Followers

Friday, August 27, 2010

Pagi ini jam 10.22pagi. Khalish masih terlena dibuai mimpi bersama mr. Tt.

badannya berlengging. jadi diselimutkan sahaja menggunakan selimut mamanya. :)

orang bersahur, dia pon nak bersahur. tapi tertidor semula jam 6.30pagi tadi dan tak bangun2 lagi ni. 
ibu dan adik2 akan bertolak ke kl sebentar lagi rasanya. tak pasti. mungkin tengahari kot.

mr.tortoise dan tuannya masih tdo

bersiaran dr rumah. Biarpon ada brodben,tp ni tgh update guna handphone.tak reti sgt sbb susah nk wat perenggan. Haha. Takpela. Karang aku update guna laptop je la eh. Ngee.

Thursday, August 26, 2010

Tema Raya

perlu tema ke eh? hehe.

tapi macam jeles oo tengok orang lain sedondon je pakai satu family. so, start 2 tahun lepas lagi kami berkahwin, kami dah sepakat2 pasal warna tema sebelum beli baju lagi. senang.

oh senang? bertambah susah laaagi ada. contoh kata la, kaler hijau kan. hijau banyak jenis hijau. ada hijau pekat, hijau muda, hijau pucuk pisang. pulak tu macam2 tone warna...ha ko...tak ke menggelupur nak cari exact warna?

2 tahun lepas: putih
tahun lepas biarpon aku tak raya: dark purple
tahun ni: MERAH MENYALA.

haha. memang memula agak ragu la nak amek kaler merah kan. skali bila tengok kain baju kurung aku tu, terus terasa macam cantek. hehe.
oh. dan biarpon masa raya nanti baby dalam peyut sudah berumur 5 bulan, tapi TETAP nak pakai baju kurung ok! kemaruk ni. tahun lepas tak dapat pakai baju kurung masa raya. hahaha.

stakat ni baju aku sorang je la yang dah lepas. baju anak dan paknya belum lagi ye. weekend ni baru nak cari2 survey. tang beli tu, tengok dulu la. ingat nak tunggu gaji en alang je kang. :)

korang lak? apa warna tema raya tahun ni?

Ada lagi 1 je. cepat2!

aarin, biarpon kita dekat, i nak alamt u jugak.
nano, resend balek alamt eh. list alamat kawan2 semua dah terdelete la yang. huhu.

lagi sorang kawan aku zue, bg alamt kat fb. so tinggal lagi sekeping je available. cepat2!

Dalam simpanan aku ada 4 keping kad raya. Siapa nak?

Kad raya ni ihsan dari company.
:)

tapi cantek la jugak. ada sape2 nak tak?
meh bagi alamat.
siapa cepat dia dapat.
:)

4 orang terawal akan dapat kad raya ni ok!

Sekelip mata kau berubah

as u all know, slalunya aku citer yang en alang amat la penyayang dan caring and all.
tapi kalau part anak je, terus dia berubah ok!
kalau ngan aku dia cakap lembut2, ngan anak jantan dia cakap nada marah2. tak faham aku.

korang tau je la budak2 baya khalish tu tau kalau kita marah2 dia, laaaagila dia wat pangai.

sebab apa eh. khalish tu biasala. budak2 suka kacau sana, usik sini.
jenis en alang, mulut pot pet ngan anak.
tapi aku pulak, bertukar dari suka melenting tapi kalau kat anak, terus jadi lembut ibu mithali gitu.
hahaha.

takdela. sebab dah tau pattern si khalish tu camne. dia tak boleh orang marah2 dia.
kena slow talk, cakap elok2 baru dia dengar.
macam botol susu, khalish suka gonggong botol tu sambil gigit puting botol. en alang pantang nampak anak dia main ngan botol kosong camtu. so dia akan rampas dan automatik khalish akan menjerit2 mintak balek botol susu dia.
kalau aku, aku akan buat cara diplomasi la. mintak elok2, khalish bagi kat mama eh. susu dah abis tu. cakap camtu je terus khalish nganga mulut dia dan botol tu terus jatuh ke lantai. cepat2 la aku kutip sorokkan dari pandangan. kalau tak, memang dia masukkan balek dalam mulut.

