Followers

Thursday, September 22, 2011

Baru anak 2 orang dah kecoh cenggini. Hahaha~

Bebudak 2 orang ni kalau berebut barang memang terbaik la...si kecik dah pandai main rampas je, si abang tak nak ngalah. aduhai...mama jadi tarzan hari2 nak leraikan korang tau.

tu baru anak umur 2 tahun ngan 8 bulan. kalau umur 12 ngan 10 tahun camne gamaknya? mama jadi incredible hulk la kot ye?


pic 1: abg long wat pe tu? main tali beg mama eh?
pic 2: ahhh! ko sebok pehal? pi main jauh2 sana. 
pic 3: alah abg long ni. orang tanya pon takleh. tu mesti syok sgt main sampai terbaring2.
pic 4: yeahhh!!! kita serang abg long!!! abg long...nak main skali..leh tak?


pic 5: tak boleh la adik. ko ni...aku dah kata pi main jauh2...
pic 6: hek eleh...cam best sgt la tu takat main tali beg mama je.
pic 7: takpe...nanti adik mintak mainan best dari mama. adik tak heran la tali beg camtu.


ni sib baik si jazly tak suka sgt main tali beg. kalau khalish tu memang suka bebenor main tali beg. tapi slalunya jaz suka main walkie talkie, bola...itu la yang slalu diorang rebutkan. haihhh~






Wednesday, September 21, 2011

Sambutan birthday Khalish yang sedang2 saja...~

Birthday anak, tapi mak pak yang beria2 nak pi makan luar bagai. Hahaha~
Selepas berbincang dengan seriusnya untuk makan di mana, kami laki bini sepakat pilih Chef Noodle House sebagai destinasi kami untuk mengisi tembolok masing2.


Birthday boy makan fries je ye? Budak ni susah betul nak makan. PUas disuakan makanan harammm nak disentuhnya.

Anak ngan papa sebok dok kunyah fries.

Ayish tgk adik Jaz yang behave je sepanjang malam. Betul2 kagum ok!!!

Tadi baby chair semua penuh. Bila dapat, tengok tu, kaki naik meja ok! Sib baik la ko tu birthday boy anak...kalau tak mama dah melenting time2 tu jugak. Record wooo semalam seharian tak tinggi suara kat Khalish. hahaha~

Adik Jaz yang behave je dok telan air liur. kesian pulak nengoknya. Aku curi2 suap dia mayonis dan kuah lauk seafood. Haha....

Papa punya menu: Beef Fried Rice. apa salahnya tulis je kat menu nasi goreng daging. tapi sedap la lauk ni cuma daging tu liat sket. 

Menu mama: Seafood fried rice. portion untuk 2-2 menu ni memang besar. tapi tu la. kami laki bini ni jenis perut besar gak maknanya macam tak kenyang je malam tadi. Hahaha~
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.





Yang kat atas ni pulak projek aku malam tadi bungkus cikedis untuk diberi pada babysitter Khalish dan jirannya serta kawan-kawan Jaz kat taska. Nasib la nak birthday ko tetengah bulan (pulaknya baru lepas raya). Ini je yang mama papa mampu. Huhuhu~


Kek dah dihidang masa open house haritu. Maybe nak wat celebration betul2 punya on this weekend atau next weekend. InsyaAllah~





Tuesday, September 20, 2011

Harini birthday my honey pumpkin ladybug belalang al-hafiz saya!



Tak terucap dengan kata-kata...kehadiran mu wahai anak cukup membahagiakan.
Mama dan papa sangat2 bertuah memiliki kamu. Sayang Khalish sampai bila-bila!


Doakan yang baik2 untuk anak ini ye. Doa kalian cukup berharga. :)

Monday, September 19, 2011

Sekitar open house hari sabtu haritu...~

Sabtu haritu kitorang sefamily sepakat nak wat open house. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.

Menu: Mee bandung, mee rebus, soto, nasi impit, rendang ayam, kuah kacang, air pepsi dan air siren (sirap+oren). 


Ni je gambar makanan yang aku amek. hahaha. padahal menu punyalah banyakkk~


Antara tetamu yang hadir...~


Zaza dan Khalish sambut birthday sama2. Zaza menginjak umur 24 tahun 15hb haritu dan Khalish bakal 2 tahun 20 hb ni. :)


Mak encik jadi babysitter sementara tetamu menjamu selera ya..hehe. (Sebenarnya jaga anak sendiri yang tak terkawal tu)

Khalish dalam cubaan nak buat peace tapi tak reti. haha....comel! Oh..Khalish pon jadi babysitter gak haritu. 







nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...