Followers

Friday, March 18, 2011

Bila mama drive, anak-anak buat apa?

khalish duduk belakang and stay still kat situ behave sesangat tapi mulut joyah yang amat. semua benda dia nampak, semua nak tegur. aku pon layankan je dia borak dalam bahasa dia.

adik jaz debab debab malas nak layan abang long dia mengomel lalu layan tido lagi nikmat. kerusi ni kedudukan baring tau. aku amek gambar jadi macam duduk pulak. hehe.

Thursday, March 17, 2011

Bila dia tidur...sangat tenang rasa nak join skali je.

bukan kepala je senget, dengan badan2 sekali senget. haha. kantoi terlupa nak buckle anak. adoila...

ada orang tegur dah jazly ni dah rupa macam perempuan ye ke?

ni semua hasil snapshot pagi tadi ni. aku bawak kereta rasa tenang je bila dia tidor. kalau tak, kalau kereta berhenti je dia nanges. sebijik pangai khalish tau! tak bagi kereta berhenti2. kalau boleh nak bergerak semua lampu merah pon nak dilanggar. haihhh...

Wednesday, March 16, 2011

Tragedi di sebalik mama papa kuar dating berdua malam tadi.

biarpon kami keluar berdua, en alang tetap ingat anak2. nak dikatakan setiap kali suap makanan, dia dok cerita pasal anak2. yang aku pulak rasa janggal bila kuar ngan suami tapi tak bawak anak2. ni ibu la yang beria nak jaga budak2 tu. terus rasa macam kosong tak bawak budak2. keluar makan pon sejam je. kejap je kan? ye la, kalau dalam hati masing2 dok teringat anak2...kesian tinggalkan depa.

masa aku nak kuar umah, khalish elok je dok babai2 aku dan happy2. rupanya lepas je aku kuar dari umah, terus dia nanges nak ikut. bayangkan, iqa citer dia asik pi dapur dan bilik cari kitorang tapi tak jumpa nanges. selak tirai kat sliding door, nanges. yang kelakarnya, time iklan dia pi tengok. tapi bila iklan abis je, terus sambung nanges. memang sah anak aku ni mat jiwang. hehe.

patutla masa aku balek2 bukak pintu je, terus dia meluru kat aku happy2 siap panjat2 minta didukung. bila iq cerita kesah dia bila ditinggalkan, aku lak yang sedih2. dah. lain kali pi mana2 bawak je budak ni. bukan susah pon nak jaga.


dalam bilik. happy2 sampai dok goyang2 badan atas katil sebab mama papa dah balek.

khalish pegang kunci kereta nak pi mana sayang?

yeay!! mama papa dah balek. len kali jangan tinggalkan khalish tau. khalish sedih....~


Orang tu teringin nak makan chicken chop pada hari anniversary.

en alang sejak petang semalam nak sangat makan chicken chop. aku ok je. makan apa pon takpe. tapi disebabkan aku tengok dalam menu tu lamb chop macam memanggil2...perghhh...terus laju order lamb chop. en alang tetap dengan chicken chop dia tu. comel je. aku suggest amek grilled chicken pon takmo.

bergambar en alang cium pipi aku macam satu kewajipan pulak. en alang suka amek gambar camni. ni pon dia dok komplen pipi aku tak gebu dah. dia dah suruh aku stop pakai pb ok! sebab dia nak aku bam2 balek. haihhh...apsal la laki aku ni. pelik sangat2. tapi aku sebolehnya nak maintain berat sekarang. sebab dengan berat sekarang aku dah kurang berpeluh, badan rasa ringan dan laju je buat keje. korang tolong bagi semangat kat aku eh!



p/s: blogger princess N dah selamat melahirkan puteranya seberat 3.45kg jam 6.15pm semalam. tahniah N!

Tuesday, March 15, 2011

Susu terbaik dari ladang. Favourite Jazly bucuk masham.


cer tengok. slalu2 dapat 2-3oz je. itupon pam 2-2 belah. ni pam sebelah je dapat 4oz. dasat ko intan. kelas!!!

hanya mampu pakai avent manual je. itupon ibu dah bising2 apa ke mahai bebenor pam ko ni long. kuar susu sikit je aku tengok. buat rugi je duit ko tu. takpe2. ni nanti nak tunjuk kat ibu yang kali ni hasil pengepaman membuahkan hasil. seronok gile wei. seronok sampai tepek kat sini susu terbaik dari ladang ha...

dulu memula pakai pam ni jenuh jugak nak pam kan. dah kata manual. ada penat sket la tangan. tapi kalau dah sehari 4-5kali pam, dah tak rasa penat tu. sebab makin hari, makin banyak pulak hasil. teruja sungguh! tapi, pam ni betul2 selesa. tak rasa saket pon ye. jaz isap lagi saket tau. haha.

ni nak wat review pam ke nak tunjuk hasil? takpe, kita wat 2-2 sekaligus. :)
semoga hasrat murni nak susukan jaz dgn susu badan terlaksana sampai jaz 6 bulan. ada rezeki lebih, kita bawak sampai ke 2 tahun. 

