Followers

Friday, January 8, 2010

bz bee!

hari ni nak kemas rumah.
esok nak angkut barang2.
so, aku amek half day harini.
kalau bos takmo bagi, aku ca alif but je karang.

ingat senang nak pindah randah ni?
huhuhu~
(tetiba emo)

so korang, aku ada kat ofis sampai kul 12pm je ni.
sampai ketemu di minggu hadapan.

take care and have a nice weekend ya!
sebelum berpisah, aku sajikan korang ngan budak bam2 yang kuat babbling neh.

jemput geget budak neh sorang sejemput ok!
hahahaha!

(ntahape2 sajikan anak kat orang plak)

Thursday, January 7, 2010

menyampah!

bukan nak bukak pekung.
tapi rasa terkilan bila sedara bersikap macam ni.
takde bertolak ansur.
takde timbang rasa.
sampai ibu pon naik meluat.

dok gilekan duit.
padahal, dah bagitau sepupu aku tu kitorang tumpang letak barang.
dia pon tak cakap apa,
ingatkan dah settle kat situ.
tetiba...mintak 2 bulan sewa rumah.
apakah?????????

dari raya sampai skarang kitorang tak duduk umah tu.
cuma datang sekali sekala jenguk2 untuk amek bil, surat2 dan tengok keadaan rumah.
itu je.

kalau aku tau awal2 lagi, lama dah angkut segala barang mak nenek dari umah tu.
ye la kan, dia pon kena la faham.
aku dalam pantang dari bulan 9 sampai bulan 11.
ada masa pon bulan 12 ni.
tu pon tak sempat2 nak angkut sebab every weekend busy sesaje.

ok. ibu dapat tau sepupu aku ni mintak duit,
ibu aku terus sms sepupu aku tu.
wah!!! dia balas balek.
konon2 dia tak berkira masa aku ngan alang lambat bayar,
tak nak SEDARA MEREMPAT kalau dia suruh kitorang kuar dari umah tu.

tapi aku jelaskan kat sini.
kalau kitorang lambat bayar pon, takat seminggu je.
sebab aku ngan en alang ni keje swasta. gaji bukannya awal macam gomen.
dan aku ngan en alang jenis kalau sewa umah memang akan bayar tiap2 bulan.

masa mula2 dulu, dia kata nak jual umah tu,
beria2 aku ngan en alang carik umah sewa lain.
sebab ingatkan dia dah nak jual sangat2 umah tu.
tapi, bini dia dok call ibu suruh kitorang stay lagi kat umah tu.
(maybe nakkan duit sewa kot)
so, kitorang pon stay lagila kat umah tu.
sebab pikir sepupu. dari bagi duit kat orang lain, baik bagi kat sedara.

memang takde dalam kamus keluarga kitorang, perkataan MEREMPAT!
kitorang masih ada mak bapak.
masih mampu nak sewa umah lain.
apa kes cakap pasal merempat bagai kan?
memang rasa nak menyumpah time tu.
tapi en alang banyah sabarkan aku.

ikutkan en alang, memang dia nak beralah je.
sebab pikir sedara.
dia willing nak bayar 3 bulan sewa lagi.

tapi ibu kata tak payah bayar.
jangan bagi muka camtu skali.
kalau kite bayar, maknanya kite biarkan dia pijak kepala kite.
entahla, skang ni tak tau nak wat camne.

dah banyak kitorang buat kat umah tu.
cat je dah beratus abis.
belum kire penat kitorang lagi nak cantekkan umah tu.
en alang hampir setiap minggu cabut rumput kat belakang umah.
en alang cat pagar tengah panas terik.
memang untuk keselesaan kitorang gak.
tapi bila pikir2 balek, rasa rugi je buat semua tu.
patotnya biarkan je umah tu nampak berhantu dari luar.
karat sana sini, cat terkopek-kopek.

haih..geramnyeeeeeeeee!!!!!!!!!!!!!

kalau korang kan, apa korang rasa?
apa tindakan korang?

mari membanting padi

hoih.
tetiba rasa macam sebok sangat hari ni.

