Followers

Friday, April 30, 2010

kain pelikat papa best!

tengah dok lepak malam2 hari...
sambil tgk tv dan mata jeling laptop.

tetiba...
yang, tengok anak awak buat apa ni.

aku pon toleh la. skali ini yang aku dapat.

khalish dok main2 kat kaki papa dia. sambil dok main cak2 kat kaki en alang.


muka nakal kesayangan.



tak nak lepas ok! syok sangat main kain pelikat papa dia.

pastu, en alang suruh aku amek khalish letak kat sebelah dia. nak tau apa khalish ni buat?




tenung papa bukan main lagi. macam papa dia la orang paling hensem pernah dia tengok. sampai en alang malu2 ok. hahaha.


berita terkini: tadi kan rehat solat jumaat. semua pi solat. tapi ada la sorang staff yang ditugaskan jaga ofis. yang peliknya...2 bijik laptop hilang ok! 2 bijik!!!!
aku saspek keje orang dalam. biar polis yang uruskan semua. ni dah kes ke-3 dalam masa 2 tahun. 

lunch apa hari ni? apa kata kite ke mekdonel!

kalau korang tak tau nak makan apa lunch ni,
aku suggestkan korang try double burger kat mcd.
ala, yang burger2 skang ni diorang wat double kan?
memang dahsyat la...

ok. amaran.
gambar2 di bawah memang meruntun iman.
takpe, kalau korang teringin sangat, pi la rembat k.
hanya di mc donald's berdekatan anda.
:)


korang nampak tak ketinggian kotak ini. double tinggi dari kotak burger biasa.
ni all time favourite aku. spicy chicken mcdeluxe. kali ni try double!

bukak kotak, yummy!

pastu, ofismet aku si nik suggestkan letak burger atas kotak. baru nampak rupa.
ok. kite letak atas kotak.




tada!!! amacam..dasat tak?
sampaikan roti bawah burger tu terpenyek ok.
hahahaha. 

tapi diingatkan, bila burger dah double, harga pon ala2 double gak la.


ni harga untuk set lunch. kalau luar dari harga promosi tu, dalam rm15++.


iklan tak ditaja ni dibawakan khas oleh puterikurekure untuk semua.
selamat menjamu selera!
:)

sedapnya raspberry ni!

mula2, telek dulu apa kebenda ni?


pastu cuba2 rasa. e eh...sedap la pulak.



beria2 nak gigit. sampai mulut menganga luas. bak kata tok ibu, sampai terkoyak2 mulut.



masih menikmati keenakan raspberry.



faveret terbaru khalish. mamah benda alah ni. takpe la nak. asalkan kamu bahagia...
hehehe.

oh. dah nampak putih2 kat gusi bawah dia tu. 
air liur yang keluar pon ala2 meleleh je. tak dapat dikawal.
sebab tu ada towel. kalau tak, baju abis basah.

Thursday, April 29, 2010

rasa hati ini. yang inginkan...

...anak lagi.


serius. aku tak tipu. 
teringin nak anak lagi.
kerana, bila kenangkan khalish keseorangan bermain di rumah.
rasa sangat2 kasihan kat dia.
kadang2 mama dan papanya pon letih nak melayan.
ye la kan, energy anak kecil tu sangat2 mengagumkan.


bayangkan saja, khalish bukan seorang kaki tido.
malam, hanya tido selama 6-7jam sahaja. seperti orang dewasa.
tidor siang pula, tak sampai 3 jam.
tapi amat gemar berborak, bermain dengan kaki sendiri dan obses dengan warna merah dan kipas.
Oh Jiey, khalish seperti Ian amat gemarkan kipas.
si khalish ni pegi mana2 mesti cari kipas. kipas siling tau.
kalau pergi rumah orang, kepala terdongak2 mencari kipas.
pasaraya pon sama. dan seringkali hampa bila tiada kipas di siling pasaraya.
hahahaha~


oh. berbalik semula pada energy luar biasa khalish (dan aku pasti, kebanyakan anak kecil sama sahaja)
kadang2, kami yang tertido sambil menunggu dia tidor.
oh. khalish tidor dalam cot. kebiasaanya, kami hanya letakkan dia dalam cot, dan menanti dia tertido sendiri.
alhamdulillah, setakat ni khalish amat senang tidor.
tak perlu berbuai atau dikendong. cuma papanya kadang2 suka manjakan khalish mendodoinya dalam pelukan.


di pagi hari, dialah menjadi alarm clock kami.
seawal jam 6-7am dan kadangkala 5 pagi pon dia dah terjaga.
tak menangis (cuma bila lapar je menangis) dan hanya buat hal sendiri.
kutip soft toy, bermain2 dan berborak dengan soft toy.
dalam gelap ok!
(oh. kami mula melatih khalish untuk tidor dalam gelap. dan dia sukakannya!)