Today is our 3rd wedding anniversary.

Kehadapan suamiku yang kukasihi,
Terima kasih kerana sudi menyunting sayang jadi suri abang.

Terima kasih kerana menikahi sayang. Sayang tak dapat lupa raut abang yang terharu ketika hendak solat sunat 2 rakaat selepas akad nikah. Sebak dan gembira terpancar di wajah abang ketika itu. Sepertinya tanggungjawab seorang suami sudah dilihat pada abang waktu itu.

Terima kasih kerana menjadi pendengar yang setia. Terima kasih kerana menjadi doktor dan nurse buat sayang. Terima kasih kerana menjadi pakar kaunseling. Terima kasih kerana menjadi penjaga yang baik. Terima kasih kerana sudi membantu sayang.

Kehadiran khalish melakar satu cerita sendiri. Dialah pengarang jantung kita dan penyeri hidup. Terima kasih abang kerana sering membantu ayang menjaga dan mendidik anak ini.

Kehadiran jazly pula melengkapkan keluarga kecil kita. Terima kasih Ya Allah kerana memberi kami 2 putera yang indah dan sempurna sifatnya.

Sayang gembira abang ringan tulang membantu sayang sentiasa. biarpon abang keletihan baru pulang dari kerja, abang tak culas menjalankan tanggungjawab abang sebagai seorang suami dan papa yang baik.

keluarga mini kita. semoga kita sentiasa diberkati Allah ye abang!

abang, sayang tak nak minta apa2 hadiah dari abang. cukup dengan kehadiran abang di sisi sayang sampai ke mati. sayang sayang abang. Selamat ulangtahun perkahwinan ke-3 abang!

Monday, March 14, 2011

Macam2 korang ni tau. Malu i....

hehe. tajuk gatal merenyam namanya.

ye la kan. dah korang dok kata aku kurus la apa la. memang skang ni kalau diikutkan, berat masa sebelum pregnant dan sebelum beranak adalah sama. sebab aku asik demam tak lalu makan kan. dan lepas je beranak, after 2 months aku turun 14kg. skang ni memang rasa best la sebab badan ringan. tapi takut jadi macam dulu ringan2 aku ni kejap je. 3-4 bulan lepas tu siapla. naik bagai dipam2. berat 80lebih kg tu dah macam berat standard aku je. macam kalau aku dapat berat 68-70kg tu macam tak layak sebab itu bukan aku. aku yang sebenarnya layak dapat lemak2 yang tepu dan tak tepu.

sebabnya...skang ni aku dah rasa sekejap2 lapar. sekejap2 lapar. macam every 3 hours tu mesti nak kena isi tembolok. menakutkan ok. kalau tak makan, sure perut pedih2 macam kena gastrik. bila dapat hot chocolate/milo atau biskut, baru reti nak elok. camne nak feeling2 kurus slim melim ni? you tell me.

skang ni cuba untuk kawal makan dengan makan sikit tapi kerap. tapi awal2 aku cakap la kan. aku try ok! try. kalau gagal, jangan la korang gelakkan aku. dan tolong puji aku comel jugak ye. sebab tembam2 kan comel. hehe.

apa perasan bebenor ko ni intan? dah2 pi wat keje tu. keje berlambak ada hati nak blogging la, fb la...haishhh!

Jazly at 2 months old

kuat mengamuk. haihh...ikut genetik sape la kuat amuk2 ni. haha.
(mak dia takmo ngaku ye. padahallll.....~)

ntah apa la nganga2 tu. dia dah pandai buat macam2 bunyi skang ni. semua benda nak tegur. geram!!!

kuat termenung.

tido lena hanya pada malam hari. kalau siang, paling lama hanya setengah jam. penat ok layan budak ni.

ni tengah tido la ni. jaz jenis tido mata terbukak.


dan sekarang....aku kerinduan!!! sabar ye nak. tengahari karang mama balek ye. nenen puas2 ok. mmuahhh!




nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...