Followers

Friday, September 18, 2009

kurekure hospitalised.


ok entri ni ditulis oleh adinda kurekure.
ketika entri ni ditulis, kurekure adelah ditahan di wad.
bukan nak deliver dah.
tapi sebab malam tadi baby kurang gerak.
tapi bila baby da ok, bp plak tinggi.
160/90.

kalau hari ni tak okey gak, alamatnye beliau akan beraya di hospital.
same-same la berdoa beliau ok cepat dan kami pun boleh balek johor.
hihi. [adik yang keji]
tak. tak.
saye sayang kakak saye.

=)

yours truly,

Thursday, September 17, 2009

boleh beli ayam, daging dengan banyakkk!!!

alhamdulillah.
baru sat2 ni perkhabaran gembira sampai.

sudah gaji y'all!

hehehe.
over ek?
tak pernah2 aku happy sampai camni skalik.
dasattt....

;)

awat cam sedih je video ni?

lagu happy2,
tetiba leh meleleh air mata ni.
pelik2.

jom layan hujan dan raihan!

kesiangan

gile tul!
tak sedar bila masa en alang pi keje.
alih2 tersedar jam dah pukul 8.45am.

huhuhu~
tadi call en alang.
nape tak kejutkan aku?
dia kata, aku siap cium tangan dia lagik.
masih tak sedarkah?

haih...
apa la nak jadik ni.
makin teruk tabiat tido.
ni kalau penyamun datang umah, sure tak sedar apa dah.
:(

ni la bahana bila tak dapat tido,
terjaga kul 1am sampai kul 3am.
bangun masak sahur jam 5am.
sambung tido balek lepas subuh.
santak ke 845am.

dasat...dasat.

ni lagi satu kemusykilan.
bila la gaji nak masuk ni.
haihh~

harap2 masukla b4 raya.
kalau tak, alamatnya balek kampung lenggang kangkung je la.
ni daging, ayam, hati, limpa tak beli apa pon lagik.
segan ooo balek kampung tak bawak balek apa2.
kalau kampung johor, takpe la.
ni kampung en alang.
kena la bawak seketul dua daging jugak.

haihhh~

(tengok. mengeluh lagi. pepagi dah mengeluh2 camni.)

Wednesday, September 16, 2009

bajet tak sampai rm200

gile ah!
first time rasanya shopping semurah ini.
untuk barang2 ini:

1. baju melayu sepasang
2. seluar slack
3. kemeja
4. sandal
5. balang kuih raya
6. kipas baby

murah kan?
anggaran kalau ikut purata,
satu barang dalam rm33 je.
hehehe~

dasat2...

tapi nak tau tak?
yang paling aku excited skali adalah bila akhirnya jumpa jugak kipas baby ni.
gambar dari google.

lebih kurang cam kipas atas ni. tapi baby punya pink-hijau. okla tu. papa dia beria2 nak kaler pink. huhuhu~

*nak kena ingatkan en alang lagi ni. bayar zakat fitrah. dia cam ragu2 nak skang atau pagi raya je. boleh dia kata mana la tau baby kuar malam raya?
huaaa!! takmo la. org nak raya duluuuu!!!!

Tuesday, September 15, 2009

hoih~

lepas satu, satu.

dulu, bP.
pastu, mgtt.
pastu, bsp plak.
then, hB.

macam2 la masalah.
skang plak kencing kotor.
camno tu?

dahla berat tetiba turun 0.8kg.
sib baik nurse tu tak kata apa2.

esok kena wat test kencing lagi.
kalau kotor, refer doc plak.
tension mak tau!