:)
sebab tu la update lambat.

baru pagi ni jugak terperasan aku ada banyak ketinggalan baca blog kawan2.
tapi, bila nak tinggalkan komen, rasa macam dah outdated dah.

okla korang. nak sambung wat keje neh.
nanti kalau rajin, petang karang aku sambung taip k?

Wednesday, January 6, 2010

penyakit pelupa

1. dah 2 hari berturut aku berjanji dengan seseorang untuk bayar utangnya. tapi sampai skang aku tak bayar2 lagi. memang terlupa mati! ampun awak...kite bayor tau nanti. jangan risau.

2. datang ofis bawak handbag di dalamnya ada handphone, lipstik, powder dan purse. tapi tak bawak duit. apa kes?

3. minggu lepas aku letak rm300 dalam sarung bantal. semalam aku carik duit tu menjajau2. nak tidor baru terasa duit tu dalam sarung bantal. huahuahua. (ni kes suka simpan duit merata2)

4. dah 2 malam masak air, tapi tinggalkan sejuk sendiri macam tu je. bila teringat nak masukkan dalam termos, hanya 2-3 jam selepas air mendidih. terpaksa masak air baru. huhuhu.

5. dah 2 malam jugak aku biarkan khalish tidor tak berselimut. cian anak aku tu. mama terlupa la sayang.

6. berjanji dengan kawan kerja untuk bertanyakan ibu sesuatu. asik terlupa je. sampai orang itu hampir2 merajuk denganku. haihh~

tak tau la nape.
asik lupa je.
ni nak kena rajin2kan diri baca quran balek ni.
balek2 baca yaasin je.
huhuhuhu~

azam tahun 2010?

dah 6hb baru nak cerita pasal azam ke cik kurekure oi..
hehehe~

untuk tahun ni, azam takde.
ingat just nak GO WITH THE FLOW!

apa yang ada dalam pale otak aku skang,
serupa macam azam.
tapi tak perlu beria2 sangat nak usahakan.
kalau nak jadi, jadi.
kalau tak dapat, takpe.

sebabnya, azam tahun lepas dah terlaksana.
alhamdulillah.
tahun ni kite rileks2 je.

azam yang tak berapa nak jadik azam,
ni namanya kehendak yang rileks.
1. nak kurus
2. nak usahakan pregnant baby nombor 2 (from september onwards)

tapi bila pikir2 balik,
macam nak anak lahir on 10.10.10.
agak2 sempat tak?
wakakakaka!

kalau tak dapat,
nak baby lahir on 11.11.11 la.
:)

ala, tuhan nak bagi rezeki tu dah kire bagus kan.

*ibu bising. aku period lambat bulan ni. kalau aku terpregnant, mesti lagi ngamuk orang tua tu. dia dah kata, selangkan 2-3 tahun untk next baby. dan kalau boleh, dia nak aku ada anak sorang dua je. boleh? aku nak anak ramai2. cam best plak ada anak ni.

Tuesday, January 5, 2010

location ah choon restaurant



heh.
dah ada orang tanya pasal kat mana kedai ah choon ni.
so, dengan gigihnya aku lukis peta.
peta yang memang buruk.
tapi sangat2 berguna.

ni kat manjung lama tau.
sape2 tau hasnah tomyam, memang tau la kat mana ah choon ni.

nor, upah blanja nasi goreng ah choon sepinggan ok!
hehehe~

macam perempuan ke?



mana2 kitorang pergi,
mesti ada orang bertanya.

"ni perempuan ke?"

tak pernah sekali pon orang bertanya,

"ni lelaki ke?"

haih. anakku ni rupa soft sangat ke?
mungkin sebab aku ni mamanya, dah hari2 tatap muka anak sendiri,
dan set kat kepala yang anak tu lelaki.

hehehe.

tapi bila aku sangkal pertanyaan diorang dengan mengatakan khalish lelaki,
terus diorang berubah air muka.
macam tak percaya pon ada gak. macam aku menipu pon ada gak.
nak je aku bukak lampin khalish tu bagi tunjuk bird dia.
;)

korang rasa, khalish ni ikut rupa siapa?
aku atau en alang?
atau tok ayah, tok ibu, opah atau atok bruas?

