Birthday anak, tapi mak pak yang beria2 nak pi makan luar bagai. Hahaha~
Selepas berbincang dengan seriusnya untuk makan di mana, kami laki bini sepakat pilih Chef Noodle House sebagai destinasi kami untuk mengisi tembolok masing2.
Birthday boy makan fries je ye? Budak ni susah betul nak makan. PUas disuakan makanan harammm nak disentuhnya.
Anak ngan papa sebok dok kunyah fries.
Ayish tgk adik Jaz yang behave je sepanjang malam. Betul2 kagum ok!!!
Tadi baby chair semua penuh. Bila dapat, tengok tu, kaki naik meja ok! Sib baik la ko tu birthday boy anak...kalau tak mama dah melenting time2 tu jugak. Record wooo semalam seharian tak tinggi suara kat Khalish. hahaha~
Adik Jaz yang behave je dok telan air liur. kesian pulak nengoknya. Aku curi2 suap dia mayonis dan kuah lauk seafood. Haha....
Papa punya menu: Beef Fried Rice. apa salahnya tulis je kat menu nasi goreng daging. tapi sedap la lauk ni cuma daging tu liat sket.
Menu mama: Seafood fried rice. portion untuk 2-2 menu ni memang besar. tapi tu la. kami laki bini ni jenis perut besar gak maknanya macam tak kenyang je malam tadi. Hahaha~
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Yang kat atas ni pulak projek aku malam tadi bungkus cikedis untuk diberi pada babysitter Khalish dan jirannya serta kawan-kawan Jaz kat taska. Nasib la nak birthday ko tetengah bulan (pulaknya baru lepas raya). Ini je yang mama papa mampu. Huhuhu~
Kek dah dihidang masa open house haritu. Maybe nak wat celebration betul2 punya on this weekend atau next weekend. InsyaAllah~
Simple2 pun jadi ler yang penting ingatan tu. Lagipun Khalish belum faham lagi. Hihi. Ada terbaca kat babycentre kot, anak2 baya Khalish ni belum berani sangat bersosial jadi kalau menjemput reramai orang yang dia tak kenal pon, boleh menimbulkan stress.
ReplyDeletePasal makan, Azra pun sama. Kena selalu tukar2 menu dia. Kalau asik mengulang, mulalah bercinta nak makan. Malam tadi, sebab dah lama tak masak bayam, mahu plak masuk dekat 10 suap. Kalau dapat suap 5 kali pun kitorang dah syukur.
Meriah!! Tapi utk papa dan mama je la..khalish celebrate dgn fries je ek..kalau aunty ada kat sana sure dah belanja kek dah..heheh
ReplyDeletesimple celebration ok wut...jnji happy
ReplyDelete