:(


*akhirnya ada jugak berita gembira, en alang dapat advance hari ni. aku ni bila plak nak gaji ek?
huhuhuhu~

adik...adik...

lokasi: shabu shabu steamboat restoran, manjung.
hari: sabtu
waktu: berbuka puasa
pelakon: ahli keluarga
sempena: sambutan birthday kakak (zaza) yang ke 22 tahun

adegan:
kakak sulung yang sarat mengandung sedang mengunyah daging kambing panggang yang liat.

dialog adik:
"along, baby tak terbelit daging kambing ke dalam perut tu?"

suasana:
bertukar dari semua ahli keluarga menunduk makan kepada tergelak secara berjemaah.

hehehe~
adik..adik.
lepas tu, terus dia yang malu2.
cian adik aku.

note: adik-iqa
: kakak-zaza


oh hari ni birthday dak zaza.
happy birthday zaza!

berapa nilai blog anda?

ada blogger ni, whose tinggalkan komen kat chatbox.
tanya kalau nak tahu nilai blog sendiri.
wah...terus aku beria2 tekan2, click2 ok.
sebab tahu biarpon tak ramai yang datang bertandang,
tapi, gataii jugak nak tahu ada nilai ke blog aku ni?

ntah2 seposen je kot.
kehkehkeh.

sekali, tengok2...
terbuntang kejap bijik mata neh.
klik imej utuk visual yang lebih jelas.

kehkehkeh.
tak sangka ek.
blog yang tak brape orang nak lalu lalang pon,
ada nilainye jugak.
harus sayang lebih kat blog sendiri lepas ni.

so korang,
kalau nak tahu nilai blog korang,
pi la check it out kat sini---> http://bizinformation.org/

tapi tak tanding la blog aku ngan blog ceera.
dia punya nilai sampai beratus ribu.
gile ah!

(tetiba rasa sedar siapa diri ini..chewahhh!)

Monday, September 14, 2009

kesukaran yang dialami

1. jalan dah macam kure kure (ni en alang yang cakap)
2. kalau duduk, tetiba berdiri secara mengejut, memang akan rasa ngilu je kat bawah tu.
3. automatik, berjalan mengengkang.
4. duduk atas karpet atau lantai, nak bangun kena berpapah atau orang angkatkan.
5. mandi rasa tak bersih. tak boleh buat aktiviti membongkok.
6. automatik, bahagian paha ke bawah macam terabai je.
7. dan perlukan suami untuk mandikan serta gosok2kan.
8. perlu tunggu suami balek kerja baru boleh mandi dengan seronoknya.
9. budak semakin membesar.
10. buatkan perut makin besar.
11. dan stretch mark makin panjang. (hoih!)
12. oleh kerana tak boleh membongkok,
13. buatkan aku tak boleh mencangkung juga.
14. toilet di kampung en alang toilet cangkung.
15. mau terbalek aku dibuatnya kalau guna toilet tu.
16. dan buat keputusan untuk beli portable toilet seat seperti ini,
tapi takla rupa buruk camni. cuma design je yang sama. harga rm48.


teringin plak nak makan ayam goreng spicy mcd.
makan ayam goreng spicy ngan nasi panas.
sedap wooo...

(tekak melayu. apa2 hal, cari nasi jugak!)

huhuhu~

biar orang buat kite, jangan kite buat orang.

ingat tu.
biarla diorang dengan kekhilafan mereka.
kite yang masih boleh berfikir dengan wajar ni,
jangan layan perangai mereka yang tak semenggah tu.
dan go on dengan life kite yang ceria ini.

ecemakkk!!!!

sebenarnya nak citer.
kan entri sebelum ni ada citer pasal abang dan kakak ipar en alang yang baru dapat baby 2 hari lepas kan?

yes. kami pergi jenguk muka kat hospital dan tengok anak mereka.
setelah apa yang diorang pernah buat kat mak.
setelah apa yang diorang pernah buat kat kitorang.

aku sebenarnya malas nak amebil kire.
malas nak berkire2.
tapi bila balek je dari hospital, en alang cakap,
ayang ni, orang dah buat kite macam tu, masih nak tgk anak diorang lagi.

aku cakap, biarla bang. biar la diorang nak buat apa pon kat kite. jangan kite buat benda yang sama. kalau macam tu, takde bezanya kite dengan diorang tu.

baik isteri abang ni.

oh. korang tertanya2 ek apsal en alang cakap macam tu?
korang leh rujuk kat entri ini.
en alang memang tak berkenan dengan perangai diorang ni.
kalau bukak citer pasal diorang, en alang mesti muka bengang.

