aku, en alang, ibu, iqa dan zaza bertolak ke kl pada ahad, 28/09.
dari sitiawan pukul 10, sampai kat putra perdana jam 1pm.
oh...sebelum bertolak ke kl,
kami ke kubur arwah angah.
bersih2kan kubur arwah dan sedekahkan al-fatihah dan yaasin.
chiqah, anak sepupu aku. sangat2 keletah dan cerdik. flower girl aku masa kawen haritu. sampai2 je kat umah ayah kat putra lestari,
terus je lepak2, tidor2, golek2 sampai ke asar.
lepas asar je, kitorang gerak ke kl.
park kereta kat semua house,
then kitorang jalan slow2 ke jalan TAR..cari2 baju raya bagai kat situ.
aku beli baju raya tahun ni kat first lady je.
harga rm99.98 sen.
hehehe~
memang raya ni bajet agak ciput.
sebab kampeni aku ngan en alang bukan cam kampeni orang lain,
bonus dapat nak dekat raya.
so, kite pakai je gaji yang ciput ni untuk beraya. jadila...
tema aku dan en alang?
PUTIH ok!
hehehe~
sorila korang.
family aku sorang pon tak ingat nak bawak kamera.
memang sangat hampeh!
:(
ada la satu-dua gambar kat dalam hp zaza,
tapi, terlupa nak transfer.
so, korang terpaksa la baca je entri raya aku ni.
gambar2, memang takde.
sori.
so,
dari hari ahad sampai ke isnin, kitorang kat kl.
isnin tengah hari, bertolak ke melaka.
saje jalan2 kat MP (mahkota parade)
mengimbau kenangan lama aku masa skolah2 dulu.
dalam mengenang2 tu, sempat jugakla sambar tudung sehelai ngan satu singlet putih.
baju raya kan kaler putih, kalau tak pakai singlet,
abihla aku jamu semua orang ngan dalam-dalaman aku plak.
hehehe~
lepas je jalan2 MP,
bertolak terus ke muar, kat batu 15 ayer hitam.
umah mak/pak uda.
cian mak uda aku, kena penyakit chikunya tu.
aku try google chikunya tu, ntah hape benda merepek dia kuar.
dekat wikipedia pon takde.
so, korang pandai2 la carik sendiri ye.
yang aku tahu, virus chikunya ni boleh tersebar tru nyamuk.
plak tu, dia attack sendi2.
memang tak bleh blah la kan.
mak uda aku tu nak pi kencing pon kena papah.
cian sangat.
sampaikan pak uda aku wat satu kerusi roda khas untuk dia.
tapi aku tak tau plak dia ada pakai ke tak.
ok, berbalik ke cerita kat umah pak uda,
kitorang sampai je kat sana, around 4.30pm
harusla lepak2, tidor2 dulu kan
nak tolong masak, cam awal lagi. hehhehe~
stereng keretaku, WJP 2*73. satria kelabu yang gagah perkasa. kena langgar pon, masih teguh. hehehehe~
macam biasa, masyarakat jawa kat sini ada monjong2.
korang leh refer kat entri raya yang lepas kat ----> sinimasa ni, kitorang adik-beradik sangat2 puas hati.
biarpon tak dapat ayam ungkep, daging ungkep yang ada pon dah cukup dari puas hati.
sedappppp!
oh ya,
nak bagitau,
aku makan seekor ayam masak kicap (ye, seekor ok!) dari berbuka sampai la kitorang
mentong jam 11pm.
(aku rasa maksud mentong tu makan berulang2)
(sebutan 'men' macam korang sebut 'pen' ---> ala, pen tulis2 tu..)
bayangkan,
aku, iqa ngan ajiq masa tu masing2 dah berselubung nak tido pon.
tetiba, ajik ngan iqa teringat lemang beli kat melaka,
aku lak teringat2 ayam masak kicap.
harusla beramai2 pi dapur balek.
mentong.
hehehehe~
memang buruk perangai.
then,
lepas makan,
borak2 adik-beradik, (zaza dah tido dulu)
aku teringat nak check ada tak line broadband kat kampung,
kuarkan laptop ajik,
dan pasang celcom broadband,
takde line ok!
hehehe~ nak expect apa kan.
dah memang kampung. takleh la nak demand lebih2.
last, aku main game sampai bateri laptop abis.
pastu, terus tidoq.
esoknya, masa sahur,
sorang pon tak lalu nak makan.
sebab masih rasa kenyang sebab mentong.
tapi, bangun tidor kul 8,
dah rasa lapar.
aku yang tak puasa ni tak pe la...boleh kudap2 dalam kereta.
diorang yang pose, memang kesian.
hehehehe~
pepagi lepas subuh, ayah dah hambat sorang2 bangun pi mandi.
sebab nak bertolak ke umah mak long.
ayah ngan ibu dah plan nak beli ayam ngan daging untuk mak long.
