Followers

Thursday, July 22, 2010

Magic, perasaan atau telepati?

semalam petang as usual mesti tonton benci bilang cinta.
at first citer ni faveret ibu.
abis tu, kalau ibu dah suka, hari2 paksa tekan channel 104 tepat jam 6.30 petang,
tak pasal2 anak2 dia pon turut terjebak suka kat citer ni.
haha.

then, ada satu babak tu, mamanya si  Winda tu rasa mual2 dan papanya pulak rasa ngidam2 dan sering saket perut. konon2nya mereka boleh rasa kesakitan dan perkara2 yang diidam Winda yang tengah mengandung.

hehe. zaza plak direct tanya ibu, ibu ada rasa apa2 ke?
ibu cakap, heh. ngarut je.

haha.
macam aku, memang la ibu tak rasa benda2 yang aku alami. tapi, ibu slalu boleh rasa telepati aku. katakan aku naaakkkk sangat2 makan nasi goreng, tetiba balek dari keje je, nasi goreng dah terhidang depan mata. tak ke magic tu?
banyakla masakan yang slalunya aku nak sangat2 makan, tetiba ibu dah masak.
udang masak lemak,
sayur turi masak lemak ngan ubi,
ayam panggang...haih...macam2 la.

bahkan, kalau aku teringin nak megi pon, tetiba ibu balek dari pasaraya bawak 2 bungkusan megi bersamaan 10peket. hahaha.
dasat kan?

korang yang pernah mengandung dan tengah mengandung ada tak mak korang punya telepati kuat macam aku ngan ibu aku ni? meh la kongsi2.
:)

Budak bertuah tu dah berumur 10 bulan 2 hari.

manja2 ngan mama. ketika berumur 7 bulan.

makin banyak akalnya.

:)

makin lasak.
makin kuat melalak.
makin kuat merayap.
makin kuat membebel.

ha...yang buruk2 semua kat dia la. hehe.
(buruk2 yang comel tau. bukan buruk2 yang jahat)

khalish dah start nak memapah.
which is good sebab dah nampak ura2 nak berjalan sekali.
bagusla. gigi pon macam nak bertambah je.
skang dah ada 2 atas, 2 bawah. ni macam nak tambah lagi 2 kat atas.

yang tak tahan tu, khalish nak memapah kat perut aku eh.
macam tau je adik dia dalam perut, pastu dok dengki2 tekan2 perut mama.
haihh...mamanya yang senak2 dok tahan dia tekan2 tu.

apapon, sangat happy bila khalish ada kemajuan.
dari aritu dok risau2 dia tak merangkak, skali bila dah merangkak cepat pulak nak memapah dan berjalan.
ibu kata seminggu dua lagi boleh la kot tgk dia berjalan.
so, raya nanti bolehla tengok dia terkedek2 berjalan turun naik bukit umah opah dia.

heeee.....tak sabarnya!
:)
masa tu mesti riuh umah opah dia dok tegah dia jangan tarik langsir, jangan turun naik tangga, jangan main tv opah....
wahhh~ berangan tak hengat ni.
hehe.

tapi pelik oh. sebab supposely budak kalau dah makan, dia minum susu pon dah kurang la kan?
khalish tak ok! makin banyak nenen adala.
haihhh..makan pon makan jugak. minum tetap nak regular macam schedule baby tak makan.
camno?

dan perut dia dah makin naik. bulat macam perut mama dah. huhu.

maybe kena tengok semula schedule makan dan minum dia.
ibu pon risau kalau cucu dia obese plak nanti. haha.

gelang dia pakai tu skang ni dah muat2 tangan dia je. kena beli gelang lain nampak gayanya.

Wednesday, July 21, 2010

Nota Untuk Lelaki

Luahan perasaan dari seorang perempuan yang dikelilingi lelaki-lelaki yang terdiri daripada keluarga, saudara mara, sahabat handai, rakan-rakan kerja dan mereka yang tiada kena mengena.

Lelaki,
Aku tak suka kamu meludah merata-rata. Pakai baju dan kasut bukan main berjenama. Tapi meludah di khalayak awam amatlah menjijikkan.

Lelaki,
Aku tak suka kamu kencing merata-rata. Kamu pakai kereta mewah, tapi air kencing kamu mengotori tayar kereta orang lain. Apa perasaan kamu apabila orang lain yang kencingkan tayar kereta kamu? Bukan main kamu menyumpah seranah ye?

Lelaki,
Aku tak suka kamu melihat wanita sebagai objek. Biar secantik mana pun wanita tersebut, kamu tak patut menghampiri mereka dengan niat untuk test market. Perempuan punya hati dan perasaan. Bukan tempat kamu menguji skil mengurat kamu. Jika kamu katakan suka, bilang saja suka. Jika kamu tidak suka, kamu janganlah mainkan perasaannya.

Lelaki,
Aku tak suka kamu angkuh mencanang kepada dunia bahawa kamu adalah kasanova yang terhebat. Perempuan keliling pinggang. Sedih, isteri kamu begitu ikhlas mencintai kamu dan tidak tahu dengan perangai playboy kamu. Namun, demi angkuhnya kamu di depan rakan-rakan, kamu berbangga dengan pencapaian himpunan perempuan-perempuan jalang di sekeliling kamu.

