Followers

Friday, September 19, 2008

chanteknye dia niiiiiiii...

nama wanita ini adalah faezah elai.


tak sama ok dari dalam citer sutera maya tu.
kat dalam drama tu kan dia jadik tomboy.
kasar2, ganas2...
rupa2nya, bukan main cantek lagi. seksi plak tu.

boleh kalah fasha sandha kalau camni.
hehehe~


nak tgk gambar2 dia lagi, sila klik kat sini ----> ohbulan.com

"kekasihku seru" semakin mengganas

menu berbuka semalam:
1. limpa masak itam
2. ayam masak kicap
3. kacang panjang+isi kupang goreng.

= memang marvellous!


semalam perut asik nak makan je.
sampai pukul 11 lebih pon sebok suruh en alang goreng keropok.
hehehe~

nasib baik la en alang tu senang dipujuk.
dia goreng, aku tunggu sebelah dia.
asal dia angkat je keropok tu, masuk dalam tapis, aku abiskan.
sampai kena sound ngan dia.

skang ni hati aku macam berbelah bagi.
antara nak balek kampung johor atau tak.
jangan ditanya kenapa,
cuma hati rasa tak selesa.



nak tanya korang2 yang tonton kekasihku seru semalam,
~ apakah makhluk yang bawak kereta tu ye? orang atau jin? atau hantu?
~ korang rasa meremang tak bulu roma? serius, aku sampai bulu roma aku berdiri2...goose bump takyah cakap la kan.


ada sesiapa tgk citer sutera maya?
citer ni pon best gak layan kan?
;)



hooray! jumaat sudah.
rasa lega je bila sampai hari jumaat.
hehe~

hari ni ingat nak masak kuey teow kungfu.
ala, senang je buatnye, campak2 je.
;)

Thursday, September 18, 2008

jangan lupa tonton "kekasihku seru" malam ini ye!

asik mc je aku ni.
last week, 2 hari.
selasa aritu, sehari lagi.

dalam masa 2 minggu, mc aku dah 3 hari.
gile ah!



tak tau la.
asik pening2 je.
kadang2 ada gak loya2, tapi ringan2 je la.
aku ni memang ada penyakit loya2 sebelum kawen lagi. tu yang tak heran sangat.
selasa aritu, satu badan sengal2. aku panik gak la.
takut kena denggi plak kan.


semalam aku cuti Nuzul Quran.
best gak.
aku demam, tak puasa, dan tolong ibu buat kuih tart gulung.
sambil bakar, cilok sebiji kuih. cukai untuk setiap tray kuih yang kuar dari oven. masuk dalam mulut.
buat sirap sejuk. minum bergelen2.
iqa dengki ngan aku sebab aku tak puasa.
aku tak puasa atas nasihat doktor ok! doc kata tunggu demam aku kebah, baru la boleh puasa balek.
hehehe...~



pagi2 ni aku go tru semua orang punya blog.
(alamak! ada lagi yang tak jengah lagi)
takpe, jap lagi pi jengah jap.

jalan2 kat blog tina, entri pasal honeymoon nya kat redang.
wah! cam best je.
harusla aku meroyan kat en alang jap lagi nak pi sana.

raya tahun ni aku gelarkan raya bajet.
harga minyak turun ciput, harga barang naik mendadak.
so, faham2 la.
kepada anak2 buah ku, duit raya kalian mungkin tiada tahun ni.


baju raya pon maybe recycle atau paling cikai pon, beli sepasang je.
en alang awal2 lagi takmo beli baru. baju nikah baru pakai sekali.
sayang.


aku dan en alang beraya di muar. ikut family aku beraya kat sana.
balek spore pada raya pertama. itu pon balek hari je.
sebab nenek ngan atok aku dah pindah umah.
dok skali ngan mak ana. umah cam sempit.
biasala, singapura. umah flat. tak le besor mana.


tak sabar nak makan mee bandung muar kat bandar muar tu.
terbayang2 kat mata.
nak makan ayam ungkep dan ayam masak kicap buatan mak uda.
marvellous!


kalau ada arnab goreng, lagi best. nyam2!

Monday, September 15, 2008

HAPPY BIRTHDAY TO YOU!

sakit pinggang!!!!!!!!
adoi..la!!!!!!
rasa nak tercabut pinggang ni. maybe sebab duk bersila lama sangat kot. 
dari pukul 1000 sampai la ke 1400 tanpa bangun.
ralit dok mencelup biskut almond dalam coklat.

en alang demam semalam.
badan panas sangat! ajak ke klinik, dia takmo.
then, aku suruh bukak pose pon, dia takmo.
pagi tu, aku nak pi umah ibu wat kuih.
memula dia takmo.
then, aku cakap aku balek petang lepas berbuka,
baru la dia nak ngikut.
itupon dia asik tido je kat bilik ajik.
dah pukul 2 lebih camtu, aku rasa2 badan dia, masih panas.
aku pujuk dia berbuka.
memula memang dia berat hati.
bila aku pujuk dia nak wat kan teh halia,
terus dia kata ok, dia akan minum dan makan ubat.

aku pon watkan la teh halia dan bagi dia makan panadol 2 biji.
en alang sambung tidor, after 2 jam,
suhu badan dia terus turun.
dan malam tadi en alang plak jaga aku.
sebab pinggang aku yang macamnak tercabut ni kan.
dia la dok urut2.


pagi tadi, aku terpijak ateh.
terpijak kaki. tapi ateh sket pon tak mengiau.
ateh ni, ntah hape2.
susah sangat nak dengar suara.
huhuhu~




hari ni genap la zaza berumur 21 tahun.
zaza, hadiah tahun ni takde ye.
bagi duit raya pon cukupla ek?
;)




dan hari ni juga genap perkahwinan kami yang ke-6 bulan.
wah! sekejap je dah setengah tahun.
sangat cepat!!!!!!!!

abang, bila kita nak berbaby ni?
hmmm.....


oh ya! skang ni kami sedang sedaya upaya berusaha untuk mendapatkan baby.
dari cara tradisional, jumpa pakar dan ambil ubat2 an.
doakan kami ye!
:)




nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...