Followers

Friday, June 26, 2009

blog adik-beradik.

ewah!
semua adik2 aku sebok nak ada blog jugak ok.

hehehe.
kalau korang rajin, pi la jenguk blog diorang ek.




zaza: http://farynna.blogspot.com/


ajik: http://teddylovemusic.blogspot.com/


boleh klik kat url atau gambar masing2.
akan sampai la korang kat blog diorang.
adik2ku, takde komisyen ke promote blog korang nih?
hehehehehe~

michael jackson meninggal dunia


innalillahiwainnailaihiraji'un.

pepagi ni, dengar kat hot fm, terkejut beruk aku.
yela, raja pop dunia dah takde.

aku memang membesar dengan lagu2 MJ.
dan ayah rajin record video2 MJ.
kecik2 lagi aku dah tau moon walk.
dan sampai skarang, masih takut dengan video lagu thriller.

that's it.
no more king of pop.
ramai2 kite sedekahkan al-fatihah atas pemergiannya.

al-fatihah.

edite 9.49am: nama islam MJ adalah mikaeel. sebenar mana keislamannya dan macam mana dia dikebumikan, wallahualam.

Thursday, June 25, 2009

kejap debab, kejap feeling kuruih.

nape ek muka aku ni asik berubah2 je?
ada masa nampak kembang,
ada masa nampak kuncup.

tapi paling tak bleh blah, hidung aku ni makin mengembang.
adoi aaii...nak tgk cermin pon dah malas dah.

pagi tadi aku ngan en alang, 2-2 kesiangan.
terjaga kul 7.30.
mentang2la ujan, best je tarik selimut.
sempat jugak aku gorengkan ikan untuk en alang.
tapi, tak sempat buat lauk apa pon kat dia, just bawak kicap ngan pepper je.
cian en alang.
huhuhu~

takpe bang eh, malam nanti ayang masak special untuk abang tersayang. ok?

dan skang ni aku cepat penat.
naik turun tangga tak segagah dulu.
baru berdiri kejap je, dah rasa lemah lutut.
tapiiii....baru2 ni berat aku turun.
turun 0.4kg.
nurse ngan doc pelik. slalunya oprang naik berat,
ni aku turun plak.
harap2 penurunan berat ni tak jejaskan baby.
oh, aritu pon jumpa nurse, nurse dah bagi dengar jantung baby.
seronok plak.
tapi yang tak bestnya, dia tekan2 alat tu kat perut sampai senak rasa.
adoiii aiii. tak selesa.

maybe next week nak pi scan.
=)
sape2 nak ikut? meh la...
dah la last month, takde sape ikut.
sedih je tau.
doc tanya, ada sape2 ikut? suami?
masa tu aku dah sedih dah. tapi maintain je.
aku cakap semua orang takde. keje.
huhuhuhu~

kali ni maybe en alang boleh kuar kejap kot dari kilang dia.
keje kilang kan payah sket nak kuar2.
so, aku pon kena la faham.
sebab pernah jugak keje kilang.
dah tau sangat camne flow diorang.

Wednesday, June 24, 2009

musim

durian. 2 hari berturut2 ayah beli durian. dasatt....



ayah bersungguh2 nak bukak durian.


en alang tukang tengok je. dah tu, bapak mertua beria2 nak bukak sendiri, menantu tengok je la.


iqa bagi stacy makan durian. budak bulu tu semua benda dia makan. jangan terkejut, stacy sangat suka makan benda2 manis. especially kek dan kuih2.


kat tempat korang pon dah senang dapat durian kan?
aku tak dapat la nak makan banyak2, sebab takut nanti baby panas.
so, dapat makan 4-5 ulas pon dah kire ok.
kalau tak, lama dah aku menatap durian tu selagi tak abis.
huhuhu~

teruja! (entri khas untuk dedalie)


muka teruja dapat tgk transformers malam tadi.


*lia, jangan mati dulu. tengok dulu citer ni, baru ko dapat mati dengan tenang.
(ok, aku ngaruk je ni. tapi, citer ni memang best gile!)

Tuesday, June 23, 2009

terbaikkkkk!!!!!!!!!

optimus prime, cool!
sam witwicky, my hero!
mikaela banes, hot gile!!!
bumblebee, comel!

all the autobots, gempak!

ngehngeh....

4 thumbs up! (skali ngan ibu jari kaki aku bagi)

=)


sangat2 disarankan korang tengok. silalah tengok k.

yeayy!!!

meeting dah abis.
rasa lega sangat.
sebab, lepas ni keje aku follow-up benda sikit2 je.
dan get ready untuk external audit je.

tiket transformers dah beli.
tak sabar weiiii!!!!!!
ahaks!

kebizian

hari ni sebok.
ada meeting bersama manager2 sekalian.
(chop! aku bukan manager lagi ye...doakan la aku suatu hari nanti)

pagi terpaksa ke klinik.
petang, ada meeting.
macam full je schedule aku hari ni.
ntah sempat nak update blog ke idak.

oh, malam ni nak tgk transformers.
dah kuar ek hari ni rupa2nya.
smalam check schedule wayang, ada plak untuk harini.
so, apa lagi, mari ramai2 serbu panggung!
ho yeahhh!!!!

sebelum aku beredar,
aku tinggalkan entri zaza pasal celebration father's day sabtu lepas.
kitorang wat awal sebab ahad tu ayah dah balek kl.
:)

take care korang!!!
muaahhhh!