Monday, January 4, 2010

pabila larut malam

ada tak antara korang yang agak2 penakut?
nak2 waktu malam.

aku skang ni makin menjadi2 penakut ok.
nak2 kalau terlupa nak mandi petang,
terpaksa mandi malam.
pintu toilet kena renggangkan sket, bagi nampak en alang @ khalish.
paksa en alang jangan kuar masuk bilik bila aku tengah mandi.
(oh. bilik air dalam bilik...)
kalau terjaga kul 2@3am, cepat2 kejut en alang, tarik tangan dia suruh peluk aku.
gile mengadaaa....

sebabnya?

memula dulu, masa aku dalam pantang,
kat umah ibu tu akan ada satu bau macam bau nasi hangit. (tapi kat area dapur je)
memula waktu malam je aku bau.
lepas tu tak kira masa plak.
tengahari rembang pon ada jugak bau tu.
at first kan, memang ada terbau2 cam lalu2 je.
tapi, bila ibu bukak citer bau tu memang dah lama ada kat umah tu,
terus meremang bulu roma aku.
start dari tu nugak, bila ada je bau nasi hangit tu,
baunya kuat. lama.
macam saja nak bagi aku ngan en alang takut.
(en alang pon leh tahan gak penakut. hehehe)

tapi skang dah lama takde bau tu.
tapi, aku takutkan benda lain plak.
takut tengok citer hantu.
ok, ni sejak aku pregnant aku jadik penakut yang melampau2 pada citer hantu.
so, sampai skang tak ilang jugak penakut aku ni.

bila time mandi, mula la terbayang kalau2 ada makhluk bertenggek kat siling.
takpon, tengah jengah kat tingkap bilik air.
kalau tengah kencing atau berak,
terbayang kalau2 ada tangan yang tetiba kuar dari toilet bowl.
kalau tengah syampu rambut, tetiba terasa ada tangan lain pegang rambut.

hoih! takutlaaaa!!!!!!!!!

ish. stop la citer pasal benda2 camni.
aku sorang2 je kat dept aku neh.
semua orang cuti. antor anak pi skolah.

takpe. tunggu khalish dah skolah.
aku amek cuti seminggu!
wakakakakaka!

err..korang takut tak bila malam2?

rasa tak sampai hati.

first day hantar khalish ke rumah mak bela dia.
mak bela dia gelar diri mama mis.

rasa2 kak mis ni okla orang nya.
baik, ramah, yang penting, rumah dia kemasss je.
dan tak jaga anak orang lain. jaga khalish sorang jek.
so, khalish terbela jugakla kan.
tapi, harusla budak tu manja terover.
sebab sorang kan.
kat umah sorang, kat umah mama mis sorang gak.
huhuhu~

en alang berulang kali tanya kat aku orang yang jaga khalish tu ok ke.
dia lagi la, kalau stranger cium anak dia pon,
cepat2 dia lap balek pipi anak dia.
sangat2 protective ok. konon2 stranger bawak kuman kat anak dia.
;)

so, petang ni nak bawak en alang jumpa kak mis.
harap2 en alang suka kak mis macam aku suka kak mis.
nanti nak amek gambar kak mis.
ramai dah suruh aku amek gambar orang yang jaga anak kite.
kalau jadi apa2, senang nak bertindak.
gituuu~

ye la kan, dalam percaya2 tu,
kenala ada langkah berjaga2 jugak kan.

korang2 yang antar anak ke taman asuhan atau rumah orang kena bayar brape rm?
macam kat area manjung/sitiawan ni, standard rm200.
rasa2 okla kot ek.

oh, jangan ditanya kenapa aku tak suruh ibu aku je yang jaga.
sebab, ibu awal2 lagi dah cakap takmo jaga anak2 aku.
aku takde hal, sebab kitorang adik beradik masa kecik2 pon dah banyak susahkan ibu.
so skang ni, kitorang nak ibu senang2 je.
:)

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...