kadang2 anak2 sepupu datang ke rumah.
dan khalish sungguh excited melihat dua pupunya yang seramai 4 orang tu bermain sesama sendiri.
dan kadang kala singgah sebentar melihat khalish dan mengagahnya.
terdetik di hati, kasihannya anak ini.
tiada adik beradik untuk bermain.
namun, pandai membawa diri sambil bermain sendiri.
(tengok, mama dan bergenang air mata kesiankan kamu)


:)
takpe2. tunggu setahun dua ye khalish.
ada rezeki, ada la adik untuk khalish.


oh. en alang slalu usik malam2,
yang, jom kita bagi adik kat khalish.
(sambil buat muka nakal)
boleh?
huhuhu~

eh. aku ni dahla gemok. bini orang. mak orang plak tu. dia ni gile ke buta?

*klik imej untuk penglihatan yg lebih jelas*


haih...donia...donia.
pssttt...ni en alang tak tau ni.
kalau dia tau, mahu mengamok sakan kang.

tp aku saspek ada org yang saje nk kenakan aku ni.
nama fb pon boyjen. dah macam bohjan dah.
hahaha. no offence ya boyjen. sebab ko tak nak kenalkan diri ko betul2, pastu dok rayu2. dah sah2 aku anggap ko seperti lalat di angin lalu. 

Wednesday, April 28, 2010

kalaula dapat ulit anak sampai bila2, indahnya!

boring.
sebab tak tau nak wat pe bila keje.
bukan takde keje, tapi takde hati nak keje.
badan pi keje, otak kat anak dan hati sebok nak blogging&fb-ing.
sangat2 tak sehat kan?

sungguh xde hati langsung.
harap2 cepat la berubah pangai buruk ni.

untungkan bila ada orang yang dapat jaga anak sepenuh masa.
:)

fuh...ramai gak yang sentap eh.

sabar korang...sabar...

dari post yang ini,
ramai yang reply.
bagus2. aku tau korang akan bagi respon sebab aku pon ala2 sentap gak mula2.
tapi aku rasa Kisah Rumah Tangga (KRT) ni memang saja je nak provoke.
bukak topik supaya kaum2 ibu sentap sket.
dan bincangkan topik tu secara hot dan tak mellow.
hehehe.

oh. KRT tu bukan aku ok. hahaha.
kang tetiba kata KRT ada bagi komisyen ke apa kat aku ni.
padahal, aku tak kenal langsung.

cuma kadang2 tertarik dengan topik yang dia bukak.
dan bila ada pengomen yang sokong komen aku,
rasa seronok plak. macam...eh, tak sangka kepala otak kita ni sama je pemikiran.
tapi ada jugak yang ala2 bersikap "pompuan harus ke dapur. pompuan harus buat segala2nya. pompuan harus perfect sebagai isteri dan ibu"
like...hello! orang2 macam ni ada jugak eh.
sebab bagi aku la, tak bermakna ko tak masak, ko jadik isteri derhaka.
ko tak hias rumah cantek2, ko jadi bini yang pemalas.

bagi aku, cukup la ko jaga makan pakai suami, anak2.
ambil tahu. alert dengan keperluan mereka. sediakan mana yang ko mampu.

just jaga anak2, jaga suami.
jaga rumah, pastikan rumah kemas. tak payah la sampai wajib beli barang untuk hias rumah every week plak.
rumah berhias cantik adalah bonus. yang penting kekemasan dan kebersihan adalah utama.
get it?

hehehe. apa2 je la labu.
aku just bagi personal opinion je.
apa kata korang?
ada tambahan opinion?
;)

bulat bulat

masa ni dalam kereta, on the way ke penang.

dia ni memang jenis excited kalau nampak kamera. bayngkan, tgh nanges2, nampak je flash kamera, terus diam. then sambung nanges balek. haihhh...ikut pangai sape la jenis pantang nampak kamera ni.


kena buli pakai topi koboi tok ayah. gelap..so tak berapa nak clear tang topi tu.
:)


bila cinta tak lagi untukku. dan bila hati tak lagi padaku.

sapa tau words kat atas tu lirik lagu apa?
pandaiiii....

lagu menyesal dari ressa herlambang.

apa kena mengena lagu ni ek?
sebabnya...dari semalam sebelum tdo lagu ni stuck kat otak aku sampai ke pagi ni.
haihhh...~ tgh tdo pon rasa macam ada muzik dok main kat telinga tau.

dahla budak bujang bertuah tu tdo lambat semalam.
weng2 pale otak ni nak bangun pagi.

lagu ni femes sangat skang ek?
aku biasa2 je ngan lagu ni.
tapi pelik kan, lagu yang biasa2 dan lagu yang paling dibenci la dok berlagu2 kat telinga dan pale otak.
huhuhu~

Tuesday, April 27, 2010

apa pendapat korang? yang bukan kaum ibu pon digalakkan jawab.


kalau tak nampak, meh aku taip semula...

