Followers

Friday, September 17, 2010

3 Hari sebelum Harijadinya.

kami berjalan-jalan di taman permainan lumut pagi semalam selepas breakfast.
wah..mentang2 bulan puasa dah abis, otomatik eh kul 8am je perut dah kelentung kelentang kelaparan.
dan sesungguhnya pencarian sarapan pagi semalam tidak menghampakan.
dengan berbekalkan roti bakar dan telur separuh masak yang begitu enak, hati pon banyak senang untuk berjalan2 lepas tu. hehe.

his first attempt naik buai. sangat2 impress sebab dia pandai pegang rantai besi tu. tak lepas2 ok.

muka kontrol2. hehe. nak senyum pon tersipu2 dia masa ni. pelik oh.


merasa keseronokkan naik swing...


pandang mama pon muka kontrol2. haha.


kaki dah makin kurus. baru2 ni timbang dia dah 10kilo. tang mana yang berat pon tak tau la...


pandang papa pulak. masa ni ada 1 family chinese datang menegur kami. anak mereka sebaya dengan khalish. lelaki juga. dan yang kelakarnya, mereka gelarkan khalish sebagai che-che (kakak dalam bahasa cina). cepat2 aku betulkan mereka dengan mengatakan khalish adalah lelaki. mereka dengan muka percaya dan tidak percaya sahaja. haha. dan salah satu perkataan cina yang aku faham pabila mereka mengatakan khalish adalah leng chai (budak cantik/hensem). hehe.


khalish kepelikkan bila diletakkan dalam gelongsor. haha.


macam model kaki/kasut je anak aku ni. oh, inilah crocs rm7 yang dinyatakan sebelum ni. hehe.


nak turun la papa!


haha. muka selenga.


bertambah selenganya. nampak macam kurus sangat kan? maybe sebab dia demam kot aritu. adala susut sikit.


kena agah baru nak senyum2 malu2 tersipu2. haihh...anak siapa la ni.


khalish takmo amek gambar ngan mama!!!


tengok. amek gambar ngan papa elok bukan main lagi.


cubaan amek gambar bertiga. GAGAL!!


okla. nak balek dah ni. lain kali kita main buai lagi ok. :)

Thursday, September 16, 2010

Kami yang tidak beraya sangat tahun ni.

macam yang korang tau, khalish start dedar2 raya pertama lagi. disebabkan aku ni pregnant dan masa2 ni la paling senang nak terjangkit, pulaknya tido sebelah budak kecik ni...dah tentu2 aku pon terjangkit sama. raya kedua tu dah rasa aku nak demam tapi gagahkan juga sebab pikir raya dan pikir nak jaga khalish lagi. 


lepas balek dari beraya, tuam dulu dahi khalish ngan ais. memang panas la kepala dia. letak kain sejuk ais tu tak sampai 2 minit dah panas semula. kitorang wat lawak kalau sidai baju kat dahi khalish ni, sure cepat je kering. hehe.

bila dia dah tidor, terus letak coolfever atas dahi sebab dia melekat je kat dahi kan. tapi budak ni sangat2 la ganas kalau tido. demam2 pon kaki dia boleh sampai ke dada aku. camno tu. 


so esoknya, bergegas la kami ke hospital manjung sebab risau la pulak kan. masa ni memang dia takmo langsung kat aku. nak melekat je ngan papa dia. takpela. bagi mama rehat ye sayang. masa ni tengah tunggu ubat. balek je dari hospital, sempat la beraya 2 umah. pi beraya umah babysitter khalish dan umah mertua nor. jadikla...


tengokla tu. dia punyala takmo layan mama dia sampaikan bila aku panggil2 nak amek gambar pon dia wat dek je.




anak beranak bertuam asam jawa kat dahi. sebab masa ni aku dah start rasa seram sejuk. khalish ganas sangat2, kejap je asam jawa tu melekat kat dahi dia. selebihnya kat bantal, cadar, towel dia. huhu. bila pakai camni, rasa macam baru lepas beranak plak. haha.

itu je la kisah kami beraya tahun ni. punyala tak happening sebab kami anak beranak demam. nak beraya sungguh2 takde mood ok! cian en alang terpaksa beralah bila aku tak larat. ni kat umah pon aku langsung tak masak. beli je hari2. cuma hari2 en alang masak nasi la. tu je.

