Followers

Saturday, August 16, 2008

usia bertambah setahun lagi



apa yang aku hajatkan untuk tahun akan datang?

-menjadi lebih baik
-menjadi lebih rajin
-menjadi seorang yang berjimat
-menjadi lebih beriman
-menjadi lebih bertimbangrasa
-menjadi isteri solehah
-menjadi pekerja yang punya matlamat
-menjadi kawan yang setia




impian?

-bercuti ke pulau redang
-beli rumah (ni macam lambat sket lagi kot)
-nak jadi kaya-raya
-nak bukak bisnes sendiri





awal2 lagi ibu dah beri 'ang pow' hadiah hari jadi. ibu, ayah dan adik2 semua kat penang skang ni. huhuhu~

aku jugak terdampar kat manjung nih. sebab meneman suami tercinta. dia kan bekerja hari sabtu (half day).




ahad,
dalie bertunang.
alamak!
kek tak pegi tempah lagi ni.
petang ni nak pegi kedai kek ngan en alang.
pilihkan kek untuk dalie cayang.
:)


ulangtahun ke-27. selamat hari jadi.

Thursday, August 14, 2008

takut wei!!!

pepagi lagi ibu kol aku.
suara terketar2.

aku cuak.
ibu cerita ada orang mengintai iqa mandi sambil rakam.
dengan kamera phone.

iqa nampak tangan orang dengan phone tu kat tingkap bilik air.
dahla minah tu jenis mandi lama2.
ntah berapa lama agaknya orang tu dok tgk iqa mandi.
ibu kol ayah, ayah suruh buat report polis.

iqa nampak je tangan org tu,
dia terjerit2 ngan kepala masih lagi bersyampu terus meluru kuar.



bila aku dengar je ibu cakap macam tu,
automatically aku gigil2 jugak.
sib baik la alang kat sebelah.
dia peluk aku pon, leh rasa badan aku gigil2 ok.





ingat malam ni nak tidor umah ibu aku.




oh ya.
SuSuk best.

aku tau, ada orang kata tak best, ada orang kata best.
bagi aku, kalau korang nak tgk cerita ni,
toksah la nak fikir itu, fikir ini.
tak yah susah2 kepala otak korang ngan memikirkan kenapa macam ni, tak macam tu.
apakah motif ayam merata2.

dah namanya cerita genre misteri...
harusla tonton dengan perasaan misteri camtu.



samala macam tgk cerita hantu jepun, korea...
selalu je beri clue2 misteri, tiada jawapan.
boleh la penonton terima plak kan?


macam tu la...
secara kesimpulan, hanya orang2 yang berfikiran simple macam aku je yang kata cerita ni best kot.
hahahahhaha!


nak tgk wall.e
tapi skang ni cuti skolah, for sure ramai kanak2 berduyun2 tgk cerita animasi ni.
so, maybe beli dvd je kot.

Tuesday, August 12, 2008

tahniah!


kepada Zie di atas kelahiran baby girl, Aisya Qistina pada hari khamis lepas.

Zie, cepat2 ye post gambar Aisya. tak sabar nak tengok permata hati awak tu. your baby girl ngan kite kongsi bintang yang sama.. LEO.

boleh geng! D




malam ni dah buat janji ngan en alang, nak tengok SuSuk. tak sabarnyeeeeeeee..........

hikhikhik.

lepas tgk wayang, en alang cadang nak pi jalan2 kat tepi pantai Lumut nun. pastu, kalau ada masa, nak pi karok plak.


wah! tak sabar ok. dah lama tidak beronggeng macam ni.
:D

Monday, August 11, 2008

musim kenduri

mesti korang ada banyak jemputan kawen last week kan?
aku pon sama.
2 hari berturut2.
2 majlis.


sabtu;
majlis tu betul2 depan umah aku.
so, harusla jengah muka dari hari nikah, di majlis marhaban dan khatam Quran hinggalah ke majlis sanding.
sebab aku macam geng kamceng ngan mak pengantin pompuan.
ngan pengantin je aku tak rapat.
tak kenal pon ekceli.
hahahahha!

ye, aku berkawan ngan makcik2.
hehe..



ahad;
perkahwinan yang memang grand.
kawan sepermainan aku masa kecik2 dulu.
budak lelaki. muda setahun dari aku.
dah jadik pegawai air-force pon.
:)
orang bawak pedang ada 50 orang.
ada lintasan kapal terbang.
ada tari-menari.
ada orang nyanyi2 live gitu.
khemah vip dan orang biasa2 di jarakkan begitu jauh.
kesian mereka yang biasa2 itu.
(aku ditempatkan di vip~dah namanya kawan kan, harusla beri aku tempat special)
umah mak bapak dia ni kat dalam pelabuhan navy. atas bukit.
kereta tetamu ditempatkan di bawah bukit.
untuk naik ke atas bukit, disediakan kenderaan khas.
semua harus tunggu bawah khemah mengikut giliran untuk ke atas bukit.
macam tunggu giliran tren kat zoo.
:D





next week plak ada 2 jemputan.
2-2 hari ahad, 17hb.
majlis pertunangan dalie,
dan majlis sanding best fren en alang. di segari.


harap2 aku punya kekuatan pada hari tersebut.
sebab lately ni aku slalu sangat saket belakang.




16hb ogos ni birthday empunya blog.
ada sesiapa nak jumpa beta?
hehehe...

kalau nak jumpa, sila bawak hadiah besar2 ye.
;)



kembor (lindosh),
anda menyambut hari kelahiran dengan siapa?
tak nak turun sini ke? kite raikan bersama2?
;)

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...