Followers

Thursday, May 14, 2015

Ganti puasa

Colleague wanita semua tengah berlumba-lumba nak settlekan hutang puasa. Aku jugak yang tak berganti-ganti lagi ni.

10 days. Yerp. 10 hari nak settlekan.

Konon nak puasa hari ini. Tapiiii...tak bangun sahur uols. Tak nak tanggung risiko sebab aku ada darah tinggi so takpelah, still ada hari. lagipon period baru je lepas. Marilah pulun mengganti next week dak tan.

Korang dah habis ganti puasa ke?

Azam nak khatam Quran bulan Ramadhan nanti. Sepatutnya start dari sekarang. Sebab Ramadhan biasanya tak cukup2 masa nak masak berbuka, masak sahur, terawih, nak ajar budak2 lagi belom tambah kalaua da homework. Harap2 dapatlah berterawih tahun ni. Ayana pon dah 2 tahun. Dah faham cakap kita.

Doakan kelancaran perjalanan ibadah aku ye. Moga ibadah kita semua dipermudahkan. Aminnn~

Tuesday, May 12, 2015

Are you happy?

Dalam berumahtangga mesti ada naik turunnya.
Dalam bekerja pon begitu. Pasang surut bersaling ganti.

Tadi, aku disoal oleh Big Boss baru. Awak happy keje sini Intan?

Aku berfikir sejenak. Happy. Aku jawab. Saya happy. Walau saya ada ups and downs di sini, tapi saya happy.

Big Boss mengangguk. Tanda faham.

Ramai kawan sekerja yang datang dan pergi. Tapi aku masih di sini.
Bukan tak pernah terdetik nak cari kerja lain, tapi percayalah. Tiada siapa yang mahukan ibu beranak tiga bekerja dengan mereka. Tambahan lagi anak-anak masih kecil dan perlukan perhatian lebih.

Anak sakit? Perlukan cuti atau time off.
Anak ada event special di sekolah atau luar sekolah? Perlukan cuti untuk menemani.
Taska tutup? Perlukan cuti juga.

Alhamdulillah di syarikat ini aku diberi immediate boss yang amat memahami. Selalu ada kes emergency, terpaksa whatsapp atau sms memberitahu saya terpaksa bercuti atau mc, dia dengan memahaminya menyatakan noted, take care. Atau ok, get well soon. 

Tapi, tak semua orang faham keadaan begini. Biasalah, orang tak memakai kasut yang aku pakai. Anak-anak yang sakit, diri sendiri yang sering tak sihat, Terkadang suami tak sihat pon terpaksa diri ini bercuti. 

Tambahan pula beban kerja di sini tidaklah terlalu berat. Setakat untuk keluar sekali sekala singgah di taska menjenguk anak di taska, ambil hantar anak dari tadika memang tiada masalah. Aku memang tidak perlukan jawatan yang terlalu tinggi mungkin. Cukup sekadar yang ada. Kerana aku tahu, jika jawatan semakin tinggi, semakin sukar untuk aku beri perhatian kepada keluarga. Tapi aku cukup kagum dengan rakan-rakan yang mempunyai pangkat besar dan mampu imbangi karier dan rumahtangga. Salute!

I love home. Love to stay at home with my kids. Tapi apakan daya. Ofis ni tak pernah lagi dalam sejarah orang bekerja dari rumah. Hahaha. Mimpi la ko intan oi. 

So, korang happy ke dengan keje korang skang?

Monday, May 11, 2015

Penang. Syurga makanan. Part akhir.

Keesokan paginya lepas subuh kami sambung golek2 atas katil. Aku tolak en alang, en alang tolak aku. memasing malas nak pi beli sarap. Tapi tau2 je la ada 3 budak cinonet ni semua kuat makan. Terpaksa jugak en alang beralah pegi cari bfast. Dapat roti canai kami pagi tu. Alhamdulillah.

En alang dah kata nak pi mana2 haritu, tunggu lepas check out la. Lagipon nak lepaskan penat seharian semalam berjalan dan makan. So takpe. kita tunggu jam 12pm baru checkout dan jenjalan lagi. 

Kali ni bebetul bertekad nak pegi Bee Hwa Cafe, restoran cina yg menjual makanan halal. Bersungguh2 ni nak pegi jugak. Alhamdulillah buka.

Kemain hepi memasing ye. Mementang nak makan. Muka pon fresh lagi.

Ni namanya pose Qu Puteh by Ayana.

Bersih je. Masak pon pakai penutup kepala. Aku jengah2 juga kalau2 ada sijil halal ditampal, tp aku tak nampak atau tak perasan. Tawakal je la. Yakin. Kalau tak yakin, baik jangan makan ye kawan2. 

Senang nak cari restoran ni. Depan dengan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang. Memang area chowrasta dah. 

Amboi. Kemain lagi thumbs up dari Jazly Suka dia tgk udang dah siap berkopek kulit. 

Khalish memang terer bab pose makan2 ni. Haha. 

Sekali lagi. Pose Qu Puteh. Sambil makan pon boleh pose ok. Untuk budak2 kita order Char kuey teow tak pedas.