sebab raya first kitorang kat umah dia.
so, pagi2 tu dah bertolak ke parit payong.
abang mamat, anak mak long yang bongsu. umur 35 tahun. masih bujang. bekerja di kl. siapa2 berkenan? meh sini bagi no phone kat aku. ngeh2... kalau sesiapa perasan,
tentatif program kitorang memang tak berubah dari tahun lepas.
sama je.
so, petang raya tu banyak tolong mak long kat dapur je.
malam tu plak, pi bandor muor dan jalan2 kat sana.
ajik beli songkok, ibu sebok cari tudung, aku plak sebok cari kain dalam (oops!).
raya first,
sebelum solat sunat raya, harus makan beramai2 dulu.
seperti biasa, kitorang yang pompuan ni kena la beralah, bagi orang lelaki mandi dulu.
kitorang yang pompuan tak solat raya pon.
lelaki je.
dan secara otomatiknya, kami yang pompuan ni makan pagi raya tanpa mandi.
lepas semua lelaki pi solat,
kitorang yang perempuan ni pon apa lagi, berdesup la mandi.
so, sampai2 je diorang abis solat,
kitorang dah wangi2...
dah ready nak minta ampun maaf bagai.
malam raya tu, aku ngan en alang asik nak bertekak je.
sampai sebelum tido tu,
en alang ada cakap,
'yang, hari ni ayang asik nak marah2 abang je. nanti pagi2 raya sok, tau la dia tu. mesti minta maaf nanges2'
aku balas, 'eleh, kite tgk la nanti siapa yang sedih2 pagi raya. orang tu kan beraya jauh'
jahat kan aku?
tapi, pagi raya masa minta maaf tu,
ngan en alang elok je aku salam2, minta maaf bagai. takde pon nanges2.
ngan ayah pon sama. cool lagik.
tapi, bila sampai je kat ibu,
terus air mata berjurai2.
hohohoho~
che' malu....
untuk raya pertama tahun lepas punya entri, leh la klik kat----> sinithen, terus je kitoang bertolak ke umah pak uteh, salam2 semua orang
dan terus pi umah pak uda, salam2 semua orang gak.
dan bergerak ke spore.
sampai spore je dah pukul 6 lebih petang.
dan kitoang kuar dari spore jam 8pm camtu.
sebab spore cuti raya sehari je.
memang tak dapat la nak tidor kat sana.
last2 kitorang tidor kat umah pak tam kat kulai.
masa kat umah pak tam memang best!
kami disajikan ikan bakar bermacam jenis!
marbelles abissssss!!!
faiz. anak pak tam. umur 17 tahun. amek spm tahun ni. gud luck faiz!!! sempat main bunga api dan mercun kat umah pak tam ni.
(en alang tgk bini dia terkinja2 cam budak2, sambil geleng2 kepala)
;)
second raya,
bertolak dari umah pak tam je dah pukul 11am.
so, kami ke yong peng beraya kat sana plak.
then, ke air hitam (umah pak uda),
pastu ke umah maklong,
dan terus ke umah pak uteh.
jap..jap..balek2 umah yang sama je ek?
hehehe~
memang la kan..sebab tahun ni ucu ani balek muor lambat.
dia beraya kat padang rengas, perak dulu.
so, macam kureng sket la nak berjalan2 ni.
raya ketiga je,
kitorang dah gerak ke perak.
sebab ayah dah penat sangat kot.
lagipon, sabtu tu nak beraya umah mak abah en alang plak.
(hehehe..ibu mertuaku)
untuk entri raya tahun lepas pada raya ketiga, keempat.. leh klik kat----> siniraya keempat,
pagi2 tu, kawan2 ajiq datang umah ibu,
beraya.
ibu masak mee bandung.
so, kitorang ke umah parents en alang tengah hari tu.
abah en alang masak lauk faveret aku, ayam ngan kentang ngan suhun masak kicap black pepper.
mak en alang plak, masak nasi ayam.
ayah makan 2 pinggan tau!
memang susah nak tgk orang tua ni makan bertambah.
kat umah besan gak makan tambah2.
hehehehe~
itu je la kot kisah raya aku dan en alang tahun ni.
oh...
en alang purely orang perak.
so, dia tak tau
bara'an tu apa.
korang tau apa tu bara'an?
bara'an=marhaban.kalau orang jawa johor dan selangor, on 2nd raya je dah buat bara'an dari umah ke umah.
en alang tgk pon dia pelik.
dia tak sangka la raya kat johor meriah cam tu skali kan.
plaknye,
malam raya tu ada plak takbir umah ke umah.
memang best!
:)
jom makan rota dan super ring! my faveret!!! rota..rota...rota... (sambil buat gaya tangan macam iklan rota)
dah..dah..
aku nak jalan2 kat blog korang plak.
mesti dah banyak korang post ni.
*gambar2 di atas adalah dari arkib simpanan aku ye. tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati. peace!