!!!!

blogspot bongok!

aku takleh nak post komen kat blog korang...



camne la...
ishhh.
saket hati betul.

cuti-cuti pangkor




mari le ke pangkor korang!

ada dah 2-3 blogger mencari aku untuk tanya2 pasal pangkor ni.
meh sini aku nak tunjuk arah kat korang ek.


kalau korang dari arah selatan,
i.e. kl, melaka, johor...
korang boleh la ikut lebuhraya plus
dan exit kat bidor.

then, dari bidor,
korang ikut je signboard arah ke lumut.
korang akan lalu teluk intan--->naik jambatan kayan-t.intan--->kayan(ada sawah padi luas)---->lekir---->sitiawan---->sri manjung----->lumut.

kalau korang dari utara,
i.e. penang, kedah, perlis,
korang ikut lebuhraya plus jugak,
then exit kat changkat jering.
ikut signboard ke lumut.
korang akan lalu trong---->kampung batu hampar---->pantai remis---->segari----->sri manjung---->lumut



kat lumut tu, ada jeti lumut.
jeti lumut ni, memang akan sentiasa ada je feri/bot ke pangkor.
aku rasa every setengah jam kot.



antara feri2 ke pangkor.

tambangnye, dewasa rm10.
kanak-kanak rm5.
agak berbaloi jugak la.


ok.
sesampai je kat sana,
ada beberapa opsyen untuk pengangkutan.
korang boleh naik teksi, which is more to van kaler pink.
dan motor sewa.

kalau korang nak pi berdua-duaan je, naik la motor.
kalau nak pi satu puak/family,
naik la teksi tu.




teksi/pink van

tentang rate plak,
aku amek dari satu web ni,
ke pasir bogak, rm10
ke teluk nipah, rm20

aku advice, korang pi la ke teluk nipah.
sebab kat sana, pantainya lebih cantek dan senang kalau nak berkelah.
dekat juga dengan chalet2 yang ada kat area situ.


ok,
tentang chalet2 ke, hotel ke,
ikut keselesaan korang.
ada orang suka tempat tidor selesa, empuk2 semua.
ada orang tak kesah, asalkan ada tempat nak tidor.
bagi aku pulak, mana2 pon aku ok.
hotel ok, chalet/resort pon ok.


kalau korang berduit, boleh la tempah kat pangkor laut.
kalau korang macam aku ni je, cukup2 bajet,
cukupla setakat tempah chalet/hotel bawah rm150 untuk satu malam.
kalau korang nak yang murah2,
ada gak chalet/asrama. memang harga sangat murah. bawah rm80 tu memang boleh dapat.

tang makan plak,
aku tak berapa nak tau kat area mana yang sedap.
sebab kalau family aku pi pangkor ni,
selalunya kitorang wat bbq je.


sebenarnya, banyak aktiviti korang leh wat kat pangkor ni.
korang leh scuba diving,
main jet ski,
pi memancing,
jalan2 pulau,
tengok tugu sejarah,
shopping hasil laut,
beli baju, seluar ada tulisan 'pangkor' (hehehehe)
macam2 la....

tapi, aku slalu buat jalan2 pulau dan celup2 badan je dalam laut.



untuk maklumat lanjut,
aku sertakan bebrapa laman web yang korang leh lawat...
pangkor.com.my
cutipangkor.com
pangkorisland.com.my
pangkor2u.com
pangkorbeachchalet.com


korang klik la list2 kat atas tu ek.
tapi, kalau korang nak tanya2 aku in-person, aku tak kesah.
aiitt!!!

Tuesday, October 14, 2008

review sket

pernah tak korang minum air jus,
rasa macam perit tekak lepas tu?



baru2 ni,
aku telah menjumpai satu penemuan yang menakjubkan!




tropicana twister.
kat malaysia ni, baru ada 2 perisa, epal dan oren.
2-2 best!


kalau korang minum air jus ni,
aku gerenti korang takkan rasa perit tekak.
rasa menyenangkan lagi ada la.
aku memang galakkan korang minum air jus tropicana twister ni.


harga runcit, rm2 ~rm2.50
yeah.. agak pricey.
tapi kepuasan, aku gerenti nombor satu!




wah! banyak sangat gerenti ni.
matila...~



aku beri:
rasa: 4.5 bintang
bentuk botol: 4 bintang
kepuasan: 4.99 bintang (tak berani nak beri bintang penuh...hehehehe~)
harga: 2.5 bintang

Monday, October 13, 2008

selamat tinggal ateh, en alang juga meninggalkanku


ateh dalam kenangan...



ateh dah mati.
ye...ateh mati tanggal 11 oktober 2008.
hari sabtu. tatkala aku kelam kabut nak ambil ibu bawa ke stesen bas.
en alang tanam ateh di laman rumah ibu. bawah pokok kedondong.

tak puas bermanja ngan ateh lagi.
ateh selalu saket2.
tapi, jumaat malam sabtu tu dia dah nazak.
dah dengar 'kroh,kroh' dari ateh.
tapi aku menidakkan kenyataan.
dengan anggapan ateh cuma saket2 biasa.
lagipon, what can go wrong?
aku kan dah bagi dia makan ubat?


semalam, semasa ambil baju2 en alang kat rumah,
ternampak2 ateh main sorok2 kat balek kaki kerusi makan.
ternampak2 ateh suka lepak belakang pintu bilik.
terasa2 dia menyondol2 kaki aku sedang tengok tv.


tak cukup lagi,
en alang pon dah tinggalkan aku sorang kat sini.
dia ke jb lagi.
seminggu lagi kat sana.




jumaat petang,
en alang call aku tak dapat2. sebab aku tertinggal phone kat umah.
so, sesampai je aku kat umah,
aku call dia, tanya ada benda urgent ke.
dia cakap dalam nada sedih, 'abang kena ke jb lagi'.
'kalau abang tak pi jb, abang takde peluang nak ke miri.'

miri. sarawak.
en alang tak sabar2 nak ke sana.
sebab ada kursus peningkatan skill kat sana.
dia suka timba ilmu. tapi family dia kan orang susah,
jadinya, memang takkan ke ipt la kalau lepas spm.
terus kerja saja.
ini pon, en alang dah planning nak ambil kursus komputer.
aku cadangkan belajar di KEMAS.



korang nak tau?
betapa aku tak merelakan en alang pergi ke jb dan en alang juga tak nak ke jb tu?
kami berdua menangis ye.
yup!
bukan aku sorang, tapi kami berdua!
en alang memang tiap2 malam selimutkan aku.
tapi, malam tu aku merajuk ngan dia, bila dia nak selimutkan aku je,
aku tolak selimut tu.
then, dia selimutkan aku lagi,
aku tolak lagi,
sampai kali ketiga,
en alang selimutkan aku sambil cakap,
'nanti, seminggu abang tak dapat nak selimutkan ayang tau. bagi la abang selimutkan ayang...'
dalam nada seorang lelaki sedang menangis.
aku apa lagi,
biila dengar dia nangis,
aku pon meraung la.
bagai nak rak ok!
pastu,
korang pandai2 la pikir apa terjadi lepas tu.
hehehe...~
memang malam yang penuh air mata.
dengan ateh nazaknya, en alang plak kena pi jb seminggu.
sedih sangat hati kitorang.
tak terbendung lagi.




jap..jap.
terpandang entri si adina.
dia nak bagi kucing!
wahhh!!!

dina, yang kaler oren tu dah ada orang chop ke?
nak! nak!
tak kesah la..babies pon ok gak.
yang besar sekor tu pon ok gak.
:)

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...