Monday, June 22, 2009

surat untuk AYAH

ayah,
along sayang ayah. ayah banyak berkorban tolong along selama along hidup ni. ayah memang ayah yang penyayang. siapa kata ayah garang? ayah nampak je garang, tapi hati ayah lembut.

masa along belajar dulu, ayah tak pernah mengeluh depan anak-anak kalau takde duit. ayah akan usahakan juga nak didik kami dengan pendidikan yang sempurna. dan sekarang hasilnya, anak-anak ayah dah boleh berdikari sendiri (biarpon kadang-kadang ada jugak terkucil..hehehe). along tau, masa along kat Uni dulu, ayah susah jugak. sebab masa tu adik-adik semua sekolah lagi, banyak duit nak pakai. dan masa tu jugak along banyak sangat joli pakai phone. sampai bil beratus2. masa tu, ayah marah along pasal bil, tapi along ni degil. naaakkkk jugak pakai bil. dan takde kesedaran sivik masa tu. ayah biarpon marah pasal bil tu, ayah tetap bayarkan. sebab tu along kata hati ayah ni lembut. ayah marah sekejap je, biarpon anak tu yang salah. tapi, ayah akhirnya akan mengalah juga.

along minta maaf ayah. along banyak susahkan ayah. terutama semasa along remaja dulu. banyak sangat memberontak. tapi sekarang, bila along tengok adik2 buat ayah macam tu, cepat2 along marahkan adik2. along tak mahu adik2 jadi macam along dulu. suka ambil kesempatan atas kebaikan ayah.

ayah biarpon jarang ada kat rumah, tapi kami adik-beradik tetap hormatkan ayah. ayah berjaya didik kami. kami tetap akan tunggu ayah untuk makan semeja dengan kami. kami akan tetap suka tengok tv dengan ayah biarpon ayah suka buka sports channel. dan ayah akan gelakkan kami bila kami terpaksa tengok golf tournament. biarpon ayah jarang bercakap dengan anak-anak, tapi kami tetap faham perasaan ayah. body language ayah tu, dah buat kami faham sangat perangai ayah. kalau ayah tak suka, ayah jelingkan saja. atau buat tak tahu. along ingat lagi, masa along darjah 6, ayah takde kat sini sebab ayah kat UK. ayah berkali2 minta maaf kat along sebab tak dapat bagi galakkan dari depan mata untuk along hadapi UPSR. dan ayah bercakap panjang dengan along malam tu. bagi galakkan bersungguh2. dan semasa along ambil exam, along terngiang2 galakkan yang ayah beri. betul2 buat bakar semangat. dan along berjaya dapat 4A. terima kasih ayah!

masa along nak kawen dulu, semua kawan-kawan along tak yakin yang ayah akan beri reestu dengan hubungan along dan alang. tapi itu semua meleset bila ayah tunjukkan minat nak pergi rumah besan ayah setiap kali raya. along memang tak berani nak bagitau ayah tentang alang. sebab masa tu pon, along tak harapkan ayah restu hubungan kami. sebab, along dah pikir dah. kalau ayah tak restu, kitorang tak nak teruskan. tapi, ayah dah restu, tanya macam-macam pasal alang, kerja apa, gaji berapa, awak dah fikir ke nak hidup dengan dia...etc. masa tu, along rasa bersyukur sangat2. ayah tak berkira pon nak menantu gaji 5 angka, kereta besar atau rumah besar. kami berjanji akan bina hidup sendiri. terima kasih atas restu ayah.

sekarang ayah dah nak jadi atok. semalam, masa kami hantar ayah kat stesen bas, zaza buat lawak. suatu hari nanti, cucu ayah akan terjerit2 kat stesen bas, "nak ikut atok! nak ikut atok!". hehehe. masa tu, kitorang semua gelak besar. tapi ayah tak dengar, sebab ayah dah naik bas. oh. dan ayah tetap akan usahakan balek every week biarpon kadang2 terpaksa bawak balek kerja dan buat kat rumah. along sangat2 kagum dengan ayah. ayah tak kenal erti penat. ayah sanggup berulang alik. tak ramai ayah dan suami sanggup buat macam tu. ayah tak kesah walau ayah penat atau tengah demam. ayah tetap akan balek. kecuali ada kerja yang penting, ayah terpaksa dahulukan kerja. itu kami faham.

apa2 pon ayah, kami sayang ayah sampai bila2. dan along doakan ayah akan dapat cucu yang ramai dan bakal menantu yang cantek/hensem/kaya suatu hari nanti!
oh, dan semoga dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur. amiinnnn~

dan sentiasa hensem! mmuahhhh!


my beloved ayah and ibu!
happy father's day, ayah!


*pesanan untuk zaza, sila update pasal dinner dengan ayah ok. kang along bagi link je. along tengah malas ni. plus, kerja berlambak.

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...