"Kesian bila ada isteri sanggup tinggalkan anak2 dia kat rumah mak dia atau rumah pengasuh sbb nak tengok wayang & shopping dgn kawan2 perempuan dia"


bagi aku la...takde hal la semua tu. tinggalkan anak kat BS atau mak bukan bererti kite ni tak sayang anak. sebab sayangkan anak la ditinggal2kan.
sebabnya....

1. org pompuan ni kalau shopping, sampai berjam2. penat ok. kalau bawak budak lagi kesian kat budak tu. penat, haus, lapar, nak tido.

2. tengok wayang bawak budak kecik? bagi aku, tunggu la budak tu berakal sket baru la bawak dia tgk wayang. kalau baru beberapa bulan atau masih lagi umur setahun dua, tahan dulu. bagi tengok dvd kat umah lagi bagus. kesian kat gegendang telinga anak tu. sound speaker panggung sangat kuat.

3. bagi la kaum ibu ni time off. bukan day(s) off tau. TIME OFF. stakat 3-4 jam tu bagi je la. bukan nak kata apa la kan. kaum ibu ni banyak dah berkorban. seperti kaum bapa juga. kaum bapa boleh pi tengok bola, pekena teh tarik kat kedai mamak,  fishing lagi...tu pon dah makan masa berjam2. stakat sekali skala kaum ibu nak berjimba rumba ngan kawan2 dia...apa salahnya.

4. oh. ada pengomen kat fb yang kata, seluruh hidup dia hanya untuk suami dan anak2. kuar ngan kawan2 adalah tak elok. hello!!!! ko duduk kat zaman apa ha? mak aku pon ada masa nak kuar ngan kawan2 dia, shopping dan gossiping. cuma ko kena la mintak izin suami. bentangkan apa kepentingan ko nak bersosial ngan kawan2 tu. kalau suami tu susah nak bagi kebenaran, barula ko ala2 pasrah kena ikut arahan suami.

5. sebenarnya, time off ni bagus untuk kaum ibu. menjadi isteri dan ibu adalah penuh dgn stress. walaupon ko buat dalam keadaan hati yang ikhlas atau terpaksa. macam2 kena fikir. bagi la kaum ibu ni pelepasan sebentar. dapat sebulan atau 2 bulan sekali pon jadikla.

6. tinggalkan anak dengan orang lain tak bermakna kita ni ibu/mak/mama/ummi yang teruk. kadang2 budak2 pon perlu didedahkan dengan orang lain. supaya dia belajar cara pergaulan yang sihat. taklah nampak strangers je nanges2. sembunyi2.  oh. kadang2 anak2 pon stress stay ngan mak dia je sebab mak dia asik membebel. hahaha~

so korang, aku pasti korang ada banyak pendapat.
kalau korang nak cantas pendapat aku pon aku takde hal.
tapi sertakan info yang betul2 berguna untuk tatapan semua.
ok?

teringinnya nak mamam mende alah ni....

korang dah cuba croquette ni?
sape2 yang suka kentang, macam aku ni peminat tegar kentang.
sangat2 direkemen.
tapi awas. croquette ni penuh dengan kentang ok. i mean...PENUH KENTANG sesajo.
hahahaha.

ni ada info dari puan wiki pasal croquette.

oh. croquette ni kat mana2 jusco ada kot.
ala, korang kat kl tu, takde hal la.
aku yang kat ulu ni kena menapak kat ipoh plak kalau nak makan croquette ni.
huhuhu~


Faces of Khalish

breakfast kat kedai pak tam, kg. sitiawan

ni masa hari isnin cuti birthday sultan perak.
ada misi ke suatu tempat.
tapi sebelum tu, pi breakfast kat kedai roti canai faveret. warung pak tam.

layan gambar je la eh.
:)



iqa. letak tangan kat pipi tu memang disengajakan. untuk cover jerawat. hahaha~


pasangan sejoli. kali ni kami anak beranak bertemakan petak2. hohoho.


budak baru bangun tido. termenung. kadang2 papa dia suka panggil dia ikan temenung. ntahape2.




minuman kami. 



ibu yang asik lari2 muka takmo ditangkap gambar. haihh!