Ni pulak mak pak punya CKT. tengok tu geram tak? Anyway aku memang suka CKT cina. kering2 gini. 

Udang dia gebuuuuuu. 

Sirap. Nampak bodo2 je tp sedap. I like!

Hingga ke helaian kuey teow terakhir budak ni makan. Kemain suka dia. 

Ni signboard dia. Memang kecik ni je signboard. Sebab tu hari semalamnya kami tak jumpa2 kedai dia. Hahaha. *salahkan signboard*
 Lepas dah kenyang, kami pegi Kedai Jeruk Pak Ali konon nak borong jeruk. Tapi alahai...kenapa eh pekerja2 depa sangatlah sombong. Jawab pon acuh tak acuh. Padahal baru pukul 1pm. Kiranya kedai pon baru bukak brapa jam. Tapi memasing mood mcm PMS je. Aku ketuk pale baru tau. 

Elok2 aku nak borong, last2 aku beli 4 pek je. Lepas tu aku borong kat Nasir Jeruk. Walau org tak ramai, tapi situ takde GST. Miahahaha. Pekerja pon manissss je layan kita.

Aku tak tau pekerja Pak Ali tempat lain mcm mana. Tapi kat chowrasta tu memang sombong baq hang. Kita tanya elok2, depa jawab tak pandang muka pastu merungut2 hempas2 barang. KENAPAKAHHHH BEGITUUU???

Lepas je beli jeruk2, masa ni en alang dah xde mood nak pegi toy museum. Sebab dia dah terbayang2 pantai. So marilah kita pi Batu Feringghi.


Budak2 excited nampak laut. Percaya tak ini pengalaman pertama Ayana dengan laut? 

Memula Jaz tak nak mandi. Sebab masa ni dia baru terjaga dari tido, so mood dah takde. Lepas duduk2 kejap baru dia ok nak turun ke laut. 


Kemain hepi depa. Tapi tulah. Ombak agak kuat. So being a paranoid mom, mohle kita cari pelampung.

Beria mama beli pelampung lengan ni anak2 oi. Kena tiup sendiri pulak tu. Kembang kempis hidung mama ni tiup pelampung.

Eceh. Siap posing.

Hensem tak saya?

Ko tengok. Tak sampai 10minit. dah tersadai kat sini semula. Depa taknak pakai oi. Gerammm je mama awak semua ni tau.
 Lepak dalam 2 jam kat tepi pantai, it is time for us to say goodbye to the gorgeous Feringghi. Sebelum tu, moh le kita pekena laksa sat!

Laksa Penang. En alang kata sedap!

Cendol. Dapat semangkuk je. Last kopek.

Rojak buah.

Bukan main laki I bergambar dengan Tan Sri Muhammad Muhd Taib. Ramah Tan Sri ni. Kemain tegur budak2 ni handsome katanya. Hahaha. *perasan kejap boleh?*

Bukan main lagi depa anak beranak makan haaa. Omaknya tak larat nak makan dah. Tukang klik2 kamera ja.

Sampai ketemu lagi Penang. Kami pulang dengan perut yang penuh dan hati riang ria. Alhamdulillah untuk percutian yang pendek dan menyeronokkan.  

Penang. Syurga Makanan. Part 2

Lepas je turun dari Penang Hill, memasing dah menjajau mencari kedai makan. Aku la ni sebok nak makan char kuey teow cina yang halal. Pengaruh sangat dari channel AFC. Beria pasang google maps dan tanya sekeliling. Siap turun kereta anak beranak jalan kaki dari hujung chowrasta smpai ke nak sampai ke komtar kami berjalan. Sekali kedainya dekat je dgn kereta yang kami aprk sebelum tu. TUTUP DAAAA. En Alang dah tarik2 muka dengan aku. Ye lah kan. Orang lapor ni jangan diusik. Dahla tengah panas, kendong budak, perut kebulur. kedai tutup la pulak. Gerunnnnn.

Sebab kecewa, kami masuk dalam kereta sambil2 tu perabihkan roti kacang merah. Buat alas perut. Aku pujuk En Alang pegi padang kota. Sambil2 goda dia untuk makan pasembor. Hahaha. So kami pi la padang kota. Aku la berangan nak makan mee sotong. Tapi tak tau kedai femes tu katne. Main duduk je. Bila order, datang mee nya macam ni je.


EHHHHH. Yang aku tengok dalam tv tu bukan mcm ni. Sotong dia kaler merahhh. Nak yg merahhhh tu. MANAAAA OIIII! Org penang please tolong i ye. Tunjukkan kedai dan jalan. 

Jaz memang sentiasa bersedia kalau mama halakan phone. 

Ayana dah berlengas. Air segelas ni dia sebok gak nak pegang. Akibatnya habis tumpah segelas coconut shake. LEBURRRR~

Tak abis2 ngan pose ultraman. Boring la anak oi.

