Followers

Friday, March 25, 2011

Janganla kata akak kurus adik2 non. Akak malu.

ramai sangat kot yang tegur aku kurus. isk. malu la. aku takla kurus mana. tapi kecik sket la dari dulu. kalau ikut total berat turun dari berat last before aku beranak ngan berat skang adalah 14kg. tapi aritu paling ringan aku boleh dapat adalah 68kg. itu pon berat masa aku tengah demam kena bentan masa berpantang aritu. skang berat aku 70kg. takla ringan mana kan. masih dalam kategori overweight. yup. dulu aku punya berat sebanyak 84kg. berat paling terberat pernah aku cecah adalah 87kg. rasanya tu berat aku before aku dapatkan khalish.

mesti korang pelik apsal berat masa aku nak beranak ngan berat 'normal' adalah sama? ye dik non semua. akak ni kalau pregnant sure turun berat. orang lain berat naik kan. cuma masa dah third tri tu berat adalah naik berdikit2. :) kes khalish dulu, berat naik 3-4kg jugak dari berat asal. tapi jaz ni, berat turun,turun,turn dan berat naik semula sampai takat berat asal je. takpela. janji aku dan baby sehat. 

ni aku masa sebelum pregnantkan khalish. at dedalie@dahlia's wedding. masa ni tengah bahagia bebenor. mana taknya, aku dan en alang masing2 dok kejor berat sapa naik banyak. haha.

ni masa sambut wedding anniversary aritu. hmm..nampak beza tang muka la ek? tak comel macam dulu dahhh....huhu.

ada yang beranggapan aku kurus sebab aku pakai korset premium beautiful (pb). yup aku beli pb sejak sebelum aku pregnantkan khalish lagi. punya la lama dah. 2 tahun lebih dah gamaknya. masa aku lepas beranakkan khalish, aku pakai pb on off je. punyala malas. sebab tu kot badan naik balek lepas tu. sekarang aku berazam nak pakai selagi daya. bayangkan, skang ni kalau aku tak pakai pb, aku rasa badan lenguh2 plak. huhu. oh. pb yang aku beli dulu tu dah longgar. so terpaksa pakai pb lain. niat aku pakai pb takde lain, nak kekalkan berat skarang dan cantikkan shape badan je. ye la, dah beranak ni punggung automatik jatuh ye. kalau beranak c-sect memang tak jatuh. tapi beranak normal, jatuh teruk ooo punggung. nampak leper je. so kita pakai pb supaya dapat 'up'kan mana yang dah 'down'. hehe.

so adik2ku, akak kurus bukan sebab pakai pb ye. akak mengecik sebab akak pregnant dan akak banyak demam masa pregnant. akak pakai pb sebab nak dapatkan shape dan kekalkan berat sekarang. itu saja. so akak memang tak layak jadi duta pb ke apa. hehe. cuma akak dapat la shape yang dikehendaki sekarang. dan dapat kawal makan bila pakai pb ni. tu je. :) serta suami pon makin sayang.~ haha. nak jugak tu.

Thursday, March 24, 2011

Rutin kami setiap pagi.

sejak dah ada 2 orang anak ni, rutin kami bertambah sibuk. tambah2 si khalish dan jazly terpaksa kami hantar ke 2 tempat yang berbeza. kalau aku cerita2 kosong je mesti korang susah nak dapatkan gambaran. ni aku bagi satu imej bagi gambaran korang clear la sket betapa susahnya bila hantor anak asing2 ni. hehe.

oh. disebabkan kes aritu yang en alang accident, motor dia memang total lost la senang cakap. so terpaksa jugak pepagi pegi antor dia ke kilang dulu. huhu.


so, itula rutin kami setiap pagi. dari rumah--->hantar khalish--->--->hantar en alang--->hantar jazly--->pi ofis. balek pon lebih kurang camtu gak. cuma kadang2 kalau en alang balek lambat, aku amek jaz dan khalish dulu baru amek dia.

