Followers

Friday, April 8, 2011

Ni keje orang yang malas nak buat keje sepatutnya. Buat yang ntahape2 dulu.

Tadi awak saja la godek2 gatai nak tau awak punya BMI kan. dari dulu lagi aku prefer BMI dari tengok total berat sebab aku kan ala2 trauma kalau tengok mesin timbang. aku rasa ramai orang kot akan seriau je tengok mesin timbang. even sampai harini aku tak suka mesin timbang ok.

so, aku punya method is, aku akan timbang sekali sebulan atau 2 bulan untuk aku simpan dalam pale otak brape berat aku skarang. cam skang ni takla susah2 aku timbang sendiri sebab aku kan amek pil perancang, so tiap kali amek pil kat klinik diorang akan timbang berat aku. timbang digital pulak tu. cepat dan senang. takde la aku dok berdiri atas timbang lama2 menahan malu bila nurse dok announce berat aku kan. yup. aku pernah rasa tu ok. tapi ni kat klinik lain. dahla pakai penimbang yang ko kena alihkan pemberat2 tu. leceh!!!

skali bila aku tengok BMI aku, adala kemajuan dari before pregnant. dulu aku kategori obese. skang dah up sket jadi overweight. tapi ada sikit lagi nak jejak ke paras normal tu. bila aku kira2, ada lagi 5kg aku kena turunkan. wah!!! gila ke hape? dahla skang ni asik2 lapar je. kalau tak jumpa nasi sehari dah macam orang sasau dibuatnya. nak turun 5kg? takpela wahai BMI. aku ngan berat skarang pon dah happy. nak maintainkan pon dah susah payah. apa lagi nak turunkan. haha.

minggu ni aku asik stress dan penat. asik terkejar sana sini. dan penghasilan susu pon dah makin kurang. harap2 weekend ni dapat kembalikan tenaga yang kurang dan susu bertambah2! doakan ya!

Mari beriadah! :)

company aku baru2 ni ada la wat kelab sukan. baru nak tubuhkan ok. hehe. so, sukan pertama yang semua org setuju nak main adalah badminton. jadinya, setelah semua ahli jawatankuasa dan ajk dilantik dan segala urusan penempahan court serta hari untuk bermain dipersetujui semua (ha ko...ayat panjang rasmi gileee!), kami2 ni pi lenggang kangkung je la pi main badminton. oh. kejadian adalah rabu malam ye.

masa ni khalish kepenatan setelah puas kacau orang sana sini dan berlari2 keliling court. so, kita bagi top up tenaga dengan minum dulu!

papa dengan semangatnya main badminton. beregu lagi. dengarnya...team en alang menang.

time minum je la dia boleh dok diam. lain2 masa, jangan harap!

amboi...beria2 nampak.

mencik tau. gambar aku seketul pon takde. takpela..kita kasi en alang main puas2. aku sempat main 5 minit je. haha. sebab kena halau ngan jejantans sebab diorang komplen mana aci ko main ngan laki ko. pi main kat umah! haha. tipu je tu. sebab diorang nak guna court nak main secara serius. aku plak main gelak2.

dak kecik bawah umur sila tinggal di rumah ye. sib baik jaz tak meragam bila aku tinggalkan dia dengan ibu. abaikan pipi terhenyak itu. memang menggeramkan!!!

Wednesday, April 6, 2011

Wordless Wednesday (Gambar Jazly yang ala2 gambar passport)

Tuesday, April 5, 2011

Majlis berendoi Jazly.

mak mertua aku dah cakap benda ni bulan lepas lagi. aku je asik lupa pasal majlis ni. padahal untuk anak sendiri jugak. haha. kitorang buat kecik2 je. just panggil orang berzanji dan berendoi satu kumpulan. adala dalam 15 orang je. oh. majlis ni buat ahad lepas. biarpon buat kecik2, tapi penat dia masih terasa sampai skarang!

2 buaian yang dihias oleh orang kampung. biasa2 je. aku suka gak camni. memang stail kampung abis la! sempoi je. kenapa 2 buai? sebab satu lagi tu untuk anak sedara en alang. baru sebulan umurnya.

budak baju ijau tu jangan ditanya siapa. siapa lagi kalau bukan si khalish yang kepochi. haha. pandai lak tu tengok org buaikan adik, dia pon sebok nak tolak2 buai adik tu. tapi cara dia ganas la. sebab tu aku tak bagi dia buaikan adik jaz dia.

ni buai adik jaz. masa ni pagi lagi. majlis buat petang. saja je la nak try masukkan budak ni dalam buai. tapi ngengada eh. nak dienjut/hayun selalu. tak boleh berhenti. mesti nanges. haihhh..letih la mama camni.

lena. tapi kejap je. geram! nampak sangat tak biasa naik buai ye sayang.

ni sepupu Jaz dan Khalish. nama dia aku tak berapa nak recall. _____ nurul zaiti. yang depan tu tak ingat. haha. mak sedara apa la aku ni.

budak sebulan baring sebelah budak 3 bulan. Jaz nampak macam besar sangat pulak. hehe.

boleh tak masa tengah aku tengah pusing bulatan potong rambut jaz, en alang sikit pon tak snap gambar. sebabnya...si khalish masa tu la taknak kat org lain. nak bergayut kat papa dia je. erghh!!! betul2 dia dengki kat adik dia. takpela. kita amek gambar rambut adik jaz dalam mangkuk. jaz muka terpinga2 bila orang berzanji sapu bedak sejuk kat muka dia. sib baik dia tak melalak.


masa ni diorang nyanyikan lagu endoi. lagu diorang tak sedap sangat macam majlis khalish dulu. majlis khalish buat kat kl masa tu tumpang majlis kawen sepupu aku.

ikat guna selendang mak mertua aku. masa endoi ni, jaz tido kemain lena lagi. maybe suara makcik2 tu yang buatkan dia sedap telinga layan je. :)

abah. khalish. en alang. khalish masa ni betul2 ngada2 ok. geram je! sib baik ada en alang melayan kerenah dia. tengok tu. baju pon takmo pakai. huhu.

overall, semua ok2 je la. seronok juga bila ada majlis macam ni. cuma family aku tak dapat datang sebab ayah kena bergegas balek kl pukul 5. majlis kata start 2.30, tetiba nak dekat kul 4pm baru start. apapon, terima kasih mak & abah! :)

Monday, April 4, 2011

Khalish jaga Jazly. Adakah ianya benar?

pandainya abang long jaga adik jaz. macam ni la anak2 mama. behave je.

haha. tu semua lakonan saja ye. mana maunya khalish jaga adik dia. lagi dia kacau adik dia lagi adala. nampak tak khalish tengah gigit apa tu?

khalish gigit pacifier adik jaz ok! sib baik adik jaz leka tengah tengok maksu. kalau tak...mau rajuk tak putus. yang si kecik pon dah pandai nanges rayu2 mintak simpati kalau kena kacau dengan abang long dia. :)

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...