dan antara sebab en alang tak sangka aku boleh maafkan kakak ipar dia tu,
sebab dia ni jenis kerek ok!
ingat lagi, raya haji baru2 ni.
masa tu memang giliran kami kat umah mak en alang.
so, aku dan en alang banyak juga la berhabis beli barang2 dapur.
memang ada ramai lagi kat rumah tu, dan diorang pon ada jugak la beli barang2 lain.
tapi disebabkan anak mak yang lagi sorang tu macam agak susah la jugak,
kitorang pon faham la.
takkan nak paksa diorang belikan mak barang pulak kan.

so, masa tu petang raya.
kan ke en alang gigih kacau dodol kan.
abang en alang tu keje kat kampung je, antar gas dari rumah ke rumah.
so, dia masa tu keje.
dan kitorang pon taknak la kacau orang keje.

oh. masa tu rumah diorang sangat la dekat.
atas sket je dari umah mak.
memang akan lalu umah mak la.

tapi, bila dia balek dari keje,
jengah muka pon takde ok.
en alang dah start marah2.
geram dia dgn perangai abang dia ni.
kalau ye pon abang dia tak dapat datang,
apa salahnya suruh isteri tu datang jengah muka?
tolong2 apa yang patot?

aku malas nak berkira.
aku cakapla, maybe bini dia penat kot.
en alang bantah. penat apakebendanya. awak tu suri rumah je.
bukan nya ada anak lagi.
en alang kalau dia marah, cakap apa pon tak guna gaks.

tapi tu la,
kasih sayang seorang mak kan.
petang raya tu, aku ngan mak kat dapur masak lauk untuk pagi raya.
mak beria2 nak hantar kat umah anak menantu yang 'derhaka' tu.
en alang dah start nak marah mak.
aku kata, biarla.
mak tu orang tua. memang dia akan ingat2 je kat orang sana.

so, mak suruh adik en alang sms anak menantu tu,
datang bawak bekas kosong.
mai datang amek lauk.

wah! secepat kilat ok diorang datang.
kalau tang amek lauk, kemain lagik.
pulaknya, datang, serah bekas kosong kat pintu,
tak masuk umah pon.
tunggu bekas dah berisi kat pintu tu, dapat, terus blah.

aku pon diorang tak sapa. apatah lagi nak bersalam2.

en alang masa tu dah cukup bengang.
tapi aku sabarkan je.
dan pagi raya tu, diorang datang untuk makan je.
lepas makan, terus cabut balek rumah.
takdenya nak berborak tanya kabar mak yang slalu saket2 tu.
balek2 aku dgr mak yang beria2 tanya itu ini kat anak menantu 'derhaka' tu.

dan...satu perangai kakak ipar en alang yang paling en alang tak berkenan,
dah tau makan, tak reti2 nak basuh pinggan!

ingat umah tu ada amah ke?
ko tu dah taraf anak ok. dan itu family ko jugak.
buat macam rumah sendiri boleh?

haritu, en alang saje cakap kuat2,
lepas makan jangan lupa basuh pinggan.
barula aku tgk dia singsing lengan basuh pinggan.

kalau tak, mak la yang terbongkok2 cuci pinggan.
cian mak.
:(

korang, jangan tiru perangai diroang ni ye.
citer ni bukan nak malukan sape2.
tapi, untuk renungan kite bersama.

ala, lagipon korang bukannya kenal abang ngan kakak ipar en alang ni.
hehehehe~

oh! tak sangkanyaa...

tahukah korang bahawasanya abang en alang yang kawen awal seminggu dari kitorang,
due bersalin isterinya awal seminggu dari aku,
dah beranak 2 hari lepas?

takut wooo...
takmo la beranak awal2.
cam tak ready sangat la.

berdoa sangat2 agar baby keluar seperti yang direncanakan.
keluar selepas aku puas melantak ketupat, lemang dan rendang.
berharaaapppp sangat2 ni.
hari2 cakap kat baby, duduk dalam womb lama2 sket.
bagi mama suka-suki dulu.

hehehe~

dari semalam tapak tangan kanan ni gataiii sangat2.
siapa nak bagi duit raya nih?
(harap2 betul la ada orang nak beri duit raya. hehehehe~)

nuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...