Coconut Shake sedap dah. Memang thorbaik. Tapi mee sotong tuuuu. I xnakkkk. Nak yg femes tuuuuu.
 Lepas je kami bersantap, En Alang dok ngendeng2 asik la sebut2 pasembor. Aku la ni sebut2 dari dalam kereta. Hahaha. Sebabkan masa ni anak2 tgh buat perangai walaupon dah makan, so aku suggest jomlah kita tapau je pasembor ni. Balek hotel kita makan. 

Kami stay kat hotel budget yang agak semenggah la juga. SO HOTEL. Dah kata percutian ala2 terjah2 gitu, so amek je la hotel biasa2 je. Yang penting bersih dan selesa. Tak perlu la pool untuk anak2 sebab holiday pon 2d1n je. Kalau berhari2 memang mama cari kan hotel best2. ;)

Kami ambil triple room. Ada 1 queen bed, 1 single bed. 

Single bed. Maaf la bersepah. Standard la org ada anak kecik. *alasan*

Specialnya hotel ni kita boleh pilih jenis bantal yang kita suka. Ada microfill, cotton atau pearl. Aku of course pilih microfill. Baru la rasa bantal hotel 4 bintang. Kahkah. 
Lepas je anak2 mandi dan tidur, mama dan papa amek kesempatan la sambung mengketedarah lagi. Pasembor padang kota, here we come!

Sebelum dituang kuah. Ambik macam2 tapi takdela ketam udang bagai. Just sekadar nak buat rasa2 je. Buat rasa2 pon tak sedar smpai RM16 amek. HAHAHAHA.

Rupa paras setelah dijirus kuah. Nyamnyammm. 
 En Alang kata rasanya ok-ok saja. Takdela meletop kebabom ke apa. Dia siap ajak pi pekena pasembor kat gurney drive plak malam kang. Hahaha. Ok nnti kita tengok sempat ke idok pi sana.

Elok jam 5.30pm, anak-anak terjaga dari tidur. So, marilah mama papa mandi dan kita pergi gertak sanggul pi pekena mee udang kegemaran. 

Dah ada perubahan sikit kat restoran Salwa ni. 

Ayana

Khalish

Jazly. Sori Jaz. Gambar gegor. Mama awak tak sabor nak melantak.

Cantik kan? Indahhh sangat. Masa ni nak maghrib dah. Gertak sanggul ni atas sikit dari Teluk kumbar (atau dalam teluk kumbar?). Sini memang tempat nelayan. Sebab tu seafood mmg fresh2 belaka. 

Nasi goreng udang untuk budak-budak. 

Mee udang. Kami sekeluarga suka mee udang kat sini sebab kuahnya pekat tak macam mee udang kuala sepetang atau restoran yang lain2 nya. Tak nampak udang? Sat naaaa...

Korek2 ni ha udangnya. Ada 6 ekor udang yang lagi besar dari sudu. Memang besar walaupon kami mintak size biasa. Puas makannnn. 

Adoila. Fail betul kamu ni anak. Tapi Jaz memang suka udang. Abis kulit2 udang dimamahnya. 

Putera raja ni pulak asik mintak kita kupaskan udang untuk dia. Makan pon tertib je. Siapa nak jadi menantu? Hahahaha. 

Anak dara kemain laju makan nasi. Lepas tu pow papanya udang. Hahahaha. 

Papa yang terpaksa kupaskan udang-udang untuk anak2. Siapa suruh makan laju2. Tengok i menikmati setiap hirupan tau...Makan kena slow mo. Haha.

Tengok. banyak lagi dalam pinggan I. :)

Huuiiiii. Rasanya kali ni mee udang pakcik ni bertambah pedas. Nasi goreng dia so-so je la. Tapi tak sepedas mee udang. Ayana and the boys boleh makan dengan selesa la. 

Lepas je bersantap, kami singgah di surau berdekatan untuk maghrib dan bergerak ke gurney drive. Kengkonon nak la lepak2 tepi laut sambil disapa angin bayu gitu. Akan tetapiiii. MasyaAllah kereta berderet2 berduyun2 memang jangan mimpi la dapat park kereta kat situ. So, kami terpaksa berlalu begitu saja dari gurney drive hanya melalui jem je. Huhi. Takpelah. Ada masa lain kita ketemu lagi ye.

Sebabkan dah harung jem, tetiba kami laki bini rasa lapar semula. Aduh2 perut apakah ini. So terus on google maps dan search nasi kandar line clear. Walau tempat ni takde dalam list, apa salahnya cuba tempat baru kan. Rupa2nya dekat je dengan chowrasta. Nampak nau x pernah pegi.

Sampai2 je terkejut tengok orang ramaiiiii walau dah pukul 10 lebih. Kami ambil menu ringkas je. Nasi, ayam goreng dan kuah campur. 

Huuuiiii. Yang comot-comot ni la sedap ok.Ya ampun. Sampai harini kami laki bini asik sebut-sebut nasi kandar Line Clear ni. Sedap!

Budak2 xnak makan. Depa bertiga balun air sorang setin. 

Bergambar depan kedai sebagai kenangan. Again. Ultraman pose lagiiiii??? Nampaknya kena bawak depa tgk hi5 pulak la bagi berubah gaya pose. Haha. 

Ok. Settle hutang part 2. Nanti kita sambung part 3 ok. :)

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...