antara pemandangan yang boleh dilihat. (ayat buku sudah keluar daaaa)



warung pak tam yang slalu penuh. ni kitorang dok kat luar warung ok. huhuhu~


sejuk mata memandang. best wooo pekena roti canai kat tempat macam ni.

eh, mana gambar roti canainya?
hahaha. sori ye kawan2.
roti canai tak sempat nak diambil gambar.
sebab masing2 dah kebulur, terus je ngap.
bila dah abis, baru terpinga2 nape aku tak amek gambar roti canai.

hehehe. okla, sebab aku baik hati,
koran leh jengah kat entri aku yang ini untuk cekidout roti canai tu.
serius wei...kuah kari ikan dia adalah terbaikkk!!!
:)

Monday, April 26, 2010

mee udang lagi? wakakakaka~

ok. ni citer 2 weekend yang lepas.
petang sabtu tu, ayah nak pi berurut badan kat kawan dia.
kat area bagan serai sana.
jauh tak jauh la pegi berurut kan.
tapi sebab ayah dah biasa berurut ngan orang ni, so pegi la jugak.

dan surprisingly, SEMUA nak ikut ok.
hahaha. sungguh ntahape2.
pi berurut pon nak pegi satu family.

dah alang2 sampai kat bagan serai,
terus je ke penang (sape yang teka penang tu betulla tu...sori. takde hadiah ek. ni teka suak suki je). 
sebab budak2 tu dah bising nak makan mee udang.
yela kan, masing2 dah tgk gambar2 mee udang yang aku tayang haritu.
so, harusla semua orang mengidam.
:)

sampai bagan serai masa asar. so pi solat dulu kat masjid dan terus ke rumah orang berurut tu.
abis urut je dah kul 7pm.
sepanjang jalan kat highway mengagau carik surau. tak ada ok!
huhuhu.

terpaksa bawak laju2 sampai kat petronas area bukit jambul kot baru pi solat.
itupon terpaksa bergilir sebab surau kecik kan, mana ada telekung.
terpaksa kongsi2 telekung ibu. (ini pon mau cerita kah?)

abis solat maghrib je, terus dengar azan isyak.
tapi dah jenis hati kering nak makan mee udang sangat kan,
terus je gerak ke gertak sanggul.
sampai restoran dah kul 8.45pm camtu.
korang bayangkan je la betapa cepat kitorang makan dan gerak balek.
kul 12am dah sampai sitiawan.
huhuhu~

enjoy the piccas ya!



mereka yang kelaparan.



budak kecik dok paling ujung skalik. tapi lepas tu, tukar tempat duduk. kesian kat dak kecik tu.



lapar sangat sampai tak larat nak tgk kamera.



budak kecik ralit main mainan. bagus. tak kaco orang nak makan.


budak bujang yang jadik super supir haritu.


semua air yang diorder bertemakan limau. huahuahua.


sebok nak amek kamera dari mama.


semua orang. kecuali supir. oh. ada kelibat super mistik kat belakang aku tu. toksah takut ye korang2. tu pakcik tuan punya restoran yang berkejar sana sini siapkan order. :)



mee udang marvellous. yummy!


versi aku punya mee. takde cili merah. kuang3x.

selamat kecur air liur ok semua.
hehehe~

cuba teka kami ke mana 2 minggu lepas?




korang teka la ye?
;)

khalish bertukar menjadi donald duck!

budak yang berumur 7bulan bermuka normal. 
;)



bila dia dah start menyembur2, kuar dah muncung donald duck dia tu. hahahaha~

poyo ok! hahaha~

baru 3-4 hari tak berblog, rasa donia tunggang langgang.
sebabnya, bukan suka2 takmo update blog,
tapi cik mood tak sampai2.
ni setelah dipaksa2 oleh orang2 yang anda tahu siapa anda,
aku TERPAKSA update ok.

tgk. word terpaksa dicaps lock. nampak sangat kena paksa.
hahahaha!

takpe. aku tau korang paksa2 aku update sebab korang rindu khalish je kan?
kat aku sikit pon korang tak rindu.
(tunduk sambil sedih2 sambil jari kaki kuis2 bulu carpet...huhuhu)

hahaha.
yela, yela.
nak update la ni.
tak sampai hati ok korang2 dok bising2 awat aku rehat blogging.
tgk. aku ni sangat baik hati ok.
sila belanja aku karipap sebijik sorang eh.
;)

ok, ok.
nak buat next entry.
dah jangan bising kat aku lagi eh.

oh. pada mereka yang memahami dan minta aku amek own sweet time, aku sayang lebih kat korang tau.
sebab korang tau apa perasaan bila rasa nak rehat sekejap.
apa2 hal, aku sayang semua!
mmuahhh!!!
(sambil flying kiss kat semua)

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...