gambar2 kat bawah ni adalah gambar pagi tadi. khalish baru baik dari demam. dah kata semalam cucuk setahun setengah kan. tu pon sib baik pagi ni dia nampak sehat sket. layan je la eh.

ok. memula aku amek gambar ni dia tak perasan. tapi bila dia dah perasan...korang tengok je gambar kat bawah ni...~

meraung ok nakkan handphone dari tangan aku. haha.

adik jaz elok je layan tido. abang dia nanges2 pon dia buat tak hirau.

debab. debot. debab.

driver saya pepagi. at least dia yang bawak kereta sampai ke kilang dia. taklah aku penat sangat.

ini suami saya. ini depan kilang dia. tengok. pegi keje bawak bekal ok. nasi lemak ibu bungkuskan. 

Wednesday, March 23, 2011

Letih handle budak bujang ni.

tengok. tak reti duduk diam. takdenya gambar yang duduk diam2 stay still kat klinik nun.

masa ni dia dok cari aku. sempat la nanges kejap. haha. tu la. pegi lagi jauh2 dari mama.

tadi pi klinik untuk dapatkan suntikan polio (setahun setengah).  sempat la nanges kejap dan meronta bagai nak gila mama pegang kaki dan badan dia. next week nak pi check gigi pulak. lepas tu next month dapatkan ubat cacing yang tertinggal nak amek aritu. adeh. letih la berulang ke klinik. dahla si jaz tu dah memang2 kena ke klinik every month. cepatla next year!!!

Tuesday, March 22, 2011

Ada kerisauan di sini. Mari bantu aku. Mama yang kekeliruan tentang anaknya.

anak-anakku. bakal jadi apa ye suatu hari nanti? lawyer? guru? engineer? ahli perniagaan? imam muda? hero remaja? hmmm~

kerisauan pada khalish. secara spesifiknya.
1. suka termenung
2. kuat menjerit
3. gemar merenung bucu perabot dan melihatnya dari hujung ke hujung. means katakanlah sofa, dia akan pandang bucu sofa tu dan berjalan dari hujung kanan sampai hujung kiri. pandang dekat2. macam merenung. apa sahaja dari sofa, meja makan, meja kopi, almari, kabinet dapur. semua.
4. gemar menangis pada waktu malam semasa tidur. kalau dulu sebelum injak umur setahun, normal la. ni dah setahun setengah. takkan masih nak menangis2 lagi?
5. perkataan yang dia boleh cakap hanyalah 'dap' dan 'mamam'. dulu ada jugak dia sebut mama dan abah. sekarang semua dah hilang. tinggal dap dan mamam. tapi suka bercakap dalam bahasa sendiri. bunyi2 yang pelik2 dan bercakap macam mengumam. 

patut ke aku usulkan kerisauan aku pada doktor atau pakar kanak2? atau anak korang pon ada alami salah satu dari di atas tu? aku perlukan sangat2 pendapat korang.

Monday, March 21, 2011

Sepanjang weekend aku demam. Tapi tetap gigih jaga anak sekaligus kemas umah dan lipat baju2 yang menggunung.

tajuk dah panjang, takyah la aku huraikan lagi ye. ngee...
kita tatap je gambar2 buah hati pengarang jantung aku ni.

khalish a.k.a abang long yang dah pandai jealous dengan adik jaz. kadang2 kesian juga kat dia bila aku dok kendong jaz sambil susukan, khalish pandang penuh kesayuan. tu la, dulu mama nak bagi susu mama awak tak nak. skang nak main rebut2 ngan adik plak. mana boleh sayang.

adik jaz yang dah pandai demand nak mama melekat je ngan dia 24/7. adoila...skang takde dah nanges slow2 rengek2 ke apa. main jerit kuat2 je skang ni. suka buat aku kelam kabut. jaz, jaz!

haha. rambut terpacak. maybe next weekend kitorang nak cukur rambut budak ni kot. tengok la camne. sayang la pulak. tapi nak cukur sebab rambut dia tebal. harap2 rambut baru keluar akan selembut rambut dia sekarang.

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...