Wednesday, September 15, 2010

Raya pertama yang penuh warna warni macam pelangi.

pepagi syawal tu, bangun jam 5.30 pagi dan potong2 sayur untuk masak lontong.
mak mertua aku tak reti nak wat lontong, so aku la yang buat. thanks to ibu sebab bagi resepi dan semua puji lontong yang super sedap tu. hehe.
lauk2 lain dah masak malam sebelum tu lagi. rendang paru (aku bawak dari umah), kari ayam , rendang daging, ketupat palas dan lemang. lontong je terpaksa masak pepagi 1 raya sebab biasala, lontong kan sayur2 dan bersantan, risau basi pulak kalau masak awal2.

lepas je potong2 sayur mayur semua, berenti solat subuh dan sambung untuk terus masak lontong tu. panaskan semua lauk pauk yang dah disiapkan malam sebelum tu dan cepat2 hidang kat atas meja.
tapi pelik oh. umah mak mertua aku ni rupa2nya diorang tak biasa makan sebelum pi solat raya. tak macam family aku, sebelum solat makan, lepas solat laaagila makan, makan, makan. haha.

dah siap2 hidang semua lauk pauk, cepat2 naik atas umah dan siapkan en alang dan khalish. tau2 je la orang lelaki ni, dan2 tu baru terhegeh2 nak cari butang baju melayu la, nak berus2 songkok la...haihh. lepas je en alang dah hensem2 bersiap ke masjid, aku lak siapkan khalish. lepas khalish dah siap, baru aku pas khalish ke mak mertua dan cepat2 pi mandi dan bersiap jugak. aku antor en alang pi masjid pon dengan suara aku dari dalam bilik air je. haha.

lepas je semua dah balek dari masjid, semua orang makan2 dan abang2 ipar dan family datang umah. masa ni memang hectic la umah. busy gila aku ngan sebelah kendong khalish, sebelah lagi sebok tuang air la, amekkan pinggan extra la. haha. sampai kena marah ngan pak mertua sebab dia rimas tengok aku ke hulu hilir kendong khalish. dia suruh aku duduk rehat makan sebelah dia. dah kena marah baru reti duduk diam kan. haha.

lepas makan2, sebelum budak2 jiran2 serbu umah, aku cepat2 tarik en alang naik atas umah dan minta ampun maaf dan2 tu jugak. lepas minta maaf ampun bagai, cepat2 carik mak abah minta maaf ampun jugak. then, naik atas umah semula dan amek gambar our little family.


khalish sebok nak tengok mama papa dia. hehe.

pastu, cepat2 turun ke dapur semula sebab ada kawan2 adik en alang datang beraya. masa ni abang ipar aku sebok nak balek beraya umah lain pulak. so, cepat2 tarik adik ipar aku untuk bergambar sekeluarga.

dari kiri anjang, abah, mak, khalish, en alang, adik, kak nyah, along dan duduk tu kak yang. aku tukang amek gambar. hehe.


kami sekeluarga. usaha ok amek gambar tutup kaki sebab pakai slipar je masa ni. hehe.


khalish muka dah ala2 nak demam. tapi still maintain lagi.


hensem tak saya pakai baju melayu? itupon ada jugak orang tanya saya ni lelaki ke perempuan even saya dah pakai baju melayu dan berketayap.


sepupu khalish, dania. tua dania seminggu je dari khalish tapi dania dah terer berjalan. khalish masih bertatih setapak dua. oh, malam raya aritu khalish dah mula bertatih 13 langkah ok! terkejut tgk kesungguhan dia bertatih. tapi sekali tu je la. lepas tu dia dah demam2, takde maknanya nak bertatih. nak melekap dengan en alang je keje dia. hmmm~


khalish dalam cubaan ingin berkawan. dia perhati je dania tak lepas2 ok. cian anak aku nak berkawan. tapi dania ni takut orang. camno tu?


cubaan berkawan tidak berjaya. masa ni khalish baru nak angkat tangan nak pegang2 dania tapi dania dah lari kat ibu dia. takpe ye khalish. lagi 4 bulan adik khalish keluar, khalish leh kawan dgn dia ok?


dalam petang kul 2pm camtu, tetamu2 dah pulang dan masing2 dah kekenyangan melantak lemang banyak sangat2. masa ni khalish dah start dedar2 dah. tapi aku wat tak tau je dulu sebab petang tu nak beraya umah sedara en alang pulak. bila kuar umah petang tu, khalish dah start wat pangai. nak melekat kat en alang je. hmm..sah dia nak demam. pi pekan bruas beli coolfever dan paracetamol. sempat beraya 3 umah je. hmmm..~

Tuesday, September 14, 2010

Kami di pagi raya pertama


memula dulu kata tema merah menyala. tapi bila baju dah siap, aku tengok2 kaler baju aku adalah merah-pink gitu. sibbaik tak beli lagi baju en alang dan khalish lagi. so bila dah tengok semula kaler baju sendiri, terus berdesup cari baju anak beranak ni pulak.

gambar ni diambil sejurus selepas sesi bermaafan. gila cengeng aku pagi2 raya minta ampun kat suami. haha. (tau banyak dosa kat suami kan. haha) khalish pagi2 raya buat pangai takmo butang baju sampai atas. so, butang baju tu 2 kat bawah je. butang atas memang terpaksa biarkan. 

cerita selanjutnya, nanti2 aku citer eh. tak sehat ni. aku dan khalish 2-2 demam dan batuk2. doakan kami cepat sembuh ya!

oh. fesyen tudung aku adalah fesyen balut telur. haha. kepala aku bujur bentuk telur wei. tak sesuai nak pakai selendang camni, tapi dah beli, harung pakai jugakla. hehe.


nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...