siapa kata budak2 baya tu tak dengar kata? kalau mintak baik2, terus dia beri tau!

aku dah pesan banyak kali kat en alang. dengan anak janganla kasar sangat. bukannya dia tak faham arahan kita, tapi kalau dah nada marah2 tertekan la dia. lagi la dia buat degil.
en alang just diam. dan akan buat lagi marah2 tu kalau anak dia wat pangai. haihhh~

dan aku prasan en alang skang ni kurang sabar. tak macam sebelum dapat khalish.
maybe dia penat kot. okla, aku faham. tapi dah memang tugas buat susu malam2 tu keje dia.
kalau aku nak bangun pon, dia volunteer nak bangun. tapi tu la, khalish ni suka main2. kadang2 bila papa dia dah beri susu, dia main tuang susu kat keliling katil. sape la tak naik angin kan.

kalau aku, slalunya aku pukul sikit tangan dia. cakap apa dia buat tu tak elok. tapi en alang lain ok. dia akan pot pet kat anak tu dan marah2. hmmm...~

camno ni eh? tak tau nak kata apa lagi dah. en alang bukan tak sayang anak. tapi dia macam takleh tahan ngan kerenah khalish. haha. budak tu belum setahun lagi. bapak dia dah jadik camni. cuba la korang bayangkan kalau khalish dah umur 17 tahun dan ada girlfirend. aku bet en alang akan pot pet kat anak bujang dia 24jam ok! haha.

Wednesday, August 25, 2010

Bulan puasa tak rasa macam bulan puasa pon

sebab brapa hari sangatla yang aku puasa. huhu.

sedih.
takpe2. lepas je pantang, aku berusaha nak abiskan utang2 puasa ni. boleh la kecikkan badan yang macam tempayan ni kan. hehe.

dan berusaha juga hari2 nak pakai korset. hari2 ok! no excuse lagi!
dan juga nak amalkan jamu.
dan juga nak ketatkan pantang.
dan berazam nak jadi sehat dan vogue. hehe.

oh. part vogue tu tipu je. akak ni ala2 selekeh je dik non. tak kemana vogue2 tu. ;)

korang dah tinggal puasa dah ke? nanti jangan lupa bayar balek tau! :)

Tuesday, August 24, 2010

Anak saya ada pokok nyioq atas kepala!

saya tak rasa saya nampak macam perempuan pon. rasa macam samurai je ha...wachaaa!

err...ada nampak keayuan tu ke?


takde kan? takde kan? saya nampak macho apa ikat rambut cenggini. mama kata kesian kat saya, umah panas. tu yang terpaksa ikat rambut saya ni. :)

Bila dia mengada2 lebih


slalu korang tgk dia happy2 kan. ha...kali ni korang tgk dia mengada2 nanges plak. hehe.

masih dalam pembinaan

maafkan rupa blog yang tak semenggah ni. masih dalam usaha lagi.
:)

Monday, August 23, 2010

Zana, akak rindu ko dik.

saya bersama zana budak praktikal. masa ni office wat farewell party kat pizza hut. yummy! 


boring dowh takde kawan kat office ni.
nak kawan ngan jejantans yang ada, tak semua diorang nak kongsi citer.
balek2 pasal keje, keje, keje.

so masa zana ni ada dulu, kat dia la aku gosip2. eventhough dia ni muda dari aku, tapi leh masuk gitu.
dan bila dia dah masuk kampus semula, aku terkontang kanting sorang2 lagi.
boring dan bosan.
huhu.

nak tukar keje ke eh? rasa 3 tahun untuk tempat kerja yang sama adalah tempoh yang lama ke?

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...