Followers

Saturday, January 22, 2011

Khalish demam. Maybe penat sangat kot jadi abang. Huhu~

termenung. maybe tengah pikir lepas ni kena mandikan adik jaz pulak.

biarpon demam, susu sebotol tetap abis ok!

tuam kepala. itupon kejap je dia nak. semalam dah pi klinik, doc bagi antibiotik yang kuat dan ubat demam masuk kat montot. nampak sangat demam dia kuat semalam. harini demam dah nak baik dah. harap2 tak datang semula demam tu nanti.

Friday, January 21, 2011

Tak ramai yang tahu. Meh sini nak cerita...~

Hari khamis aritu, 13hb jaz kena cirit-birit. aku panik sebab bila dah petang tu jaz nanges jenis jerit2 maybe saket perut sangat2 agaknya. terus ke spital dan tak disangkal lagi, kena tahan kat wad. tapi yang sedihnya aku tak dapat stay sekali ngan dia kat wad SCN (Special Care Nursery) tu sebab katil untuk mak2 dah penuh. terpaksa aku balek dengan hati yang berat. Jumaat tu, pepagi lagi aku dah siap2 bersemangat nak tgk hero pujaan hati kat spital. dahla malam tu aku tak dapat tido sebab tetek dah bengkak sangat2. aku pam susu pon tak jalan. dan alhamdulillah juga jumaat tu aku dapat katil.

bila ditanya dengan doc, doc kata perlu pemantauan dan pemberian antibiotik selama 3 hari perlu dilakukan. so, aku buat kiraan ahad tu dah boleh kuar dah. tapi...harapan hanya tinggal harapan je ye. elok sabtu tu tetiba doc bilang antibiotik perlu diteruskan hingga 5 hari dan ini bermakna hanya hari selasa nanti baru kami dibenarkan discharge. adoi...memang beku la dok kat wad tunggu anak ni. dahla takde hiburan a.k.a tv. jadi sepanjang kat sana keje aku setiap 2-3jam kacau jaz dan beri dia susu. kalau dia takmo minum pon, aku just usik2 dia sekadar nak isi masa lapang aku.

apapon, skang jaz dah sehat dan jadi burung hantu kat umah. kemain terbuntang mata dia kalau malam menjelma. korang enjoy je la gambar2 jaz sepanjang berada di wad ya!

jaz merasa dok bawah lampu satu malam. sebab doc kata ada kuning sket. tak tinggi mana la sebab tu dok bawah lampu satu malam je.

tali pusat kering dan tertanggal malam tu jugak. terkejut pagi2 aku datang spital tu tengok2 tali pusat anak dah takde. huhu~

baru lepas menyusu. muka tenang je.

dengan baju spital. adoi...dah semua kata jaz muka cam pompuan. takpela nak, mama tak dapat anak pompuan pon takpe. dapat anak jantan pon semua dok kata cam pompuan.

budak2 lain dok nanges2 kat dalam wad, dia leh tido lena bukan main lagi. susah ooo nak dengar suara dia.

skarang jaz dah 3.1kg! woohooo!!!!

comel2 semua kecik2 je. rasa nak geget2 dan kunyah2 je ok! haha~

baru lepas nyusu gak. kulit mengelupas sebab kering kena aircond wad kot.

ibu dan anak. kalaula boleh kekalkan berat sekarang sampai bila2...

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...