Lelaki,
Aku tak suka kamu merokok di hadapan isteri dan anak-anak kamu. Tahukah kamu asap rokok itu lebih membahayakan kepada orang lain daripada mereka yang menghisapnya sendiri? Setidaknya, kamu merokok sahaja di dalam tandas atau di beranda sahaja. Tak perlu nak ajar anak-anak bahawa rokok itu amat nikmat dihisap.

Lelaki,
Aku tak suka kamu mengeluh ketiadaan wang di tengah-tengah bulan. Dan kemudian menyalahkan isteri kerana beli beras 10 kilo dan gula 4 kg. Beras 10 kilo dan gula 4 kilo itulah untuk menampung perut kamu dan anak-anak selama 2 minggu. Kalau beli rokok harga RM7 sekotak sehari tu boleh pula ya?

Lelaki,
Aku tak suka kamu mengerang-ngerang kesakitan ketika demam atau sakit. Bukankah kamu diciptakan sebagai seorang lelaki? Bukankah lelaki sepatutnya lebih kuat daripada perempuan? Aku pasti sekiranya kamu merasakan sakit senggugut atau sakit beranak, sudah pasti kamu terlolong-lolong. Percayalah, demam dan sakit gigi tidak seperit seperti sakit beranak.

Lelaki,
Aku tidak suka kamu mengarah-arah isteri atau anak-anak kamu melakukan kerja-kerja remeh. Sanggup kamu mengarah isteri untuk membuatkan kamu teh susu kegemaran kamu? Isteri kamu pula ketika itu sedang berperang di dapur untuk masakkan makan malam untuk kamu sambil mengelek anak tatkala kamu sedang enak menonton tv?

Lelaki,
Aku tidak suka dengan perangai kamu yang gemar memaki anak dan isteri. Isteri terlupa menggosok baju kamu, dikatakan bengap. Anak dapat keputusan ujian tidak membanggakan dikatakan bodoh, sial. Tahukah kamu anak dan isteri kamu itu adalah amanah? Di mana janji kamu dengan isteri pada awal perkahwinan untuk membimbingnya? Di mana janji kamu pada anak pada hari pertama kelahirannya untuk mendidiknya?

Lelaki,
Aku tidak suka pada kamu yang suka makan sambil mengecap-ngecap dan mengunyah makanan sambil mulut terbuka. Adakah kamu tahu ada pepatah mengatakan sebagaimana cara kamu ketika makan, begitu jugalah cara kamu di atas katil bersenggama?

 Lelaki,
Aku tidak suka ketika kamu membiarkan sahaja seorang wanita mengandung terkedek-kedek membawa fail-fail yang menimbun naik turun tangga sendirian. Apa salahnya jika kamu membantu mereka meringankan beban mereka? Luak ke tenaga kamu yang dikatakan hebat dan kuat itu?



Kepada lelaki, maafkan aku kerana terlalu lantang menulis hari ini. Aku tidak maksudkan kesemua ciri tidak baik ada pada kamu. Cuma aku harapkan ini semua menjadi pedoman dan panduan untuk kamu kaum lelaki. Aku menulis berdasarkan pemerhatian aku dengan orang-orang sekeliling.

Perempuan juga punya banyak kekurangan. Ada sesiapa ingin buat "Nota Untuk Perempuan"?

Monday, July 19, 2010

dalam lemau2 ni, masih jugak gigih siapkan keje.

bayangkan, baru kul 11 pagi dah lapar.
terpaksa buat megi dan terpaksa abiskan megi tu.
terpaksa bukan dipaksa ye.
terpaksa erti kata lain tekak mengada2 nak makan dan perut mengada2 kata sudahla...sudahla....

tapi abis jugak megi tu secawan.
;)

tengahari lagi la macam2.
perut sambung lapar. tapi mata nak katup.
aku rasa aku borak ngan zaza masa lunch tadi pon macam di awang2an.
haha. sib baik dia faham apa aku cakap.

dan skarang bila perut dah penuh, mata lagi la layan ngantuk.

okla. nak cari port tido sat.
:P

rasa lemau je...

sebab wiken ni penuh cabaran.
khalish asik nak melekat je ngan aku.
biarpon siang hari dia ngan makcik dan pakcik dia, tapi malam time nak rehat tu la dia buat hal.

macam pagi ni.
kul 4 pagi bangun mintak susu. ok. biarpon papa dia yang buatkan susu, dah dia nanges2 dah tentu aku pon terjaga.
kul 5 pagi bangun nanges2. nightmare agaknya.
angkat dan letak kat sebelah, masih menangis.
pastu, aku minta en alang bukakkan lampu toilet, bagi terang sket.
baru dia diam.

dia golek2, nampak kitorang sambung tidor, dia pon tidor. antara kitorang.
memula tu, memang la aku tidor ngadap dia. pastu, ntah camne aku pusingkan badan ngadap dinding.
dia boleh bantai melalak!!!

haihhh...tengok...camne tu?
so, seawal 6 pagi kami dah mandikan dia. lepas tu, terus dia tak tidor2 sampai la antarkan dia kat umah kak mis tadi.

sebab tu la aku lemau ye harini.
kalau sesape tegur aku lelebih nanti, aku pangg je karang.
hahaha. takdela. gile apa?

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...