Followers

Friday, April 8, 2011

Ni keje orang yang malas nak buat keje sepatutnya. Buat yang ntahape2 dulu.

Tadi awak saja la godek2 gatai nak tau awak punya BMI kan. dari dulu lagi aku prefer BMI dari tengok total berat sebab aku kan ala2 trauma kalau tengok mesin timbang. aku rasa ramai orang kot akan seriau je tengok mesin timbang. even sampai harini aku tak suka mesin timbang ok.

so, aku punya method is, aku akan timbang sekali sebulan atau 2 bulan untuk aku simpan dalam pale otak brape berat aku skarang. cam skang ni takla susah2 aku timbang sendiri sebab aku kan amek pil perancang, so tiap kali amek pil kat klinik diorang akan timbang berat aku. timbang digital pulak tu. cepat dan senang. takde la aku dok berdiri atas timbang lama2 menahan malu bila nurse dok announce berat aku kan. yup. aku pernah rasa tu ok. tapi ni kat klinik lain. dahla pakai penimbang yang ko kena alihkan pemberat2 tu. leceh!!!

skali bila aku tengok BMI aku, adala kemajuan dari before pregnant. dulu aku kategori obese. skang dah up sket jadi overweight. tapi ada sikit lagi nak jejak ke paras normal tu. bila aku kira2, ada lagi 5kg aku kena turunkan. wah!!! gila ke hape? dahla skang ni asik2 lapar je. kalau tak jumpa nasi sehari dah macam orang sasau dibuatnya. nak turun 5kg? takpela wahai BMI. aku ngan berat skarang pon dah happy. nak maintainkan pon dah susah payah. apa lagi nak turunkan. haha.

minggu ni aku asik stress dan penat. asik terkejar sana sini. dan penghasilan susu pon dah makin kurang. harap2 weekend ni dapat kembalikan tenaga yang kurang dan susu bertambah2! doakan ya!

2 comments:

  1. owwwhhh akakpun trauma bila ingat pasal BMI ekekeke

    ReplyDelete

Jemput2! Makan jemput2 meh!

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...