Followers

Showing posts with label sedara. Show all posts
Showing posts with label sedara. Show all posts

Wednesday, November 10, 2010

Cari aku di mana?


aku rasa korang dapat cari aku. bila tgk gambar ni, teringat2 moment bersama sedara mara yang happening ni tempoh hari. bila dapat berkumpul macam ni lagi agaknya? sepupu aku yang berbaju melayu kuning tu nak menikah disember ni, tapi aku dan alang tak dapat turun muar sebab en alang keje. ishh...tak bestnya!

Monday, October 18, 2010

Kedatangan saudara mara yang dari jauh.

family mak uteh dan ucu datang dari muar dan kl. seronok bila kumpul ramai2 ni. rumah kecoh2 dan budak2 berlari2. hehe. dan secara tak langsung aku jadik mak long yang garang. semua aku tegur kalau buat yang bukan2. haha. nak buat camne. ngan anak sendiri pon aku garang. so adil dan saksama gitu. 

masa ni solat maghrib berjemaah. kat hall bawah orang lelaki.

kat hall atas orang perempuan. aku tak join sebab kena jaga budak2. huhu.

ni la budak2 nya. khalish ada je melekat ngan aku 24/7. dia tak biasa orang ramai2. so ada sedikit cranky. 


lauk2 yang ada. malam tu kami wat bbq. ada ikan pari, sosej, kepak ayam, mentarang, sotong dan udang. lain2 juadah adalah nasi putih, asam pedas ikan, mee rebus, karipap dan brownies. marvellous wei!!!

tengok. tertinggal nak listkan satu juadah. sambal goreng jawa. hehe.

gigih bakar membakar. aku cuma tolong prepare dan susun makanan yang nak dibakar dan bubuh kunyit garam je. bakar2 silalah orang lain yang take over ye. hehe.


tu dia...ramai mandur dari kuli eh. haha.

ada kepak ayam, mentarang lagi. yummy!

pak uteh yang gembira.

ikan pari. fuh. isi lembut je! tapi dapat makan seketul sebab perut dah terlalu ketat. haha.

buat sambutan birthday anak sedara skali masa ni. adrianna a.k.a ana. dah 2 tahun dah. kek ni jadi rebutan kanak2 je. almaklumla, kek secret recipe. budak2 pon tau ok kek mahal. 

pandai ana potong kek. :)

gambar aku dan khalish ada satu je. tu pon aku tak bertudung dgn serabai kusut masai dan khalish ralit main paperbag. haha. takpela. bagi korang kenal sedara mara aku lak eh. dan korang leh telan ai liur banyak2 kali tengok hasil bakar2 kami tu. sedap tau!

Thursday, January 7, 2010

menyampah!

bukan nak bukak pekung.
tapi rasa terkilan bila sedara bersikap macam ni.
takde bertolak ansur.
takde timbang rasa.
sampai ibu pon naik meluat.

dok gilekan duit.
padahal, dah bagitau sepupu aku tu kitorang tumpang letak barang.
dia pon tak cakap apa,
ingatkan dah settle kat situ.
tetiba...mintak 2 bulan sewa rumah.
apakah?????????

dari raya sampai skarang kitorang tak duduk umah tu.
cuma datang sekali sekala jenguk2 untuk amek bil, surat2 dan tengok keadaan rumah.
itu je.

kalau aku tau awal2 lagi, lama dah angkut segala barang mak nenek dari umah tu.
ye la kan, dia pon kena la faham.
aku dalam pantang dari bulan 9 sampai bulan 11.
ada masa pon bulan 12 ni.
tu pon tak sempat2 nak angkut sebab every weekend busy sesaje.

ok. ibu dapat tau sepupu aku ni mintak duit,
ibu aku terus sms sepupu aku tu.
wah!!! dia balas balek.
konon2 dia tak berkira masa aku ngan alang lambat bayar,
tak nak SEDARA MEREMPAT kalau dia suruh kitorang kuar dari umah tu.

tapi aku jelaskan kat sini.
kalau kitorang lambat bayar pon, takat seminggu je.
sebab aku ngan en alang ni keje swasta. gaji bukannya awal macam gomen.
dan aku ngan en alang jenis kalau sewa umah memang akan bayar tiap2 bulan.

masa mula2 dulu, dia kata nak jual umah tu,
beria2 aku ngan en alang carik umah sewa lain.
sebab ingatkan dia dah nak jual sangat2 umah tu.
tapi, bini dia dok call ibu suruh kitorang stay lagi kat umah tu.
(maybe nakkan duit sewa kot)
so, kitorang pon stay lagila kat umah tu.
sebab pikir sepupu. dari bagi duit kat orang lain, baik bagi kat sedara.

memang takde dalam kamus keluarga kitorang, perkataan MEREMPAT!
kitorang masih ada mak bapak.
masih mampu nak sewa umah lain.
apa kes cakap pasal merempat bagai kan?
memang rasa nak menyumpah time tu.
tapi en alang banyah sabarkan aku.

ikutkan en alang, memang dia nak beralah je.
sebab pikir sedara.
dia willing nak bayar 3 bulan sewa lagi.

tapi ibu kata tak payah bayar.
jangan bagi muka camtu skali.
kalau kite bayar, maknanya kite biarkan dia pijak kepala kite.
entahla, skang ni tak tau nak wat camne.

dah banyak kitorang buat kat umah tu.
cat je dah beratus abis.
belum kire penat kitorang lagi nak cantekkan umah tu.
en alang hampir setiap minggu cabut rumput kat belakang umah.
en alang cat pagar tengah panas terik.
memang untuk keselesaan kitorang gak.
tapi bila pikir2 balek, rasa rugi je buat semua tu.
patotnya biarkan je umah tu nampak berhantu dari luar.
karat sana sini, cat terkopek-kopek.

haih..geramnyeeeeeeeee!!!!!!!!!!!!!

kalau korang kan, apa korang rasa?
apa tindakan korang?

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...